Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
LOT LOVE
New Story

EPILOG II

33.3K 1.1K 28
By CikVelvet

"AWAK tak nak masuk ke?" Aurell menoleh melihat Riyadh yang hanya berdiri sambik mendukung Iqbal di beranda rumah kayu keluarga Ain.Hari ni majlis persandingan antara Ain dan Hakim.Majlis ini diadakan di rumah keluarga Ain yang terletak di Teluk Intan.Awal-awal lagi dia sudah bersiap untuk pergi ke mari.Iqbal yang kebetulan memang bangun awal setiap pagi,terus disiapkan jugak.Riyadh pulak yang terpaksa terpisat-pisat menyiapkan diri bila melihatkan Aurell dan Iqbal sudah bersiap.Padahal tak adalah jauh mana Teluk Intan dengan KL tu.Kata Aurell,takut jalan jem dan tak sempat nak tengok Ain naik pelamin kalau datang lambat.Isy isy.. alasan sungguh!

Riyadh menggeleng kepala."Awak masuk je lah.Lagipun saya tengok semua perempuan je dekat dalam tu.Kalau saya masuk,emph.. cari pasal awak bermadukan dengan saudara-mara Ain je nanti", usiknya sambil tersengih nakal.Tapi betul,dekat dalam rumah tu memang ramai gadis-gadis dia tengok tadi.Tak selesalah pulak kalau dia tiba-tiba masuk.Dahlah dia bukannya kenal rapat pun dengan Ain.

Aurell menjuih bibir.Penumbuk kecil ditayang di hadapan lelaki itu.Riyadh ketawa kecil.Hmph! ada hati nak madukan aku.Tak sedar ke yang didukung tu angkara siapa? Ada hati!

Dalam hampir tiga puluh minit berada di dalam bilik pengantin,barulah Aurell keluar dari rumah tersebut.Itu pun sebab dah ramai saudara-mara Ain yang berkumpul di dalam bilik.Sedar yang dia hanya orang luar,Aurell pun terus saja meminta diri.

Pelik jugak dia apabila kelibat Riyadh tidak kelihatan di beranda rumah.Rasanya baru setengah jam lepas dia nampak Riyadh sedang duduk di bangku depan tu.Ini hilang pulak?

Namun rasa hairan itu hadir seketika saja apabila dia melihat Riyadh sedang duduk di atas pangkin berbumbung sambil menghalakan kipas mini ke tubuh Iqbal.Kipas itu memang sentiasa dibawa bersama memandangkan kulit Iqbal sensitif dengan haba.Kalau kena panas sikit,mulalah kulitnya merah-merah.

"Jaga anak ya,bang?" usik Aurell yang sudah pun duduk di sebelah lelaki itu.Mujurlah dekat pangkin ni tak terlampau panas berbanding bawah khemah tu.

Riyadh mengerling sekilas wajah Aurell yang ayu memakai baju kurung moden berwarna biru lembut.Sedondon pakaian mereka tiga beranak hari ni.Dah macam hari  raya pun ada.Riyadh memuncungkan mulutnya.

"Jaga anaklah ni,cik adik.Entah manalah mamanya ni menghilang.Naik pelamin agaknya", usikan Aurell dibalas dengan usikan juga.Aurell ketawa kecil.Kemudian tangannya naik menyeka peluh-peluh halus yang berada di dahi lelaki itu.Jatuh kasihan pulak dia tengok Riyadh.Sedari tadi asyik mendukung Iqbal saja.

"Penat ya? Mehlah sini anak tu.Kesian pulak awak mendukung dia dari tadi sampai berpeluh-peluh", Aurell sudah membuka tangannya untuk mengambil Iqbal yang sedang lena dalam dukungan Riyadh tapi Riyadh cuma tersenyum dan menggeleng.

"Selama ni awak bawak Iqbal ke hulu hilir sembilan bulan dalam perut,tak ada sekali pun awak mengeluh.Ini apalah sangat setakat saya nak dukung Iqbal untuk hari ni?" jujur jawapannya.Dia rasa setakat mendukung Iqbal sementara majlis hari ini berlangsung,bukanlah satu beban buatnya sedangkan selama ini Aurell yang banyak bersusah-payah.Dia hanya mampu melihat saja.Jadi hari ni tak salah kalau dia biarkan Aurell bebas buat seketika.

Aurell tersenyum mendengar jawapan Riyadh.Manisnya!

"Saya cuma takut kalau awak penat je.Em.. awak haus? Saya ambikkan air?"

"Boleh jugak.." Aurell tersenyum sebelum dia pergi ke meja yang menempatkan air sirap limau ais.

"Nah.. " Aurell membantu menyuakan air tersebut ke mulut Riyadh memandangkan kedua tangan lelaki itu sedang bekerja keras sekarang ini.

"Emm.. segarnya! Thank you sayang", pipi Aurell dicium laju.Kena cepat-cepat nanti orang lain nampak pulak.Tak pasal-pasal dikatanya melawan pengantin.

Setelah beberapa saat mendiamkan diri,Aurell bersuara.

"Awak menyesal tak dengan perkahwinan ni?" soalnya tiba-tiba.Tadi masa dia tengok Ain bersiap dalam bilik,dia terfikir tentang soalan ni.Rasanya dia belum pernah tanya Riyadh soalan ni lepas mereka berkahwin.

