Putera Mimpi

Por diylalolipop

13.8K 1.6K 408

{Emirates Award 2018; Fantasy Best Book} {Wattys 2018; The Originals} Mimpi. Kadang-kadang boleh jadi indah d... Más

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Emirates Award!
Wattys2018
Just asking
HAQ {New Story}
Bab 10
Bab 11

Bab 3

933 136 27
Por diylalolipop

PARA pelajar tingkatan 4 Dinamik berpusu-pusu keluar dari kelas. Selama tiga jam mereka bergelumang dengan buku-buku, akhirnya mereka bebas juga.

Hani hampir tersungkur di hadapan pintu kelas akibat dilanggar oleh seseorang. Dia menoleh ke arah manusia itu dengan riak muka boleh sawankan 4 ekor kucing sekaligus apabila melihat wajahnya.

"Laju-laju nak pergi mana, Hani oi?" Tanya Fazziq sambil tersengih. Sejak dari dalam kelas lagi dia asyik perhatikan Hani yang langsung tidak menegurnya hari ini. Biasanya, gadis itulah yang akan sentiasa bertempek di sampingnya macam belukas.

Serta-merta imbasan kejadian Fazziq meluahkan perasaan kepada seorang perempuan kelmarin berlegar di benak kepala Hani. Dia pejamkan mata untuk mengusir imbasan menyakitkan hati itu pergi. Hani sedaya-upaya menarik otot-otot pipinya untuk mengukirkan senyuman.

'Act like you always do, Hani. Jangan jadikan suasana jadi awkward.' Hani cuba memberi nasihat kepada dirinya yang sentiasa memburukkan keadaan.

"Laa... kau ke? Ingatkan siapalah yang langgar aku. Nasib baik aku tak sempat layang penumbuk tadi. Ha ha ha.." Hani bertungkus-lumus untuk memantapkan lakonannya. Tetapi, gelak akhir yang tak ikhlas itu merosakkan segalanya. #Prayforhani

"Hmm..?" Fazziq dekatkan wajahnya pada wajah Hani. Matanya yang tajam itu menikam tepat ke anak mata Hani. Hani pula terkebil-kebil.

"Erk... kenapa? Ada yang tak kena dengan muka aku?" Hani meraba-raba mukanya. Nak kata ada air liur basi, lentokkan kepala atas meja pun dia tak berani. Apatah lagi mahu tidur dalam kelas. Mati syahid dia nanti dikerjakan Cikgu Jamelah.

Fazziq menyengetkan kepala sedikit. Matanya masih mencari sesuatu pada wajah polos milik gadis di hadapannya.

"You're acting weird today..." jawapan yang keluar daripada mulut Fazziq membuatkan Hani mahu paksa dirinya untuk masuk kelas lakonan dengan segera.

"Eh, mana ada. Hahaha. Mengarut," lagi sekali, Hani menonjolkan bakat lakonannya yang hanya setaraf budak tadika buat rehearsal. Sengihan yang janggal tersebut menambahkan lagi kesangsian Fazziq.

"Kau serius ke okey ni? Macam tak okey je?" Fazziq cuba menyentuh dahi Hani. Entah-entah demam kot budak ni?

Belum sempat tangan lelaki yang bergelar bestfriend itu singgah di dahinya, Hani cepat-cepat menepis.
Ini yang lemah ni.

Salah satu sebab Hani tergolong dalam perempuan yang bercrush ni, inilah. Inilah salah satunya. Sikap ambil berat Fazziq. Ergh, rasa macam nak pitam tiap kali dia tunjuk sikap prihatin mengalahkan prihatin seorang abang terhadap adik.

"Aku okey. Kau tak payah risau. Dah, jom." Sebelum Hani hilang pertimbangan diri pergi peluk crush dia ni, baik dia gerak dulu. Tak pasal-pasal nanti dia kena seret masuk lokap sebab peluk anak teruna orang sesuka hati.

Hani dan Fazziq berjalan beriringan menuju ke kantin. Mungkin bagi Fazziq keadaan ini normal sahaja. Tetapi bagi seseorang yang dah jatuh cinta pula, keadaan ini membuatkan udara di sekelilingnya seperti tidak cukup saja.

Hani mencuri lihat wajah Fazziq dengan ekor mata.

Zap! Zap! Zap! Zap! Zap! Zap!

Itulah bunyi yang menandakan bahawa beribu-ribu panahan cinta menusuk tepat ke hati kecil milik Hani. Acewah!

"Kau tahu..." percakapan Fazziq terjeda apabila matanya bertembung dengan mata Hani. Dengan gelabah, Hani melarikan mata ke arah lain. Kantoi!

"Tahu? Tahu apa?" Hani cuba berlagak cool, walhal dalam hati dia menyumpah-nyumpah pada diri yang dah terkantoi curi-curi lihat Fazziq. Agaknya, apa yang lelaki itu fikir? Hani gatal? Hani cuba mengurat dia dengan menggunakan kuasa tenungan?

"Aku dah couple dengan Ilyana. Kau kenalkan? Budak perempuan yang tinggi dan cantik dari sekolah elit seberang jalan tu," akui Fazziq tanpa perlu Hani bangkitkan cerita.

Krak!

Korang dengarkan? Hati siapa pula yang pecah tu? Siapa lagi kalau bukan Hani. Huhu... tabahlah Hani.

"Entah," mood Hani mula melayang ke planet gadis-gadis frust menonggeng. Air mukanya seratus peratus berubah.

"Petang semalam aku confess kat dia. Aku ingatkan dia akan tolak tapi..."

"Ouh yeke..." komen Hani malas sebelum sempat Fazziq habiskan cerita. Dia sudah malas mahu mendengar kisah si pematah hati di sebelahnya. Buat sakit hati saja.

"Aku nak pergi tandas. Kau pergilah dulu," untuk mengelakkan ketidak keselesaan Fazziq, Hani memberi alasan.

Tanpa berlengah, Hani terus mengatur langkah meninggalkan Fazziq yang terpinga-pinga. Fazziq hanya melihat gadis tersebut pergi sehinggalah tubuh itu hilang daripada pandangan.

"Weirdo?" Fazziq masih bingung. Aku ada salah cakap ke? Mungkin hari ni muka aku kurang handsome kot? Haih... perempuan. Susah nak tafsir setiap gerak-geri dorang.

"Woi, Fazz! Lepak jom?" Panggil salah seorang daripada sekumpulan pelajar lelaki yang berada tidak jauh dari tempat Fazziq berdiri.

"On!" Tanpa berfikir panjang, Fazziq bersetuju dan berlari anak ke arah mereka.

Hani mengintai di sebalik dinding. Matanya melihat Fazziq yang mengikuti sekumpulan lelaki tadi. Kemudian, dia menghembuskan nafas lega. Nasib baiklah mereka ada. Kalau tak, boleh semput dia tahan perasaan.

Hani terus berjalan tanpa hala tuju. Fikirannya kosong selepas mendengar pengakuan jujur seorang Fazziq Mukhlish tadi.

"Aku dah couple dengan Ilyana."

Sebaris ayat itu seperti terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Cuba kau bayangkan, crush kau mengaku depan muka kau yang dia jalinkan hubungan dengan perempuan lain. Korang boleh rasakan sakit dia tu macam mana?

Sebelum air mata Hani yang sudah bergenang di kelopak mata turun mencium pipi putih miliknya, Hani berlari naik ke tangga yang menghubungkan kawasan larangan di bangunan tersebut. Iaitu rooftop sekolah.

Hani membuka pintu. Kemudian, dia menjengulkan kepala. Sunyi. Seperti yang dijangkakan, memang tiada sesiapa yang berani naik ke kawasan larangan ini selain dia.

Kerja terlarang ini memang sudah biasa bagi Hani. Memandangkan dia jenis manusia yang tak suka bergaul dengan manusia lain, tempat inilah yang akan dia tuju setiap kali waktu rehat jika Fazziq tiada.

Di sinilah tempat dia luahkan segala rasa yang terpendam dalam hatinya. Sedih, marah, gembira dan seangkatan dengannya.

Hani pelik. Kenapa pihak sekolah melarang pelajar naik ke sini? Sedangkan pemandangan di atas ini cantik bukan main.

Bagi korang yang tak boleh bayangkan pemandangan dia macam mana, sila perbanyakkan menonton movie Jepun yang berasaskan alam persekolahan. Kalau korang dah tengok rooftop sekolah kat Jepun, macam tulah pemandangan dia.

Hani menuju ke arah balkoni. Langit yang biru dipandang dengan mata kuyu. Angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa itu sedikit sebanyak menaikkan lagi gelodak jiwanya. Setitis demi setitis, air mata Hani jatuh. Kemudian, dia menghemburkan tangisnya sambil menekup muka menggunakan tapak tangan.

Dia benci side dirinya yang emosional seperti sekarang. Dia benci perasaan sebegini. Dia benci kesedihan. Dia benci kesakitan. Tapi, perasaan itulah yang terpaksa dia hadapi sekarang.

"Aku suka kau Fazziq Mukhlish!" Tempik Hani sekuat hati. Dia mahu lepaskan segala bebenan yang membebankan jiwanya. Biarlah burung-burung yang lalu-lalang ini menganggap dia emo melebih. Asalkan selepas ini segala perasaan yang dikunci senyap dalam hatinya akan terbebas.

"Kenapa kau tak nampak aku? Susah sangat ke kau nak teka perasaan aku ni? Aku melekat dengan kau 24 jam kot?! Kalau kau masih tak perasan lagi kewujudan aku, memang kaulah lelaki paling bodoh kat dunia ni!"

"Aku sayang kau lebih daripada seorang kawan. Aku tak pernah letak kau dalam list lelaki yang aku akan friendzonekan. Tapi kau? Kau friendzonekan aku? Friendzone?! Heh. Kau memang kawan yang tak guna. Aku benci kau! Aku 2 kali 100 benci kau, Fazziq!" Dengan segala khudrat suara yang ada, Hani melempiaskan segala amarahnya pada langit. Pipinya yang sudah dihujani air mata, disapu kasar.

"Woi, kau boleh diam tak?"

Teguran satu suara garau, mengejutkan Hani. Dia berpaling.

Apabila matanya menyapa tubuh seorang lelaki yang sedang berbaring di atas lantai, serta-merta bulu romanya menegak. Matanya pula menjadi bulat. Bila masa pula ada manusia kat sini?

'Alamak! Dia dah dengar ke segala apa yang aku dah cakap?' Tanya Hani pada diri sendiri. Tak payah tanya Hani, memang dia dah dengar semuanya.

Lelaki itu bangun sambil menyapu kasar rambutnya. Stress agaknya tidur diganggu. Rambut lelaki tersebut yang pada mulanya terpacak cantik hampir hancur akibat sapuan kasar tuannya sendiri.

Hani menyepetkan mata. Kejap. Hmm... macam kenal. Tapi kat mana, ya?

Lelaki itu berjalan mendekati Hani. Apabila dirinya sudah berada pada jarak yang dekat dengan gadis itu, dia merenung pula wajahnya.

Hani menahan nafas. Entah? Hani sendiri pun tak tahu kenapa dia tahan nafasnya.

"Cengeng!" Tuduh si lelaki dengan muka yang menyeru penampar Hani.

Selepas mengucapkan satu patah perkataan tersebut, lelaki itu terus menuju ke arah pintu lalu membukanya dan beredar.

Hani terkesima. Wow! Selepas melihat perilaku lelaki itu, Hani baru tahu apa itu kurang ajar.

👑 ✨ 👑 ✨ 👑

Tik Tok Tik Tok Tik Tok

Jam di dinding bilik Hani terus berdetak. Kaki Hani juga terus berjalan. Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku u u...

Author, seriuslah sikit!

Hehe... Sorry. Sorry. Kat mana tadi? Oh, jam!

Bunyi jam dinding bersilih ganti dengan bunyi bilah kipas siling. Hani merenung buku latihan addmathnya tanpa ada tanda-tanda untuk pen mendarat di atasnya. Situasi ini menandakan bahawa otak gadis itu sudah mencapai ke tahap takat beku.

Hani menggaru kasar rambutnya. Inilah hasilnya bila cikgu tengah mengajar otaknya asyik menerawang ke alam lain. Dan orang yang harus dipersalahkan sekarang adalah Fazziq!

Disebabkan kata-kata lelaki itu, fikiran Hani asyik terganggu. Sampaikan ketika belajar pun, muka Fazziq yang menjadi penghias muka depan buku teks. Nasib baik muka cikgu sekali tak bertukar jadi Fazziq.

"Hani! Tak tidur lagi ke? Dah lewat ni!" Laung Kak Yani dari luar bilik.

Hani membalikkan mata. Hish... kakak aku ni. Baru pukul 11 kot? Chill la...

"Ya... Hani taulah!" Balas Hani dengan nada suara yang tinggi. Kalau Kak Yani tak dengar apa yang dia cakap ni, dah boleh dah buang telinga dia tu buat perhiasan.

"Mampus kau lah!" kata Hani sambil menutup buku dengan momentum tambahan. Bergegar meja dibuatnya. Dia sudah malas mahu menghadap masalah-masalah yang hanya tahu menyesakkan otaknya.

Hani berjalan ke arah beg sekolah untuk menyimpan segala buku-buku. Ketika dia membuka zip beg, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya. Benda itu dikeluarkan dari beg.

"Dreamcatcher yang Auntie Jennie bagi petang semalam. Hmm... kena gantung ke benda alah ni?" Hani bercakap sendiri sambil membelek-belek Dreamcatcher tersebut.

Hani bingkas bangun dan berjalan ke arah tingkap. Kemudian, dia menggantung Dreamcatcher pada paku yang berada di tepi tingkap.

Ketika Hani menggantungnya, Hani teringat pesan Auntie Jennie sebelum dia beredar kelmarin.

"Bila Hani dah mulakan kisah Hani, Hani tak boleh berhenti. Tapi, Hani mesti tamatkan. Faham?"

Hani tidak tahu maksud yang tersirat pesanan wanita itu. Jadi, Hani tak ambil kisah sangat. Biarlah. Bukan penting sangat pun. Dia menggantung pemberian Auntie Jennie itu pun, sebab cantik baginya.

Hani mencari suis lampu untuk memadamkan lampu. Sekilas lampu terpadam, Hani mencari katil lalu direbahkan badannya dengan gaya terjunan Pandelela Rinong.

Ketika Hani sudah berlabuh ke alam mimpi, sebutir daripada permata yang menghiasi Dreamcatcher bersinar apabila ia berselisih dengan cahaya bulan.

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶

Don't forget to share, vote and comment! <3

Seguir leyendo

También te gustarán

157K 16.9K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...
220K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
533K 36.6K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
Kampungku Por

Fantasía

100K 502 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...