Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
104
105
106
107
108
109
110
111

103

2.7K 239 41
By nur_minna

Zafriel Adrian meletakkan ayam yang telah siap dimasak ke atas pinggan. Diletaknya pula, ketang lenyek dan sayur coleslaw. Sedang dia khusyuk membuat kerja, Adam berdiri di sebelahnya. "Kau nak apa, Dam?" Soal cef itu.

"I nak tanya you sikit."

Zafriel Adrian meletakkan pinggan itu pada kaunter yang menghubungkan dapur dan ruang makan pelanggan. Dia mengelap tangannya pada kain. "Apa dia?"

Adam menggaru kepala. Rasa teragak-agak ingin bertanya. "Ermm... kawan Iman tu single tak?"

Terjungkit kening Zafriel Adrian mendengar soalan Adam. "Kawan Iman? Yang mana? Najwa? Qaira? Jangan Hazqel sudahlah..."

Adam membuat muka cemberut. "I tahulah I ni macam ni, tapi I straight okay?"

Zafriel Adrian sengih.

"Yang tadi you cakap tu," kata Adam tidak memberitahu nama yang dimaksudkan dengan lebih spesifik.

Berkerut-kerut dahi cef muda itu. "Najwa?"

Adam mengangguk.

"Entah. Nak aku tanya ke?" Zafriel Adrian menawarkan diri untuk bertanyakan Najwa. Telefon di dalam poket seluar dibawa keluar.

"You ada nombor dia ke?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Kejap eh?" Dia membuka aplikasi Whatsapp. Dicari nama Najwa. Dia menaip,

Zafriel Adrian: Assalamualaikum, ada orang tanya kau single ke?

Sementara itu, Najwa, Iman Nadhirah dan Qaira baru sahaja habis kuliah. Mereka berbincang tentang assignment yang baru diterima sambil berkalan ke kafeteria.

Kedengaran telefon Najwa berdering menandakan ada mesej baru masuk. Dibawa keluar dari dalam poket seluar slack. Langkah kakinya semakin perlahan dan akhirnya terhenti. Terbeliak mata Najwa memandang mesej berbaur selamba dari suami kawannya. Ada ke patut tanya dia single ke tidak? Tidakkah menimbulkan rasa curiga? Betul ke orang lain yang tanya?

Najwa mengemam bibir. Dipandang Iman Nadhirah yang sibuk berbincang dengan Qaira. Mereka sudah pun jauh ke hadapan. Langsung tidak sedar Najwa berhenti.

Laju Najwa membalas.

Najwa: Kau cuba nak curang dengan Iman ke?

Terkejut Zafriel Adrian membaca balasan mesej Najwa. Eh, dia ni? Agak-agaklah pun nak curang. Nadhirah yang sorang tu pun payah nak jaga, nak cari perempuan lain pulak! Cari nahas namanya tu!

Zafriel Adrian: Tak elok fitnah. Memang orang lain yang tanya. Jawab ajelah, kau single ke tak?

Najwa menjegilkan mata pada skrin telefonnya seolah-olah dia menjegilkan mata pada Zafriel Adrian.  Dua ibu jarinya menekan-nekan keyboard pada skrin telefon.

Najwa: Tak!

Zafriel Adrian menjungkitkan kening seakan tidak percaya dengan jawapan Iman Nadhirah. Adam yang duduk di sebelahnya hanya memerhati. Mungkin masih setia menunggu jawapan dari si dia melalui cef muda itu.

Lantas Zafriel Adrian menekan lama nombor 1 yang sudah disetkan nombor isterinya.

Iman Nadhirah tersentak mendengar suara Zafriel Adrian menyanyi lagu Sabar. Dia melihat sekeliling kafeteria mencari suara itu. Tiada.

"Iman, phone kau berbunyi!" Beritahu Qaira.

"Hah?" Matanya terarah pada telefon yang diletakkan di atas meja. Terpampang nama Hubby Ian beserta gambar nikah mereka. Belum sempat Iman Nadhirah menjawab, telefonnya berhenti berbunyi.

"Kau set ringtone kau suara Zafriel nyanyi haritu eh?" Usik Qaira.

Najwa di sebelah hanya diam minum air. Kalau benar Zafriel yang telefon Iman bertanyakan hal tadi, memang dia bengang. Dasar lelaki tak tahu malu! Ada hati pulak lelaki tu nak curang? Dengan kawan baik isteri sendiri pulak tu.

Wajah Iman Nadhirah membahang. Dia sendiri terlupa dia menetapkan nada dering untuk suaminya itu lagu yang dinyanyikan sewaktu aktiviti unggun api tempoh hari. Tak lama kemudian, suara Zafriel Adrian kedengaran lagi.

Iman Nadhirah terus menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Apasal lambat sangat kau nak jawab?"

Iman Nadhirah yang sedar kawan-kawannya tersenyum-senyum meusingkan tubuh 90 darjah. "Err... tadi tak dengar telefon bunyi."

"Mana nak dengar kalau dah ringtone set..."

"Syhhh!" Marah Iman Nadhirah memotong bicara Qaira. Sejak bila minah tu suka mengusik ni?

"Siapa tu? Qaira?"

"Hmm... nak apa call?"

"Ada orang tanya ni, Najwa tu single ke tak?"

Berkerut dahi Iman Nadhirah. Siapa yang tanya? Irshad? Qaid? Takkan Adam pulak? "Siapa tanya?"

"Aku bagitahu ni, jangan terkejut pulak. Adam."

Terbeliak mata Iman Nadhirah. Mulutnya yang terasa ingin senyum lebar itu ditutup dengan tangan kiri. "Seriously?"

"Seriouslah... jawablah soalan aku tu."

"Kenapa tak tanya tuan punya badan sendiri?" Tanya Iman Nadhirah. Masih tidak mahu menjawab soalan suaminya.

"Sebab dah tanyalah, aku tanya kau. Dia kata tak."

Iman Nadhirah tergelak kecil.

"Come onlah. Dia single ke tak? Si Adam ni tak sabar-sabar nak tah... aduh!" Kedengaran bunyi tamparan. Mungkin Adam menampar bahu kawannya kerana memalukan dirinya.

"Yes. She is. By the way, cakap kat orang tu, good luck tambat hati dia," ucap Iman Nadhirah sebelum menamatkan panggilan.

"Zafriel kan?" Tanya Qaira.

Iman Nadhirah hanya mengangguk.

"Babe, aku bukan nak kata but, aku rasa dia tanya benda yang sama dia tanya aku tadi. Am I right?" Najwa yang sedari tadi diam, bersuara.

Iman Nadhirah senyum. "Yup."

"Kau tak rasa dia cuba nak curang? Aku takut kau marah and fikir bukan-bukan aje." Berkerut dahi Najwa. Rasa risau menyelubungi diri.

"Curang?" Iman Nadhirah gelak. "Wawa, aku kenal Zafriel almost 20 years. I know him well. Dia tak pernah mungkir janji dia. One of his promise is tak nak buat aku menangis. Sampai sekarang dia sedaya upaya tak nak buat aku menangis. Jangan risau sangatlah. Orang lain yang tanya, and I know who is it. Mungkin belum sampai masanya untuk kau tahu."

Najwa terdiam seketika. "Sorry sebab salah faham."

"Its okay."

"Eh korang ni, tak mau lah sedih-sedih. Tell me, apa yang Zafriel tanya tu sampai timbul curang bagai ni?" Tanya Qaira yang tidak mengerti.

"Ada orang tanya, Najwa single ke tak."

"Wow, really! Jumpa jodoh dah kau, Wawa! Aku ni bila lah tiba masanya," sayu sahaja suara Qaira menutur ayat terakhirnya.

"Jangan risaulah, in shaa Allah ada tu, cuma lambat sikit je," pujuk Najwa.

_____________________________

Esok harinya, selepas tamat kuliah, Iman Nadhirah menerima satu mesej dari suaminya.

Hubby Ian: Aku tak ambik kau harini. Tapi aku dah call teksi.

Iman Nadhirah menjungkitkan sebelah keningnya. Terasa pelik kerana suaminya tidak menjemputnya pulang seperti biasa.

"Kenapa Iman?" Tanya Najwa prihatin.

Telefon disimpan ke dalam poket seluar. Iman Nadhirah menggeleng. "Tak ada apa-apa. Cuma Zafriel tak ambik aku harini, tapi dia kata dah call teksi."

"Okeylah tu. At least dia tak suruh kau balik sendiri," kata Qaira pula.

Iman Nadhirah dan dua orang kawannya itu berjalan bersama ke parkir kereta. Separuh jalan mereka berjalan, mereka berpisah. Iman Nadhirah melajukan langkah menuju ke hentian bas yang terdapat di hadapan universiti itu berdekatan dengan pagar utama.

Tak lama Iman Nadhirah duduk di situ, datang sebuah teksi berhenti di hadapannya. Pemandu itu keluar dari kereta. "Puan Iman Nadhirah?"

Iman Nadhirah mengangguk dalam teragak-agak. Puan? Rasa janggal pula dengan panggilan itu. Namun, dia terpaksa terima hakikat bahawa dia sudah pun menjadi isteri kepada kawan sepermainannya.

"Suami encik yang telefon saya tadi." Dia kemudiannya mempelawa Iman Nadhirah masuk ke dalam teksi.

"Oh." Iman Nadhirah membolos masuk. Dalam hati terasa kelakar pula kerana dilayan seperti majikan kepada pemandu teksi itu. "Err... rumah saya dekat..."

"Encik Zafriel suruh saya hantar ke restoran," potong pemandu teksi itu.

"Restoran? Restoran Dapur Cinta Manisah?"

"Ya puan."

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Kenapa nak hantar ke situ pulak?

Tak sampai 20 minit, mereka tiba di hadapan Restoran Dapur Cinta Manisah. Kelihatan Zafriel Adrian bersandar pada motor Ninja yang terparkir di hadapan restoran itu. Dia kemudiannya mendekati teksi yang dinaiki Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah keluar dari kereta itu. Zafriel Adrian membayar tambang teksi sebelum menarik tangan isterinya masuk ke dalam restoran.

"Kenapa suruh dia bawak aku ke sini? Kenapa tak suruh dia hantar aku balik rumah? Kau kerja overtime ke?" Tanya Iman Nadhirah pelik.

Zafriel Adrian menjawab, "Ada benda aku nak buat dan aku perlukan pertolongan kau."

Lelaki itu menarik Iman Nadhirah sampai ke satu meja yang agak tersorok sedikit dari khalayak umum. Kelihatan Adam duduk di meja itu. Serentak pasangan suami isteri itu duduk sebelah-menyebelah.

Iman Nadhirah memberi isyarat mata bertanyakan tentang Adam. Zafriel Adrian kemudiannya menghantar isyarat mata pada Adam.

"Ish, korang ni main isyarat mata pulak!" dengus Adam.

"Dah tu, cakap ajelah," kata Iman Nadhirah geram.

Zafriel Adrian menggeleng. "Aku tak nak cakap. Kau yang kena cakap, Dam."

Adam menghela nafas perlahan. "Okay, I nak tahu ciri-ciri lelaki yang Najwa suka."

Iman Nadhirah menjungkitkan sebelah keningnya. "Sebelum aku bagitahu, kau kena bagitahu dulu macam mana kau boleh suka Najwa."

"I ada cakap I suka Najwa ke?" Tanya Adam. Sinis.

Tersentak Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah mendengar kata-kata Adam. "What do you mean by that? Kau nak main-mainkan perasaan Najwa ke apa?"

Adam menggelengkan kepala. "It's not like that. I maksudkan I tak suka dia but I... I think I fall in love with her."

Terbeliak mata pasangan suami isteri itu. Iman Nadhirah sudah tersenyum-senyum. Siapa tak gembira lelaki lembut jatuh cinta dengan seorang perempuan?

"I nak minta tolong ubah I jadi lelaki sebenar. I know, Najwa mesti tak suka lelaki macam I. Macam mana I bahasakan diri I pun dia rasa meluat," sayu Adam berkata-kata. Tetapi dalam sayu itu ada juga semangat ingin berubah ke arah yang betul.

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Wait, kau pernah cakap dengan dia ke bro?" Soal cef muda itu.

Adam mengangguk. "Malam pertama kem haritu. Not night actually, macam pagi-pagi buta lah. Dah I kejut you all, tak bangun, siapa suruh? Tak pasal-pasal I kena pergi toilet sorang-sorang. Lepas tu, terpaksa tebalkan muka mintak tolong Najwa yang time tu baru keluar dari tandas teman I pergi tandas."

Zafriel Adrian menggaru kepala. "Bila masa kau kejut?"

"Kau tu tidur mati memanglah!" Kutuk Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian memberikan jelingan tajam. Sempat lagi nak mengutuk tu!

"So, can you please help me?"

Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah meminta persetujuan. Iman Nadhirah menjungkitkan bahu. "Aku okey je, no prob with two condition."

Terjungkit kening Adam. Ada syarat pula!

"Satu, kalau kau sakitkan Najwa, memang aku rejam kau!"

Tersentak Adam. Terkejut mendengar suara Iman Nadhirah yang tinggi tiba-tiba barangkali.

"Dua, aku laparlah. Nak makan." Gadia itu memuncung. Perutnya diusap perlahan.

Adam menghela nafas lega. Ingatkan apalah tadi! Zafriel Adrian menggeleng kecil melihat sifat kebudak-budakan Iman Nadhirah yang masih tidak hilang.

















★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Yeayy! Najwa dah jumpa jodohnya. Hmm... Agak-agak Qaira dengan siapa?😏

"Aku!"-Fahmi

"Eh eh, tak cukup satu betul lah mamat ni😒"-Qaira

Seperti yang aku beritahu sebelum ni, CTPH sudah menghampiri ke penghujungnya. Tak sangka ramai yang sedih cerita ni dah nak habis.

"Ramai ke?"-Nadzir

Lebih kuranglah tu😒 I really sorry dear readers🙏. Memang author kena tamatkan sebab cerita ni dah banyak sangat part😢. Lebih 100. Boleh dikira cerita terpanjang pernah author buat. And usia pun dah 1 tahun lebih.😂 Plus, author nak jujur, author actually penat nak baca comment korang yang asyik suruh update, update dan update. Sorry to say, it really make me stress😣. Rasanya macam aku tak ada kerja lain nak buat selain update. Dahlah nak menaip ni pun paling kejap pun ambik masa sejam.

Okay, sorry kalau bahasa aku terkasar. But itulah hakikatnya. Tak pasal-pasal pulak aku dapat dosa maki hamun korang. So sorry.

But apapun, even kau orang tak suruh aku update, aku still akan update. Cuma kau orang kena sabar. Lainlah kalau memang dah berbulan-bulan aku tak update, logiklah korang nak suruh aku update kan?

I think that's all. Sorry again kalau aku terkasar bahasa. Tapi kalau aku nak demand boleh tak😏? Penat nak update every day😥. So aku nak suruh korang jadikan every chapter except author punye notes atau yang tak berkaitan tu lebih 300 votes baru aku update next chapter😂😂. Huhu... author kejam? Baru tahu ke😏😂😂?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
310K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
127K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...