Putera Mimpi

By diylalolipop

13.8K 1.6K 408

{Emirates Award 2018; Fantasy Best Book} {Wattys 2018; The Originals} Mimpi. Kadang-kadang boleh jadi indah d... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Emirates Award!
Wattys2018
Just asking
HAQ {New Story}
Bab 10
Bab 11

Bab 4

862 134 18
By diylalolipop

(Sambungan Prolog)

Bunyi unggas dan dedaun kering yang dipijak menemani perjalanan aku dan Adriel. Sudah 15 minit, aku mengunci mulut aku dan selama 15 minit jugalah lelaki itu asyik berdecit dan membebel tidak puas hati.

Kenapa dia membebel? Haa... lihatlah keadaan kami sekarang. Adriel terpaksa menjadi 'pak sanggup' aku dengan menggendong aku gaya piggyback. Serta-merta kejadian si bidan terjun Adriel menyelamatkan aku tadi terlayar di ingatanku.

"Hoi! Kau sedar tak? Ke otak kau dah bergegar?" Pertanyaan lelaki di hadapanku mengejutkan aku.

Aku memandang Lelaki Hoodie. Ya... tak silap lagi. Lelaki ini. Lelaki pelik plus hero plus kurang ajar semalam. Macam mana dia boleh tersesat dalam mimpi aku? Walaupun aku tak pasti lagi ni mimpi atau realiti  tapi bleh bleh.

Aku amati lagi wajahnya. Lelaki Hoodie masih statik dengan wajah beku air batu Alaskanya.

"Kau ni... lelaki kurang ajar semalam kan? Yang selamatkan aku tu. Kan?" Aku cuba memastikan bahawa tekaanku tepat.

"Siapa kurang ajar?"

"Kaulah!"

"Huh!" Cemuh Lelaki Hoodie sepatah dengan muka paling menyampah.

"Aku selamatkan nyawa kau, boleh pula kau cop muka aku ni kurang ajar? Kau sebenarnya yang kurang ajar!" Lelaki Hoodie menunjukkan reaksi muka 'Aku pantang betul bila perempuan cop muka aku sebagai lelaki kurang ajar!'

Melihat mukanya yang sudah memerah, aku tahu dia tengah marah. Baiklah, lainkali aku kena jaga bahasa aku.

"Sorry," aku meminta maaf dek kerana aku malas mahu bertekak dengan mamat ni. Aku tahu, kalau aku melawan aku akan kena tinggal terkontang-kanting sendirian di sini nanti. Maaf ego, aku terpaksa rendahkan kau kali ni.

Lelaki Hoodie yang duduk mencangkung di hadapanku kini bangun. Mukanya tidak lagi merah. Menandakan dia sudah tidak marah.

"Aku Adriel. Kau?" Adriel menghulurkan tangannya kepadaku. Walaupun tiada sebutir mahupun sepucuk mahupun segaris senyuman pada wajahnya, aku sambut jua. Aku tak tahulah samada dia ikhlas atau tidak nak bantu aku.

"Hani... aww!" Aku terduduk semula apabila aku cuba untuk bangun. Kaki kiri aku berdenyut. Argh... shit! Time macam ni jugalah kau nak terseliuh bagai.

"Oi! Oi! Kau kenapa?" Tanya Adriel cemas. Gelabah habis lelaki itu sampaikan dia terpeluk aku. Walaupun pelukan itu taklah erat sangat tetapi ia tetap buat jantung aku nak terkeluar. Apatah lagi hidung aku boleh mencium bau haruman perfumenya.

"Tepilah, sakit!" Marahku apabila kakinya terkena kaki aku yang terseliuh. Aku mengalihkan kaki aku perlahan-lahan. Takut si Adriel ni pijak kaki aku pula nanti.

"Bak kaki!" Tanpa menunggu aku hulurkan, Adriel terlebih dahulu menarik kaki kiri aku.

"Aww aww aww!" Aku menjerit kesakitan. Hak elah mamat ni. Tarik pelan-pelanlah sikit. Nak suruh buku lali aku pula yang terkeluar ke macam mana?

"Kaki kau terseliuh ni," kata Adriel sambil meneliti kaki aku seolah-olah dialah pakar kaki. Tengok, siap angguk-angguk lagi.

Adriel memusingkan badan dan menayangkan belakangnya kepada aku.

"Jom, aku boleh rawat kaki kau tu."

Ajakan Adriel menjatuhkan rahangku sampai boleh cecah tanah. Biar betul? Lelaki sombong yang aku jumpa kat kafe nak jadi nurse tak bergaji aku?

Aku tidak berkata apa-apa selepas itu dan hanya membiarkan dia menguruskan aku seumpama bibik berhoodie yang menguruskan gadis OKU.

Aku tersentak dan terus kembali ke alam nyata apabila Adriel mengacukan soalan pedas kepadaku selepas dia menyepi seketika.

"Kau hari-hari makan batu ke makan konkrit? Berat semacam je kau ni," masuk kali ini, sudah 5 kritikan aku dapat daripada Adriel. Semuanya mengenai berat aku. Itu belum termasuk lagi dengan segala bebelannya. Aku rasa telinga aku ni dah naik bisul-bisul tau asyik kena bebel.

Aku tak tahu pula lelaki dingin ni kuat membebel orangnya?

"Mulut kau tu tak boleh diam ke? Telinga aku ni dah berasap tahu tak asyik kena tembak dengan bebelan kau tu. Nak tolong buat cara nak tolong. Tak nak tolong, aku boleh je survey tempat ni sorang-sorang." Kini giliran aku pula menyatakan ketidak-puashatian aku.

Entah ya entah tak aku boleh survey tempat ni seorang diri. Tengoklah hutan ni, dahlah gelap. Itu pun cerah sikit sebab ada obor di setiap laluan yang Adriel bawa aku. Kalau aku, haram tak jumpa satu cahaya!

"Kau pasti ke boleh cari jalan keluar dari sini? Kau tahu ke tempat ni tempat apa?"

Dush dan dush! Dua soalan itu menghalang aku untuk menelan liur sendiri.

Yes. Memang aku tak tahu tempat ni tempat apa. Ini mimpi kan? Tolonglah cakap ini semua mimpi. Lelah kena kejar dengan abang-abang sado tadi pun tak hilang lagi.

"Kau tahu, kau manusia ketiga yang ada dekat alam ni selepas aku dan bonda aku. Aku tak tahu macam mana kau boleh tersesat kat sini. Siapa yang hantar kau?" Sambil Adriel membetulkan kedudukan aku yang hampir terjatuh, dia bertanya.

"Bukan ke kau manusia jugak?" Tanpa menjawab soalan Adriel, aku menyoal.

"Ya, memang aku manusia. Tapi, tak sepenuhnya."

"Habistu, kau apa?"

"Manusia separuh bunian. Aku ni kira dua alam. Aku boleh keluar masuk dari alam ni ke alam dunia." Dengan penuh ramah Adriel menjawab.

Aku terdiam sejenak. Bukan terdiam sebab aku fikirkan genetik Adriel ni. Aku terdiam sebab personaliti dia 100 peratus lain daripada waktu first meet aku dan dia.

Dia ni okay je sebenarnya. Ramah. Tapi, entahlah. Masa pertemuan pertama dia ni beku sangat. Orang nak tegur pun takut.

"Kau tak jawab lagi soalan aku." Adriel bangkitkan semula soalannya yang hampir dilupakan oleh aku.

"Soalan apa?"

"Macam mana kau boleh sesat dekat sini?"

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. KBAT sangat soalan si Adriel ni. Aku nak jawab pun otak aku kena refresh 40 kali.

"Aku pun tak tahu macam mana aku boleh termasuk alam kau ni. Yang aku tahu, aku buka je mata pufff! Aku dah ada kat sini.Tapi kan... aku rasa, aku tengah bermimpilah sekarang ni." Aku mengemaskan lagi pegangan lenganku yang memaut leher jinjang Adriel. Kalau aku jatuh nanti, memang aku kakikan lelaki ni.

"Mimpi?" Ulang Adriel, pelik. Dia cuba mencari wajah aku tetapi malangnya dahi dia pula yang terhantuk dengan dahi aku.

"Eish, lainkali kalau nak pusing tu bagitahu dulu," rungut aku sambil menggosok dahi yang dah 'tercium' dahi Adriel tanpa sengaja. Seraya itu, aku tolong gosokkan dahi mamat ni sekali memandangkan tangan dia confirm tak boleh nak capai.

"Yea... dan aku harap apa yang aku rasa ni betul." Sambung aku sambil mata dipandang ke hadapan. Belukar-belukar yang menghalang, langsung tidak mematahkan semangat Lelaki Hoodie a.k.a Adriel ini untuk menggendong aku. Apatah lagi nak campak aku yang hanya goyang kaki naik piggybacknya. Respect!

