Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 44

25.6K 924 127
By CikVelvet

AURELL mendengus geram.Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa di dalam rumah sewa tersebut.Ain yang sedang menikmati mi segera di sofa bertentangan terus berkerut hairan.

"Kau ni dah kenapa,Puan Aurell? Balik-balik je muka tu bukan main masam lagi.Tadi bukan ke suami kau yang hantar balik?" soal Ain yang tidak tahu menahu hal sebenar.Tapi tadi sewaktu kereta Riyadh berada di hadapan rumahnya,dia nampak jugaklah Aurell dan Riyadh seakan berbincang sesuatu di luar kereta.Entah apa yang dibincangkannya tapi nampak serius betul.

"Suamilah sangat! Suami apa macam tu kalau asyik nak marah-marah je.Ingat apa? Aku ni tak ada hati dan perasaan ke?" getus Aurell sampai tercebik-cebik bibirnya menahan rasa geram yang teramat.Tadi di One City,Riyadh terus menariknya masuk ke dalam kereta lelaki itu dan sepanjang perjalanan,memang dahsyat jugaklah perang mulut antara mereka berdua.Riyadh tu tak habis-habis nak persoalkan kenapa dia keluar dengan lelaki lain dibelakang suami sendiri.Tak faham betul laa! Takkanlah keluar dengan majikan sendiri pun tak boleh? Susah betul jadi isteri orang ni.Lagi-lagi orang itu adalah Riyadh Nadif!

"Laaa.. kenapa pulak dia marah kau?"

"Dia kata aku curanglah apalah.Padahal aku keluar dengan Encik Zakuan tu je.Mula-mula tu aku tak nak tapi sebab harini hari terakhir aku bekerja sebagai staf dia,jadi aku pun setuju je lah.Tak sangka pulak dekat mall tu aku terserempak dengan Riyadh.Terus dia tuduh aku itulah inilah",

Ain mengangguk faham."Tapi sebelum kau setuju nak keluar dengan Encik Zakuan,kau ada bagitahu suami kau dulu ke tidak?"

Aurell memandang Ain sekejap sebelum dia menggelengkan kepala."Hah? Kau tak bagitahu Riyadh?"

"Tak.. alaa perlu ke semua benda yang aku nak buat kena bagitahu dia? Lecehlah kalau macam tu.Yang dia tu pun satu,aku bukannya pegang-pegang tangan ke apa sampai dia nak marah tak tentu pasal.Haish!"

Ain menggeleng perlahan kepalanya.
Mangkuk mi segera di hadapannya dijauhkan sedikit."Ell.. ni bukan masalah semua benda kau kena bagitahu dia ke apa tau.Sekarang ni,suami kau tu Riyadh.Dia perlu tahu apa yang kau buat,kau pergi mana dan kau berkawan dengan siapa.
Bukan sebab dia nak kongkong kau ke apa,tapi sebab tanggungjawab.Kau tu tanggungjawab dia jadi kalau sesuatu jadi dekat kau,orang akan tanya dia",

Aurell menjuih bibir."Sebab tu je pun.Kalau apa-apa jadi dekat aku,cakap je lah aku yang degil sebab tak nak dengar cakap dia.Kan senang tu",

"Kau cakap senanglah,tak ada suami yang sanggup salahkan isteri dia tahu tak.Apa-apa pun dia mesti akan salahkan diri dia jugak sebab tak jaga isterinya betul-betul.Ell.. apa yang aku nampak dekat Riyadh tu sekarang ni,dia betul-betul ikhlas memperisterikan kau tau.Dia betul-betul anggap kau tu sebagai isteri dia", kata Ain.Ikhlas apa yang dikatakan.Mengikut pemerhatiannya,Riyadh benar-benar suami yang baik.

"Habis kau nak cakap aku ni tak anggap dia suami aku laa?" soal Aurell tak puas hati.Tangan disilang ke dada sambil tajam matanya memandang Ain.

"Entahlah.Kenapa kau tanya aku pulak? Tanya diri kau sendiri", kata Ain dan terus masuk ke dapur bersama mangkuk mi segeranya.Biarlah Aurell bermuhasabah diri.

Aurell menjeling siling.Malaslah nak fikir! Buang zat besi je! Tapi apa yang pasti,semua orang seakan ingin memenangkan Riyadh saja.Tak adil betul! Mentang-mentanglah lelaki itu kacak,apa yang dibuat semuanya nampak betul.Grrr..

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg tangan.Lama telefon bimbit tersebut dipandang sebelum dia menekan punat off padanya.Biarkan! Sekarang ni tak ada sesiapa boleh menganggu hidupnya untuk hari ini.

POM!!

Satu tembakan tepat mengenai perutnya.Riyadh jatuh terduduk sambil mengetap rahangnya kuat.Tangan kanannya menekup luka pada perutnya.
Macam mana dia boleh tak perasan ada musuh di bahagian tepi tu!

Ad,fokus!

"Ad! kau okey ke tak?" Aizat laju mendekati Riyadh sebaik sahaja lelaki itu ditembak di hadapan matanya.Dia membantu lelaki itu untuk bangun dan berselindung di sebalik dinding.

"Aku tak nampak ada musuh dekat tepi tadi", kata Riyadh sambil berkerut mukanya menahan sakit.Tangannya masih lagi menekup perut.Sebahagian dari bajunya sudah dipenuhi darah.

"Kau tak pakai bullet-proof vests ke?" soal Aizat dengan matanya yang terbeliak.Biar betul si Riyadh ni tak pakai baju kalis peluru tu? Selama ni dia jugak yang selalu pesan supaya baju tu sentiasa dipakai.Ni kalau dia tak pakai,maksdunya peluru tu..

