Β©π“π€πŠπƒπˆπ‘πŠπ” 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀�...

By rissyaleeya

464K 8.8K 428

[ 𝐜𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... More

CHARACTER
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 2

11K 221 4
By rissyaleeya

SETELAH Kyra sampai ke tempat kerja, dia terkocoh kocoh membuka pintu keretanya.

Dia melihat ke arah kereta di sebelahnya macam pernah tengok sebelum ni. Kyra tidak menghiraukan kereta di sebelahnya itu. Dia terus melangkah ke pintu utama Syarikat AKR dengan termengah mengah sedikit.

"Nur Kyra Airyna!" Jerit Tuan Hafreez iaitu bapa kepada Kyra.

"Oh my god, matilah aku!" Kyra terjerit kecil.

"Kenapa pa?" Tanya Kyra cuba berlagak selamba.

"Kamu tanya kenapa?! Kenapa lambat? Kamu tahu tak kamu bukan lambat sikit tapi sejam setengah kamu lambat!" Bebel Tuan Hafreez kepada anaknya yang satu itu.

"I'm sorry pa. Accident sikit tadi, tengok dahi Kyra dah lebam ni." Adu Kyra sambil mengusap dahinya yang sudah bewarna biru gelap.

"Cuai sangat. Lain kali bawalah kereta elok elok. Dah jom, papa nak tunjuk bos kamu." Tuan Hafreez berjalan kedepan diikuti Kyra.

"What? Bos? Bukan Kyra ke yang jadi bos?" Soal Kyra bingung. Haritu cakap lain, harini lain.

"Banyaklah kamu punya bos. Papa tak percaya kamu, papa bagi kamu jawatan PA je dulu. Mula dari bawah. Kalau kamu buat kerja bagus, baru papa naikkan pangkat." Kata Tuan Hafreez. Bukan apa dia tak percayakan anaknya itu cuma Kyra ni jenis yang malas kerja.

"PA?!! Papa! Kyra ada degree tau. Papa bagi kyra kerja PA je. Kakak tu tak nak suruh kerja pulak." Balas Kyra geram, kakaknya Amani sekarang sedang menyambung pelajaran di UK. Adiknya Raisya pula masih menuntut ilmu di Universiti Malaya (UM).

"Haritu, papa nak hantar kamu ke UK dengan kakak kamu, kamu tak nak. Macam macam alasan kamu bagi. Lepastu, nak salahkan orang pula." Ujar Tuan Hafreez. Pening kepala betul dengan Kyra ni. Dia sengaja beri jawatan sebagai PA kepada Kyra agar anaknya itu berjinak jinak dahulu dalam dunia kerja ni. Tak adalah nanti anak dia kena culture shock.

"Aah! Tak kisahlah! Jom! Mana bos Kyra?" Tanya Kyra. Malas dia mahu berdebat dengan papanya itu, bukan dia akan menang pun. Asalkan gaji dia tinggi, itu sudah memadai.

Papa berjalan ke satu bilik di luar bilik tertera nama 'Nazrief Adam'.

Tok! Tok! Tok! Papa mengetuk pintu kaca itu.

"Masuk!" Kedengaran suara dari dalam seperti pernah didengar oleh Kyra. Tapi dia tak pasti di mana.

Kyra dan Tuan Hafreez masuk ke dalam bilik itu.

"Eh! Bos rupanya. Sorry saya tak perasan." Kata lelaki yang bernama Nazrief itu segera bangun dari kerusinya dan tunduk kepada Tuan Hafreez.

"Tak apa busy je tengok kamu buat kerja." Kata Tuan Hafreez senang hati kerana Nazrief boleh diharap.

"Kyra kenalkan, bos kamu. Naz ini PA baru kamu." Ujar Tuan Hafreez mengenalkan mereka berdua.

Kyra kaku. Ini lelaki yang melanggarnya tadi.

Nazrief juga nampak seperti terkejut melihat Kyra di depannya namun cepat cepat mangawal ekspresi nya di depan Tuan Hafreez.

"Hai! Saya Nazrief Adam, bos awak." Ujar Nazrief sambil tersenyum.

"Err... Hai! Saya Nur Kyra Airyna, boleh panggil saya Kyra je." Ujar Kyra sambil cuba untuk menberikan senyuman namun kejung saja senyumannya.

"Apa apa inform papa ye Kyra. Papa nak pergi lunch." Selesai berkata kata, Tuan Hafreez berlalu pergi meninggalkan Kyra dan Nazrief.

"Duduklah" Ujar Nazrief sepatah.

Kyra terus duduk di kerusi berhadapan dengan Nazrief.

"Nah." Kata Nazrief sambil meletakkan tiga buah fail di atas meja.

"Apa ni?" Tanya Kyra.

"Kerja awak lah." Balas Nazrief.

"Untuk hari ini, awak cuma kena semak je and serahkan pada Farah." Jelas Nazrief tentang tugas Kyra.

"Siapa Farah?" Tanya Kyra lagi.

"Staff yang lain." Jawab Nazrief pendek.

Kyra mengangguk dan mengambil tiga buah fail lalu menuju ke pintu bilik.

"Ada saya suruh awak keluar?" Soal Nazrief tiba tiba menghentikan langkah Kyra ke pintu keluar.

Kyra menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.

"Habistu, saya nak buat kat mana?" Tanya Kyra pelik.

"Kat depan saya." Kata Nazrief sambil menunjukkan kerusi dan sofa di depannya.

Kyra meletakkan kembali fail fail yang dibawanya ke atas meja yang berhadapan dengan Nazrief.

Dia duduk lalu membuka fail, dan meneruskan kerjanya.

Nazrief duduk berhapan Kyra sambil sekejap sekejap mengerling Kyra yang sibuk dengan kerjanya itu

Kyra yang menyedari dirinya dikerling beberapa kali terus berdehem perlahan.

Nazrief yang tersedar tersengih seperti kerang busuk.

"Err... Saya nak cakap sikit pasal accident tadi." Ujar Nazrief lalu mengambil fail fail dihapan Kyra.

"Eh! Bos, saya belum siap lagi ni." Kyra terpinga pinga apabila kerja kerjanya diambil begitu saja. Belum siap semak lagi.

Nazrief tidak berkata apa apa. Dia bangun lalu menarik tangan Kyra untuk duduk di sofa.

Nasib baik berlapik dengan baju kalau tidak memang makan penampar free je kang dia ni. Desis hati Kyra.

"Sorry." Nazrief melepaskan tangan Kyra seolah olah dia sedang membaca fikiran gadis itu.

"Dahi awak macam mana?" Tanya Nazrief.

"Okay je." Balas Kyra pendek.

"Awak tuam tak guna tuala yang saya bagi tu." Soal Nazrief.

"Kenapa? Awak letak minyak pengasih dalam kain tu? Bagi saya suka awak?" Kata kata Kyra membuatkan Nazrief ketawa terbahak bahak.

"Sampai kesitu awak fikir eh? Awak tengok jahat sangat ke saya ni?" Kyra hanya memandang Nazrief yang masih ketawa dengan pelik. Lawak sangat ke.

"Err... Bos nak saya pergi buat air ke?" Tanya kyra supaya boleh lari dari situasi awkward itu.

"Boleh, bagi saya nescafe." Balas Nazrief.

"Ok, saya pergi buat." Balas Kyra dengan senyuman nipis lalu bergerak ke pantri.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

Continue Reading

You'll Also Like

312K 8.7K 73
"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau...
562K 18.6K 53
Second romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah...
660K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1M 25.6K 86
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang g...