Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 19

24.2K 1.2K 31
By CikVelvet

RIYADH turun ke dapur pada malam itu.Entah kenapa matanya tak boleh nak lelap pulak walau berkali-kali dicuba.Maklumlah,status dirinya akan berubah beberapa minggu saja lagi dari sekarang.Belum apa-apa lagi dia dah berdebar nak jadi suami orang ni.Entah dia dah bersedia ke belum nak galas semua tanggungjawab sebagai ketua keluarga nanti.Haih..

Ketika masuk saja ke dapur rumah mamanya itu,dia lihat Aurell turut sama berada di sana,sedang membuat air milo.Satu yang dia perasan dengan sikap gadis itu,Aurell sering minum air milo panas pada waktu malam.
Mungkin memang kebiasaan gadis itu agaknya.

Riyadh berdeham lalu dia menyandarkan badannya pada kabinet dapur.Aurell tersenyum kepadanya."Nak air?"

"Em,boleh jugak..",

" Kejap ya?" Aurell terus mengambil satu lagi cawan untuk Riyadh.Ketika dia sedang menyediakan air milo untuk lelaki itu,dia sedar Riyadh sedang memandangnya.Tak selesa pulak dia bila terus dipandang sebegitu.

"Kenapa pandang saya? Duduklah dulu..", Aurell tergelak di hujung ayat.Pandangan mata Riyadh ni bukan boleh dibuat main tau.Silap hari bulan,boleh terjatuh hati pulak nanti.

"Saja nak pandang.. malam ni kan last saya boleh tengok awak.Lepastu dah tak boleh", Riyadh tersenyum mengusik.Semakin hari,dia semakin selesa dengan Aurell.Dia dan Aurell sudah seperti kawan baik sekarang ini.Tapi sama ada dia telah jatuh cinta atau tidak terhadap Aurell,dia rasa masih belum lagi.Bagi dia masa untuk membuka hatinya.

Aurell tergelak."Selama ni tak puas lagi ke asyik menghadap muka buruk saya ni? Jangan selalu pandang,nanti jemu pulak bila dah kahwin nanti", Aurell membawa cawan-cawan yang sudah siap dibancuh air milo panas itu ke meja dapur.Dia duduk di kerusi paling hujung manakala Riyadh duduk di kerusi bertentangan dengannya.

"Apa pulak nak jemu? Masa tu awak ni dah jadi isteri saya dah pun.Tak ada dah istilah jemu-jemu ke,tukar awek ke", Riyadh meniup air milo dalam cawan tersebut.Dia mengangkat muka memandang Aurell.Dia lihat gadis itu sedang menggigit bibir sambil matanya meliar ke seluruh dapur.Kakinya juga bergoyang-goyang di bawah meja.Riyadh tersenyum kecil.

Dia rasa dia tahu kenapa.

Tanpa bersuara,Riyadh bangun dan bergerak ke sebuah kabinet dapur yang agak kecil.Dia membuka satu laci padanya dan mengeluarkan sebungkus biskut cream cracker.

"Cari ni kan?" bungkusan tersebut dihulurkan pada Aurell.

"Er.. mana awak tahu?" Aurell malu-malu untuk mengambil bungkusan tersebut.Ye lah,ini bukan rumah Riyadh atau Raihana.Ini rumah mama Riyadh jadi seganlah pulak dia.

"Saya tahu sangat dah hobi awak tengah malam macam ni.Sebelum awak duduk dekat rumah saya,biskut cream cracker tu tak pernah nak habis,asyik kena buang je sebab dah expired.Tapi lepas awak duduk situ,cepat sangat habis", Riyadh memandang Aurell yang sudah pun mencecah biskut itu ke dalam air milonya.Sepanjang dia bercakap tadi tu,dah tiga keping biskut dah selamst masuk dalam mulut Aurell.

Aurell tersengih." Sorry.."

"Tak apalah.. baguslah tu.Tak ada lah membazir,kan? Tapi.. awak memang suka minum milo cecah biskut malam-malam eh?" soalnya.Kening sebelah terangkat tinggi.Habit dia jugak kalau dia sedang menyoal orang.Kening ni mesti nak terjongket sama.

Aurell mengelap mulutnya.Wajahnya berubah sendu."Em.. sebenarnya masa saya kecil dulu,saya hidup susah.Ye laa,saya kan anak yatim piatu lepastu hidup menumpang dengan orang.Maklong saya pun bukannya orang senang.Dia nak kena sara suami dia yang kaki judi tu dengan anak dia lagi selain saya.

Kadang-kadang makanan yang dia masak tu cukup-cukup untuk mereka bertiga je.Kalau ada lebih,maklong saya akan bagi saya makan lebih.Tapi jaranglah benda tu berlaku.Biasanya saya tak makan malam sebabtulah perut saya selalu lapar malam-malam.Tapi dekat rumah tu tak ada makanan,yang ada cuma biskut kering dengan air teh atau milo paket kecik tu.Jadi setiap malam,saya akan makan biskut kering cecah air milo.Sebabtulah sekarang dah jadi habit pulak.Kalau tak makan,saya rasa tak senang pulak",

Riyadh mengangguk faham.Walaupun Aurell ketawa di hujung ayatnya,tapi dia tahu gadis itu menghadapi masa kecil yang sukar.Ketika dia dan ahli keluarganya makan lauk-pauk yang sedap,tapi gadis sebaik Aurell ini terpaksa berlapar dan hanya menjamah biskut kering saja.

"Ell,awak akan jadi isteri saya tak lama lagi.Tapi saya banyak tak tahu pasal awak.Boleh awak cerita dekat saya pasal awak?" Riyadh meletakkan tangannya di atas meja.Tubuhnya juga rapat dengan meja agar dia lebih senang mendengar cerita Aurell.

Aurell gigit bibirnya."Kena ya?"

"Ya.. wajib",

Aurell tersengih."Tak ada apa pun yang menarik dengan cerita saya", Aurell menyisip air milo dari cawannya.

"I don't care.. saya nak tahu jugak.Tell me..",

Aurell memandang Riyadh.Lama.Tak berkelip matanya.

" I'm still waiting for you..", Riyadh memandang jam dinding di dapur itu.

"Ye laa.. ye laa.Awak nak tahu pasal apa?"

"Everything about you.."

"Aik,takkan masa saya dalam perut mak saya pun awak nak tahu?" seloroh Aurell.Dia mahu ketawa tapi melihatkan reaksi beku Riyadh,dia simpan tawanya.

"Okey.. okey.. saya bagitahu",

Tahu pun takut.Riyadh ketawa dalam hati.

"Saya Aurell Latisha.Umur saya 24 tahun.Saya lahir dekat Selangor je.Saya tahun akhir dalam fakulti perubatan dekat UiTM Shah Alam.Saya tak suka shopping tapi saya suka makan.Tu je laa.. awak nak tahu apa lagi?" Aurell menongkat dagu.Terkelip-kelip dia memandang Riyadh.

"Pasal famili awak? I need to know about them too", kata Riyadh.Lain yang ditanya,lain pulak yang Aurell jawab.

" Ohhh.. pasal tu.." Aurell diam seketika.

"Mind to share?"

Aurell tersenyum kecil."Ya.. emm.. saya pernah rasa bahagia dulu.Saya ada keluarga besar.Saya hidup bahagia dengan mereka selama lebih kurang 12 tahun.Mak saya periang orangnya.Ayah saya pulak garang tapi dia manjakan saya.Tapi pada satu malam.." Aurell menarik nafasnya panjang.Terasa sekat suaranya untuk meneruskan perbualan.

"Pada satu malam.. masa tu saya tengah belajar dalam bilik.Mak saya dapat panggilan telefon dari.. ab.. abang saya", Aurell menundukkan wajah.

" Awak ada abang?" Riyadh menyoal.Terkejut dia dengar.Selama ni Aurell tak pernah cakap pun pasal abang dia.Dia ingatkan Aurell ni anak tunggal.

Lambat-lambat Aurell mengangguk.
Dia memalingkan mukanya ke tempat lain.Dah berair dah ni matanya.

"Panggilan tu dari abang saya.Masa tu dia 17 tahun dan dia duduk dekat SBP.Dia telefon mak saya sebab dia nak balik rumah.Dia kata kawan dia semua balik rumah tapi mak saya cakap tak payahlah sebab mak dengan ayah tak ada duit.Tapi abang saya berkeras jugak nak balik malam tu dan kami terpaksa bersiap nak ambil dia dekat Pahang.

Masa tu.. saya tak tahu macam mana tapi tahu-tahu je kereta saya dilanggar.Saya tak sedar sangat apa yang sebenarnya berlaku tapi yang saya tahu,saya tercampak keluar dari kereta.Mak dan ayah saya tersepit dalam kereta tu.Saya luka teruk masa tu.. ", Aurell tidak dapat menahan air matanya.Perit rasanya bila mengingat kembali peristiwa sebelas tahun yang lalu.Dia sudah menangis di situ.

"Tapi saya gagahkan diri jugak untuk pergi dekat mak dengan ayah saya.Saya jerit panggil diorang.. tapi diorang tak dengar.Saya cuba bukak pintu dan saya jerit lagi tapi masih sama.Saya masukkan tangan saya ikut tingkap yang pecah tu,saya capai tangan mak saya.Saya pegang tangan dia.. sambil saya cakap.."

"Mak,bangunlah! Kepala mak berdarah.Bangunlah.. mak sakit tu"

"Saya pergi dekat ayah saya pulak.Saya buat benda yang sama.Sampailah ada beberapa orang datang dekat situ.Tapi dia bawak saya jauh dari situ.Saya nak pergi tapi diorang halang saya.Saya tunggu situ sampailah bomba datang dan keluarkan mak ayah saya.Tapi.. dia tutup mak dan ayah saya dengan plastik hitam..", Aurell menggigit bibirnya.Hampir saja dia teresak di situ.

" Saya tanya,kenapa tutup mak dan ayah saya? Dia kata,mak dan ayah saya dah tak ada.Allah je yang tahu perasaan saya masa tu.Walaupun sebenarnya saya dah tahu mak dan ayah saya dah tak ada masa saya pegang tangan diorang lagi.Tapi saya anggap tu semua tak betul.Saya yakin diorang masih hidup.Lepastu,hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa masa tu",

Riyadh terkelu.Sungguh menyedihkan kisah Aurell.Lagi sedih bila dia lihat Aurell menangis seperti ini.Dia pasti,kehilangan kedua ibu bapa di usia muda memang teramat memeritkan.Kalau ikutkan,mahu saja dia memeluk Aurell sekarang ini.

"Abang.. awak? Dia dekat mana sekarang?"

Aurell mengesat air matanya kasar.

"Entahlah.. saya tak pernah nak ambil tahu dah pasal dia lepas mak dan ayah saya meninggal.Sebab dialah mak dan ayah saya mati! Saya tak tahu dia dekat mana sekarang dan saya malas nak ambil tahu",

Riyadh terdiam.Dia mahu bersuara tapi lebih baik dia diam dulu.Dia hanya memandang wajah Aurell yang sudah basah dengan air mata.

Gadis ini sudah melalui banyak duka dalam hidupnya.Banyak air matanya tumpah selama dia hidup.Gadis ini tidak pernah rasa bahagia selepas daripada peristiwa pahit itu.Aurell seorang gadis yang kuat.

Ell,mungkin saya mengahwini awak bukan atas dasar cinta.Tapi saya ikhlas memperisterikan awak.Saya akan jaga awak sebaik mungkin.Saya takkan biarkan lagi air mata tu menemani awak.Saya akan bahagiakan awak sampai akhir nafas saya.Itu janji saya.

*Hm.. bertakung air mata menaip😢 ok btw,so far macam mana dgn cerita ni? Memuaskan?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
637K 24.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
36.4K 3.5K 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan...
236K 5.5K 50
Mengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa...