Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 45

28.2K 1K 87
By CikVelvet

MATA dibuka perlahan-lahan.Keadaan di situ yang agak terang dengan cahaya lampu membuatkan matanya kesilauan.
Pandangan yang kabur telah semakin jelas.Aurell melihat sekelilingnya.Kawasan ini agak berbeza dari perumahan di rumahnya.Bahkan cukup berbeza.Dia seperti berada di sebuah tempat yang agak luas dan tertutup.Dia tidak dapat mengenal pasti tempat itu memandangkan hanya di kawasan dia duduk itu saja ada lampu,sebaliknya dibiarkan gelap.

Aurell menggerakkan tangannya.Namun dia gagal apabila tangan dan kakinya telah diikat.Aurell mula rasa tidak sedap hati.Puas dia memaksa otaknya untuk mengingat kembali apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum dia sampai di tempat ini.

Masa tu aku sarung tudung dan aku keluar dari rumah sebab nak pergi buang sampah.Lepastu ada satu kereta ni berhenti depan aku,seorang lelaki kononnya nak tanya jalan.Jadi aku pun pergi dekat dengan kereta tu dan lepastu aku ditarik masuk dalam kereta.Lepastu.. aku dah tak ingat apa yang jadi.

Jap jap.. sekarang ni dia diculik ke?

Aurell terus menggerakkan tangannya apabila dia lihat ada bayang seorang lelaki yang datang menghampirinya.Dia tak nampak siapa gerangan lelaki tu tapi yang pasti lelaki itu sedang menghisap rokok sekarang ini.

"Aurell Latisha.." panggilnya.Lelaki tersebut masih belum menunjukkan mukanya.
Sengaja dia berdiri di tempat yang gelap.

"Kau.. kau siapa?" soal Aurell.Bergetar suaranya.Tipulah kalau dia kata yang dia tak takut.Dahlah kena culik lepastu dia seorang perempuan pulak tu! Tempat ni pun dia tak tahu dekat mana sekarang.Tak ada tingkap,tak ada pintu.

"Kau tak kenal aku ke?" soal lelaki itu.Rokok ditangannya dicampak ke atas lantai dan dia mendekati Aurell yang diikat di atas sebuah kerusi plastik.

Lihat saja muka lelaki yang kini betul-betul berada di hadapannya,Aurell tergamam.
Ternganga luas mulutnya.Apakah? Apa semua ni? Apa yang sedang berlaku?

"Masih tak kenal aku lagi?" soal lelaki tersebut sambil ketawa sinis.Dia mendekati Aurell lagi.Bukan selalu dia dapat duduk dekat-dekat dengan Aurell tau.
Maklumlah,bini orang kan.

"En.. encik Za.. Zakuan?" soal Aurell tak percaya.Kalau ikut logik,memang macam tak percaya tapi kalau tengok muka,
memang betul laa ini Zakuan.

Zakuan ketawa lagi."Ya.. aku.Kenapa? terkejut?"

Aurell terdiam.Sungguh dia benar-benar tak mengerti.Kenapa Zakuan berada di sini? Dan kenapa..

"Aku yang culik kau", kata-kata Zakuan telah menjawab segala pertanyaan dalam fikiran Aurell seketika tadi.Terus lelaki itu dipandang tajam.

"Kenapa kau culik aku? Apa yang aku buat pada kau?" soal Aurell yang mula sakit hati dengan perbuatan Zakuan.Tak sangka betul! Seorang lelaki yang disangka baik,yang selama ini sentiasa membantunya ternyata... herh!

"Hmm.." Zakuan menggosok dagunya.

"Silap kau cuma je,Ell.Silap kau bila kau bersetuju untuk berkahwin dengan Riyadh!"

Dahi Aurell berkerut tidak faham.

"Apa maksud kau?"

Zakuan ketawa sinis lagi."Kau nak tahu tak? Masa kau mula-mula bekerja dekat sini,aku selalu perhatikan kau.Aku selalu ambik berat pasal kau.Kalau boleh aku nak tahu segala tentang kau sebab aku sedar yang aku dah mula jatuh hati pada kau.Tapi lepas aku tahu yang kau dah nak berkahwin,aku kecewa sangat.Tapi apa yang lebih mengecewakan bila aku dapat tahu yang kau akan berkahwin dengan Riyadh! Masa tu aku rasa sakit hati.Kau boleh kahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ni tapi kenapa dia!? Semua perasaan aku pada kau selama ni dah hilang.Jadi lepas dari tu,aku mendekati kau bukan sebab nak cuba ambil perhatian kau lagi.Tapi sebab aku nak musnahkan hidup lelaki tu!"

Aurell diam.Tak,dia kurang faham.

"Kenapa? Kenapa kau nak musnahkan hidup dia? Apa salah yang dia dah buat pada kau?"

"Sebab dia yang ganggu hidup aku dulu! Dia yang rosakkan segalanya.Dia musnahkan hidup aku dan aku takkan sesekali biarkan dia bersenang-lenang dengan kehidupan dia", kata Zakuan.Kali pertama Aurell lihat Zakuan begitu marah sekali.Wajahnya cukup berbeza jika dibandingkan sewaktu lelaki itu di cafe.

"Kau.."

Belum sempat Aurell mahu membalas kata,pintu tempat tersebut yang berada di hujung sudut itu terbuka.Ada empat orang lelaki melangkah masuk ke dalam.Seorang lelaki diikat tangannya dari belakang dan dibawa menghampiri mereka.Lama Aurell mengamati lelaki yang diikat tangannya tersebut sebelum matanya membulat besar.Riyadh!

"Hah.. ni pun lelaki yang aku tunggu-tunggu selama ni", Zakuan menghampiri Riyadh.Tapi Riyadh sedikit pun tidak berasa gerun meskipun dia hanya seorang diri saja di dalam tempat itu.Di belakangnya ada tiga orang lelaki berbadan sasa dengan sepucuk pistol di tangan masing-masing.

Matanya sekarang ini hanya tertumpu pada Aurell.Lega dia apabila melihat isterinya itu masih dalam keadaan baik walaupun gadis itu tidak bertudung sekarang ini.

"Akhirnya kita dapat bersua jugak dalam keadaan macam ni.Selama ni aku tahan je apa yang pendam bila aku berhadapan dengan kau", mata Zakuan lagi.Kecik besar je dia tengok Riyadh sekarang.Riyadh hanya memandang lelaki itu dengan pandangan tajam.Kalau diperhati,wajah Riyadh tidak berubah ketika berhadapan dengan Zakuan tadi.Tidak sama seperti reaksi Aurell yang jelas terkejut.Jelas di situ Riyadh telah mengetahui semuanya sebelum ini lagi.

"Ell tak ada kaitan dalam hal ni.Kau lepaskan dia!", kata Riyadh.Apa pun sekarang ni,dia perlu selamatkan Aurell dahulu sebab dia tahu konco-konco Dato' Halim semuanya kuat dan tak ada hati perut.

"Aku lepaskan dia? Tak semudah tu,Sarjan Major.Aku akan buat hidup kau sengsara! Perempuan tu pun aku sanggup bunuh kalau itu yang boleh buat hidup kau musnah!" serentak itu,sebuah tumbukan tinggap di wajah dan perut Riyadh.Tepat mengenai jahitan luka yang dijahit tadi.Riyadh terus jatuh terduduk.Berkerut mukanya menahan sakit.Baju putihnya kembali dengan kesan darah.Pasti jahitannya sudah terbuka.

"Ad!!" Aurell hanya mampu menjerit dari belakang.Dia nak bantu suaminya tapi apakan daya? Dia sendiri terikat di sini.

"Kau hancurkan hidup aku!" Riyadh dipukul lagi.Bahkan disepak pada perutnya.

"Kau bunuh adik aku! Kau ni bodoh kau tahu tak? Kau bunuh satu-satunya aku keluarga yang aku ada!" Riyadh dipukul lagi.Semakin kuat pukulannya,semakin puas hati Zakuan.

Riyadh yang sudah terbaring,cuba bangkit perlahan-lahan.Ikatan tangannya sudah dibuka.

"Ak.. aku .. tak tahu Tora tu adik kau!"

"Tak tahu! Kau memang tak guna! Hidup kau asyik nak membunuh orang je.Puaslah hati kau tengok aku seorang diri sekarang ni? Kau jangan ingat kau pegang pistol dengan pangkat yang kau ada tu,kau boleh buat sesuka hati!"

Riyadh hanya mampu mengetap rahangnya menahan kesakitan.Dengan sakit tumbukan yang tepat mengenai wajah dan perutnya berkali-berkali membuatkan dia tidak mampu untuk melawan lagi.

"Zakuan,cukuplah! Tolong.. jangan cederakan dia lagi", rayu Aurell dari belakang.Mengalir air matanya melihat suami sendiri dipukul begitu teruk.Riyadh sehingga sudah terbatuk darah akibat pukulan yang terlalu kuat.

Zakuan menoleh memandang Aurell.Dia tersenyum sinis sebelum mendekati gadis itu.

"Jangan cederakan dia lagi? Kenapa? Kau nak selamatkan dia?" soal Zakuan.

Aurell pantas mengangguk.Sempat dia memandang Riyadh,lelaki itu sedang melutut lemah memandang ke arahnya.

"Okey.. kalau macam tu,kau akan gantikan tempat dia", Zakuan terus membuka ikatan kaki gadis itu dan terus menarik rambut Aurell agar berdiri.

"Kau nak sangat aku selamatkan dia kan? Kau sanggup korbankan diri kau sebab lelaki tak guna ni! Tapi kau jangan risau,aku takkan cederakan kau.Aku takkan sesekali cederakan kau sebab aku pernah cintakan kau", kata Zakuan.Aurell sedar pandangan Zakuan sekarang ini sudah bertukar.Dari pandangan kemarahan sudah bertukar kepada pandangan yang agak.. entahlah.

"Ad,aku mintak maaf sebab sekarang ni aku terpaksa jadikan isteri kau sebagai korban aku malam ni", Zakuan tersenyum sinis sebelum dia menghampiri wajah Aurell.Pipi gadis itu dicium lama.Dari pipi,turun pula ke leher gadis itu.Aurell puas sudah meronta mahu melepaskan diri tapi pegangan Zakuan pada pinggangnya menghalang segalanya.

Riyadh yang melihat hampir terbalar juga satu badannya.Suami mana yang tahan melihat isteri sendiri diperlakukan sebegitu rupa.

"Kau.. jangan sentuh isteri aku!" suara Riyadh kedengaran kuat.Zakuan berhenti.

"Kenapa? Tak boleh? Ad,aku tahu kau belum pernah sentuh isteri kau ni lagi.Jadi apa salahnya kalau aku jadi yang pertama?" Zakuan sengaja mahu membakar kemarahan Riyadh.Dia sengaja bermain dengan bibir mungil Aurell.Belum sempat bibirnya menyentuh bibir Aurell..

Satu tumbukan hinggap pada pipinya.Riyadh terpaksa mengumpulkan seluruh tenaganya untuk menumbuk lelaki itu.Dan balasannya,dia ditumbuk sekali lagi oleh tiga orang lelaki di belakangnya tadi.

"Itu je yang kau mampu?" soal Zakuan sinis.Sakit jugaklah tepi bibirnya.Marah betul Riyadh bila dia ganggu Aurell.Zakuan kembali mendekati Aurell.Rambut gadis itu ditarik lagi.Aurell sudah memejamkan matanya rapat.Penat dah dia menangis tapi Zakuan memang tak ada hati dan perasaan!

"Kau tengok keadaan suami kau tu.Kesian kan? Kesian sangat dia sakit.Kau sanggup ke nak tengok dia macam tu?"

"Sanggup ke tak?!"

Perlahan-lahan Aurell menggeleng.Matanya dari tadi hanya memandang Riyadh sayu saja.Ya Allah,Kau berilah kekuatan kepada suamiku.

"Tak sanggup kan? Jadi apa kata kita kurangkan kesakitan dia.Nak?"

Aurell diam.Ayat lelaki itu seakan mahu membantu Riyadh tapi wajahnya sama sekali tidak.Gayanya seperti lelaki itu akam.membuat sesuatu yang lebih teruk dari tadi.Dan telahan Aurell tepat apabila dia lihat Zakuan mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam poket seluarnya.Pistol itu kemudian diletakkan di tangan Aurell dengan kedua belah tangan gadis itu masih terikat.

"Aku nak kau tembak dia sekarang",

Aurell terdiam.Ya Allah..

"Tembak sekarang!"

Aurell menggeleng kepala.Makin laju air matanya.Gila apa dia nak tembak suami sendiri?

"Okey,kalau kau tak nak tembak.. aku akan tembak kau", sepucuk lagi pistol dihala tepat di tepi kepala Aurell.

"Woi! Aku.. aku takkan biarkan kau hidup.. kalau kau tekan picu tu!" jerit Riyadh.

"Sebelum kau biarkan aku mati,kau orang berdua yang akan mati dulu!"

"Tembak sekarang aku kata!" marah Zakuan.

"Tak naklah!!" Aurell menolak.

"Okey! Kalau kau tak nak tembak,ucap selamat tinggal dekat suami kau", Zakuan sudah bersedia untuk menarik picunya.

"Ell! Tembak saya cepat!" Riyadh bersuara dan terus membuatkan Aurell memandangnya.

"Aw.. awak cakap apa? Saya tak nak!"

"Tembak,Ell!"

"Tak! Saya tak akan tembak awak!"

Riyadh meraup wajahnya.Tertekan!

"Kalau awak tak tembak saya,awak yang akan ditembak,awak faham tak?!"

"Biarlah saya yang di.." Aurell tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"I love you! I love you,Ell! awak tak boleh mati.Dan awak tak boleh tinggalkan saya.Please.. just shoot me", Riyadh separuh merayu.Berair jugak matanya sekarang ini.

Aurell terdiam terus.I love you? Riyadh baru saja kata I love you padanya?

"Riyadh.. saya tak nak.."

"Ell!! Tembak saya!!" jerit Riyadh yang entah kali ke berapa.

"Trust me.."

Aurell memejamkan matanya rapat.
Menggeletar tangannya ketika ini.Dalam beberapa saat...

Pom!

Satu tembakan dilepaskan.Bila buka mata,Aurell lihat Riyadh sudah terbaring di atas lantai.

"Ad!!" belum sempat dia mahu mendapatkan suaminya,keadaan menjadi kucar kacir seketika.Dari tempat itu sunyi,telah bertukar menjadi riuh.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku sehingga tangannya ditarik.Ada seorang lelaki berpakaian hitam menarik tangannya dan membawanya keluar dari situ mengikut sebuah pintu kecil.Pintu yang berada di belakang tempat tersebut.

"Kau siapa?" Aurell cuba menarik tangannya tetapi tidak berjaya.Lelaki itu menoleh memandang Aurell.

"Ni abang.. Abang Afeef", Aurell terdiam.Mustahil! Tak mungkin! Abang Afeef? Abang kandungnga selama ni tiba-tiba saja muncul di hadapan matanya setelah hampir 10 tahun mereka tidak berjumpa?

"Abang tahu Ell terkejut tapi Ell kena ikut abang sekarang ni.Kita pergi dari sini", Afeef menarik tangan Aurell namun gadis itu mengeras.

"Suami Ell! Dia dekat dalam!"

"Jangan risau pasal tu! Ikut abang!" Afeef terus menarik tangan adik perempuannya.

Aurell hanya mampu menangis.Dia tak dapat nak tengok keadaan Riyadh tadi.Adakah tembakannya tepat mengenai mana-mana bahagian badan suaminya yang boleh mendatangkan maut? Dia benar-benar khuatir.Doanya agar suaminya itu selamat dan masih hidup.Tolonglah..

Dan seandainya Aurell menghidupkan telefon bimbitnya terlebih dahulu pada petang sebelum dia diculik,pasti dia akan terfikir sesuatu mengenai mesej terakhir yang dihantar oleh Riyadh.

Riyadh

Assalamualaikum.Kenapa saya call awak tak angkat? Masih marahkan saya? Saya mintak maaf.Jawablah call saya.. Tak pun reply mesej ni.Mungkin ni kali terakhir saya dapat mesej awak 😔

Malangnya,Aurell telah mematikan telefon bimbitnya.Langsung dia tidak dapat membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu.

*Hayyokkkk tatayok..

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 51.3K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face...
577K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
153K 6.9K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...
612 55 8
A ROMANCE STORY BY AISYWA EBOOK 2023 Ketenangan Nur Izara terganggu dek kehadiran seorang lelaki yang sangat menyebalkan. Ketika dia lewat ke kelas...