©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀�...

נכתב על ידי rissyaleeya

464K 8.8K 428

[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... עוד

CHARACTER
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 16

4.5K 110 2
נכתב על ידי rissyaleeya

MENJELANG malamnya Amani, Alia, Kyra dan Nazrief pun bersiap untuk ke fashion show seperti yang dijanjikan.

"Mana Kyra ni?" Tanya Nazrief sendirian apabila isterinya masih tak muncul muncul. Amani dan Alia pula sudah menunggu di dalam kereta.

Setahunya isterinya itu jenis yang tak bersiap lama lama. Tadi pun dia tengok Kyra sudah siap sepenuhnya tapi bila dia sudah turun ke bawah, Kyra pula lambat.

5 minit kemudian

"Hai! Sorry lambat." Tegur Kyra. Dia tergesa gesa memakai kasut dan bergerak ke kereta.

"Kenapa lambat sangat sayang?" Tanya Nazrief risau sambil menggenggam tangan isterinya.

"Tadi masa dah siap tadi Kyra terjatuh sebab ada air dekat lantai. Lepastu, Kyra pergi tukar baju sebab basah. Nasib ada baju spare." Terang Kyra sebab dirinya terlambat.

"Air dekat lantai? Kyra okay tak? Ada sakit dekat mana mana?" Tanya Nazrief dengan muka risau. Tubuh badan isterinya ditilik atas hingga bawah mencari sebarang luka atau calar.

Kyra tergelak apabila melihat muka Nazrief yang cuak. Amani dan Alia mencebikkan bibir melihat adegan mesra Nazrief dan Kyra dari dalam kereta.

"Tak ada lah abang." Balas Kyra sambil mencuit hidung Nazrief manja.

"Mmm... Kalau macam tu jom lah kita gerak." Ajak Nazrief setelah memastikan Kyra tidak tercedera.

"Jom."

Mereka sampai di situ lebih kurang pada pukul 10 malam. Mereka segera mengambil tempat duduk di bahagian yang sudah disediakan khas oleh mereka.

Kyra melihat ke atas pentas dengan penuh minat. Dia memang dari kecil minat dalam bidang modelling tapi demi menolong papa di office dibatalkan saja niatnya itu. Sekarang dia sudah menjadi isteri sepenuh masa, tak tahulah boleh dapat ke tak peluang beraksi di atas pentas begitu.

"Kyra minat ke?" Tanya Amani padahal dia sudah tahu minat Kyra yang sedari kecil itu. Masakan tidak, dia dan Kyra boleh dikatakan rapat juga dulu.

"Apa salahnya kalau Kyra minat." Jawab Kyra dingin. Sejak dari kakaknya itu tinggal serumah dengannya dia sudah renggang dengan Amani. Entah kenapa dia rasa kakaknya itu seakan berdendam dengannya. Cuma dia tak tahu apakah itu.

"Layak ke Kyra nak jadi model?" Amani tergelak kecil di akhir pertanyaan nya seakan akan merendah rendahkan Kyra.

Alia tergelak kecil apabila mendengar Amani mengutuk Kyra.

Nazrief pula menutup mulut menahan gelak. Dia cuma menganggap itu gurauan tapi tidak bagi Kyra. Cemberut sudah mukanya mendengar kata kata Amani sebentar tadi.

"Tak payah lah nak tutup tutup mulut tu gelak je lah." Balas Kyra kepada Nazrief. Suaminya itu pun satu, ada ke patut dia pun join sekali bahan Kyra.

Apalah yang membuatkan kakaknya itu begitu bencikan dirinya. Dia dan Amani sangat rapat tapi Amani berubah secara mendadak.

"Sorry, abang tak niat nak gelakkan Kyra. Amani kan gurau gurau je tu." Nazrief segera memujuk isterinya itu. Dia pun tak patut gelakkan Kyra.

Kyra yang mood nya sudah merudum itu terus bangun dan menuju ke belakang pentas. Dia ada kenalan yang menguruskan model model ini. Harif yang memperkenalkan dia kepada kenalan itu.

Nazrief terus diserbu rasa bersalah atas sikapnya itu. Nak halang pun, Kyra dah hilang. Nazrief segera bangkit ingin mencari Kyra. Tak sempat pula Alia dan Amani nak menghalang.

"ASSAMUALAIKUM saya nak jumpa akak Bella boleh?" Soal Kyra kepada bodyguard yang sedang berjaga di pintu masuk ke belakang pentas.

"Awak siapa eh? Ada hal apa nak jumpa Bella?" Soal bodyguard yang tegap badannya itu. Kyra pun gerun melihatnya.

"Saya kawan akak Bella." Ujar Kyra memperkenalkan dirinya.

Belum sempat bodyguard itu ingin membalas, seseorang mencelah perbualan mereka.

"Bagi dia masuk." Kyra mendongak kepala ke belakang melihat siapa gerangan yang bercakap.

Harif.

Bodyguard itu menunduk sedikit ke arah Harif sebelum membuka pintu buat Kyra. Kyra terpinga pinga sekejap sebelum melangkah masuk ke dalam. Harif yang mengikuti nya di belakang hanya dibiarkan. Agak kekok berjumpa Harif.

"Kak Bella." Kyra berhenti di hadapan seorang wanita yang berbadan agak gempal.

"Ya allah! Kyra! Lama tak jumpa. Sihat?" Wanita yang dipanggil Bella itu terus menarik Kyra ke dalam dakapannya. Rapat betul sampai tak boleh bernafas Kyra dibuatnya.

"Alhamdulilah Kyra sihat. Akak sihat?" Tanya Kyra pula.

"Akak sihat je Kyra. Ni Kyra dengan Harif datang kenapa tak call akak dulu. Tempah meja kat mana?" Soal Kak Bella. Kalau dia tahu Kyra nak datang, dia akan berikan meja VIP yang selalu diduduki Kyra setiap kali dia datang ke sini bersama Harif. Harif di belakang Kyra dikerling.

"Tak ada apa lah kak. Tak nak susahkan akak. Ini pun saja je nak bertanya khabar." Ujar Kyra dengan senyuman.

"Kak, kita ada problem ni kak. Model sorang tak dapat datang last minute." Ujar seseorang yang tiba tiba saja mencelah perbualan mereka.

"Aduh kenapa pulak cancel last minute." Bella mengurut dahinya. Mukanya sudah cuak sambil memandang sekeliling.

Kyra hanya diam. Dia pun tak tahu apa nak cakap. Dia tak pernah berhadapan dengan situasi begini.

"You like modelling isn't you?" Soal Harif tiba tiba dari arah belakang. Kyra memusingkan kepala nya memandang Harif. Belum sempat Kyra ingin membalas, Bella mencelah.

"Alhamdulilah. Tak tahu pulak Kyra minat modelling. Tepat masa Kyra datang. Boleh tak tolong akak? Gantikan model yang tak datang tu?" Ujar Kak Bella mengucap syukur. Senang kerja dia kalau begini.

Kyra terpinga pinga. Ini memang impiannya selama ini tapi layak kah dia?

"Layak ke saya kak? Nanti semua orang balik. Hahaha." Kyra cuba membuat lawak untuk menghilangkan kekoknya.

"You have the looks, the body so why not kan kak Bella?" Soal Harif lagi sekolah olah menggalakkan Kyra untuk menerima tawaran Bella.

Bella terangguk angguk berulang kali. Betul tu. Kyra mempunyai bentuk badan yang ideal juga wajah yang cantik so why not?



FASHION show sudah bermula. Nazrief berasa risau kerana kelibat Kyra masih tidak kelihatan. Dia cuba mencari Kyra tadi tapi tak dapat. Call pun tak angkat. Sah Kyra merajuk dengannya.

Model model keluar menggayakan pakaian masing masing. Satu persatu. Alia dan Amani begitu kagum melihat sambil bertepuk tangan.

Sampai model yang terakhir Nazrief yang sedang minun air tersedak sedak. Alia dengan cepat mengambil peluang dengan menggosok gosok belakang Nazrief dengan lembut.

Semua orang bertepuk tangan sambil ber sorak bila sampai masa model terakhir iaitu Kyra. Kyra bergaya seperti yang ditunjukkan di belakang pentas oleh Kak Bella. Harif yang melihat dari belakang pentas tersenyum kecil. Satu lagi impian Kyra telah tercapai.

Nazrief berasa sedikit cemburu dan bangga. Cemburu kerana ramai orang melihat isteri nya. Bangga kerana memiliki isteri yang sebegitu cantik.

Amani dan Alia pula terdiam melihat Kyra beraksi di atas pentas. Tak kekok langsung gayanya, macam dah selalu je buat.

Habis sahaja bergaya, Kyra bergerak ke belakang pentas. Dia terlihat Harif yang memandangnya dengan senyuman. Kyra membalas senyuman itu.

Keluar sahaja dari belakang pentas, dia kembali memakai baju asal tetapi make-up yang disolek tetap ada di mukanya.

"Thanks Harif." Ujar Kyra ringkas. Kalau Harif tak menyuarakan pendapat nya mesti sampai bila bila pun dia tak akan dapat beraksi seperti tadi.

"No problem, anything for you." Harif menghadiahkan senyum tipis kepada Kyra. Kalau dulu mungkin mereka sudah gembira sambil menepuk tangan sesama sendiri melihat sambutan orang ramai tapi kini situasi sudah berbeza. Dia perlu jaga batas kerana Kyra bukan miliknya lagi tapi yang sakitnya ialah cintanya pada gadis bernama Kyra Airyna tak pernah pudar dari hari pertama dia mengenali gadis itu.

Tanpa mereka sedar, seseorang menyaksikan perbualan mereka berdua dengan tajam.

VOTE 🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

המשך קריאה

You'll Also Like

657K 30K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...
7.4K 255 40
{𝑩𝒆𝒕𝒘𝒆𝒆𝒏 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 1} [Karya Pertama] STARTED - 10 MAY 2022 END - 22 MAY 2023 "You have a place in my heart no one could ever have" MARVIN L...
29K 1.2K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
312K 8.7K 73
"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau...