Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 38

26.4K 943 28
By CikVelvet

SELESAI mandi,Aurell menggagahkan dirinya untuk turun ke ruang tamu.Walaupun Riyadh sudah berpesan supaya dia duduk berehat saja di dalam bilik memandangkan suhu badannya masih tinggi,namun dia tetap berdegil.Baring lama-lama atas katil tu bukannya dapat faedah apa pun.Ada baiknya jugak kalau dia banyakkan bergerak.

Waktu itu dia lihat hanya televisyen yang terpasang di ruang tamu namun tiada sesiapa yang menontonnya.Aurell kehairanan.Biasanya waktu macam ni Riyadh akan duduk di atas sofa dan tengok movie pada waktu malam.Tapi tidak pulak malam ni?

Tang!

Aurell terus bergegas ke dapur tatkala mendengar bunyi bising yang datangnya dari sudut tepi rumah tersebut.Sekali lagi dahinya berkerut kehairanan.Dia lihat waktu itu Riyadh sedang sibuk menyediakan sesuatu di dapur.Kejap lelaki itu ke kiri dan kejap ke kanan.

"Awak buat apa ni?" soalnya.Dia sudah pun berdiri di belakang lelaki itu.Sempat jugak dia intai apa yang lelaki tu tengah buat sampai berpeluh belakang bajunya tu.Ternyata lelaki itu sedang memasak sup ayam.Patutlah dari ruang tamu tadi tu dia bau sedap semacam je.

"Eh? Siapa suruh awak turun ni?"

"Tak ada siapa suruh.Bosan duduk dalam bilik tu lama-lama", jawab Aurell.Dia memandang pulak wajah suaminya.Kasihan.. habis berpeluh satu muka.

" Awak tak sihat lagi,Ell.Janganlah banyak bergerak sangat.Nanti tak pasal-pasal pitam macam petang tadi", pesan Riyadh untuk kali yang entah ke berapa.Dah berbuih mulutnya menitip pesanan buat gadis itu namun Aurell masih berdegil.Tak padan dengan demam!

"Awak masak apa tu?" soal Aurell sambil memanjangkan lehernya untuk melihat ke dalam periuk di atas dapur itu.Walaupun dia dah tahu apa yang sedang dimasak oleh lelaki itu,tapi sengaja dia nak bertanya lagi.

"Saya masak sup ayam dengan nasi bubur untuk awak", kata Riyadh.Tenang saja sambil mengacau kuah sup yang sedang menggelegak di dalam periuk.Rasa macam terror pulak memasak walaupun hakikatnya dia terpaksa menelefon mama untuk bertanya cara memasak sup ayam tadi.

" Untuk saya?"

"Habistu? Siapa lagi orang sakit dalam rumah ni?" Riyadh menjeling Aurell yang masih setia berdiri di sebelahnya.

Aurell hanya menjuih bibir.

"Saya tanya je pun.Awak nak marah tu kenapa?" Aurell memeluk tubuh.Muka dipaling ke tempat lain sambil tangannya bermain dengan pinggan yang berada di kabinet dapur tersebut.Geram betul! Kita tanya baik-baik tapi dia marah pulak.

"Dah bila masa pulak saya marah?"

"Tadi tu apa?"

"Mana adalah.Kenapa? Nak tengok saya marah betul-betul ke? Saya takut awak menangis je nanti" soal Riyadh sambil tersenyum sinis.Kalau Aurell tengok dia marah,agaknya mahu isterinya tu dah serik nak balik rumah lagi lepas ni.Maklumlah,muka ketatlah katakan.

"Eeii.. awak ni kadang-kadang annoying jugak tau!" Aurell menampar lembut lengan Riyadh.

"Awak kata saya annoying?"

"Ya! Annoying sangat.Kalau ikutkan hati memang saya dah cekik-cekik awak ni tau",

" Awak nak cekik saya?"

"Ya! Biar padan mu.. haccum!" belum sempat Aurell meluahkan rasa geramnya,boleh pulak tiba-tiba saja dia bersin.Mesti kesan ubat yang dimakan tadi sudah hilang.

"Padan apa?"

"Padan muka aw.. haccum! haccum!" Aurell pantas menekup mulutnya.
Hidungnya yang dirasakan gatal itu digosok perlahan.Haih.. berair balik hidung ni.

Riyadh tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan kepalanya.Tisu dapur yang berada di kabinet dapur itu dicapai dan dihulurkan kepada Aurell.

"Hah itulah.. nak cekik lagi suami sendiri kan? Ambik tu Allah bayar cash je tau", kata Riyadh.Seketika kemudian dia tertawa kecil melihat muka muncung isterinya.Lagi lucu apabila selamba saja Aurell menghembus hingusnya pada tisu di hadapan matanya.Comel sangat.

" Sudahlah,saya tak nak kawan awak!" kata Aurell dan terus membuka langkahnya.Namun belum sempat dia keluar dari dapur,lengannya ditarik oleh lelaki itu.Selamba saja tangannya naik menyentuh dahi dan leher isterinya.

"Badan awak panas lagi ni.Kenapa bangun? Degil betul tau awak ni.Pergi duduk dekat ruang tamu tu dulu.Nanti bila saya dah siap masak,kita makan", kata Riyadh.Spontan tangannya membetulkan rambut hadapan Aurell yang sedikit terjuntai menutupi matanya.Aurell terdiam melihat kelakuan spontan suaminya.Dari rasa geram dan sakit hati,serta merta berubah.Rasa macam.. bahagia?

PADA malam itu,Aurell terjaga dari tidurnya.Dia menoleh ke sebelah dan dia lihat Riyadh lena tidur di sebelahnya.Comel saja dia lihat gaya tidur lelaki itu.Sudah sebulan lebih perkahwinan mereka,Aurell tahu satu perkara.Riyadh ni kalau tidur,dia tak akan berdengkur.Tapi sebelum tidur,Riyadh akan menutup kedua matanya dengan kedua lengannya.
Ketika tidur pulak,Riyadh pasti akan memeluk bantal.Bukan batal lain,tapi bantal yang berada di kepalanya.Tahu-tahu je bila tidur memang lelaki itu dah tak berbantal dah.

Puas melihat ragam tidur suaminya,Aurell bangun ke bilik air.Setelah itu dia keluar kembali dan duduk termangu di birai katil sambil memeluk tubuh.Masih terasa sejuk walaupun hakikatnya malam itu tidaklah begitu sejuk.Dah pakai baju dua lapis pun masih terasa sejuk lagi.

Sesekali Aurell menghembus hidungnya pada sapu tangan yang sentiasa dibawa bersama.Hidung tersumbat,terpaksa dia bernafas melalui mulut.

Haccum!

"Haihh.... banyak pulak hingus ni", omel Aurell.Hidungnya yang sudah kemerahan itu digosok beberapa kali.Rasa nak cabut je hidung ni lepastu buang dalam tong sampah.Stress!

" Ell? Kenapa tak tidur?" soal Riyadh yang entah bila bangun dari tidur.Aurell pun tak sedar.Leka sangat melayan selsemanya ni.

"Hm? Kenapa awak bangun? Saya buat awak terjaga ke? Sorry.. saya sejuk.Itu yang tak boleh tidur", kata Aurell.Dia menyedut hidungnya sekejap.Arghhh..

" Awak sejuk? Laa.. kenapa tak bagitahu?" Riyadh pantas bangun dan mematikan penghawa dingin di dalam bilik itu.Dia kemudian duduk di sebelah Aurell.

"Dah okey?"

"Emm.. okey sikitlah", jawab Aurell.Pelukan badannya dieratkan lagi.Walaupun dah tutup penghawa dingin,tapi dia tetap masih terasa sejuk.

Riyadh diam seketika.Dia boleh nampak Aurell memang tengah kesejukan sekarang ni.Jelas badan gadis itu sedang menggigil kesejukan.

" Awak ngantuk?"

"Em.. ngantuk sangat ni.Tapi tak boleh nak tidur.Sejuk..", jawab Aurell.

"Tak apa,awak tidurlah.Baring dekat sini dulu", Riyadh menepuk bantal Aurell beberapa kali.Perlahan-lahan Aurell bergerak di atas katil.Dia baring di tempatnya semula sambil memandang hairan lelaki itu.Dah kenapa? Jangan pulak lelaki ni nak ambik kesempatan! Mentang-mentanglah dia tengah tak sihat sekarang ni.

Riyadh kemudiannya terus baring di sebelah Aurell.Tanpa sepatah kata,gadis itu terus ditarik ke dalam pelukannya.
Aurell dipeluk erat supaya tubuhnya dapat menghangatkan Aurell yang sedang kesejukan sekarang ini.

" Err.. kenapa awak.."

"Syutt... saya tak akan buat lebih dari ni.Saya harap awak izinkan saya untuk peluk awak malam ni.I just want to warm your body", kata Riyadh.Tenang saja sambul kedua matanya terpejam rapat.Aurell tidak melawan atau membantah.Tak dinafikan,dia selesa berada di dalam pelukan lelaki itu.Memang terasa hangat.Dalam tidak sedar,Aurell turut membalas pelukan lelaki itu sebelum akhirnya dia dibuai lena.

RIYADH menghampiri sebuah kenderaan MPV berwarna hitam yang diparkir di tepi jalan sunyi tersebut.Dia memandang sekeliling.Memang kawasan ni nampak sangat bahaya sekarang.Sudahlah jalan ini merupakan jalan lama yang sudah tidak lagi dilalui oleh kenderaan lain.Lepastu kiri kanannya pulak penuh dengan semak samun.Kalau apa-apa jadi,agak sukar untuk dia menyelamatkan diri.

Waktu itu juga,pintu kereta tersebut terbuka.Riyadh hanya berdiri memeluk tubuh di hadapan kereta tersebut.Berdiri sambil menanti orang yang ingin bertemu dengannya.Beberapa saat kemudian,seorang lelaki berusia dan berkot hitam serta bercermin mata keluar dari kereta tersebut dan mendekati Riyadh.Dia menghampiri bersama dua lagi lelaki di kiri dan kanannya.

"Riyadh Nadif.." panggil lelaki tua itu sambil tersenyum sinis.

"Tak sangka kau sudi jugak nak jumpa aku.Kau tak gementar ke nak jumpa musuh kau sendiri?" soal lelaki tua tersebut.Masih nak dengan angkuhnya.Ceh! Mentang-mentanglah ada bodyguard kiri dan kanan,bolehlah nak tunjuk berani!

Riyadh tersenyum sinis.

"Dato' Halim.. tak ada sebab pun untuk aku rasa gementar berhadapan dengan kau.Kau bukannya siapa-siapa sampai aku perlu rasa semua tu", jawab Riyadh.Tenang dan bersahaja.

Dato' Halim ketawa.Tapi lebih kepada ketawa yang menyakitkan.

"Bagus.. confident macam ni yang aku suka.Hmm.." Dato' Halim memandang Riyadh dari atas ke bawah.

"Jadi ni laa Sarjan Major Riyadh Nadif ya? Kau tahu tak apa yang kau dah buat dekat aku selama ni? Dah bertahun-tahun kau dengan pasukan bodoh kau tu kacau business aku.Kau hancurkan semuanya! Sampai ke saat ni,aku dah banyak alami kerugian.Semua ni angkara kau!" Dato' Halim mula mengubah intonasi suaranya.Jelas kelihatan di wajah tuanya itu yang dia sedang menahan marah.

Walaupun Dato' Halim sudah melempiaskan marahnya,namun Riyadh masih lagi tenang dan bersahaja.

"Satu benda kau kena ingat,Dato' Halim.Aku takkan ganggu hidup kau kalau apa yang kau buat ni betul.Aku dah tumpaskan hampir semua anak-anak buah kau.Lebih baik kau hentikan semua kegiatan terkutuk kau sebelum nasib kau jadi macam anak-anak buah kau", kata Riyadh.Tenang tapi tegas.

Dato' Halim tersenyum sinis.

" Dan kau jugak perlu tahu satu perkara,Sarjan Major.Mungkin ni kali pertama kita bersua muka tapi ni bukan kali pertama aku tahu tentang kau.Malah aku dah tahu semua tentang kau",

Riyadh memandang Dato' Halim buat beberapa saat.Keliru dengan kata-kata lelaki tua itu.

"Apa maksud kau?"

"Tak ada maksud apa-apa.. cuma aku nak bagitahu kau yang kau ada seorang isteri yang cantik.Maksud aku,tersangat cantik.Siapa ya nama isteri kau? Hm.. Aurell Latisha,bukan?", kata Dato' Halim.Semakin lebar senyum sinisnya apabila melihat muka Riyadh yang sudah berubah itu.

"Kau kenal dia? Macam mana kau tahu pasal dia?" soal Riyadh.Kini dia sudah setapak menghampiri lelaki itu.Hairan.
Macam mana Dato' Halim boleh tahu pasal Aurell? Siapa yang bagitahu?

"Kau tak perlu tahu pasal tu.Itu semua tak penting bagi kau.Tapi satu perkara yang aku nak kau ambik tahu adalah.. aku tahu dekat mana isteri kau berada setiap hari.Mata-mata aku sentiasa memerhatikan gerak geri dia selama ni.Jadi kalau kau tak nak isteri kau jadi salah seorang daripada mangsa aku,jangan nak masuk campur urusan aku! Jangan pernah kau ganggu lagi business aku! Kalau tidak.. hm.. kau sendiri tahu apa yang akan jadi pada bini kau", kata Dato' Halim sambil memandang tajam ke arah Riyadh.

Riyadh mengetap rahangnya.Penumbuknya dikepal kuat."Aku bagi amaran dekat kau,jauhkan diri kau dari isteri aku! Jangan pernah berani kau sentuh dia dengan tangan kotor kau! Kalau aku dapat tahu kau apa-apakan dia,aku tak akan lepaskan kau!" tegas Riyadh.Jari telunjuknya betul-betul di hadapan muka Dato'Halim sekarang ini.

"Well.. aku tak boleh janji apa-apa.Itu bergantung kepada kau.Kalau aku dapat tahu kau dengan pasukan kau buat kacau dengan business aku,herh! Aku bersumpah kau takkan dapat jumpa lagi dengan dia!"

Riyadh terus terdiam.Tiada kata yang keluar dari mulutnya lagi.Sekali lagi,Aurell berada dalam keadaan bahaya.Dia tahu apa yang dikatakan oleh Dato' Halim itu semuanya benar.Dia memang sudah tahu lelaki itu mempunyai ramai anak buah dan tidak mustahil sebahagian dari mereka ditugaskan untuk mengawasi gerak geri isterinya.Kalau Aurell terlepas ke tangan lelaki tak guna itu,apa-apa saja boleh terjadi.Tambahan lagi Dato' Halim terlibat dengan kes culik,rogol dan bunuh gadis-gadis di luar sana.Dia tak akan biarkan isterinya terlepas ke tangan lelaki itu! Tak akan!

Continue Reading

You'll Also Like

28.1K 2.1K 55
𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antar...
324K 15.3K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...
36.5K 3.5K 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan...
93.2K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...