[COMPLETED] Dia Semanis Gula...

Autorstwa sweetiftisour

95.5K 4.9K 2.1K

"Senang cerita. Dua bulan lepas masa saya bawa flight pergi Perth tetiba saya rasa nak kahwin. Tiga hari bert... Wi臋cej

鉁堬笍Teaser馃嵀
鉁堬笍Bab 1馃嵀
鉁堬笍Bab 2馃嵀
鉁堬笍Bab 3馃嵀
鉁堬笍Bab 4馃嵀
鉁堬笍Bab 6馃嵀
鉁堬笍Bab 7馃嵀
鉁堬笍Bab 8馃嵀
鉁堬笍Bab 9馃嵀
鉁堬笍Bab 10馃嵀
鉁堬笍Bab 11馃嵀
鉁堬笍Bab 12馃嵀
鉁堬笍Bab 13馃嵀
鉁堬笍Bab 14馃嵀
鉁圔ab 15馃嵀
鉁圔ab 16馃嵀
鉁圔ab 17馃嵀
鉁圔ab 18馃嵀
鉁圔ab 19 馃嵀
鉁圔ab 20馃嵀

鉁堬笍Bab 5馃嵀

4.2K 253 50
Autorstwa sweetiftisour

AKU pandang pinggannya yang dah kosong. Pergh! Pelahap jugak suami aku ni. Eh, salah. SUAMI PAKSAAN aku ni. Ayam tinggal tulang je. Nasi hujan panas pun dah tak nampak sisa. Sebutir pun tak tinggal. Set set pandai makan. Bagus! Senang aku nak cuci pinggan.

"Dah sudah?" Aku tanya dia.

"Kalau dah?" Tanya dia.

"Kalau dah baguslah. Saya boleh pergi dapur sambung kerja."

Apa? Ingat aku ikhlas ke mencangok tunggu dia makan kat sini? Kalau ikutkan hati lepas hidang makanan tadi nak je aku masuk dapur sambung cuci pinggan mangkuk. Tapi bila dah kena paku pandangan dan juga jegilan maut dari mama yang aku kira lebih dari dua puluh kali tadi tu, aku paksa diri aku untuk duduk depan dia dan menghadap dia makan. Macamlah dia anak raja sampai nak kena tunggu gaya tunggul kat sini. Huh!

"Kalau belum?" Nak ajak aku main pop kuiz ke caner ni?

"Takkan belum kenyang lagi kot? Tiga pinggan tahu awak bertambah." Perut cap apa entah. Berdosa tak kalau aku syak suami sendiri bela saka?

Aku tak tahu jawapan aku ada aura kelakar kat bahagian mana. Tapi dia ketawa. Ya, dia ketawa mengekeh. Yang peliknya tak ada pulak aku rasa annoying dengar suara dia tu. Rasa sedap lagi ada la. Ermm...

"Awak nak tahu satu benda tak?" Bekas cuci tangan dia capai dan tangan kotornya dibilas dibawah air.

"Awak nak cakap saya comel kan? Kan?" Saja aku bagi soalan masuk bangkul angkat sendiri. Mesti dia akan cakap aku ni perasan.

Allahu. Siapa-siapa... tolonglah bagitahu aku. Part mana yang lawak dalam soalan aku tu? Kenapa dia sambung ketawa lagi?

"Patutlah kita berjodoh." Kata dia dengan ketawa yang bersisa.

Erk! Melalut apa pulak dah?

"Memang itu yang saya nak cakap tadi. Awak comel lah, Khairina."

O-key... aku syak dia ada bela saka jenis romeo. Dan saka tu mungkin fikir aku ni juliet. Ingat senang-senang aku nak beli pickup line dia tu? "Lagi? Selain comel, apa lagi yang awak nampak kat saya?"

"Awak manis."

"Lagi?"

"Awak kelakar."

"Lagi?" Layankan jelah. Bukan rugi pun.

"Awak unik."

"Lagi?"

"Awak buat..." Dia berhenti menutur sekejap. Bawa tangan kiri ke dada dan satu tundingan dibuat disitu. "... sini rasa lain."

"Bleh!"

"Uh? Reaction jenis apa tu?"

Allah! Sumpah! Wallahi! Aku tak berniat pun nak keluarkan bunyi mengeji tu dengan riak muka paling jelik dalam dunia. Sumpah tak sengaja! Spontan! Tak sempat dikawal. Ni kalau mama tengok mahu kena bebel sampai Maghrib esok.

"Err..."

Tak sampai dua saat, riak terkejut gaya baru lepas tengok cipanzi pakai skirt dia dah berubah kepada asal. Tersenyum dengan mata menala ke arah aku.

