Love In Silent ✔

CikVelvet tarafından

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... Daha Fazla

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 5

27.6K 1.1K 40
CikVelvet tarafından

"MEMANDANGKAN hari ni hari pertama sesi praktikal kamu,saya akan bawa kamu berjumpa dengan dua orang penyelia yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan kamu dalam hospital ni", kata Doktor Zura.

Aurell mengangguk perlahan dan segera membuntuti langkah Doktor Zura.Berdebar betul dia rasa apabila jejak saja kakinya dalam hospital ni.Tambahan lagi apabila dia mula memakai kot putih yang dipakai oleh semua yang bergelar doktor di sini.

Dokor Zura mengetuk pintu bilik di hadapan dan melangkah masuk ke dalamnya.Kelihatan seorang doktor wanita sedang sibuk mencatat sesuatu pada buku catatannya.Doktor wanita itu mengangkat wajah memandang figura yang sedang berdiri di hadapannya.

" Ya,Zura?" soalnya.

"Doktor,ni Aurell Latisha.Pelajar perubatan yang akan praktikal dekat sini selama tiga bulan", terang Doktor Zura.Aurell tersenyum kecil lalu menganggukkan sedikit kepalanya.

" Ohhh.. ini dia rupanya.Okey,Zura.
Awak boleh pergi",

Doktor Zura mengangguk.Sebelum dia melangkah keluar,sempat dia berbisik pada Aurell."Ini penyelia awak dekat sini.Dia yang akan menilai awak", bisiknya sebelum berlalu keluar dari bilik.

"Have a seat..Doctor Aurell ",

Aurell mengangguk dan lantas mengambil tempat dihadapan doktor wanita tersebut.

" Jadi awaklah doktor praktikal tu.Cik Aurell Latisha binti Hisyam?"

Aurell tersengih lalu mengangguk lagi.Asyik mengangguk je dah macam burung belatuk dah.

"Muda lagi awak ni ya? Baru dua puluh empat tahun dah nak jadi doktor", doktor wanita itu tersenyum lagi.Manis saja senyumannya.

"Alhamdulillah,doktor",

" By the way,saya Doktor Raihana.You can call me Doctor Hana.Saya penyelia awak dekat sini dan saya yang akan menilai praktikal awak sepanjang tiga bulan ni", kata Raihana.Aurell tersenyum.

"Saya dah pun kenal awak berdasarkan laporan awak ni.Jadi saya rasa awak boleh mulakan praktikal awak ni sekarang.Nanti Doktor Zura akan bawa awak dan kenalkan dengan staff dekat sini.Kalau ada apa-apa soalan,awak boleh tanya saya.Anyway goodluck.Jangan nak stress sangat but at the same time you have to be serious.Mulai sekarang awak akan berdepan dengan your real patient", terang Raihana panjang lebar.

" Baiklah,terima kasih Doktor Hana",

Raihana mengangguk perlahan.

TEPAT jam lapan malam,Riyadh dan pasukannya sudah mengepung sebuah gudang lama yang menjadi lokasi Tora dan konco-konconya menjalankan kegiatan haram mereka.Misi ini diketuai oleh dirinya sendiri.

Riyadh dan tujuh orang anggotanya yang lain berada dalam pasukan Alpha manakala Aizat dan lapan anggota yang lain berada dalam pasukan Bravo.Riyadh menaikkan tangannya tanda mereka perlu berhenti dari terus menapak.Dia memandang sekeliling.Keadaan kelihatan lengang.Ini bermakna suspek masih tidak menyedari kehadiran mereka.

Riyadh menunjuk ke arah kirinya.
Faham dengan maksud itu,
Pasukan Bravo yang diketuai oleh Aizat lantas bergegas bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh Riyadh.Mereka lantas menyembunyikan diri disebalik semak yang berada di sekeliling gudang tersebut.

Setelah itu,Riyadh menunjuk pula ke arah kanannya.Dan dia lantas membuka langkah dan bergerak menghampiri pintu gudang tersebut yang terbuka sedikit diikuti oleh anggota pasukan Alpha yang lain.

