Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
108
109
110
111

107

1.9K 169 45
By nur_minna

"Astaghfirullahal azim... apa kena dengan aku ni cakap dengan cermin. Mama, Iman dah jadi gila ke?" Iman Nadhirah memegang kedua-dua belah pipinya seperti tadi.

Serentak pintu bilik dibuka dari luar. Tergamam Zafriel Adrian di muka pintu.

Terbuntang dua biji mata Iman Nadhirah. Allahu... tolong aku!

Zafriel Adrian mengerutkan kening melihat isterinya berpakaian lain daripada kebiasaan. "Dah kenapa kau pakai baju macam ni? Buang tabiat?"

Terkebil-kebil mata Iman Nadhirah mendengar kata-kata suaminya. Buang tabiat dia kata?

Jantung Zafriel Adrian bagai mahu pecah melihat isterinya. Kalau ikutkan rasa hati, memang dia terkam terus! Rezeki dah ada depan mata. Tapi bahaya juga, macam mana kalau dia memang betul-betul buang tabiat? Tak lama lagi mendudalah aku!

Astaghfirullah... Naudzubillah... tak baik doa yang bukan-bukan, Zafriel!

"Dahlah, mandi lagi bagus!" Zafriel Adrian terus membawa langkah ke bilik air.

Iman Nadhirah memuncung. Punyalah penat aku bersolek, dia pergi masuk bilik air pulak!

Eh, pantun dua kerat!

Gadis itu duduk di atas katil menanti suaminya keluar dari bilik air. "Oh, dengan Zaara boleh pulak kau bermesra bagai? Aku yang dah berpangkat isteri kau ni, tak mau layan pulak!" Desisnya geram.

"Eee... geramnya aku!" Tangan naik ke rambut dan digenggam kuat.

"Apa yang geram sangat tu?"

Iman Nadhirah mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Kelihatan Zafriel Adrian mencapai tualanya yang tersangkut pada penyidai baju. Dia kemudian menghilang kembali ke dalam bilik air.

Iman Nadhirah menggigit kuku yang pendek. Dia dengar ke apa aku cakap?

____________________________

Iman Nadhirah membuka matanya perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling kamar. Rasa sesuatu yang pelik. Ditambah lagi apabila nampak Zafriel Adrian baru keluar dari bilik air. Wajahnya kelihatan cemas.

Mata Iman Nadhirah tertancap pada jam dinding. Terbuntang matanya luas. 8.15 pagi! Terus melompat gadis itu dari katil.

"Zafriel! Apasal kau tak kejutkan aku? Oh no! Dah lambat sangat ni!"

"Aku pun baru bangun, macam mana nak kejut kau lagi? Aku pun dah lambat ni tau tak? Hari ni diorang nak bukak restoran awal."

Kelam kabut Iman Nadhirah mengambil tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik air.

Zafriel Adrian tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Selesai berpakaian, dia terus turun ke bawah. Niatnya ingin tunggu Iman Nadhirah di kereta sahaja.

Tak sampai 15 minit, Iman Nadhirah muncul dengan tudung shawl dililit pada leher. Terkocoh-kocoh dia menyarung sandal dan mengunci pintu utama. Zafriel Adrian menghidupkan enjin kereta. Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam kereta, dia memecut laju keluar dari halaman rumah.

Iman Nadhirah memakai shawl dengan cara yang betul sambil melihat cermin. Suasana di dalam kereta itu sunyi tanpa sebarang suara. Masing-masing fokus nak sampai ke destinasi yang ingin dituju. Mungkin juga memikirkan alasan munasabah untuk diberi atas kesalahan lewat ke kuliah dan tempat kerja.

Iman Nadhirah merungut-rungut dalam hati. Rasa bengang kerana tidur lena sampai tak sedar langsung  bunyi alarm. Bunyi alarm? Ada set ke malam tadi?

Zafriel Adrian pula cuba mengekalkan riak wajah tenang. Padahal dalam hati rasa gundah-gulana. Bimbang dia dipecat kerja memandangkan pernah digantung sebelum ini. Ah, kenapa pulak harini boleh terlewat bangun?

Sampai di perkarangan universiti, Iman Nadhirah terus menyalam tangan suaminya ala kadar dan keluar dari kereta. Laju kakinya melangkah ke bilik kuliah. Dalam hati tidak berhenti berdoa agar pensyarahnya tidak masuk awal.

Zafriel Adrian tidak berlengah, dia terus menekan pedal minyak. Memandu keluar dan mengekalkan hala tuju ke tempat kerja.

"Lambatnya kau sampai, Iman?" tegur Qaira sejurus selepas Iman Nadhirah masuk ke dewan kuliah.

Nasib gadis itu baik kerana dia cepat pecut sebelum pensyarahnya masuk. "Entahlah, aku lupa nak kunci jam kut? Sampai Zafriel pun lambat harini."

Najwa dan Qaira hanya menggeleng kecil. Apalah gadis itu buat malam nanti sampai lupa nak kunci jam?

Biarlah... hal suami isteri, jangan disibuk!

Sementara itu, sepanjang hari Zafriel Adrian asyik tersenyum lebar. Moodnya begitu baik sampaikan kena bebel dengan Puan Manisah pun dia boleh senyum aje.

Terus tak lama Puan Manisah membebel melihat muka ceria Zafriel Adrian. Dia malas mahu melayan, terus masuk ke pejabat.

Keceriaan di wakah Zafriel Adeian mengundang curiga buat para pekerja yang lain. Qaid dan Adam duk tepuk-tepuk bahu Irshad yang sedari tadi asyik perhati ketua cef mereka.

"Weh, dia dah kena sampuk ke?"

"Seriau aku tengok si Zafriel tu."

"Macam mana kalau tu bukan Zafriel? Weh, cef kesayangan aku!"

"Apa Iman dah buat kat dia sampai jadi macam ni?"

"Astaghfirullah. Kena azan sekali kat telinga tu."

"Jap, jap. Aku call Haji Umar suruh dia azankan anak dia ni balik."

"Woi, woi! Korang ni apahal?" Marah Irshad yang sedari tadi diam. Kecoh betul mamat berdua ni!

Si Qaid ni dulu jenis tak ambik kesah pun, la ni dah jangkit dengan perangai si Adam dengan Hazqel lah ni!

Adam dan Qaid sengih. Mereka menyapu bahu yang menjadi mangsa pukulan mereka.

Irshad menepis tangan mereka berdua. Geli pulak aku! Dia mendekati Zafriel Adrian yang sedang berehat itu. Adam dan Qaid turut sama mengekor.

Busybody sungguh!

"Zaff, kau kenapa? Happy semacam. Aku dah naik pangkat jadi uncle ke?"

Zafriel Adrian menggeleng. Dia senyum lagi. Terkenang kejadian malam semalam. Malam dimana Iman Nadhirah telah dimilikinya. Berbulan-bulan dia menunggu gadis itu, akhirnya tercapai juga hasratnya.

Eh? Gadis lagi ke? Dah jadi isteri yang sebenar-benarnya kan?

Tadi dia sempat call telefon isterinya tapi tak berjawab. Memang sahlaj tak jawab orang duk sibuk fokus dalam dewan kuliah.

Zafriel... Zafriel...

Zafriel Adrian membiarkan tiga jejaka itu tertanya-tanya. Dia kembali menyambung tugas memasaknya.

Pandangan jejaka-jejaka itu tadi bersatu. Makin pelik mereka dibuatnya.

Hmm... apa-apapun doakan sajalah pasangan suami isteri itu kekal hubungannya sampai ke syurga.

Aamiin...

Aamiin cepat! Kalau tak aku ketuk pintu rumah dan belasah korang.

Okay gurau! Hehehehe...

___________________________

Iman Nadhirah memusingkan straw dalam cawan berisi air sirap limau itu. Kepala duk pikir apa benda entah. Mata tertumpu pada pelajar yang makan di kafeteria itu.

"Babe, kau okey tak? Diam aje..."

Iman Nadhirah menjawab soalan Qaira dengan angkat bahu.

"Eh, aku lupa nak tanya, macam mana plan semalam? Menjadi tak?" Kedua-dua kening tebal Najwa angkat dua kali. Senyumannya meleret.

Dahi Iman Nadhirah dan Qaira berkerut.

"Plan apa ni? Kenapa aku tak tahu menahu ni?" soal Qaira tidak mengerti.

Iman Nadhirah pula cuba ingat semula kejadian malam semalam. Mungkin dengan itu, dia akan dapat tahu punca dia dan Zafriel Adrian lewat bangun. Lama dia fikir sampai kepala terasa berdenyut-denyut.

Tangan naik picit dahi. Apa yang jadi malam tadi?

"Semalam, aku dengan Iman pergi shopping mall. Lepas tu, adalah nampak si Zafriel dengan seorang perempuan ni...." Najwa menceritakan kepada Qaira tentang kejadian semalam.

Jumpa perempuan? Zaara!

Tanpa sepatah kata, Iman Nadhirah terus bangun. Tandas perempuan yang terletak berdekatan situ dituju. Dia masuk ke satu kubikel tandas yang kosong. Lama dia duduk di dalam.

Keluar semula, tandas yang tadi penuh dengan pelajar perempuan, sudah kosong. Iman Nadhirah memautkan tangan pada para sinki. Cermin besar yang memantulkan wajahnya itu dilihat lama. Kejadian malam tadi melayar di fikiran.

Patutlah, beria aku dengan Zafriel bangun lewat. Lepas subuh tadi memang kita orang tidur sebab penat. Ya Allah, apa yang aku fikir sampai berani buat benda tu?!

Iman Nadhirah menampar pipi sendiri. "Iman, wake up! Dia jumpa Zaara aje, yang kau sampai nak goda dia apahal? Kan tak pasal-pasal jadi benda macam semalam?" marahnya pada diri sendiri.

Memang dia marah. Siapa suruh buat kerja gila pi pakai baju tak cukup kain tu?

"Macam mana kalau apa yang berlaku semalam berlaku bukan sebab dia nak jalankan tanggungjawab dia? Buat malu aje, babe! Pagi tadi mungkinlah dia lupa, tu yang tak cakap apa-apa. Kalau tiba-tiba dia marah aku sebab buat benda tu macam mana?"

Iman Nadhirah meraup wajah kasar. Dia kemudian mengambil keputusan masuk ke surau. Ada baiknya dia pergi solat Zohor dulu.

Usai solat Zohor, Iman Nadhirah pergi ke pondok wakaf yang berdekatan. Kepalanya tiba-tiba terasa berat. Macam kena hempap dengan sesuatu.

Dia rebah.



★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Maaf kalau ada yang terkurang dalam bab ni. Sebab aku tengah tak sedap perut ni tapi tangan gatal nak menaip😂. Tau korang rindu CTPH. Ingatnya nak update minggu depan, tapi tuah korang. Aku tengah ada mood menulis ni. Bersyukur ya?

Hmm... agak-agak apa jadi lepas ni ek? By the way, nak tak author buat CTPH versi Raya? Author tak janji nak buat benda ni sebab tak pasti lagi bila CTPH nak habis. Sekarang ni ingat nak tetapkan masa DDC update lepas subuh. CTPH update lepas isyak. Tak tentu lagi.

Tunggu je masa-masa macam ni esok. In shaa Allah kalau ada tu, adalah. Kalau takde jangan maki hamun pulak😅

Proses editing ada tinggal lagi 129 pages. Lepas habis edit, nak susun balik bab. Ada banyak benda author tukar and tambah ayat. Maybe ada scene sikit-sikit author tambah. Lepas tu, nak susun balik bab. Tak nak buat sampai 100😂.

Doakan author cepat siap, boleh hantar dalam masa cuti sekolah jugak. Aamiin😌

Kalau ada apa-apa yang korang rasa or ada idea boleh tambahkan scene dalam mana-mana bab cerita ni, boleh pm tepi. Kerjasama dan sokongan anda amatlah aku hargai😚.

Continue Reading

You'll Also Like

27.6K 822 13
Aralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata...
652K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
310K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...