Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
111

110

2.2K 145 37
By nur_minna

Zafriel Adrian mengikat tali lehernya. Sementara Iman Nadhirah membetulkan shawl di kepala. Mereka sedang bersiap-siap hendak pergi ke Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, sekolah lama mereka. Iman Nadzir turut bersiap di biliknya.

"Woi, korang! Aku pergi dulu. Nak ambik Mia." Iman Nadzir memunculkan kepala di pintu. Sebelah tangan memaut bahagian tepi pintu. Kemudian, berdesup lelaki itu hilang dari pandangan.

Biarlah... orang dah ada kekasih hati kan?

Iman Nadhirah membantu suaminya mengikat tali leher pulak. Alamak, taulah kerja cef tak pakai necktie tapi takkanlah tak ingat langsung cara ikat.

Eh, bukan tak ingat, si Iman Nadhirah yang offer minta tolong!

Hubungan mereka kembali seperti biasa selepas hari Zafriel Adrian marah-marah pasal crush tu. Iman Nadhirah kata jejaka itu akan tahu siapa crushnya waktu reunion nanti. In shaa Allah.

Berdebar-debar Zafriel Adrian ingin melihat rupa crush zaman sekolah isterinya. Entah-entah muka cap ayam je. Mana lah tahu kan?

Usai bersiap, mereka turun ke bawah. Tan Sri Nazmi dan isterinya berada di ruang tamu. Hai, dah berbulan-bulan tak dengar cerita, baru muncul? Dia orang ni kan pi travel satu dunia selepas ada Zafriel Adrian untuk menjaga anak bongsu mereka yang nakal itu.

"Mama, papa, kitaorang pergi dulu." Kedua-dua orang tua itu disalam pasangan suami isteri itu.

Kemudian, mereka keluar dan masuk ke dalam kereta. Iman Nadhirah terkocoh-kocoh mengekori Zafriel Adrian dengan kasut but berwarna birunya.

Mereka berdua berpakaian sedondon. Zafriel Adrian memakai baju berwarna biru lembut dipadankan dengan tali leher berwarna biru kehitaman manakala isterinya memakai blaus labuh berwarna biru sama dengan kemeja Zafriel Adrian dan skirt berwarna perang dipadankan dengan tudung sama warna dengan skirt.

Baru nampak macam pinang dibelah dua!

_________________


Masuk ke dalam dewan besar SMTI, Iman Nadhirah kagum melihat dewan besar yang tidak banyak berubah. Dekorasi saja yang ubah tambah lebih menarik. Tiba-tiba dia ternampak satu benda. Lengan Zafriel Adrian digoncang. "Zafriel! Zafriel! Tengok ni, ada gambar kita!"

Zafriel Adrian ikut melihat arah yang ditunjukkan isterinya. Dia nampak gambar berbingkai yang tergabtung pada dinding. Gambar itu diambil hari terakhir Zafriel Adrian sekolah di SMTI. Iman Nadhirah ditarik pengetua dan Cikgu Watie untuk bergambar bersama dengan pengetua. Katanya biarlah jadi kenangan sekolah, Encik Pengawas Terbaik dan Cik Troublemaker SMTI.

Tanpa sedar Zafriel Adrian mengukir senyuman. Masih ingat gadis itu beria-ia tak mahu bergambar sekali, tapi apabila ditegur pengetua terpaksa juga ikut. Last-last si Iman Nadhirah yang posing lebih-lebih. Padahal dia ada lagi tahun hadapan.

"Yalah, ada orang tu beria tak nak bergambar, last-last dia yang melebih-lebih," usik Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah memberi jelingan tajam buat suaminya.

"Ehem... ehemm..." suara dehaman menghentikan perbuatan mereka. Serentak mereka menoleh.

"Intan!"

"Taufik!"

"Kau orang... ni dah nampak sweet-sweet berdua ni, tak nak cerita apa-apa ke?" Tanya Intan.

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian tersenyum kelat. Lupa pulak dia orang ni agak ketinggalan. Taulah kahwin awal, terus lupa kawan-kawan sendiri.

"Ha, ada pun! Ingatkan tadi melencong tempat lain," tegur Iman Nadzir yang baru muncul bersama dengan Darmia.

"Eh, aku tanya tak mau jawab! Kau orang ni ada relation apa? One-to-one ke one-to-many?"

Pap!

Serentak Intan menerima pukulan dari Iman Nadhirah dan Darmia. "Mana kau dapat suka cakap merepek ni? Ni kena jangkit dengan Iman lah tu," ujar Darmia.

"Eh, aku pulak!"

"Eh apa ni? Aku tak faham?" sampuk Taufik.

Iman Nadzir menggeleng kecil. "Tulah, korang lepas kahwin terus hilang dari radar, siapa suruh? Zafriel dengan Iman dah kahwin dahlah!"

Terbuntang dua pasang mata milik pasangan suami isteri itu. Serentak mereka bertanya, "Serius?"

"Wah, doa aku dulu termakbul!" ujar Intan gembira.

"Doa?" tanya tiga orang lelaki itu yang tak tahu-menahu.

Zafriel Adrian melihat sekelilingnya. Baru perasan seorang lagi kawan baiknya tiada di situ. "Eh, ada nampak si Fahmi?"

"Entah, tak nampak pun dari tadi," jawab Taufik yang datang awal dari Iman Nadzir.

Tak semena-mena, Zaara datang menghampiri. "Ha baru nampak you two ni, kata nak kenal tunang I?"

"Tunang?" Pelik si Intan, Taufik, Iman Nadzir dan Darmia.

"Kau dah bertunang, Zaara?" tanya Iman Nadzir.

"Unbelievable!" respons Intan.

Zaara senyum lebar. Dia mengangguk. Dia memanggil seseorang yang sedang berbual.

Zafriel Adrian, Iman Nadzir dan Iman Nadhirah yang seakan mengenali seseorang itu mengecilkan matanya.

"Guys, this is Syed Hilman, my fiance."

"Hilman?!" Terkejut tiga orang yang tadi rasa macam kenal seseorang itu.

Lantas Iman Nadhirah bersembunyi di belakang suami dan abangnya mengundang rasa curiga pada kawan-kawannya yang tak tahu-menahu hal itu kecuali Darmia. Tapi Darmia cuma tahu mereka berdua putus tapi tak tahu sebab yang sebenar.

Intan pula mengerutkan kening. Hilman? Kenapa macam pernah dengar je nama tu?

"Hai!" Terasa awkward si Hilman.

"Wait, you kenal Hilman?"

Wajah Zafriel Adrian dan Iman Nadzir tegang. Protective betul diaorang ni! "Teramat kenal." Serentak dua jejaka itu menjawab.

Zaara tercengang.

"Can I talk with Iman for a minute?" Tanya Hilman.

Kedua-dua jejaka itu memandang Hilman macam singa kelaparan. Intan dan Taufik berdeham. "Kauorang ni kenapa?" Soal Taufik.

"Siapa Hilman ni?" Intan pula bersuara. Zaara memandang Hilman meminta jawapan.

"She's my ex-girlfriend," akhirnya Hilman menjawab segala persoalan buat tiga orang makhluk Allah yang tak tahu menahu hal itu.

Intan tahu sebenarnya!

"One minute and Zafriel kena ikut," Iman Nadzir memberi izin.

Hilman mengangguk. Tak kesahlah, asalkam dia berpeluang untuk memberitahu hal sebenar pada gadis itu.

Di luar dewan besar menjadi tempat mereka bercakap. Zafriel Adrian bersandar pada tiang berdekatan. Mata tidak lepas memerhati mereka.

"Apa kau nak cakap?" tanya Iman Nadhirah langsung tidak memandang mata bekas kekasihnya itu.

Hilman menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan. "I nak minta maaf atas semuanya. I tahu I salah. I dah lama nak bagitahu you tapi I tak berani. Bila I dah berani, you nampak I but you lari waktu petang yang hujan lebat tu. Sanggup you redah hujan sebab tak nak jumpa I. But I faham, I just want to apologize. Walaupun kita dah tak jumpa lepas ni, and kita dah tak bercakap macam dulu, I nak kemaafan you."

Iman Nadhirah terdiam. Jadi, petang itu, memang dia betul-betul nampak Hilman? Bukan khayalan semata?

Zafriel Adrian yang mendengar terkejut sikit. Jadi, itulah sebabnya isterinya sanggup meredah hujan sehingga menyebabkan dia demam?

Iman Nadhirah senyum nipis. "Aku dah lama maafkan kau. Tapi tolong jangan jumpa aku lagi. Your future is with Zaara now. Fokus pada Zaara bukan aku." Dia terus berlaly sempat menarik tangan suaminya masuk kembali ke dalam dewan besar.

"Kau dah buang perasaan pada dia?" tanya Zafriel Adrian ingin tahu.

Iman Nadhirah mengangguk. Dari awal aku bernikah dengan kau, jawab hatinya.

Zafriel Adrian menghela nafas lega. Mereka menghampiri Intan dan Taufik yang sedang makan di meja. "Fahmi tak ada lagi?" soal jejaka itu.

Mereka berdua menggeleng.

Kenapa beria sangat si Zafriel Adrian nak jumpa dengan Fahmi? Sebab Fahmi kata dia ada bawak someone special hari itu. Iman Nadhirah pun tak sabar nak tahu siapa dia.

Tak lama kemudian, bahu bekas pengawas di sekolah itu ditepuk. Zafriel Adrian menoleh. "Fahmi! Panjang umur kau!" Dia menyalam tangan kawan baiknya.

"Kau datang dengan siapa Fahmi?" soal Iman Nadhirah dan Intan yang penuh mulut dengan nasi. Tak senonoh betul! Padahal dah ada anak dua orang.

Fahmi sengih. Dia menunjukkan gadis yang menghampiri mereka. Muka gadis itu mencuka, tapi langsung tidak menghalang Iman Nadhirah, Intan dan Darmia yang baru muncul.

"Ha kenalkan Inspektor Ainnur Sofia."

"Ainnur!" Terus tiga orang gadis itu serbu Ainnur. Si Intan dengan tak basuh tangan, selamba aje peluk Ainnur.

"Woi, woi! Apa ni? Intan! Habis nasi kau kena baju aku!" Marah Ainnur.

Mereka gelak. Para jejaka di situ tidak dapat menahan tawa melihat kelakuan selamba Intan.

"Wait! Kau cakap apa tadi Fahmi? Inspektor? Kalau kau aku percayalah, tapi dia ni?" Tanya Darmia tak faham.

Iman Nadzir yang dengar mengerutkan kening. Setahu mereka Ainnur tinggalkan Malaysia untuk sambung belajar di luar negara.

"Haah, aku berhenti belajar lepas satu semester belajar sana. Aku masuk akademi polis, ikut jejak abah aku," terang Ainnur. Bapa Ainnur memang seorang polis pencen yang amat digeruni Fahmi. Terketar-ketar seluruh tubuhnya bila berhadapan dengan orang tua itu. Tapi lepas jadi polis emm... tunggu ajelah cerita si Fahmi ni keluar.

Reunion untuk batch Zafriel dan Iman Nadzir jadi lain pula. Jadi reunion buat empat sekawan, Iman Nadhirah dan kawan-kawannya.

______________________

Majlis reunion sudah lama berlalu. Tapi masih meriah. Zafriel Adrian mencari-cari kelibat isterinya. Punyalah dah lama mereka di deqan besar tu tapi sampai sekarang dia tak tahu siapa crush Iman Nadhirah.

Dia menghampiri kawan-kawan isterinya yang sedang sibuk bergosip. "Iman mana?"

Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. "Dia tak kata dia pergi mana, tapi dia suruh kau tengok pentas."

"Pentas?" Jejaka itu melihat pentas. Kelihatan Zaara mengacara majlis itu.

"Okay, sekarang kita dah sampai ke penghujung majlis. Ada seorang yang akan menyanyi, and dia ialah... Cik  Troublemaker! Ops salah pula, Puan Troublemaker!"

Puan Troublemaker, lawak betul!

Iman Nadhirah muncul di sebalik langsir merah yang tertutup. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf kacau kau orang punya majlis. Iyalah bukan reunion batch aku kan? So this song are dedicated to my beloved crush..."

Patah hati Zafriel Adrian mendengar ayat itu. Laju dia melangkah keluar dari dewan besar membawa hati yang telah pecah berkecai.

Aik? Tadi patah, ni pecah pulak?

Shut up!

Namun belum sempat lelaki itu keluar, Iman Nadhirah menyambung kata-katanya, "... a.k.a my husband, Encik Pengawas Bajet Alim, Zafriel Adrian."

Sorakan kuat dari semua orang di situ.

"Uish, Zaff, best lah kau dapat lagu dari isteri kau."

"Eh, bila kahwin? Tak jemput pun?"

"Wah, sweet betul isteri kau, Zaff!"

Rata-rata manusia di situ berkata pada Zafriel Adrian. Tapi satu oun dia tak peduli. Apa yang dia tahu dia terkejut. Terkejut giler! Pandangannya beralih pada Iman Nadhirah di atas pentas.

There I was again tonight
Forcing laughter, faking smiles
Same old tired lonely place

Walls of insincerity,
Shifting eyes and vacancy
Vanished when I saw your face

All I can say is it was enchanting to meet you

Your eyes whispered, "Have we met?"
Across the room your silhouette
Starts to make its way to me
The playful conversation starts
Counter all your quick remarks
Like passing notes in secrecy

And it was enchanting to meet you
All I can say is I was enchanted to meet you

Terpukau Zafriel Adrian mendengar nyanyian Iman Nadhirah. Mendengar bait-bait lirik lagu yang sangat kena dengan situasi mereka.

The lingering question kept me up
2 AM, who do you love?
I wonder 'til I'm wide awake
And now I'm pacing back and forth
Wishing you were at my door
I'd open up and you would say, "Hey,
It was enchanting to meet you,
All I know is I was enchanted to meet you."

This is me praying that
This was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo your name
Until I see you again
These are the words I held back
As I was leaving too soon
I was enchanted to meet you

Sorakan gemuruh bergema di dalam dewan besar.

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

Semua yang berada di situ ikut menyanyi mengulang dua baris lirik itu.

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

Tepukan gemuruh buat troublemaker sekolah itu. Iman Nadhirah memberi senyuman buat bekas-bekas seniornya.

___________________

"Apa maksud kau, 'my crush a.k.a my husband?" Tanya Zafriel Adrian dalam perjalanan balik ke rumah.

Iman Nadhirah tersentak. Eh? Tak faham lagi ke buat-buat tak faham? "Tang mana kau tak faham tu?"

"Semualah! Kau tu bukan dulu beria benci ke kat aku, sampai tak nak aku tutor kaulah... degil tak nak dengar cakap aku, kata aku ni bajet alim sebab anak Pak Haji, benci sampai bagi kucing kat aku waktu tengah nak tamatkan larian, benci sampai tak suka aku dengan family ikut family bercuti, benci..."

Cupp!

Idea gila lagi melintas di fikiran Iman Nadhirah. Dia mengucup pipi suaminya kerana banyak sangat membebel. "Habis dah?"

Terdiam Zafriel Adrian dibuatnya. Dup dap dup dap bunyi jnatungnya berdegup. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Gila betul Iman Nadhirah buat macam tu waktu Zafriel Adrian sedang memandu!

Iman Nadhirah senyum melihat suaminya sudah mendiamkan diri. Dan kisah mereka pun bermula...

____________________

Sewaktu Iman Nadhirah baru masuk Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, semua orang murid dalam kelasnya melantik dia menjadi ketua kelas. Padahal tak ada sesiapa pun kenal Iman Nadhirah. Budak baru kan...

Suatu hari, Iman Nadhirah diarahkan membawa buku ke meja guru Bahasa Melayunya. Waktu itu hanya Darmia yang menjadi teman rapatnya. Intan dan Ainnur berada di kelas lain dan mereka tak berkenalan lagi.

Iman Nadhirah menjadi ketua kelas tetapi selalu dibuli. Dia mengangkat buku yang banyak itu seorang diri. Sudahlah kelas mereka di tingkat 2, bilik guru di tingkat tiga. Buku yang banyak telah menghalang gadis itu dari melihat jalan.

Tiba-tiba seseorang melanggarnya ketika kakinya sudah menjejak ke koridor tingkat tiga. Buku-buku habis bertaburan. Mujur saja Iman Nadhirah tidak jatuh ke belakang, dia jatuh ke tepi. Kalau tak, memang patah tulang empat keratnya.

Seorang pengawas lelaki yang kebetulan datang ke situ terus membantu Iman Nadhirah mengutip kembali buku-buku yang bertaburan. "Lain kali kalau bawak buku banyak-banyak suruh lelaki pergi hantarkan ataupun ajak sorang classmate perempuan tolong bawak sekali. Kalau jadi macam ni kat tangga, kan makin susah?" Tegur pengawas lelaki itu. Nada tegas lelaki itu membuatkan Iman Nadhirah ketakutan.

Dia menunduk. Tapi melihat lelaki itu menunduk, Iman Nadhirah mengangkat wajah. Ingin melihat siapa yang membantunya itu. Dalam masa yang sama, pengawas lelaki itu turut mengangkat wajahnya apabila terasa diperhatikan. Mata mereka bertembung.

Berkerut dahi lelaki itu. Wajah Iman Nadhirah seperti familiar pada dirinya. Tanpa segan silu, dia bertanya, "Kita pernah jumpa ke?"

Iman Nadhirah menunduk semula. Dia menggeleng. Buku-buku pantas dikutip. Baru saja dia imgin bangun dengan buku yang banyak itu, pengawas lelaki itu menghalang, "Eh, biar aku tolong! Kalau jatuh lagi, ada orang nak tolong, tak pelah juga." Dia mengambil 3 per 4 dari buku yang dipegang Iman Nadhirah lalu berjalan mendahului ke bilik guru.

Iman Nadhirah mengekor.

"Cikgu mana ni?"

"Cikgu Qairani."

Usai meletakkan buku-buku itu di atas meja Cikgu Qairani, mereka pun keluar dari bilik guru. Selepas memakai kasut, pengawas lelaki itu beredar tanpa berkata apa-apa.

"Terima kasih," ucap Iman Nadhirah sambil matanya menghantar pemergian lelaki itu. Senyuman terukir di bibir.

Akan aku cari nama kau, wahai pengawas!











★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Yess, flashback! Ada lagi ya next chapter😏.

Dah, puas hati dapat double update? Dahlah semua teka salah😢. Zaara dengan Hilman lah weh! Takpelah, author redha. Nak menangis author baca comment korang ni

Nah  nah, tengok balik comment korang ni. Semua Fahmi ngan Irshad. Kenapa mesti diorang?

"Mengapa mudahnya kau sakiti.. mengapa mudahnya kau lukai~🎶😭"-Fahmi

"Huish, apasal aku pum terjebak ni?"-Irshad

"Jap jap, bukan mamat tu kita dah  campak ke laut yang ada ikan piranha tu ke?"-Adam

*pi tengok balik laut tu*-geng-geng yang join Fahmi dan Adam mencampak Hilman ke laut

*masing-masing tepuk dahi*

"woi pehal kau orang pi campak patung Garfield aku😭😭😭"-Iman Nadhirah

"Alala...takpe aku ada😏"-Zafriel Adrian

"Bengap betul korang ni😑"-Iman Nadzir

Continue Reading

You'll Also Like

458K 1.6K 8
Highest ranking [ 1 in #novelmelayu (3/12/19-29/1/2020)] Highest ranking [top 3 in #konflik] Highest ranking [1 in #ujian #emosi] Highest ranking [1...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
310K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
671K 33.1K 70
Zafran Aidil seorang penulis yang tidak terlalu serious dan tidak suka dengan populariti. walaupun dia seorang penulis, tetapi tidak ramai yang menge...