Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 33

26.6K 1K 20
By CikVelvet

SEDAR tak sedar,sesi praktikal Aurell sebagai seorang doktor di hospital itu telah berakhir.Sekejap saja tempoh masa tiga bulan itu tamat.Dan dalam diam-diam,sudah dua bulan jugak usia perkahwinan dia dan Riyadh.Tak banyak yang berubah pun,Riyadh masih sama macam dulu.Dan sekarang ni dia semakin selesa berada dengan lelaki itu.Dah banyak cerita yang mereka berkongsi bersama.

Dia jugak kini semakin mengenali Riyadh.Lelaki itu tidaklah setegas yang disangka.Macam apa yang pernah dikatakan oleh Nek Jah dulu,dalam ketegangan raut wajah Riyadh,hati lelaki itu masih lembut.

Aurell keluar dari bilik.Sepanjang dua bulan perkahwinan mereka,dia dan Riyadh memang tidur dalam satu bilik dan satu katil.Kata Riyadh,
mereka tetap macam suami isteri yang lain.Jadi mereka tetap sebilik cuma yang membezakan mereka dengan pasangan lain adalah Riyadh masih belum menyentuhnya lagi.

Sebaik saja dia turun ke bawah,dia lihat Riyadh sedang duduk menghadap komputer riba jenama Apple di meja kerja lelaki itu.Dia menghampiri Riyadh sambil tangannya sibuk menyanggul rambut panjangnya.

"Awak nak air?" soalnya.Dia berhenti sekejap di hadapan meja lelaki itu.

"Em.. boleh jugak.Hot latte", Riyadh tersengih.Latte memang menjadi kegemarannya dan Aurell yang dulu masih terkial-kial buat latte untuknya,kini gadis itu boleh dikatakan sudah pro! Mana taknya kalau dah hari-hari dia asyik mintak latte je.Sebab itulah Aurell tak tanya pun dia nak air apa tadi.Tahu sangat dah!

Riyadh kembali fokus membaca e-mel yang dihantar dari ibu pejabat.Setiap e-mel itu sangat penting kerana mengandungi maklumat tentang misi dan suspek jenayah dalam sesebuah misi mereka nanti.

" Nah.." secawan latte panas diletakkan di atas meja lelaki itu.

"Terima kasih", dua kali tiup,Riyadh menyisip air kegemarannya.Rasanya lah kan,air latte yang Aurell buat ni lebih sedap rasanya dari air yang diminum di kedai kopi luar sana.

"Awak.. sibuk ke? Boleh tak kalau saya nak bincang sesuatu?"

Riyadh pandang Aurell.Cawan ditangannya diletakkan di atas meja semula."Bincang pasal apa?"

"Emm.. pasal saya.Boleh? Tapi kalau awak tengah sibuk tu tak apa.Kita boleh bincang.."

Belum sempat Aurell mematikan ayatnya,Riyadh terlebih dahulu bamgun dan menarik tangannya ke ruang tamu.Mereka duduk di sofa yang bertentangan antara satu sama lain.Ini baru namanya berbincang kan?

"Untuk awak saya tak pernah sibuk.Jadi kita nak bincang pasal apa ni?" Riyadh tersenyum sedikit.Tapi sekejap je sebelum dia kembali serius.
Dia dah terbiasa berwajah serius kalau nak bincang apa-apa.Terbawak-bawak macam dekat ibu pejabat agaknya ni.

"Em.. macam ni.Saya dah habis praktikal dekat hospital tu",

Riyadh mengangguk." Okey,jadi?"

"Jadi saya akan mula kuliah macam biasa dekat UiTM",

Riyadh mengangguk jugak." Okey.. lepastu?" dia masih bersahaja.

"Lepastu.. saya akan keluar dari rumah ni",

Riyadh yang sedang duduk bersandar pada kepala kerusi,terus tegak duduknya.Dahinya berkerut memandang gadis itu.Keluar dari rumah ni? Nak kena telan bernyawa ke apa isteri aku ni?

" Saya faham bahagian awak dah habis sesi praktikal dan nak sambung kuliah.Tapi saya tak faham kenapa kena keluar dari rumah ni? Awak nak tinggalkan saya ke apa ni?" soalnya tak puas hati.

"Er.. bukan nak tinggalkan awak tapi.. saya kena jugak sebab saya akan duduk rumah sewa nanti.Selama ni pun memang saya duduk rumah sewa dan bukan tinggal dekat hostel", terang Aurell.Nanti Riyadh salah fikir pulak.

" Ya saya tahu tu tapi sekarang ni kan awak dah bersuami.Tinggal je laa dekat sini.Kenapa nak cari rumah sewa pulak?"

"Tapi takkanlah saya kena berulang-alik dari Petaling Jaya ke Shah Alam? Kalau kelas petang tak apalah tapi kalau kelas tu pagi?"

Riyadh diam seketika.Pulak dah!

"Awak dah jumpa rumah sewa baru ke?"

Aurell menggeleng."Buat masa ni belum lagi tapi saya boleh tinggal dengan Kak Ju.Dia sudi nak sewakan bilik dekat rumah dia tu buat sementara waktu ni", dia tersenyum.

"Selagi awak tak jumpa rumah sewa,awak duduk je sini.Tinggal dengan saya",

" Tapi.."

"Saya akan hantar awak ke UiTM tu nanti,okey? Is everything clear?"

"Kerja awak macam mana?"

"Janganlah risau pasal saya sedangkan kerisauan saya sekarang ni adalah awak.Saya akan uruskan semuanya.Awak cuma sambung kuliah macam biasa je", Riyadh tersenyum kecil.

Aurell diam.Kalau boleh dia tak nak menyusahkan Riyadh.Kesian pulak lelaki ni nak kena berulang-alik dari sini ke Shah Alam.Lepastu nak kena kerja lagi.Haih..

" Ada satu lagi.." Aurell menyambung.
Riyadh yang baru bersandar,terus duduk tegak kembali.Banyak pulak hal yang nak dibincangkannya ni.

"Apa dia?"

"Err.. saya akan sambung part time dekat cafe dulu.Boleh ya?"

Kali ini Riyadh diam.Part time?

"Tak perlulah,Ell.Awak duduk je rumah dan fokus pada pelajaran awak.Tak perlu bekerja",

" Tapi kenapa? Selama ni memang saya selalu buat part time dekat cafe tu lepas habis kelas.Bolehlah ya? Saya nak cari duit lebih untuk tolong maklong", Aurell menayangkan muka simpati.Harapnya berkesanlah muka tak berapa comelnya ni.

Kedengaran mulut Riyadh melepaskan keluhan kecil.Dia memandang muka Aurell dengan harapan isterinya faham apa yang cuba nak disampaikan.

"Saya bukan sengaja tak bagi awak kerja,Ell.Buat masa ni saya rasa awak patut fokus dulu dengan pelajaran awak.Nanti lepas habis belajar,awak nak kerja apa pun pergilah.Saya izinkan tapi buat masa ni awak duduk rumah je.Pasal maklong tu,awak tak perlu risau.Suami awak ni masih mampu nak keluarkan duit tiap bulan dekat maklong awak", pujuk Riyadh lembut.Dia bukan mengongkong kehidupan Aurell tapi dia buat semua ni bersebab.

Aurell mengeluh perlahan.Dia mula tak puas hati apabila rutin hariannya selama ini terpaksa ditukar.

"Tapi ni kerja part time je pun.Sekejap je saya kerja dekat sana lepastu saya boleh balik rumah dan saya study.Saya janji.." Aurell mengangkat tangan kanannya seperti orang berikrar.

"Ell,please.. saya cakap tak,itu bermakna tak.Awak tak payah kerja,fokus dulu dengan pelajaran awak ya?"

Aurell menjuih bibir.Tajam matanya memandang Riyadh.Jelas sangat-sangat dia amat tak berpuas hati sekarang ni.Panas pulak rasa dalam rumah sekarang ni!