Riyadh memegang senapang Benelli M3 di tangannya dengan erat.Nafas dalam ditarik.Dia memandang anggota di belakangnya dan lantas menaikkan tangan.Melalui lubang pada pintu gudang tersebut,dia mengintai keadaan di dalam.Ada beberapa orang lelaki bertopeng sedang berjaga sambil erat memeluk senapang di tangannya.

"Okey,piece of cake.. you can do this" bisiknya perlahan.Sebenarnya lebih kepada memberi semangat kepada diri sendiri.

Riyadh menaikkan tiga jarinya,
kemudian satu persatu jarinya diturunkan dan sebaik saja jari yang terakhir diturunkan,mereka terus menyerbu ke dalam gudang tersebut.Das demi das tembakan tepat mengenai empat orang lelaki bertopeng di hadapannya.Kekecohan tersebut telah menyebabkan sekumpulan lelaki yang menjaga di tingkat atas gudang tersebut,meluru ke bawah dan melepaskan tembakan tanpa henti ke arah mereka.Mujur ada papan dan kayu yang berada di dalam gudang tersebut dan dapat menjadi tempat mereka berlindung.

Nafas Riyadh naik turun.Dia memandang ke tingkat atas.Dari bawah dia dapat lihat Tora sedang memerhati gerak-geri mereka di bawah.Dia perlu naik ke atas dan hapuskan lelaki tersebut.

Riyadh memandang Jeff yang sedang berlindung bertentangan dengannya.
Setelah memberi isyarat yang mengatakan dia akan naik ke tingkat atas,Jeff pantas mengangguk.Dia memberi isyarat kepada anggota yang lain.Sesaat kemudian,mereka bangun dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang baru saja turun dari tingkat atas.

Di kesempatan itu,Riyadh pantas berlari ke tingkat atas.Sampai saja kakinya di anak tangga terakhir,satu tembakan hampir mengenai bahu kirinya.Mujur tembakan itu tersasar.Apa lagi,laju saja dia melepaskan dua das tembakan.Tepat mengenai dahi dan dada lelaki yang menembaknya tadi.Dia membuka lagi langkah sehingga sampai ke sebuah bilik.Pintu tersebut ditendang kuat.

Dapat dia lihat Tora sedang duduk di atas kerusi sambil menghisap rokok di tangan.Reaksi lelaki tersebut biasa saja.Langsung tidak takut mahupun terkejut.Senapang ditangan diacukan ke arah lelaki berambut oren tersebut.

"Sarjan Major Riyadh... kau cari pasal lagi dekat tempat aku", katanya sambil merenung Riyadh dengan wajah sinis.

Riyadh diam.Dia masih mengacukan senapangnya ke arah Tora.

"Dua tahun lepas,kau lingkupkan bussines Lion.Sekarang aku pulak?" soal Tora lagi.Rokok di tangannya dicampak ke lantai.Dia bangun dan mendekati Riyadh.

"Kau memang busuk hati ke apa? Tak boleh tengok orang senang?"

Riyadh masih diam.Dia memandang sekeliling.Ada dua tingkap yang tidak mempunyai jeriji besi di sebelahnha.Cukup besar tingkap tersebut.Senang kerjanya kalau begitu.

"Aku tak akan kacau bussines kau kalau apa yang kau buat ni betul.Kau memang tak pernah serik!" Riyadh akhirnya bersuara.

"Kau tu yang tak pernah serik! Aku buat salah apa? Aku cuma berniaga", kata Tora sambil mengangkat bahu.Masih dengan muka sinisnya.
Entah kenapa lelaki itu tidak takut dengan senapang yang diacukan ke arahnya.

"I don't wanna waste my time to deal with you! Let's take it easy. Surrender or let me shoot you?" soal Riyadh.Tegas.Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik sekarang ini.Dia rasakan seperti dia berada dalam bahaya jika dia masih berada di sini.