"Aku nak tanya..."

Soalan yang mahu diutarakan oleh Adriel, menarik minatku untuk mendengar.

"Apasal kau nangis tadi?"

'Nangis? Bila masa pula aku menangis?' Kening aku berkerut menunjukkan otak aku sedang mencerna soalan Adriel.

Apabila aku terdiam sejenak, Adriel menyambung.

"Kau tak ingat ke, waktu rehat tadi? Yang kau menangis terjerit-jerit tu. Cengeng." Adriel memberikan aku sedikit pembayang.

Aku sudah hampir mendapat jawapan. Dengan menggunakan perkataan 'cengeng', mesin pengimbas otak aku berjaya mengimbas kejadian atas rooftop sekolah tadi.

"Oh... Haahlah! Jadi, kaulah mamat 'cengeng' tu?" Aku jadi teruja tiba-tiba. Mana tak teruja, Lelaki Hoodie dengan Lelaki Cengeng merupakan orang yang sama iaitu Adriel. Like whut tha world?!

"Bukan aku cengeng, kau yang cengeng." Adriel membetulkan ayat aku.

"Gila lembab otak kau sampaikan kau tak recognize langsung muka aku." Ada sedikit nada kesal dibait kata Adriel itu. Huhu... mungkin dia frust kot muka dia tak cukup handsome untuk aku nak recognize.

Tak cukup handsome ke? Bagi author, lebih siap melimpah-limpah lagi dia punya handsome tau. Bolehlah lawan mamat anime yang hot-hot tu. Hehe sorry menyelit sikit.

"Sorry. Hehe," aku menambahkan perkataan 'hehe' untuk menjadikan maafku kedengaran sedikit cute. Tapi opkos jantan dayus mana yang rasa 'hehe' tu cute?!

"Dah sampai."

Uwaw... punyalah syok aku naik piggyback mamat ni sampai tak sedar yang Adriel dah letak aku atas kerusi emas yang bercorak bunga-bunga. Agaknya dia mengamuk tak kalau aku request untuk second round?

Aku memerhati Adriel yang sedang membuka pintu pagar besar dengan menggunakan segugus kunci dari sisi tepi. Lihat dia dari sudut ini, buat aku rasa bersalah pula sebab jelir pada dia semalam. Tengoklah muka innocent dia yang tengah struggle cari kunci tu.

"Sorry and thanks." Ucap aku perlahan. Sangat perlahan seolah-olah aku sedang berbisik kepada Adriel tetapi dengan jarak yang jauh.

Adriel menghentikan kerjanya lalu memandang aku yang berada di tepi.

"Kau ada cakap apa-apa ke?" Dengan muka innocent seperti tadi, dia bertanya. Oh, tolonglah jangan tayang muka macam tu! Kau buat macam aku sorang je yang jahat dalam situasi kita ni.

"Tak ada, tak ada!" Aku cepat menidakkan dengan sengihan palsu. Haraplah dia tak tanya lebih-lebih, nanti berjela pula aku kena terangkan.

Adriel kelihatan seperti malas nak ambil kisah dan meneruskan kerjanya.

Klak! Bunyi kunci sudah terbuka.

Adriel merapati aku sebelum berkata;

"May i?"

Belum sempat mata aku nak tafsir tindakan Adriel, dia dengan cepat mencempung aku. Aku terdiam dengan mata terbuntang luas.

Aku pandang Adriel dan pada masa yang sama dia turut pandang aku. Dalam 5 saat, aku bereye-contact dengan lelaki itu.

"Maaf tapi belakang aku dah nak terkehel asyik kendong kau. Tak apakan?" Pertanyaan Adriel kedengaran seperti meminta izin.

Satu senyuman muncul pada wajah Adriel apabila soalannya dijawab dengan kerdipan mataku sahaja.

Duh apahal muka aku panas duh?

Selepas Adriel menolak pintu pagar kayu yang besar menggunakan bahunya, jeritan aku hampir terkeluar. Tetapi, sempat aku halang mulutku daripada mengeluarkan jeritan itu menggunakan tapak tangan.

OYEMJI! WHAT THE WORLD IS THIS?!

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶

Thanks for those readers that always waiting for the update and always vote for the chapter.
i love you!

Yeah tahu hambar.
But don't worry i will fight to give you more exciting chappy next time.

and give more fastest update too. Huhu...

Don't forget to share, vote and comment! <3

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 123K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
388K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
279K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1M 67.7K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...