"Aku.. aku terlupa",

"Kau lupa? Benda macam tu kau boleh lupa?"

Riyadh hanya mendiamkan diri setelah dimarahi Aizat.Memang salah dia jugak sebab terlupa untuk memakai baju kalis peluru tu tadi.Dia memandang pada lukanya.Semakin banyak darah yang mengalir keluar.

"Ad,kau tak fokus untuk tugasan kali ni.Kau tengok apa yang jadi pada kau? Sampai musuh dekat sebelah pun kau boleh tak perasan.Jom aku bawak kau pergi hospital",

"Tak apa,Zat.Aku boleh lagi ni.Aku tak nak tinggalkan team kita macam tu je", tolak Riyadh.Dia tak pernah mengundur diri walau seteruk mana sekalipun lukanya dulu.

"Kau jangan degil! Sekarang ni kau tak pakai baju kalis peluru,kau faham tak? Peluru tu ada dalam perut kau sekarang ni!" marah Riyadh.Lantaklah.. Sarjan tak Sarjan,sekarang ni Riyadh perlu dikejarkan ke hospital jugak.

"Tapi.."

"Kau percayakan team kita.Diorang boleh uruskan semuanya.Sekarang ni kau tu kena ikut aku",

"AKU faham masalah kau sekarang ni,Ad.Tapi kau janganlah terbawak masalah rumah tangga kau sampai membahayakan diri kau bila bertugas", ujar Aizat ketika menemani Riyadh di dalam wad.Lelaki itu baru saja selesai menjalani pembedahan.

Riyadh mengeluh perlahan."Aku tertekan,Zat.Aku dah tak boleh berfikir apa-apa lagi dah.Kau bayangkan,isteri aku dah masuk dalam perangkap musuh kita sendiri.Bila-bila masa je pihak sana boleh bertindak dan isteri aku.."

"Kenapa kau tak bagitahu je dekat Ell perkara sebenar? Kenapa kau perlu tarik tali? Kalau kau berterus-terang,aku rasa dia mesti faham dengan keadaan kau",

Riyadh tersenyum sinis."Dia takkan faham.Bukan kali pertama aku bagitahu dia,tapi dia tetap tak pandang serius.Dia takkan dengar apa yang aku cakap.Aku bukan sesiapa dalam hidup dia.Kalau aku mati pun tadi,dia takkan rasa kehilangan suami sendiri", katanya perlahan.Memang sudah buntu.Bahkan dia terlalu buntu! Pelbagai cara dia fikir untuk menyelamatkan nyawa Aurell tapi semuanya tidak berjaya.

"Hm.. tapi tadi aku dah cuba call Ell.Tapi.. masuk voice mail",

"Kau dah cuba lagi sekali?"

Aizat mengangguk."Lima kali dah aku cuba call tapi tetap sama.Tak ada bateri kut", dia menyedapkan hati sahabatnya itu apabila melihat muka Riyadh tiba-tiba saja berubah.

"Mungkin.."

Mereka berjeda seketika sebelum telefon bimbit Riyadh di atas meja berbunyi.

"Ambik phone aku tu.."

Aizat akur dan menyerahkan telefon bimbit lelaki itu kepada Riyadh.

"Hello?"

Riyadh diam seketika.Mendengar suara di hujung talian berbicara.

Satu saat,semuanya masih berkeadaan baik.

Dua saat,masih lagi sama.

Masuk saat yang ke seterusnya,wajah Riyadh serta merta berubah.Dia bangun dari pembaringannya.

"Bangsat kau! Kau jangan pernah berani nak sentuh isteri aku! Aku akan bunuh kau kalau tangan kotor kau tu sentuh dia!" talian dimatikan.Riyadh bergegas ingin turun dari katil tapi dia dihalang oleh Aizat.

"Kau nak ke mana? Kau baru je lepas operate.Nanti jahitan kau ter.."

"Ell dalam bahaya sekarang ni!" jeritan Riyadh cukup membuatkan Aizat terdiam.Erk.. dia tanya je tapi terus kena marah.

Riyadh terus membuka baju hospitalnya dan terus menyarung jaket hitam yang sering dipakai selalu.Jujur dia kata,setiap pergerakannya memang menyakitkan kesan luka yang baru dijahit pada perutnya tapi jika dibandingkan dengan kerisauannya sekarang ini,apalah sangat setakat luka yang dialami.

"Aizat,aku gerak dulu.Kau kumpulkan team kita dan bersiap sedia untuk malam ni.This would be a long night for us", kata Riyadh sebelum bergegas keluar dari wadnya.Aizat juga terus saja menelefon Jeff.

"Jeff,arahkan semua team kita bersiap sedia untuk malam ni.Aku akan datang sana kejap lagi.The game is begin!"

Continue Reading

You'll Also Like

23.7K 2.9K 45
𝘉𝘰𝘰𝘬 | 1 Status : Complete 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘯𝘪𝘴𝘩 𝘜𝘸𝘢𝘪𝘴 𝘒𝘪𝘮 𝘟 𝘕𝘪𝘬 𝘓𝘢𝘶𝘳𝘢 𝘈𝘳𝘪𝘢𝘯𝘢 Tuan Danish Uwais Kim - Jejaka berdarah kac...
381K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
129K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
2K 128 18
Dᴀʀιᴇʟ Lᴇᴀɴᴅʀᴇ X Eιғғᴇʟ Dᴀɴᴇᴇɴ Eiffel Daneen dengan teori novelnya tidak pernah berpisah. Bagaikan kuku dengan kulit. Namun, itu tidak menjadi masal...