"Shoot me? Senang kerja macam kau ni.Boleh suka hati je bunuh orang.
Macam ni lah,aku nak bagitahu kau.Kalau aku tumpas dekat tangan kau malam ni,kau jangan ingat hidup kau akan tenang.Apa yang kau nampak ni baru sebahagian,bukan segalanya", kata Tora lagi.Senyum sinisnya semakin lebar.Lagi-lagi bila melihat dua orang lelaki sasa sedang menghampiri Riyadh.

Sebahagian? Bukan segalanya? Apa maksud dia?

Belum sempat Riyadh mahu melepaskan tembakan,lehernya dijerut dari belakang dengan rantai besi dan menyebabkan senapangnya jatuh di atas lantai.Dia pantas menoleh ke belakang.Sayangnya dia tidak dapat melihat wajah lelaki sasa yang sedang menjerut lehernya sekarang ini.

Tidak mahu tunggu lagi,Riyadh pantas menumbuk perut lelaki itu menggunakan sikunya.Tumbukannya membuatkan jerutan dilehernya sedikit longgar.Di kesempatan ini diambil untuk melepaskan diri.Namun seorang lagi lelaki yang tadi hanya berdiri melindungi Tora sudah mengeluarkan pisau rambonya.Dia cuba menikam ke arah Riyadh namun sempat dielak.

Entah dari mana datang pula tumbukan tepat mengenai tepi bibir Riyadh.Sejurus itu lelaki yang memegang pisau rambo tersebut mencuba sekali lagi untuk menikam perutnya.Tidak berjaya namun pisau tersebut sempat mengenai lengan dan pahanya.Bisa dirasakan.Riyadh jatuh terduduk.

"Damn shit!"

Dengan kekuatan yang dia ada,dia bingkas bangun dan memberi tendangan pada perut lelaki yang memegang pisau rambo itu tadi.Mengundur lelaki itu beberapa langkah ke belakang.Dia mahu menikam Riyadh sekali lagi namun Riyadh terlebih dahulu menendang tangannya dan menyebabkan pisau rambo itu terpelanting di atas lantai.

Tumbukan demi tumbukan dilepaskan dan akhirnya lelaki itu tumpas.Riyadh ternampak lelaki yang menjerut lehernya tadi sudah mengacu pistol ke arahnya.Dia pantas berguling dan mencapai senapangnya yang tercampak tadi.Belum sempat lelaki itu ingin menekan picu,Riyadh terlebih dahulu berbuat demikian.
Tiga tembakan tepat mengenai lelaki itu.Tumpas akhirnya.

Riyadh menoleh ke belakang.Waktu itu dia lihat Tora mahu melarikan diri.Dia pantas mengacu senapangnya ke arah lelaki tersebut.Namun malang apabila pelurunya sudah habis.Tanpa membuang masa,tangannya pantas mencapai pisau rambo di atas lantai dan dengan sekali balingan,pisau tersebut tepat mengenai kepala Tora.Tumpas juga ketiga-tiga mereka.

Riyadh duduk di atas lantai.Dia bersandar pada dinding bilik tersebut.Tercungap-cungap nafasnya.Kesan kelar pada lengan dan pehanya dilihat kejap.Agak dalam jugak.Patutlah pedih.

"Alpha team! Keluar dari lokasi! Ada bom dikesan di dalam gudang! Now! Move!" Aizat menjerit melalui earpiece di telinganya.Riyadh bingkas bangun dan berlari keluar.Dia lihat waktu itu pasukannya sudah meluru keluar dari dalam gudang.Dia tiada pilihan lain.Jika dia turun,itu pasti akan mengambil masa.

Riyadh masuk semula ke dalam bilik.Dia lihat ke arah cermin kaca di sebelahnya.Tanpa berfikir lagi,dia pantas merempuh tingkap tersebut untuk terus keluar dari gudang itu.

*aigoo💆 terlampau susah nak tulis bab nii.. harap okey laa ye

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
427K 17.1K 69
[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story...
1.1M 51.4K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face...
23.5K 1.3K 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sah...