Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

By Choco_Lyn

2.3M 62.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

Bab 15

32.5K 975 18
By Choco_Lyn

Semalam sehari suntuk, aku berkurung dalam bilik. Menangis, menangis dan terus menangis bila mengimbau masalah yang satu persatu tak henti membebankan aku. Yurp, masalah yang tak pernah habis dari menghimpit aku..

Setelah dapat tahu Thaqif sudah berkahwin, aku dikejutkan dengan berita kehamilan aku. Bagaimana aku nak membesarkan budak yang ada dalam perutku? Membesarkan dia tanpa seorang bapa? Membesar kan dia dengan cemuhan orang yang akan memandang serong pada aku nanti. Huh!! Membayangkan perkara itu, aku mulai rasa takut.

Aku masih muda. Umurku juga belum menginjak angka 23 tahun. Dan, sekarang aku dibebankan dengan kehadiran sebentuk janin yang sedang menumpang teduh dalam rahimku? Ya Allah, entah apalah yang aku patut buat sekarang.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus labuhkan punggungku di ataa sofa di ruang tamu. Remote control aku capai lalu satu persatu rancangan tv aku tukar. Penat betul. Babgun sahaja pagi, aku sudah bergegas ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Syukur, kandunganku sihat sahaja. Erm, syukur ke?

"Qal, aku ada benda nak tunjukkan pada kau." sapa Farah dari arah belakangku.

Aku yang ketika itu sedang duduk menonton televisyen terus memusingkan kepala kepadanya. Wajah serius milik Farah itu aku hanya pandang sepintas lalu.

Punggungnya dilabuhkan bersebelahan tempat kosong disebelahku. Akhbar yang tadi dalam pegangan tangannya serta-merta ditunjukkan pada aku.

"Kau baca ni. Baca apa tajuk utama akhbar hari ni."arah Farah sambil menuding ke muka hadapan harian metro.

Aku yang sudah berkerut dahi melihat tingkah Farah hanya menuruti. Akhbar itu aku ambil dari tangannya lalu aku belek. Gambar Zafriel dan Kartini itu menyapa pandanganku terlebih dahulu. Terus, tajuk akhbarnya aku baca.

'Jalan terbaik untuk lupakan yang lalu adalah gantikan dengan yang baru'-Zafriel.

Tergamam aku bila terbacakan tajuknya. Apa maksud Zafriel? Jadi dia nak kata aku ni masa lalu dia lah?  Huh, dia nak kata masa lalunya itu teruk sangat ke?! Aku ketap bibir. Entah kenapa, aku jadi terasa bila baca tajuk itu berkali.

'Belum pun mencecah sebulan kes penceraian yang berlaku antara Engku Zafriel Syeikh dan bekas isterinya, lelaki yang lebih dikenali sebagai model itu telah mengambil langkah awal dengan memilih Che Kartini Irwani sebagai isterinya. Khabar angin mengatakan perkahwinannya terdahulu bukan kerana cinta namun disebabkan amanah daripada bapanya..'-Harian Metro.

Apabila merasakan aku lama berdiam, Farah sekadar melepaskan keluhan kecil. Bahuku diurutnya perlahan. Dia seperti faham dengan perasaan yang membelemgu aku ketika ini.

"Aku tak sangka yang Zafriel akan tergamak kata macam itu. Apa yang aku tahu Zafriel itu lelaki baik dan kau faham-faham ajelah, media kan. Saja buat ayat panas untuk dapatkan publisiti."pujuk Farah. Tangannya masih tak henti mengurut belakangku.

Aku kacip gigi. Terus akhbar itu aku lipat lalu aku letakkan ke atas meja. Entah kenapa malang sangat hidup aku. Sekarang, masalah baru akan timbul. Yurp, pasti ramai yang akan fikir aku ni jahat, isteri derhaka.. hmm, nice! Memang hidup aku sekarang ni sudah betul-betul hancur.

"Apa salah aku sampai aku diuji sampai macam ni sekali? Apa salah aku, Farah?!" soalku sudah meraup wajah. Tubir mataku sudah bertakung air mata.

Farah diam untuk seketika. "Kau.. taknak beritahu Zafriel tentang hal ini ke, Qal?" soalannya itu buatkan aku mendongak pada Farah.

"Dia tak perlu tahu."balasku dengan nada mendatar. Rancangan Mickey Mouse yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik seleraku. Macam mana nak tengok kartun kalau hati sudah jadi tawar.

"Tapi.. dia kan ayah kepada anak kau ni. Aku rasa dia pun berhak tahu tentang kewujudan budak tu. Mungkin kalau kau bagitahu dia, masalah kau akan jadi kurang ke?"cadangan Farah itu mengundang tawa sinis di mulutku. Yurp! Sinis.

"Apa aje lelaki itu akan buat kalau dia tahu pun? Aku dengan dia dah tak ada apa-apalah, Farah. Dia bukan lagi suami aku, automatik dia juga bukan ayah kepada anak ni." balasku spontan. Nampak sahaja aku ketawa namun hati aku perit.

Mana mungkin, aku akan beritahu Zafriel tentang hal ini. Aku sudah bercerai dengan lelaki itu dan takkan mungkin aku mahu kembali pada dia semula. No way! Daripada malu depan Zafriel, lebih baik aku tanggung semua ni sendiri. Kalau aku minta Zafriel bertanggungjawab, dia pasti akan perli aku dan kata aku ni memang tak boleh hidup tanpa seorang lelaki bergelar suami. Fikirku.

"Kau tak boleh menidakkan nasab itu. Walau apapun, Zafriel ayah pada budak itu. Kau tak kesian ke pada anak kau nanti? Kalau dia tanya ayah dia mana, kau nak cakap apa?!"

"Aku cakap ayah dia dah mati. Senang kan?!" seloroh aku membalas soalan Farah.

Bagi aku sekarang ni, Farah bertambah serabutkan kepala aku. Sepatutnya, dia sebagai seorang kawan aku, dia kena faham aku. Bukannya, makin tambah kekusutan dalam kepala aku?!

"Tak fahamlah aku dengan kau ni. Degil. Ikut kepala kau aje!"gertak Farah sudah geram.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang jengkel. "Habis tu, kau nak aku ikut kepala kau yang bijak sangat tu? Macam itu? Kau.. nak aku bersatu dengan Zaf balik, macam itu ke?"

Farah merengus. Dia bangun lalu akhbar yang terletak di meja kopi disambarnya. "Aku malas dah nak ambil kisah fasal hidup kau. Kau yang buat masalah kau sendiri. Fine, kalau kau malas nak dengar apa aku cakap, kau ikutlah apa yang kau rasa betul. Aku malas nak ambil tahu!" jerkah Farah dan terus berlalu memanjat tangga.

Aku kacip gigi. Erghh!!! Serabutlah.. Apa lagi salah aku kali ni? Apa lagi yang tak betulnya?!

Tanganku tak semena-mena meraba perutku yang sedikit buncit. Yurp, mana tak buncitnya. Usia kehamilan ku sudah mencecah hampir tiga bulan. Serta-merta air mataku mengalir.

"Baby, kamu bolehkan hidup hanya dengan mama? Kamu.. bolehkan hidup tanpa papa? Boleh kan, sayang..?"soalku sambil mengurut perutku perlahan.

Tolonglah, cakap boleh..
...
Tuk! Tuk! Tuk!

Bila orang dari dalam bilik memberikan keizinan, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik Farah.  Masuk sahaja, bibirku sudah mengukir senyum simpul.

Aku ingat lepas bergaduh tadi, Farah akan tidur tapi nampaknya aku silap. Dia elok meniarap sambil menonton movie atas katil. Lol! Aku lihat banyak makanan ruji yang dia beli. Telan liur aku dibuatnya.

Tak semena-mena, aku mengatur langkah menghampiri Farah. Gadis itu pula buat tak peduli bila aku makin merapatinya. Satu benda aku tak suka bila Farah merajuk, dia mesti acah-acah tak pedulikan aku. Acah ajelah.

"Kau tengok cerita apa tu?"saja aku menyapa dia. Aku sudah melabuh kan punggung dibirai katilnya. Sesekali aku jeling juga pada movie yang bertayang pada skrin macbook nya. Movie Black Panther.

Tiada sahutan. Tiada jawapan. Farah masih leka menonton filem tersebut tanpa pedulikan aku. Huh! Mengada.

Aku sudah meleret sengih mengusik. Idea nakal sudah mai. Tanpa minta izin, aku terus meniarap bersebelahan Farah lalu keropok super ring nya aku sambar. Tergamam Farah tengok aku buat perangai bangang aku depannya.

"Ih, menggedik lah minah ni. Siapa suruh kau makan barang aku, hah. Meh sini!"gertak Farah mahu merampas super ring dari tanganku namun aku lebih pantas mengelak.

"Kau merajuk kan tadi? Jadi, lebih baik aku diam sambil makan super ring kau kan?!" selorohku mahu menyakat Farah.

Farah sudah buat muka geram. Acah aje itu.

"Memanglah aku merajuk tapi janganlah sampai nak menghabis kan makanan aku. Ada aku izinkan kau ambil makanan aku ke?" soal Farah.

Aku sudah tersengih. Terus leher Farah aku peluk. Ermm.. suka dengar kakak tua setahun daripada aku itu berleter.  Kalau dia dah berleter itu, maksud nya dia dah okey lah itu. Farah terpekik kecil dan itu mengundang tawaku.

"Dah tak merajukkan?" soalku dalam nada mengusik.

Farah sudah mencebik. "Fine. Aku tak merajuk. Hmm.. pulangkan super ring aku itu."

Aku menyengih. Ingat senang ke nak suruh aku pulangkan makanan ni? "Aku pulangkan super ring tapi sebagai gantinya, bagi aku cadbury itu."aku sudah memuncung ke arah cadbury besar yang terletak jauh sedikit daripada aku.

"Eh! No way, okey?! Ada duit kan? Beli ah sendiri."ujar Farah sudah berura-ura mahu menyorokkan cadbury itu dari mataku.

Aku sudah buat muka bebek angsa. Hmm.. Kedekutnya!

"Aku ngidam coklat. Tak kesian ke dengan aku? Anak aku nak makan coklat tau.. tak kesian ke?!" aku sudah mulai kaitkan anak dalam perutku ini.

Kata-kataku mengundang tawa Farah. Dia terus merampas super ring aku bila aku sedang leka buat muka comel.

"Mak budak ke budak sebenarnya nak coklat ni? Aku confuse jap."  sakat Farah masih bersisa tawa.

"Kedua-duanya sekali. Mak budak pun nak, budaknya pun nak." spontan aku bagi jawapan.

"Alah kesiannya dengan budak. Tak apa, kalau untuk si budak, auntie Farah sanggup bagi. But, for budak aje tau. Untuk mak budaknya, pandai-pandailah survive." usik Farah lalu menyerahkan cadbury itu pada aku.

Aku tersengih. Erm.. coklat!
...

Continue Reading

You'll Also Like

204K 13K 68
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
711K 25K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
211K 8.8K 30
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara AIREEN QAISARA seorang gadis biasa yang lahir dalam keluarga sederhana. Anak kedua dari tiga beradik, Aireen dianggap...
2.6M 69K 69
- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna...