Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.4K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 42

24.8K 995 139
By CikVelvet

ENJIN kereta dimatikan,Aurell terus saja meluru masuk ke dalam rumah.Sebelum itu,dia sempat lagi melirik garaj kereta di perkarangan rumah tersebut.Nampaknya Riyadh memang berada dalam rumah ni sebab kesemua kereta lelaki itu ada di garaj.

Aurell terus berlari anak ke tingkat atas setelah memeriksa ruang tamu dan dapur.
Pasti Riyadh berada di dalam bilik pada waktu begini.Air mata yang mengalir di pipinya dikesat sebelum pintu bilik itu dibuka.Kelihatan Riyadh sedang tekun menaip sesuatu pada komputer ribanya di meja kerja lelaki itu.Riyadh langsung tidak menoleh memandangnya.

"Awak.."

Riyadh memandang sekilas ke arah Aurell.Hairan jugak apabila melihat muka Aurell yang sudah lencun dengan air mata.Kenapa dia menangis?

"Aw.. awak.. maklong.. dah nazak", Aurell kembali menangis.Ketika dia berada di dalam kelas,dia mendapat panggilan dari jiran maklongnya di kampung yang memaklumkan maklongnya sudah nazak sekarang ini.Kesemua saudara-mara diarahkan untuk datang menziarah buat kali yang terakhir.

Kata-kata Aurell membuatkan Riyadh terkelu seketika.Lama dia memandang wajah gadis itu tidak berkelip.Berita yang amat mengejutkan jugak.

"Ki.. kita balik kampung ya? Sekarang.." Aurell mengesat air matanya dan terus bergerak ke almari pakaian mereka.
Beberapa helai baju diambil dan disumbat ke dalam beg pakaian.Dia main ambik je beberapa helai.Tak kira pun sebab tu semua tak penting! Sekarang ni dia hanya memikirkan tentang keadaan wanita itu saja.Dari tadi dia tidak henti-henti berdoa agar dia sempat melihat wanita itu.Dia mahu memohon maaf atas segalanya.

"Baju awak.. saya ambik je laa yang mana-mana pun ya", kata Aurell dan terus mengambil beberapa helai pakaian Riyadh untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.Tapi belum sempat beg itu dizip rapat,tangan Riyadh menghalangnya.Dia segera mengangkat wajah.

"Awak pergilah balik.." kata Riyadh.Muka yang tegas dan tidak berperasaan.Seakan beku saja riak wajahnya saat ini.Tak sedih ke dengan berita yang diterima tadi?

"Hah? awak macam mana?" soal Aurell.Mustahil lelaki itu membiarkannya pulang sendirian.Lagipun dia pulang ke kampung kerana maklongnya yang sedang nazak sekarang ni.Mustahil Riyadh sanggup melihatnya menanggung semua ini sendirian.

"Saya tak balik.Ada kerja yang perlu saya buat dekat sini", kata Riyadh tenang lalu kembali duduk di meja kerjanya.

"Ta.. tapi.. takkan awak nak saya pergi sana sendiri?"

"Awak bukannya tak biasa pergi sana seorang diri.Selama ni boleh je kan?"

"Ad.."

"Pergilah cepat.Saya ada banyak kerja lagi yang nak dibuat ni", kata Riyadh dan terus menghadap komputer ribanya.Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Aurell sekarang ini.Aurell mencebik bibir.Sudahlah dia dapat berita yang menyedihkan,lepastu sekarang ini suaminya sendiri pulak melayan dia dingin macam ni.Sadis!

Memikirkan keadaan maklongnya,Aurell terus saja keluar dari rumah itu dan memandu sendiri keretanya ke Hulu Langat.Tak apalah.Dia tak kisah pun kalau Riyadh tak ikut! Dia pun tak mengharapkan simpati lelaki yang lebih pentingkan kerja dari isteri sendiri.

Dan pada petang itu,Aurell selamat tiba di Hulu Langat.Keadaan di sana memang kelihatan sepi dan sendu saja.Ada juga beberapa orang kampung yang menziarahi maklongnya buat kali yang terakhir.Tanpa membuang masa,Aurell segera naik ke rumah dan menghampiri bilik yang menempatkan maklongnya.Tidak semena-mena pecah lagi takungan air matanya tatkala melihat keadaan wanita tua tersebut.Memang kelihatan terlalu uzur.Sebak hatinya melihat.

"Maklong.. maklong Ell dah balik", tangan wanita tua itu disalami dan dicium lama.Maklong menoleh memandang satu-satunya anak saudaranya.Bibir pucatnya tersenyum kecil.

"Maklong jangan tinggalkan Ell.. maklong sembuhlah.Ell tak nak hilang maklong", kata Aurell bersama juraian air matanya.Tubuh wanita itu diperluk erat.Selepas kejadian dia dihalau keluar dari rumah oleh wanita tersebur,memang dia dah jarang sekali pulang ke mari untuk berjumpa dengan wanita itu.

"Ell.. maafkan.. maklong ya,nak?" sukar sekali untuk maklong bersuara.Suaranya juga hanya kedengaran sayup-sayup saja di telinga Aurell.

"Takk.. maklong tak buat salah apa pun dengan Ell.Ell ni yang banyak menyusahkan maklong.Maafkan Ell,maklong.Maafkan Ell sebab dah lama tak jenguk maklong",

"Maafkan maklong sebab.. halau Ell dan tuduh Ell.Maafkan segala kesalahan maklong pada Ell.. dah tiba masanya untuk malam ikut jejak ibu dan ayah Ell.." maklong menarik nafas dalam.Nafasnya mula tersekat.

"Maklong janganlah cakap macam tu! Maklong tak boleh pergi.Ell dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni selain maklong", pecah lagi tangisan Aurell.Suraya di belakangnya hanya memerhati saja.Sebak jugak apabila melihatkan keadaan ibunya macam tu.Tapi sakit pulak hati apabila melihat Aurell sekarang ni.Pasti lakonan semata! Aku yang anak dia pun tak ada sampai nak meratap macam tu sekali.

Maklong menghadiahkan sebuah senyuman kecil pada Aurell sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.Aurell tergamam.

"Maklong? Maklong bangunlaa.. maklong! Maklong jangan tinggalkan Ell.. Ell dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni.Maklong bangunlah!" jasad ibu saudaranya itu dikoncang dengan harapan dia dapat menyedarkan maklongnya.Mungkin saja wanita itu tertidur.

"Maklong! Ell sayang maklong.. Ell sayang maklong sangat-sangat.Kenapa maklong tinggalkan Ell?" Aurell tidak dapat menahan  rasa sedihnya.Dia memeluh tubuh kaku itu seeratnya lalu dia mencium pipi tua itu
Wanita ini diibaratkan sebagai ibu kandungnya juga.Dari kecil maklongnya menjaga dan mendidiknya dengan baik sekali.Walaupun dia sekadar ibu saudara,tapi dalam keluarga ini dia telah dianggap sebagai anak kandung.Sungguh banyak jasa dan susah payah yang terpaksa wanita itu laluinya sepanjang membesarkannya.Maklong Timah sudah dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri
dan sekarang,buat kali kedua dia telah kehilangan wanita yang dianggap sebagai ibunya.

MALAM itu,Aurell tidak dapat melelapkan matanya walaupun jarum jam sudah pukul satu setengah pagi.Dia hanya berbaring di atas katil bersama dengan air mata yang tidak penat menemaninya.Selepas asar,jenazah maklongnya telah selamat dikebumikan.Walaupun wanita itu sudah tiada lagi,tapi berada dalam rumah ini membuatkan dia rasa kewujudan wanita itu masih ada.Kadang-kadang dia terdengar bunyi suara maklong memanggil namanya.Terbayang wajah manis wanita itu berada di dapur ketika dia membantu wanita itu membuat cucur bilis.

Sungguh dia rindu..

Tambahan lagi dia terpaksa menanggung kesedihan ini seorang diri.Tiada tempat untuk dia berkongsi rasa duka yang dialami sekarang ini.Alangkah baiknya jika Riyadh pulang bersama,sekurang-kurangnya lelaki itu dapat mengurangkan kesedihan yang dirasai.

"Maklong.. Ell rindu maklong.." kata Aurell perlahan.Satu persatu air matanya menitis.

"Ell sayang maklong.. Ell sayang sangat sangat dekat maklong", katanya lagi.Tersedu-sedu pulak dia jadinya kerana terlalu banyak menangis.

"Ell seorang je dekat sini.Datanglah sini temankan Ell,maklong.." kali ini Aurell menangis semahu-mahunya.Biarlah dia menamgis di dalam bilik ini sendirian.
Sekurang-kurangnya dia dapat lepaskan segala kesedihan yang dia tanggung ini.

Pada waktu yang sama,Aurell merasakan bahunya disentuh seseorang.Terus dia menoleh ke belakang dan terkejut bukan main lagi tatkala dia melihat wajah Riyadh betul-betul di hadapannya sekarang ini.

Mimpi ke?

"Awak?" soalnya pelik.Bukan ke lelaki itu kata dia ada lerja yang perlu diselesaikan.

Riyadh tersenyum kecil.Melihatkan senyuman itu,serta merta kesedihan dalam diri Aurell muncul kembali.Tanpa dipinta,dia terus memeluk lelaki itu seeratnya.Dia mahu menangis pada dada bidang suaminya tapi ditahan sehabis baik.Cukuplah dia dapat memeluk lelaki itu.

"Nangislah semahunya,Ell kalau itu boleh buat kesedihan awak beransur hilang", kata Riyadh.Suaranya lembut saja.Tidak seperti beberapa hari ini.Tegas dan dingin saja.

Dengar saja kata-kata suaminya,Aurell terus menangis semahu-mahunya.Tambah lagi apabila dia dapat rasakan tangan Riyadh menggosok lembut belakangnya seakan menyalurkan kekuatan dalam dirinya.

"Maklong dah tak ada.." kata Aurell dalam seduan.

"Ya,saya tahu",

"Saya.. saya dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni", Aurell kembali menangis.Riyadh pula terus menjauhkan tubuh Aurell dan mengangkat dagu gadis itu agar memandang ke arahnya.

"Siapa cakap? Awak masih ada saya.Awak ada mama dan Hana.Saya tak suka dengar awak cakap macam tu.Selagi saya ni bergelar suami awak,awak ada segalanya", kata Riyadh.

Aurell tercebik-cebik.Terharu mendengar kata-kata suaminya.

"Saya ingat awak tak datang.Saya ingat awak akan biarkan saya seorang diri lalui semua ni",

Sekali lagi Riyadh tersenyum kecil.

"I'm was here.Saya ada je dekat sini dari petang tadi lagi.Malah saya sendiri yang tolong kebumikan arwah maklong.Tapi saya tahu awak terlalu sedih sampai tak nampak saya.Saya berdiri sebelah awak dan hulur tisu pun awak main ambik je.Tak tengok pun saya",

Sekali lagi Aurell menangis.Dia kembali memeluk lelaki itu.

"Saya takut untuk rasa kehilangan lagi.Saya dah tak nak hilang siapa-siapa dalam hidup saya", katanya.Tiba-tiba dia mengangkat wajah dan memandang lelaki itu.

"Awak.. awak takkan tinggalkan saya kan? Awak akan sentiasa ada dengan saya setiap masa,betul tak?"

Riyadh terdiam.Lama dia mermung wajah sayu gadis itu sebelum dia mengangguk.

"Saya akan sentiasa bersama awak selagi saya masih bernafas",

Aurell tersenyum.Dia kembali memeluk tubuh itu.Terasa tenang sedikit.Kesedihan yang dirasai seketika tadi seakan beransur pulih.

"Maafkan saya sebab bersikap kasar terhadap awak selama ni.Dan.. terima kasih sebab sudi bersama saya di saat macam ni",kata Aurell.Ikhlas dari hatinya.Memang dia rasa bersalah atas tingkahnya selama ni.Dia tahu dia bersikap tidak wajar terhadap lelaki yang bergelar suaminya sendiri.

Riyadh tersenyum.Syukurlah dengan keputusn yang dibuat petang tadi.Sebenarnya dia sengaja cakap dia ada urusan yang perlu diselesaikan pada Aurell.Sengaja dia nak suruh gadis itu memandu sendiri.Tapi hakikatnya,sebaik saja kereta Aurell meninggalkan perkarangan rumah,dia terus mengambil kunci kereta dan mengekori kereta isrerinya dari jauh.Dia sampai beberapa minit selepas Aurell tiba di sana.Malah dia sempat berada di sana mendengar perbualan antara Aurell dan maklong ketika saat saat wanita itu menghembuskan nafas terakhirnya.

*Last bab utk hari nii . so you guys dah ready utk bab seterusnya yg akan lebih menganggu emosi? (cewahh😂)

Continue Reading

You'll Also Like

454K 21.3K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
413K 12.1K 71
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya...
848 60 15
Saat cintanya terputus di tengah jalan, Izara menutup pintu hatinya dan meneruskan kehidupan dengan luka yang berbekas di hati. Setahun masa yang dia...
683K 39.4K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...