Love In Silent ✔

Bởi CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... Xem Thêm

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 16

24.7K 1K 8
Bởi CikVelvet

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah Raihana,Riyadh bergegas masuk ke dalam.Memang keadaan dalam rumah itu agak huru-hara.Ada beberapa barang yang pecah dan bertaburan di atas lantai.Ketika itu,Raihana sedang mengemas menyusun meja dan perabot di dalam rumah itu yang agak tidak teratur susunannya.

"Hana,Ell mana? Dia okey tak?" soal Riyadh.Tak ada salam tak ada apa,terus saja menerpa ke arah Raihana.Nampak macam tak menyabar je.Tapi Raihana boleh nampak muka cemas lelaki itu.Amboi.. risau bukan main ye,abang?

Raihana tersenyum kecil."Dia okey je.. cuma dahi dia luka sikit.Hana rasa mungkin kena bucu meja agaknya.
Tapi tak apa,Hana dah check dan Ell tak ada apa-apa",

Jelas di situ Riyadh menghela nafas lega.Lega kerana Aurell tidak mengalami kecederaan yang teruk.

"Aik,risau nampak? Dah berkenan ke?" usik Raihana yang sedari tadi memerhati reaksi muka abangnya.Jangan-jangan abangnya ni dah jatuh cinta agaknya dekat Aurell.Tengoklah tadi.. cemas bukan main bila tanya pasal Aurell.

"Jangan nak merepek.. Abang tanya je lah.Lagipun dia kan tetamu kita,kalau apa-apa jadi dekat dia bukan ke kita jugak yang susah?" jawab Riyadh tenang.Dia duduk di atas sofa yang sudah di susun semula oleh Raihana.

"Ye laa tu.." Raihana duduk di sebelah abangnya.

"Ni.. kenapa Hana macam tak rasa apa pun? Rumah Hana ni kena pecah masuk tau", soal Riyadh hairan.Biasanyalah kan,kalau orang yang rumahnya kena pecah masuk macam ni,bukan main risau lagi.Siap nak tukar kunci pintu dan geriji lagi.Tapi adiknya ni? Tenang je dia tengok.

"Benda dah jadi,abang.Nak risau apa? Lagipun tak ada barang dalam rumah ni yang hilang.Semua ada elok je dekat tempatnya.Hana bukan nak cakap apalah kan,tapi Hana rasa.. orang yang ceroboh masuk dalam rumah ni cuma nak cederakan Ell", Raihana berfikir sendiri.Berdasarkan logik akalnya sekarang ni macam tu lah.Sebab kalau betul orang yang pecah masuk dalam rumahnya ni merupakan penyamun,kenapa dia nak pecah masuk waktu siang? Dan kenapa dia tidak menggeledah almari dan laci dalam rumah ni? Dan kenapa dia tidak naik ke tingkat atas rumah? Apa yang jelas cuma Aurell yang dicederakan.

Riyadh diam.Seakan memikirkan logik dari kata-kata Raihana itu.Tapi kenapa pulak orang yang menceroboh masuk dalam rumah Raihana ni hanya ingin mencederakan Aurell? Dia kenal ke Aurell? Mana dia tahu Aurell tinggal di sini?

Fikir punya fikir,Riyadh teringat sesuatu! Tak mungkin! Takkanlah..

"Hana nampak tak siapa yang pecah masuk rumah ni?"

Raihana menggeleng."Tapi beberapa hari sebelum ni Hana ada ternampak satu van hitam ni asyik berhenti depan rumah je.Pemandu van tu selalu jugak Hana nampak mengintai dalam rumah ni.Tapi.. Hana tak fikir apalah pulak masa tu",

Riyadh memandang Raihana dengan mata yang terbeliak."Van hitam.. rasanya betullah tu", katanya sendirian.

"Betul? Apa yang betul?"

"Abang rasa abang tahu siapa yang pecah masuk rumah Hana ni",

" Siapa?

"Lintah darat",

Dahi Raihana berkerut."Lintah darat? Tapi Hana tak pernah berhutang dengan orang pun.Kenapa dia nak cederakan Ell?"

"Bukan pasal Hana,tapi ni pasal Ell.Sebenarnya sebelum abang jumpa Ell malam tu,abang pernah selamatkan dia dari dua orang lintah darat ni.Masa tu dia hampir nak culik Ell tapi nasib baik abang sempat halang.Abang rasa orang yang pecah masuk rumah Hana ni adalah orang yang sama",

Raihana mengangguk faham.Patutlah dia cuma nak mencederakan Aurell saja.

"Berapa banyak yang Ell hutang dengan lintah darat tu?" soal Raihana.Walaupun agak mustahil untuk percaya bahawa gadis seperti Aurell itu berhutang dengan lintah darat,tapi mungkin jugak semua itu benar.

Riyadh mengangkat bahu."Abang tak tahu.."

"Maksudnya sekarang ni,selagi Ell tak selesaikan hutang dia dengan lintah darat tu,dia dalam bahayalah.Kita tak boleh biarkan dia macam tu.Kalau sekarang dia boleh cederakan Ell,esok lusa entah apalah yang dia buat",

Riyadh mengangguk beberapa kali.Apa yang dikatakan oleh Raihana itu semuanya benar.Aurell akan terus berada dalam pemerhatian lintah darat itu selagi hutangnya tidak diselesaikan.Kalau dalam masa beberapa hari saja mereka boleh tahu di mana Aurell berada,maknanya ke mana saja Aurell pergi,pasti sudah ada dalam pemerhatian mereka.

"Habis macam mana ni,abang? Takutlah pulak Hana kalau lintah darat tu buat lebih lagi dari sekarang.Kalau masa Hana dan abang ada dekat rumah tu tak apalah jugak.Ini kalau tak ada sesiapa dekat rumah,macam mana?"

Riyadh menggigit bibir.Kata-kata Raihana lagi membuatkan dia takut.

"Macam ni laa.. abang rasa buat masa ni tak selamat kalau abang biarkan Hana dengan Ell tinggal dekat sini.Diorang dah tahu tempat tinggal Ell.Jadi macam ni lah,mulai esok Hana dengan Ell tinggal je dengan abang.Walaupun abang tak selalu ada dekat rumah,tapi kau orang dekat dengan abang.Abang boleh jaga",

Raihana hanya mengangguk setuju.Dia tahu apa pun keputusan yang dilakukan oleh Riyadh,dia yakin keputusan itu yang terbaik.

AURELL membuka matanya.Kepalanya yang masih terasa berdenyut lagi,dipegang perlahan.Berkerut dahinya ketika cuba mengingati apa yang telah terjadi pada dirinya.

Oh ya.. rumah Raihana dipecah masuk ketika dia sedang duduk seorang diri di rumah.Dan lelaki-lelaki itu terus bergelut untuk membawanya keluar dari rumah sehingga dia terhantuk kepala di bucu meja dan terus tidak sedarkan diri.Tapi kenapa dia tidak dibawa pergi? Bukan ke lagi senang kalau dia diculik ketika tidak sedarkan diri?

Aurell menggeleng kepala.Malaslah mahu fikir.

Perlahan-lahan Aurell turun dari katilnya dan terus ke dapur.Langkah diatur satu persatu.Kepalanya masih terasa sakit dan berdenyut.Sebab itu jalannya masih terasa terhuyu-hayang.

Sampai saja di dapur,tiada makanan yang tinggal.Mungkin kerana Raihana beranggapan dia akan tidak sedarkan diri sehingga ke esok pagi.Sebab itu Raihana tidak masak.Atau pun makanan semua sudah disimpan di dalam peti sejuk.

Aurell duduk di kerusi meja makan.Perutnya diusap perlahan.

"Tahanlah,perut.. " katanya sendirian.Tapi memang dia rasa sangat lapar.Pagi tadi dia cuma makan roti bakar dan waktu siang pulak dia masih tidak makan.Tak sempat.Terlalu sibuk di hospital sehingga tiada masa untuk mengisi perut sendiri.

Dia hanya merenung meja kosong di hadapannya.Kemudian dia tiba-tiba berdiri.Dia memandang sekeliling.Kalau ada biskut atau roti pun okey jugak ni.Cecah dengan air milo panas.Cukuplah untuk buat perutnya bertahan sampai ke esok pagi.Tapi.. dia tak ada nampak sebarang tin biskut ataupun plastik roti.Sekali lagi dia mengeluh hampa.

Laparnya..

"Lapar ke?" satu suara asing menyoal dari belakang.Aurell yang terkejut dengan suara garau yang tiba-tiba saja muncul di dapur itu,lantas menyembunyikan diri di sebalik peti sejuk.Tindakan spontannya.Dia masih terkejut okey dengan kejadian petang tadi.

"Ni saya laa.." Riyadh menghampiri peti sejuk.Dan dia lihat Aurell mengeluh lega.Dia dah buat gadis itu terkejut ya? Maaflah.. dia tak sangka pulak Aurell akan terkejut dengan kemunculannya.

"Kenapa encik muncul macam tu? Terkejut saya",  Aurell menghampiri Riyadh.Buat malu je lelaki ni nampak dia bersembunyi belakang peti sejuk tadi.

" Ingatkan awak dah nampak saya dekat ruang tamu tu tadi.Kenapa awak turun? Lapar ke?" Riyadh menyoal lagi.Tadi dari ruang tamu tu dia perhati je Aurell yang membuka laci dan peti sejuk.Gaya macam tengah mencari makanan.Itu yang dia datang dapur nak bertanya.

Aurell mengigit bibirnya.Kepala diangguk perlahan.

"Awak nak makan apa?"

"Er.. kalau ada roti atau biskut pun jadilah nak buat alas perut",

" Ohh.. semua tu tak ada dalam rumah ni.Hana tak beli barang dapur lagi kut agaknya", kata Riyadh.Dia membuka sebuah lagi rak yang menyimpan makanan kering.Aurell tak sempat nak bukak rak ni tadi.

