Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.4K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 36

24K 844 6
By CikVelvet

RIYADH Nadif

Awak dekat mana?

Aurell Latisha

Dekat rumah sewa.Kenapa?

Riyadh Nadif

Tak ada kelas?

Aurell Latisha

Tak ada kelas hari ni

Riyadh Nadif

Okey,pergi siap sekaramg.Saya ambik awak lagi 20 minit

Aurell Latisha

Kita nak ke mana?

Riyadh Nadif

I'm on my way.. bye

Aurell menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dah kenapa lelaki ni? Selama hampir dua minggu mereka tidak berjumpa.Langsung tidak menelefon atau bertanya khabar,tiba-tiba hari ni Riyadh menghantar mesej mahu berjumpa? Hm.. kenapalah agaknya?

Dalam kehairanan,Aurell tetap juga menukar pakaiannya dan bersiap ringkas.Elok jugak tu.Lagipun dia dah lama tak jumpa Riyadh.Nak juga dia jumpa dengan suaminya tu.Hidup seorang diri dekat Shah Alam ni buat dia lupa yang kini dia sudah pun bergelar isteri orang.Rasa macam anak dara balik! Hihi..

"Haih,nak pergi mana?" soal Ain yang kebetulan baru keluar dari dapur bersama segelas milo panas di tangan.Hairan dia bila tengok Aurell yang selalu terperap dalam rumah selama ini,tiba-tiba saja bersiap untuk keluar.

"Nak keluar kejap", kata Aurell sambil menuruni anak tangga.Sempat dia melirik penampilannya di hadapan cermin.Blouse kosong warna putih,seluar slack hitam dan shawl warna biru cair.Hm.. okeylah ni agaknya.Nampak macam budak sekolah pulak.

" Keluar pergi mana? Keluar seorang je?" soal Ain lagi.Dia soal sebab pelik.Aurell ni jarang keluar rumah seorang diri kalau tak ada urusan penting.

"Tak.. aku keluar dengan suami aku.Kejap lagi dia datang ambik",

" Ohh.. nak keluar dating ya?" usik Ain.

"Dating apa pulak kau ni? Tak ada maknanya lah.Mungkin dia ada hal nak jumpa aku tu", nafi Aurell.Ni dikira sebagai dating ke? Rasanya tak kut sebab Riyadh tak cakap apa pun.Entah-entah mereka cuma keluar pergi makan sekejap je.

"Eleh.. ye la,hal rumah tangga orang aku tak nak masuk campur", Ain tersengih.Baru mulut Aurell mahu terbuka untuk menjawab kata-kata Ain,bunyi hon kereta di luar rumah terus membantutkan niatnya.

" Okeylaa.. aku pergi dulu.Kunci pintu semua tau", pesan Aurell sebelum dia lesap di sebalik pintu rumah.Terkedek-kedek dia berlari anak menuju ke kereta Audi milik Riyadh.Rindu dengan kereta tu.

Kereta je? Tuan punya kereta tu tak rindu ke?

Err...

"Assalamulaikum", Aurell tersenyum sebaik saja masuk ke dalam perut kereta.Dia terus menyalami kedua tangan Riyadh.

" Waalaikumussalam.Sihat?"

"Alhamdulillah,sihat je.Awak?"

"Sihat jugak",

Setelah itu,mereka mendiamkan diri.Tak tahu nak tanya apa lagi.Kalau ikutkan hati,nak je Aurell tanya dah makan ke belum? Macam mana dengan kerja? Soalan macam isteri-isteri mithali tu.Tapi dia lebih memilih untuk mengunci mulut.

Mereka berkeadaan begitu sehingga kereta diberhentikan di hadapan Taman Tasik Shah Alam.Aurell memandang sekeliling.Eh? Bukan nak pergi makan ke?

" Kita.. nak buat apa dekat sini?"

