©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀īŋŊ...

By rissyaleeya

482K 9K 439

[ 𝐜𝐨đĻ𝐩đĨ𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... More

CHARACTER
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 8

5.8K 146 2
By rissyaleeya

"AWAK pergilah mandi dulu."

"Hah?" Kyra terpinga pinga mendengar kata kata Nazrief.

"Pergi lah mandi dulu. Nanti saya pulak." Kyra masih terkulat kulat di depan Nazrief. Nak mandi pun awkward rasanya.

"Err okay." Kyra segera menuju ke arah almari baju dan mengeluarkan pakaian yang ingin dipakainya lalu dibawa masuk ke dalam bilik air.

Nazrief hanya tersenyum simpul melihat gelagat isterinya itu. Comel.

Selepas selesai membersihkan diri, Kyra bergerak ke arah meja solek lalu melabuhkan duduk ke atas kerusi yang disediakan. Dia berpura pura sibuk menyapu losyen di tangannya demi untuk menghiraukan pandangan Nazrief yang terpaku padanya.

"Awak tak nak mandi ke? Panas ni." Tegur Kyra untuk memecahkan kesunyian.

Nazrief berdehem sedikit sebelum bangun lalu menuju ke bilik air. Kyra menghembuskan nafas lega.

"Macam mana lah aku nak tidur ni." Rungut Kyra. Mata dah mengantuk tapi suasana sangat janggal antara mereka berdua.

Tiba satu idea di benak fikiran Kyra. Kyra bangun perlahan lalu keluar dari biliknya. Dia menuju ke arah bilik sebelah.

Baik dia tidur di bilik sebelah malam ni. Tak adalah janggal sangat rasanya.

Kyra tersenyum senang hati sambil berbaring di atas katil itu. Katil di bilik tetamu ini pun tak kurang empuknya juga. Jadilah untuk tidur semalaman. Lampu ditutup bersedia untuk melelapkan mata.

Baru sahaja ingin berlayar ke alam mimpi, dia terasa sesuatu menjalar ke lengannya.

"Kenapa awak tidur sini?"

"Aaaa!" Kyra terjerit kuat apabila menyedari Nazrief sudah berada di sebelahnya. Sejak bila lelaki itu sampai? Kenapa dia tak dengar pun Nazrief buka pintu?

"Shhh!" Nazrief dengan pantas menutup mulut Kyra dengan tangan besarnya. Kyra terhenti dari meronta.

Nazrief berlalu ke arah pintu lalu menutupnya dengan rapat. Dia kembali di sisi Kyra. Lampu bilik dibuka.

Keadaan bilik menjadi terang benderang. Barulah Kyra dapat melihat Nazrief di sisinya dan lebih mengejutkan apabila Nazrief tidak mengenakan baju. Hanya kain tuala yang terikat di pinggangnya dengan titisan titisan air yang masih berada di tubuh tegapnya.

Tertelan air liur Kyra dibuatnya. Terpaku matanya memandang Nazrief.

"Dah puas tenung?" Soal Nazrief mematikan lamunan Kyra.

"Err mana ada saya tenung. Perasan! Ini yang awak masuk bilik saya kenapa?" Soal Kyra. Pandangan dibuang ke arah balkoni. Cuba untuk tidak memandang Nazrief yang tidak berbaju di sebelahnya. Menggoda iman sungguh.

"Saya yang patut tanya awak. Kenapa awak tidur sini? Bilik kita dekat sebelah." Ujar Nazrief sambil matanya tidak lepas dari merenung wajah Kyra.

"Saya tak selesa kat sana. Panas." Kyra mengutuk diri sendiri di dalam hati. Apa punya alasan dia bagi ni. Panas apanya aircond sampai suhu 16. Bodoh betul kau ni Kyra.

"Panas?" Nazrief melepaskan tawa kecil.

"Kalau macam tu saya tidur sini jugak lah." Nazrief melabuhkan duduk di birai katil menyebabkan Kyra bergerak ke sebelah dinding.

"Eh awak tidur lah bilik sebelah." Balas Kyra. Kepala digaru. Payah betul lah nak tidur pun.

"Isteri saya awak dekat sini jadi saya tidur dekat sini lah. Awak tunggu sini saya pakai baju." Tanpa mendengar balasan Kyra, Nazrief bergerak ke bilik sebelah untuk memakai baju.

Selesai memakai baju, dia bergerak pula ke bilik sebelah. Baru sahaja ingin memanggil nama Kyra. Dia lihat Kyra sudah pun tertidur lena beserta dengan dengkuran halus. Penat agaknya sampai tertidur.

Nazrief tersenyum kecil. Perlahan lahan dia naik ke atas katil bersebelahan dengan Kyra. Lampu ditutup. Hanya tinggal lampu tidur yang samar samar menampakkan wajah Kyra yang sedang lena.

"You will never regret this marriage. I promise." Bisik Nazrief sebelum ciuman dilabuhkan di dahi Kyra.

Nazrief berbaring dengan posisi menghadap wajah Kyra. Sah dia sudah jatuh sayang pada wanita ini dan dia akan pastikan Kyra juga mempunyai perasaan yang sama.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

Continue Reading

You'll Also Like

204K 7.1K 29
Daniel Farisha Šī¸ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
42.7K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
239K 13K 80
Bagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. K...