"Maggie nak?"

Aurell mengangkat muka.Bercahaya mukanya.Maggie? Bagusnya! Dia ingatkan dalam rumah ni tak ada mi segera.Maklumlah,Raihana kan seorang doktor yang menjaga kesihatan.Mana mahu ada makanan yang tak berkhasiat dalam rumah ni.Tapi ternyata ada jugak.

"Boleh jugak.."

Riyadh mengeluarkan sebungkus mi segera.Lalu dia meletakkan periuk yang sudah diisi dengan air di atas dapur gas.

"Ehh.. kenapa encik pulak yang buat? Biarlah saya yang buat", Aurell bangun untuk mengambil alih tugas Riyadh.Segan dia tiba-tiba Riyadh pulak yang buatkan mi segera untuknya.Padahal dia sendiri yang bangun kelaparan.Tak patut..

" Tak apa.. awak duduk je diam-diam dekat situ.Kepala awak tu tak berapa nak stabil lagi.Setakat mi segera je,saya boleh buat", Riyadh menghalang.Setelah ditolak,Aurell akur saja.Dia duduk kembali ke tempatnya sambil memandang ke arah Riyadh.

Baik jugak lelaki ni..

"Awak kenal ke siapa yang cederakan awak tu?" soal Riyadh sementara menunggu mi dalam periuk itu kembang.

"Orang yang sama.."

"Lintah darat tu lah?"

Aurell mengangguk.Sambil berbual,dia leka bermain dengan jari runcingnya.

"Berapa jumlah sebenar yang awak hutang dengan diorang tu?",

Aurell diam.Soalan Riyadh dibiarkan berlalu begitu saja.

"Ell,saya tanya ni.Bagitahu saya,berapa yang awak hutang diorang?"

Aurell mengeluh perlahan."Dua puluh ribu",

Terbeliak biji mata Riyadh mendengar jumlah wang yang keluar dari mulut Aurell.Gila banyak! Dia buat apa dengan duit sebanyak tu?

"Banyaknya.. awak buat apa dengan semua duit tu?"

Tapi soalan Riyadh kali ini,Aurell langsung tidak menjawab.Dia hanya menundukkan wajahnya.Macam mana dia nak jawab sedangkan bukan dia yang berhutang.Bukan dia yang guna duit sebanyak tu.Malah bukan dia yang curi barang kemas maklongnya.

"Hm,macam inilah.. Lintah darat tu dah tahu tempat tinggal awak sekarang ni.Awak dalam keadaan bahaya selagi awak tak selesaikan hutang tu.Jadi mulai esok,awak dan Hana akan tinggal dekat rumah saya.Situ je saya rasa tempat paling selamat untuk awak berlindung",

Aurell yang mendengar lantas menggelengkan kepalanya." Tak.. saya mintak maaf tapi kali ni saya tak boleh nak terima pertolongan encik.Selama ni encik dan Kak Hana dah banyak bantu saya.Saya cukup terhutang budi.Saya nak mintak maaf sebab saya dah melibatkan encik dengan adik encik dalam masalah saya.Saya rasa sampai sini sajalah pertolongan encik.Saya dah tak nak menyusahkan siapa-siapa lagi",

Riyadh dan Raihana memang terlalu banyak membantunya selama ini.Tanpa mereka,Aurell sendiri tidak tahu apa akan jadi pada dirinya.

"Kenapa pulak? Saya tak cakap pun yang awak ni menyusahkan.Saya ikhlas nak tolong awak.Lagipun awak dalam bahaya sekarang ni.Takkan saya nak biar awak seorang diri dekat luar sana? Kalau apa-apa jadi macam mana?",

" Tak apa,encik.Terima kasih sebab ambil berat tapi saya rasa saya boleh hadap diorang tu.Saya dah tak nak libatkan encik lagi.Lagipun encik bukan siapa-siapa dengan saya.Tak eloklah kalau saya terus mengharapkan pertolongan encik je", Aurell tersenyum kecil.

"Okey,macam ni lah.Saya dan Hana memang tengah risaukan tentang keselamatan awak.Apa kata kalau awak tinggal je dulu dekat rumah saya selama beberapa hari yang awak nak.Sampai awak rasa yang awak dah selamat,lepastu kalau awak nak pergi dari situ bila-bila masa pun terserah pada awak",

" Tapi.."

"Ini tentang keselamatan awak.Nyawa awak.Senang awak cakap awak boleh hadap diorang? Awak ingat diorang akan terus cederakan awak macam ni? Saya tak rasa macam tu.Ini baru sikit,diorang akan buat lebih lagi.Saya cuma nak tolong awak",

Aurell diam.Betul jugak apa yang Riyadh cakap.Hm.. ini tentang keselamatannya.

" Okey saya setuju.Tapi.. saya akan keluar dalam beberapa hari selepas tu",

Riyadh tersenyum kecil."It's up to you.."

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

325K 11.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
427K 20.9K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
325K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
1.9M 45.5K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...