Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 14

24.8K 1.2K 20
By CikVelvet

"ABANG,hari ni last cuti kan?"

Riyadh yang sedang bermain permainan dalam telefon bimbitnya,segera mengangkat muka memandang muka bersinar Raihana.Muka ni.. kalau tak nak ajak keluar shopping,mesti nak ajak melepak ni.

"Hm.. nak apa ni?"

Raihana tersengih."Alang-alang Hana dengan Ell tak ada buat apa ni kan.Jom kita pergi skatting",

"Skatting? Bukan ke bulan lepas kita dah pergi? Nak pergi lagi buat apa?" Riyadh menyambung permainan di telefon bimbitnya.Leka pulak dia bermain dengan permainan tu.Game sniper.Lagipun dia rindu nak pegang senjatanya dekat pejabat tu.Lima hari tak sarung baju UTK tu rasa macam setahun tak makan.Betul..

"Alaa.. itu bulan lepas punya ceritalah.Sekarang ni bulan ni tak pergi lagi kan? Jomlah,abang.. jomlah.Kaki Hana ni dah gatal sangat tau nak pergi skate", kata Raihana sambil menggoyangkan kakinya.

"Hah,pergi ambil pisau kat dapur.Biar abang tolong potongkan kaki tu.Gatal sangat.." usik Riyadh.Dia dan Raihana kemudiannya ketawa sendiri.

"Jomlah,abang.. lagipun nak buat apa je dekat rumah ni? Abang jugak yang selalu cakap dekat Hana ni bosan kan? Jadi jomlah kita hilangkan bosan tu" Riyadh memang ada rumahnya sendiri di Petaling Jaya.Tapi rumahnya itu agak jauh dari tempat kerjanya di Bukit Aman.Sebab itu kalau dia cuti dalam beberapa hari,dia akan tinggal saja di rumah Raihana.

"Hana pergi sendiri tak boleh ke?"

"No! Tak nak! Hana nak pergi dengan abang jugak.Jom,jangan malas.." Raihana sudah menarik tangan Riyadh supaya lelaki itu bangun.Namun sengaja dia mengeraskan badan.Ye la,kalau nak dibandingkan dengan kekuatan yang dia ada ni,setakat celah gigi Riyadh sajalah.

"Aish.. ye laa.Pergilah bersiap dulu",

Raihana tersenyum." Okey,tunggu tau",

"Ehh.. Ell.." Raihana yang baru ingin melangkah,menegur Aurell yang baru keluar dari dapur.Semua mata di ruang tamu itu memandang ke arahnya.

"Er.. ya?" Aurell cepat-cepat memandang ke tempat bila Riyadh juga turut memandang ke arahnya.

"Saya nak keluar ni dengan abang.Nak ikut?"

"Ehh,tak apalah.Kak Hana pergi je lah.Ell duduk rumah je", Aurell tersenyum.Panggilannya terhadap Raihana sudah berubah.Raihana yang beria-ria sangat suruh dia tukar panggilan.Katanya,panggilan Doktor Hana tu terlalu formal dan dia sendiri tak selesa mendengarnya.Tapi bila di hospital,Raihana tetap penyelianya dan dia akan tetap memanggil dengan panggilan Doktor Hana.

" Apa pulak? Ell ikutlah sekali.Takkan nak biarkan Ell duduk seorang diri je dalam rumah ni.Kita pergi main ice skating.Jom?"

Aurell menggeleng perlahan.Dia masih tidak selesa dengan dua beradik ini."Tak apalah.. lagipun Ell tak pandai main benda tu",

"Alaa tak apa.Abang Ad tu ada boleh tolong ajarkan Ell.Dah,jom.." tanpa banyak kata,Raihana terus menarik tangan Aurell naik ke bilik.Aurell ni kalau tak dipaksa memang tak jalan kerja.

SUNWAY Pyramid memang sering menjadi tempat dia dan Riyadh bermain luncur ais jika ada waktu terluang.Disebabkan mereka jarang meluangkan masa bersama disebabkan faktor kerjaya masing-masing,mereka akan datang ke sini setiap bulan.

"Kita pergi makan dululah sebelum main.Abang belanja tau.Jom,Ell.Kita makan dekat kedai tu", Raihana menarik tangan Aurell masuk ke sebuah restoran western di situ.Mereka mengambil tempat di meja paling hujung.Di situ agak sunyi sedikit.

Raihana duduk di sebelah Riyadh manakala Aurell duduk berhadapan dengan lelaki itu.Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh duduk depan lelaki ni.Dia main duduk je tadi.

Selepas membuat pesanan,Raihana yang paling banyak bercakap antara mereka bertiga.Ada saja topik bualan yang keluar dari mulutnya.Riyadh dan Aurell hanya sesekali saja bersuara.Itu pun kalau disoal oleh Raihana.

"Ell ni orang mana?" soal Raihana.Kini topik perbualannya beralih tentang Aurell pula.

Aurell mengangkat wajah.Sekali lagi wajahnya menjadi tatapan dua beradik ini.

"Er.. Ell lahir dekat Klang je",

" Mak dan ayah Ell pun sama?"

Aurell tersenyum kecil."Diorang asal dari Hulu Langat",

Raihana mengangguk."Sekarang diorang tinggal dekat Hulu Langatlah?"

"Er.. sebenarnya mak dan ayah Ell dah lama meninggal.Dari Ell sekolah menengah lagi", kata Aurell.Dia cuba mengukir senyuman di wajahnya.
Sebolehnya dia tak nak tunjuk kesedihan yang dihadapi.

" Ohh.. ya ke? Sorry,Ell.Saya tak tahu pasal tu", Raihana mengenggam tangan Aurell.Memang dia rasa bersalah sekarang ni.Patutlah muka Aurell tiba-tiba saja berubah ketika dia menyentuh tentang ibu bapanya tadi.Rasa bersalahnya lagi menebal apabila Riyadh turut menoleh ke arahnya dan menjegilkan biji mata.

Okey,dia tahu dia salah.

"Err.. jadi masa Ell kecil tu Ell duduk dengan siapa?"

"Ell duduk dengan.. maklong Ell.Dialah yang jaga Ell dengan baik selama ni.Dia juga satu-satunya saudara yang Ell ada dalam dunia ni", Aurell memaksa dirinya tersenyum.
Kalau ikutkan perasaan,dah lama dia menangis.Tapi dia tak nak menceritakan masalah antara dia dan maklongnya dengan sesiapa.Biarlah dia menyimpan sendiri.

" Ohhh.. mesti Ell sayang sangat dekat maklong Ell kan?"

Belum sempat Aurell mahu menjawab,pesanan makanan mereka telah dihantar.Mereka terus menjamah makanan tersebut tanpa mengungkit lagi hal tersebut.

AURELL melihat kiri dan kanan.Seumur hidupnya,dia tak pernah bermain kasut roda atau luncur ais.Bukan minatnya bermain permainan begitu.Kalau ikutkan,sekarang ni dia tak nak langsung main luncur ais.Dia cuma nak tengok saja dari tepi ni.Tapi disebabkan telah dipaksa oleh Raihana,dia terpaksa juga bersetuju.
Entah macam manalah rupa dia tergolek dekat atas ais tu nanti.Buat malu je.

"Ell? Kenapa tak pakai lagi kasut tu?", Raihana menyoal.Riyadh di sebelahnya hanya memandang kosong.

" Err.. nak cuba pakai tapi.." Aurell menggigit bibirnya.Tapi dia tak reti macam mana nak pakai kasut ni.Sarung tu dia tahulah tapi ni kenapa ada banyak sangat tali? Lepastu besi yang dekat bawah ni tak tajam ke? Kalau luka nanti macam mana?

"Tak reti ehh? Tak apa,abang Ad ada boleh tolong", Raihana memandang abangnya yang turut menoleh memandangnya.

Aku jugak?

" Kenapa abang pulak? Hanalah tolong pakaikan",

"Hana pun mana reti sangat pakai kasut ni.Alaa.. abang tolong je lah.Hana nak pergi beli air kejap", Raihana segera meninggalkan Riyadh dan Aurell.Lelaki itu mengeluh perlahan sebelum dia mendekati Aurell dan melutut di hadapan gadis itu.

" Ehh,tak apalah.Saya boleh.."

Belum apa-apa lagi,Riyadh terlebih dahulu memegang kasutnya dan mengarahkan kakinya dimasukkan ke dalam kasut.Aurell hanya menurut perintah saja.

"Kasut ni kena pakai ketat-ketat.Kalau tidak nanti senang jatuh masa meluncur", kata Riyadh.Tenang saja.Setelah selesai,dia berdiri semula dan pergi mendapatkan Raihana yang sedang beratur membeli air.

Dalam lima belas minit juga Aurell hanya berdiri di tepi gelanggang sambil memegang pemegang besi.Dia hanya mampu melihat Raihana yang sedang meluncur laju di atas gelanggang.Nampak senang tapi hakikatnya teramatlah susah.Raihana ingin membantunya tadi tapi dia menolak.Dia ingin membiasakan diri dengan kasut yang dipakai sekarang ini.

Dia lihat ke luar gelanggang.Riyadh sedang duduk di bangku yang didudukinya sebentar tadi.Lelaki itu juga sedang memandang ke arahnya.Aurell tersenyum kecil dan terus mengalihkan pandangan.

Bosanlah macam ni.Membazir duit je bayar untuk dia bermain di sini sedangkan dia langsung tak pandai main.Kalau macam ni,lebih baik dia duduk di luar gelanggang je.Dari dia masuk tapi masih duduk di tepi gelanggang macam ni.

Baru Aurell berkira-kira untuk keluar dari situ,entah macam mana Riyadh sudah pun berdiri di hadapannya.
Lelaki itu juga sedang memakai kasut luncur.Dia memandang wajah Riyadh.

"Let me teach you how to skate", katanya.

" May I?", Riyadh meminta izin untuk memegang pergelangan tangan Aurell.Memanglah gadis itu berlengan panjang dan berlapik tapi dia tetap tidak mahu bersikap kurang ajar.Dia masih ada adab dan tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan.

Aurell hanya mengangguk.Berdebar jantungnya apabila kedua pergelangan tangannya dipegang erat oleh Riyadh.

"Pernah main something like this? Roller blade or something?" soal Riyadh.Menyoal sambil merenung wajah Aurell.Hm,cantik jugak.Tapi sayang.Dia bukan seorang lelaki yang memandang paras rupa dari segalanya.

Aurell menggeleng.

"Okey,nak main ni kena biasakan diri dengan kasut ni dulu.Imbangan badan tu penting.Pandai imbangkan diri tak?"

"Err.. I don't know.. ",

" Let's try.." perlahan-lahan Riyadh melepaskan pergelangan tangan Aurell.Aurell tergapai-gapai apabila dia kini sedang berdiri di tengah gelanggang tanpa memaut apa-apa.Disebabkan terlalu takut,dia hanya berdiri kaku di situ.

"Come on,move forward.Come to me.." Riyadh membuka tangannya.Dia berdiri tidaklah jauh sangat dari Aurell.

"Er.. saya tak rasa saya boleh bergerak sekarang ni",

"Kenapa? Jalan sikit je.Cubalah dulu",

Aurell menarik nafas dalam.
Okey,mungkin dia boleh buat ni.Come on,Ell.You can do it!!

Perlahan-lahan,Aurell cuba membuka langkah.Dia menyeret kakinya ke hadapan sedikit demi sedikit.

" Okey.. saya rasa saya boleh.." Aurell berjalan lebih laju.Dia mahu cepat sampai kepada Riyadh.Tapi itulah orang kata,hidup ni jangan nak bodoh sombong.Entah di mana silapnya,dia tergelincir jatuh.Mujur saja punggungnya tidak sempat mencecah lantai kerana Riyadh terlebih dahulu memaut pinggangnya.Fuh.. selamat!

Di kesempatan itu,mereka saling bertentang mata.Mungkin dalam beberapa saat sebelum Riyadh sendiri tersedar dan terus melepaskan Aurell.

"Are you okay?"

"Ya.. errr.. okey",

"Kita cuba lagi sekali", Riyadh memegang sekali lagi pergelangan tangan Aurell.Tapi disebabkan dia hampir terjatuh tadi membuatkan Aurell jadi gelabah tidak tentu hala.Dan disebabkan itu,hampir saja dia tergelincir sekali lagi tapi mujur Riyadh erat memegang tangannya.

" You're so clumsy.Relax okay? I'll teach you", kata Riyadh perlahan dan kembali mengajar Aurell.

Dalam diam,Raihana memerhati saja gerak geri abangnya bersama Aurell di tengah gelanggang.Dia tersenyum memandang keduanya.

"How sweet there are.."

Continue Reading

You'll Also Like

149K 9.7K 32
Adam Hirdy | Azalea
388K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
355K 12.5K 87
~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersat...
93.2K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...