"Sorry." Bibir aku ringan menuturkan maaf. Yelah. Walaupun kita tak tahu ikhlas ke tak tapi bila orang dah puji tu patutnya ucapan terima kasih yang dia dapat. Bukan bunyi 'bleh!' tu.

Lahaiii Khairina Fartini oi... Kau lupa ke yang kau hadap sekarang ni bukan Nadia atau kawan-kawan kau tapi suami. Hormat mana hormat?

"It's okay. Lagipun awak tetap nampak comel masa cakap 'bleh' tu."

Dahsyat ah dia ni. Jenis perli sambil senyum duh. Comel, uh? Mata ke atas, lubang hidung dikembangkan dan bibir mencebik. Comel ke jenis muka macam tu? Auta tahap langit ketujuh sangat! Nak ambik hati aku pun berpada-pada ah.

"Nak tanya sikit."

"Shoot." Tangan basahnya dikesat dengan tisu.

"Kita dulu satu sekolah eh?"

"Tak."

"Satu universiti?"

"Tak."

"Awak pernah jadi jiran saya?"

"Tak."

"Parents kita sekampung ke?"

"Tak."

"Pernah tengok saya kat mana-mana sebelum awak datang rumah hari tu?"

"Pernah."

"Kat mana?"

"Dalam gambar yang ummi tunjuk."

Lah! Aku tak expected jawapan tu pun lah! Ish! "Dah tu macam mana?"

Perbuatan mengesat bibir dia terhenti. "Macam mana apa?"

Aku rapatkan dada pada meja. Merenung mata dia dalam-dalam. "Macam mana awak boleh pinang saya sedangkan awak tak pernah tengok saya sebelum awak tengok gambar?"

Dia menggaru pelipis. "Cerita dia ringkas je."

"Shoot."

Dia bawa tubuh ke belakang, bersandar pada kerusi. Dengan gaya berpeluk tubuh, mata terpaku tepat melawan padangan aku. "Pada suatu hari..."

"Oh come on!" Dia tergelak lagi. Apa yang seronok sangat entah!

"Senang cerita. Dua bulan lepas masa saya bawak flight pergi Perth tetiba saya rasa nak kahwin. Tiga hari berturut-turut saya fikir pasal tu kat sana. Dapat keputusan, balik rumah saya terus utarakan niat saya pada ummi dan walid. Saya minta diorang tolong cari calon. Dua hari lepastu, ummi tunjuk saya gambar awak dan saya terus setuju. Tiga hari kemudian, ummi dengan walid hantar cincin dan sehari lepas proses meminang tu saya pergi rumah jumpa awak. Tengok awak dengan mata sendiri dan saya berkenan. And then... here we are now."

Satu persatu perkataan yang keluar dari bibir dia masuk ke dalam telinga. Aku dengar dan aku hadam. "Awak jumpa saya cuma sekali je. Macam mana awak boleh cakap yang awak berkenan?"

Kalau tadi aku, kini giliran dia pula dekatkan dada pada meja sekaligus mengurangkan jarak antara muka aku dan dia. Seluruh wajah aku diperhati lama. Senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya makin melebar. "Hati manusia Allah yang pegang. Jadi kalau nak tahu jawapan tanyalah DIA." Seraya dia menutur ayat yang betul-betul menjerat aku, kerusi ditolak ke belakang. Pinggan-pinggan kosong atas meja dicapai dan disusun.

"Takpe. Biar saya yang kemas." Tersedar dari sentakan akibat jawapan yang mematikan nafsu ingin terus berdebat dengan dia, aku juga ikut berdiri. Lantas pinggan-pinggan dari tangan dia aku ambil. "Awak pergi naik atas dulu. Tidur."

"Awak?"

"Saya apa?"

"Awak taknak naik sekali?"

"Kenapa saya nak kena naik pulak?"

"Yelah. Saya dah ada isteri. Takkan saya nak tidur sorang pulak?"

Gulp! Air mana air?

***

*To Be Continued

Czytaj Dalej

To Te偶 Polubisz

888K 17.9K 31
Siti aisyah yang kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat workaholic dan jarang menemaninya di rumah kadang2 terasa juga hati seorang...
264K 16K 76
Sikap Puteri Nur Raina yang tidak dijangka membuatkan Dato' Luqman berasa tidak senang hati. Puteri Nur Raina akan buat apa sahaja yang dia mahukan w...
224K 11.9K 54
Pensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang bol...
1.5M 47K 88
#2018 馃巰SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI馃巰 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...