Riyadh segera menoleh memandang isterinya."Maksud awak?" rasanya dia dah faham maksud Aurell,cuma sengaja dia nak tanya lagi sekali.

"Maksud saya,awak pernah tak rasa menyesal dengan perkahwinan kita? Awak menyesal kahwin dengan saya?" Aurell memandang Riyadh sama.Mata bertentang mata.Nasib baik Iqbal hanya duduk diam saja walaupun bayi itu sudah terjaga.

"Dah hampir setahun kita berkahwin,demi Allah sedikit penyesalan pun tak pernah terlintas dalam diri saya.Malah saya rasa bersyukur sebab dipertemukan dengan awak.Saya rasa sangat bersyukur sebab boleh berkongsi hidup dengan awak",

Aurell tersenyum lagi.Syukur dengan apa yang dikatakan Riyadh.

"Kenapa awak tanya? Awak menyesal ke?" soal Riyadh.Rasanya kalau pasal menyesal tu,Aurell berkemungkinan akan rasa sebab dia yang memaksa gadis itu berkahwin dengannya.Sekurang-kurangnya,dia memang sudah jatuh hati pada Aurell sewaktu melamar Aurell dulu.

"Hm.. saya rasa bodohlah saya kalau saya menyesal dengan semua ni.Awak lelaki yang baik untuk saya malah awak terlalu baik.Saya harap awak akan terus jadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kita nanti", Aurell tersenyum kecil.Riyadh membalasnya juga.Nasib baiklah sekarang di tempat terbuka,kalau tidak sudah lama dia memeluk Aurell.Pipi gadis itu akan dicium-cium bertalu.

"Emm.. anak-anak ya? Ada hati nak bagi Iqbal adik ke?" usik Riyadh.Perlahan suaranya takut ada orang lain pasang telinga pulak.Sekarang ni mereka di tempat orang nadi baik jaga adab sikit.Hihi..

Aurell terus mencubit lengan Riyadh.Ada saja modalnya nak mengusik!

"Psst.. kalau ada hati,saya okey saja.Bila-bila masa pun boleh! Cakap je awak nak bila dan   berapa ramai.Umur saya belum cukup 30 lagi ni dan saya masih boleh bekerja keras", Riyadh mengenyit sebelah matanya.Gatal!

Aurell memalingkan muka ke tempat lain.Merona merah dah mukanya sekarang ni! Aisyyyy.. kalau tak menyakat,bukan namanya Riyadh Nadif lah tu.

"Bau busuk apa ni?" Riyadh menghidu sekeliling tempat dia duduk.Tiba-tiba pulak ada datang bauan yang kurang senang di situ.

Aurell berkerut."Bau apa? Taik kucing kut",

"Ehh.. walaupun lubang hidung saya ni kecik tapi saya boleh bezakan bau tahi kucing tu.Bau something wrong ni.Macam bau.. " Riyadh tiba-tiba mengangkat wajah memandang wajah selamba Aurell.
Mungkinkah..

"Apa?" soal Aurell pelik.Dah tiba-tiba pulak pandang sini.

"Awak kentut ehh? Busuk betul!"

Pap!

Hah itu mendapatnya! Kan dah kena tepuk dekat lengan.Suka suki je cakap kita pulak yang kentut.

"Bukan sayalah! Eeii.. awak yang kentut pakai lepas je lepastu tuduh saya pulak",

"Bukan saya jugaklah",

"Habis siapa?"

Mereka diam seketika sebelum telinga menangkap bunyi Iqbal mengumam.
Mereka sama-sama memandang anak lelaki mereka.

"Saya rasa kan.."

"Anak awak ni dah buang gas nuklear dia tu", sambung Riyadh terus.

"Awaklah ni ajar! Dah.. kena tukar ni.Pampers dia mana?" Aurell memandang Riyadh.Riyadh juga turut memandang Aurell.Terkelip-kelip matanya.

"Kenapa tanya saya?"

"Bukan ke saya bagi awak dekat rumah tadi? Awak ambik ke tak?" Aurell dah cekak pinggang.Jangan cakap tak bawalah..

"Ohh.. saya ambik tapi.. saya letak atas rak kasut", Riyadh sengih panjang.Lupa pulak dia pasal pampers tu!

Aurell menepuk dahi.Dah sudah macam mana pulak nak ditukarnya pampers anak ni? Cari pasal betul lah.

"Sarjan Major Riyadh Nadif ni memanglah! Suka buat orang susah hati tau", omel Aurell sambil menyelongkar beg pakaian Iqbal.Kut-kutlah ada terselit satu pampers Iqbal.

"Macam saya buat awak susah hati bila saya tak ada depan mata awak kan?" sempat lagi Riyadh tersenyum-senyum mengusik.Dan hasilnya,mendapatlah dia sebuah cubitan yang penuh dengan kasih sayang disulami cinta dari Aurell.Mengaduh kesakitanlah dia seorang diri.

Sakit pun sakitlah,apalah sangat sakit kena cubit ni dari sakit kehilangan dua insan berharga dalam hidupnya ni.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
1.1M 51.4K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face...
93.2K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
638K 24.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...