"Fine! Semua nak kena ikut cakap awak!", tanpa banyak cakap,Aurell terus bangun dan masuk ke dalam bilik meninggalkan Riyadh yang masih terkebil-kebil di ruang tamu.Perlahan-lahan dia menyandar dan melepaskan keluhan berat.

" Awak takkan faham apa yang saya cuba buat ni,Ell", katanya sendirian.

Di dalam bilik,Aurell menghempaskan tubuhnya di atas katil.Bantal di sebelahmya ditumbuk berkali-kali.Sengaja nak melepaskan rasa geram terhadap suaminya.

"Nak buat itu tak boleh,ini tak boleh! Semuanya tak boleh! Apa je yang aku boleh buat dalam rumah ni? Kahwin dengan dia buat aku stress pulak! Rasa nak tumbuk-tumbuk je dia tu! Nak sangat agaknya aku jadi tunggul batu.Hah,baguslah! Baik aku tak payah pergi mana-mana terus.Duduk je terperap dalam rumah ni!" omel Aurell sendirian.Bantal yang ditumbuk tadi dicampak ke arah daun pintu.

Eeiii sakit hati betul laa! Dia ni mengongkong aku ke apa?

Bebelan Aurell termati apabila daun pintu itu tiba-tiba dibuka.Riyadh melangkah masuk ke dalam.Bantal yang tergolek di hadapan pintu itu diambil dan diletakkan semula di atas katil.Dia duduk di birai katil menghadap Aurell yang menarik muka.

"Awak bayangkan bantal ni saya ke tadi sampai jauh ke sana perginya?" soal Riyadh.Bantal tersebut ditepuk perlahan.Aurell tidak menjawab.Malas!

"Ell.." Riyadh menarik nafas panjang.

"Saya mintak maaf kalau awak sangka yang saya ni mengongkong awak.Mungkin sekarang awak tak tahu apa tujuan saya buat semua ni.Tapi percayalah,ni semua untuk kebaikan awak", Riyadh masih cuba memujuk lembut.

" Kebaikan? Apa yang baik sangat yang saya boleh dapat tu?" perli Aurell.

Riyadh tidak menjawab."Saya cuma nak lindungi awak,Ell.Saya tak nak apa-apa jadi dekat awak.Bahaya tu boleh berlaku dekat mana-mana saja tapi saya sebagai suami awak kena sentiasa mempertahankan awak", Riyadh tidak memandang Aurell.

"Awak merepek apa? Tak ada apa akan berlaku dekat saya.Awak ingat dengan halang saya kerja atau tinggal rumah sewa,saya selamat? Awak sendiri yang cakap bahaya tu dekat mana-mana.Kalau saya duduk rumah pun,saya boleh terdedah dengan bahaya jugak", Aurell menjawab.

" Sebab tu saya nak awak sentiasa dekat dengan saya.Saya tak nak awak pergi jauh dari saya,hilang dari pandangan mata saya.Sekurang-kurangnya kalau bahaya tu datang,saya mampu melindungi awak.Saya akan cuba,Ell.." kata Riyadh.Perlahan suaranya.Dia takkan bagitahu Aurell perkara sebenar.Takkan!

Riyadh bangun tiba-tiba dan mendekati Aurell.Tangan kanan Aurell dipegang lalu dibawa ke hidung gadis itu.Tangannya bersentuhan dengan hidung Aurell.Gaya seperti Aurell menyalami Riyadh.

Aurell memandang hairan kelakuan suaminya.Aku tak nak salam dia pun? Dia yang bawak tangan aku sendiri.Dah kenapa?

"Saya maafkan awak sebab nak tumbuk-tumbuk suami awak ni tadi", kata Riyadh dan terus keluar dari bilik itu.Aurell terkebil-kebil memandang suaminya yang sudah hilang.

Arghh.. tak kisahlah dia bagi ke tak tapi kali ni,aku terpaksa tak ikut cakap dia.Aku tetap nak kerja dekat sana!

Continue Reading

You'll Also Like

932K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
324K 15.3K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...
392K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.8K 108 10
also known as Mrs. Ninja Kesayanganku , by @AisyOfficial Karya ke 2 *** Setiap pasangan mendambakan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yan...