"Dating.. cepat turun", kata Riyadh dan terus keluar dari perut kereta.Kaca mata hitam yang kemas melindungi sepasang matanya dibuka dan diselitkan ada butang baju kemeja putihnya.Kebetulan pulak mereka pakai baju warna sedondon hari ni.Hampir-hampir saja Riyadh tersenyum sebaik saja melihat Aurell keluar dari rumah dengan memakai blouse putih.

Walaupun masih kehairanan,Aurell tetap saja keluar dari perut kereta.Dia mengekori langkah Riyadh yang sudah jauh ke hadapan.

" Eh,awak... tunggulah saya kejap",

"Kita buat apa dekat sini?" soal Aurell setelah dia berjaya menyaingi langkah lelaki itu.Jalan laju betul.Tu kaki ke enjin turbo?

Riyadh diam tidak menjawab.Kemudian dia terus saja duduk di atas sebuah bangku yang berada di bawah sepohon pokok rendang.Bangku tersebut menghadap sebuah tasik dan taman permainan kanak-kanak.Aurell turut sama duduk di sebelah lelaki itu dengan muka yang sedikit masam.Sedikit rasa geram kerana semua pertanyaan yang diajukan langsung tidak dijawab!

"Saja je saya nak bawak awak lepak dekat sini.Kita kan dah lama tak jumpa", kata Riyadh.Namun pandangannya masih pada beberapa orang kanak-kanak yang sedang seronok bermain gelongsor.

" Ohh.." Aurell mengangguk faham.Tak apalah kalau macam tu.Tapi kenapa tak cakap je awal-awal? Kan senang macam tu.

"Jadi,macam mana dengan study awak? Semua okey?" Riyadh mula memainkan peranannya sebagai suami.Walaupun tak cukup nak mithali lagi tapi okeylah tu.

"Okey je.."

Diam seketika.Masing-masing memandang ke tempat lain.

"Em.. kerja awak macam mana? Awak ada cedera lagi? Kena pisau ke kena tembak ke?" soal Aurell sambil meneliti Riyadh dari atas ke bawah.Hm,dari gaya lelaki itu nampak sihat saja.Tak ada kesan luka dan sebagainya.Bukan apa,dia cuma risau je.Kalau haritu boleh kena pisau dan kena tembak,kali ni boleh jadi sesuatu yang lebih teruk lagi.

Riyadh menggeleng."Setakat ni tak ada",

"Ohh.."

Kembali senyap.Baru seminggu tak jumpa tapi gaya dah macam berbulan tak jumpa.Terlalu janggal...

"Oh ya,kenapa awak tak call saya? Mesej saya pun tidak.Tadi tu pun awak mesej sebab nak ajak saya keluar je kan? Kalau tidak sampai ke sudah awak tak nak contact saya" soal Aurell setelah dua minit mereka hanya mendiamkan diri.Dia memuncungkan mulut.

Riyadh terdiam.Terus dia menoleh memandang Aurell di sebelah.Gadis itu juga turut memandang ke arahnya.
Terkelip-kelip matanya.

"Kenapa awak pun tak call saya?" soalnya kembali.Biar dia dengar sendiri jawapan dari mulut Aurell.Lagipun bukan dia tak nak menghubungi isterinya tu,tapi dia sengaja nak tengok sejauh mana perasaan Aurell terhadapnya.
Manalah tahu kut-kut dengan cara tu dia boleh timbulkan rasa rindu dalam diri gadis itu terhadapnya.

"Saya? Takkan pulak saya yang nak call awak?"

"Salah ke kalau awak yang call?"

"Tak salah tapi takkanlah isteri yang kena call suami pulak?" soal Aurell curiga.Biasanya,kalau dia baca dalam novel cinta di pasaran,mesti hero yang akan menelefon heroin dulu.Mana ada heroin yang menelefon hero.

Buat beberapa saat,Riyadh tertawa kecil.

"Apa salahnya kalau isteri call suami? Saya rasa tak salah pun.Dah nama suami dan isteri,siapa-siapa je boleh call dulu.Tak ada syarat yang menghalang pun", tenang Riyadh menjawab.Padahal diri sendiri pun tak buat! Sebenarnya masih mengharap Aurell yang menelefonnya dulu.Eloklah tu! Dua kali lima je perangai dua-dua.

" Saya tahu tapi saya tak nak call awak dulu", Aurell pandang ke tempat lain.

"Kenapa?"

"Saya takut ganggu kerja awak.Manalah tahu masa tu awak tengah dalam operasi ke,lepastu kalau saya tiba-tiba call macam mana? Kan dah bawak masalah pulak",

Riyah mengangguk faham.Ada betul jugak tu.Lagipun mereka memang tidak dibenarkan membawa telefon bimbit semasa sedang bertugas.

"Awak nak saya call awak ke? Memang selama ni awak tunggu panggilan dari saya ya?" duga Riyadh sambil tersengih kerang.Aurell terus menoleh memandangnya dengan mata terbeliak.Err...

"Tak! Mana adalah.Lagipun setiap hari jadual saya penuh.Saya sibuk dengan kelas jadi tak ada masa nak.. tunggu awak call", Aurell menggigit bibir bawahnya.Melihatkan pandangan semacam Riyadh membuatkan dia cepat-cepat berpaling dari memandang lelaki itu.

Riyadh hanya menjuih bibir.Sengihannya semakin lama semakin lebar.Jadual penuh setiap hari konon! Habis sekarang ni apa? Jadual penuh pun boleh pulak keluar melepak ya?

MALAM itu,hujan turun dengan lebat.Pelanggan di cafe itu juga berkurangan dari jam enam petang sehingga waktu akhir tempat ini beroperasi,lapan malam.Aurell melepaskan keluhan berat buat kesekian kali.Sudah hampir jam lapan lima belas minit malam namun dia masih lagi berdiri di hadapan pintu cafe yang sudah berkunci itu.Langsung tidak berkutik.

" Ell?"

Aurell segera menoleh.Dia lihat Zakuan sedang berdiri sambil memegang sekaki payung bersamanya.

"Encik Zakuan? Kenapa tak balik lagi?" soalnya.Pelik.Rasanya dah lima belas minit lelaki ni keluar dari cafe tapi tahu-tahu masih di sini.

"Saya yang patut tanya soalan tu dekat awak.Kenapa awak tak balik lagi? Hujan lebat ni", kata Zakuan.Dia terpaksa meninggikan sedikit suaranya untuk menyaingi bunyi hujan yang lebih kuat sekarang ini.

" Saya tengah tunggu teksi",

"Tunggu teksi? Kereta awak mana?"

"Saya tak naik kereta hari ni.Pagi tadi pun saya naik teksi jugak",

"Laaa.. iya ke? Tak apalah,jom saya hantarkan awak balik",

Aurell menggeleng sambil tersenyum.

" Tak apalah,Encik Zakuan.Saya boleh balik sendiri.Kejap lagi teksi datang lah kut", tolak Aurell lembut.Dia segan asyik dihantar pulang oleh lelaki tu je.Lagipun sekarang ni dia dah berkahwin,takut pulak lain yang orang cakap nanti.

"Ell,masalahnya sekarang ni awak tu staff saya tau.Saya yang bertanggungjawab ke atas awak.Kalau ada apa-apa jadi nanti macam mana? Saya yang kena jawab dengan suami awak nanti."

Mahu tidak mahu,Aurell akur juga.Lagipun buat apa dia nak tunggu sini berejam sampai teksi datang? Dahlah hari gelap.Kawasan ni pulak sunyi sepi.Lebih baik dia balik sekali dengan Zakuan.

*bosan kan?😅 ni je yg wani mampu keluarkan utk bab nii .

Continue Reading

You'll Also Like

204K 8.8K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
516K 14K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
367K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
404K 20.2K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...