Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
103
104
105
106
107
108
109
110
111

102

2.7K 204 55
By nur_minna

"Dia isteri aku."

"Hahahahaha..." Qaid ketawa terbahak-bahak seorang diri.

Khemah yang dihuni empat orang jejaka itu diriuhkan dengan suara tawa Qaid. Adam, Irshad dan Zafriel Adrian memandang Qaid pelik.

Lama lelaki itu ketawa. Sehingga tawanya reda. "Apa?"

Irshad hanya menggeleng diikuti dua jejaka yang lain. "Kau cakap betul-betul boleh tak? Jangan main-main."

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. "Betul, aku tak tipu. Aku dah kahwin dengan Iman. Ya, aku memang abang kawan dia dan aku dah pun kahwin dengan dia. Kalau kau tak percaya, nah!" Dia mengeluarkan dompet dari dalam poket seluar track. Dibawanya keluar kad nikah.

Irshad mengambil kad itu. Adam dan Qaid menghimpit lelaki itu ingin melihat kad yang diberikan oleh Zafriel Adrian tadi.

"Eh, dia tak tipulah! Aku ingat dia buat lawak tadi, sebab rasa kelakar," ujar Qaid.

"OMG! Diorang memang dah kahwin lah!" Adam turut sama terkejut.

"Kawan uni dia tahu?" Tanya Irshad.

Zafriel Adrian mengangguk. Tak semena-mena, khemah mereka dibuka zip dari luar. Terjengul kepala Hazqel di pintu khemah itu. "Ops, aku menganggu ke?"

Zafriel Adrian menggeleng. "Taklah."

"Termasuk mamat ni?" Tanya Adam pula. Ditunding jari pada Hazqel.

Hazqel menjungkitkan keningnya tidak faham.

"Yup. Apahal kau datang ni, Qel?"

Hazqel masuk ke dalam khemah tanpa ada sesiapa pelawa. Dia mengambil tempat di antara Adam dan Zafriel Adrian. "Benda ni kinda personal," katanya teragak-agak.

"Pasal Iman ke?" Qaid bertanya sambil tangannya membuka penutup botol mineral.

Hazqel tidak menjawab sebaliknya memberi isyarat mata pada Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian menunduk. Kepalanya ditongkat dengan kedua-dua belah tangan. "Cakap ajelah. Dia orang dah tahu pun."

"Okay. Macam mana Iman boleh hilang tadi? Aku pelik sebab fasi tu kata tadi ikut je road yang ada."

"Ha, I pun curious pasal tu. Mana you jumpa dia?" soal Adam.

Tanpa ragu-ragu, Zafriel Adrian terus menceritakan apa yang berlaku tadi. "Kau orang rasa macam mana dia boleh jatuh? Aku tak rasa dia bawak laju."

"Aku pun rasa macam tu. Tapi boleh jadi ada orang tolak dia." Irshad memberi pandangan.

Qaid bersuara pula, "Aku rasa Camelia lah. Sebab tadi pun dia orang yang terakhir sampai sebelum kau sedar Iman hilang. Lagipun, dia mesti bengang sebab Iman rapat dengan kau."

Hazqel mengusap dagu. Dia setuju dengan pendapat Qaid, "Logik juga. Eh, lupa nak cakap! Tadi aku nampak khemah Iman tertutup. Lepas tu, ada dua orang perempuan jaga kat luar. Then, si Camelia..."

Belum sempat Hazqel menghabiskan ceritanya, terdengar suara jeritan seorang gadis dari kawasan khemah mereka, "Aaaaaah!"

"Uish, kenapa tu?" tanya Qaid terkejut.

Irshad lantas keluar dari khemah mereka yang sudah sedia terbuka. Yang lain turut sama ikut keluar dari khemah. Kelihatan Atiqa dan Alana keluar dari khemah mereka diikuti Qaira dan Najwa. Mereka mendekati dua orang perempuan yang berdiri tidak jauh dari khemah mereka. Mungkin ingin bertanya tentang jeritan tadi.

"Siapa yang jerit tadi?" tanya Zafriel Adrian

"No idea," jawab Irshad.

____________________________

"Iman! Iman, bangunlah!"

Perlahan-lahan Iman Nadhirah membuka matanya. Terpampang wajah Najwa di hadapan mukanya. "Kenapa?" Soalnya dengan suara sedikit serak.

"Jom keluar. Semua dah ada kat luar. Kaki kau dah okey?"

Iman Nadhirah cuba duduk bersila. Dia mengaduh sakit, "Ouch!"

"Okey tak?"

Iman Nadhirah mengangguk sambil senyum nipis. "Okay, tak sesakit tadi."

Najwa membalas senyuman kawannya itu. Dia membantu Iman Nadhirah keluar dari khemah. Dibawa kawannya itu ke suatu tempat. Semua orang yang menyertai kem itu berada di situ. Sesetengah lelaki memasak barbeque tidak jauh dari situ. Terdapat satu bulatan kayu besar mengelilingi api yang marak. Kayu besar itu dijadikan tempat duduk.

"Campfire?"

Najwa mengangguk. Tak lama kemudian, beberapa orang sedar kehadiran Iman Nadhirah.

"Iman! Marilah sini! Join campfire. Bukan selalu kita dapat buat benda ni."

Serta-merta Iman Nadhirah teringat akan lagu yang disukainya zaman sekolah dulu.

Lets gather around the campfire
And sing our campfire song
Our C-A-M-P-F-I-R-E S-O-N-G song
And if you don't think that we can sing it faster then you're wrong
But it'll help if you just sing along

Iman Nadhirah membalas kata-kata Alana dengan senyuman. Jeritan kecil Alana membuatkan hampir semua orang memandang ke arahnya. Iman Nadhirah rasa malu pula apabila dia menjadi perhatian orang ramai. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Alana.

"Encik Bakri dengan fasi yang lain mana?" Soal Iman Nadhirah sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelah Alana.

"Entah. Ada fasi yang baik tu kata dia orang ada gathering kat dalam," jawab Qaira yang sedang makan.

"Fasi yang baik?" Pelik Iman Nadhirah mendengar gelaran untuk seorang fasilitator.

Alana mengangguk mengiakan kata-kata Qaira. "Fasi yang tolong kita lepas habis flying fox semalam. Dia oranglah yang cadangkan kita orang buat campfire. Petang tadi lelaki pergi cari kayu api ramai-ramai. Perempuan pula tolong sediakan bahan-bahan untuk barbeque. Semua makanan, sosej, ayam... fasi tu yang bagi sekali dengan tempat membakar tu."

Iman Nadhirah mengangguk mendengar cerita penuh semangat daripada Alana. "Semua ada kat sini ke?"

Atiqa mengangguk. Dia diam saja dari tadi kerana telah 'dipukau' dengan makanan. Najwa pula menghilang pergi mengambil makanan. Alana pun bangun ingin mengambil makanan lagi. Beberapa orang lelaki yang memasak. Iman Nadhirah dapat lihat Zafriel Adrian Irshad, Qaid, dan Adam serta beberapa orang yang dia tidak ketahui namanya memasak. Matanya kemudian meliar melihat orang yang makan di sekeliling api.

Keningnya berkerut apabila mendapati seorang daripada mereka tiada di situ. "Camelia mana?"

Qaira menjungkitkan bahu. "Entah. Dari tadi lagi tak nampak."

Najwa sudah pun kembali. Dia menghulurkan sepinggan ayam bakar, sosej, dan beberapa lagi jenis makanan.

Kening Iman Nadhirah berkerut. Dia memandang Najwa. "Apahal banyak sangat?"

"Jangan tanya aku. Suami kau yang letak banyak-banyak tadi," jawab Najwa sebelum menyuap sotong bakar ke dalam mulut.

Iman Nadhirah serta-merta memandang Zafriel Adrian yang sedang melihat Irshad melakukan kerja. Seperti tahu ada yang memerhati, lelaki itu menoleh. Iman Nadhirah membulatkan mata. Dia menunjukkan garfu plastik seakan mengugut ingin menyucuk mata lelaki itu kerana berinya makanan yang banyak.

Zafriel Adrian hanya membuat muka tak kesah. Keningnya teejungkit sedikit. Dia memandang Irshad kembali. Iman Nadhirah mencebik. Huhu... banyaknya! Macam mana nak habiskan ni?

"Iman, aku lupa nak bagitahu. Tadi kau ingat tak kita ada dengar perempuan jerit?" tanya Najwa.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Ingat. Kenapa?"

"Sabarlah, nak bagitahu lah ni. Kan dalam khemah tadi, kau cakap kau dengan Zafriel dah kahwin kan? Lepas tu, tiba-tiba aje dengar suara orang jerit. Orang yang jerit tu Camelia," cerita Najwa. Dia tersenyum-senyum seakan gembira kerana dapat tahu siapa orangnya.

"Serius?"

"Kalau kau tak percaya, tanya Qaira, Alana dengan Atiq. Diorang pun tahu tadi. Ada orang bagitahu. Tulah sebabnya Camelia tak ada kat sini. Aku dengar dia menangis kat dalam khemah tadi. Mungkin kecewa bila dapat tahu kau isteri Zafriel."

Iman Nadhirah diam saja. Rasa bersalah pula dengan apa yang terjadi pada gadis itu.

Sudah lama mereka berkumpul di sekeliling api, para lelaki yang memasak tadi berhenti memasak. Mereka sertai kumpulan yang asyik makan tadi.

"Eh, Qaid mana?" Tanya Irshad apabila menyedari kawan sekerjanya itu menghilangkan diri.

Yang lain hanya menggeleng tidak tahu. Tak lama kemudian, nampak kelibat seseorang menuju ke arah mereka.

"Tu Qaid!" Kata Atiqa.

Qaid tercungap-cungap. Dia mengambil tempat di sebelah Irshad. Sebuah gitar dibawa bersama.

"Kau bawak gitar?"

"Jangan cakap kau nak nyanyi. Aku tak nak dengar kau nyanyi. Tak sedap!" Kutuk Atiqa.

Qaid menjeling gadis tomboi itu. "Aku bawak bukan untuk akulah. Memang tak nak nyanyi pun. Macam suara dia sedap sangat je," bidasnya.

"Memang suara aku tak sedap. Aku tak nafikan pun."

Adam meleraikan pergaduhan mereka berdua. "Wei dahlah tu! Gaduh, gaduh, aku kahwinkan nanti baru tau!" Tiada langsung nada lembut. Dan tak ada sesiapa sedar.

"Dah tu, kalau kau tak nyanyi, buat apa kau bawak benda tu?" Tanya salah seorang lelaki yang bekerja di tempat lain.

Qaid menjungkitkan bahu. "Entah. Aku bawak aje. Ada sesiapa ke yang pandai main gitar kat sini? Aku boleh main, tapi malaslah."

"Nak!" Iman Nadhirah terjerit kecil. Otaknya dari tadi ingin menyanyikan lagu Spongebob Squarepants.

Najwa menghalang sebelum sempat Zafriel Adrian membantah, "Tak payah! Aku tahu sangat kau nak nyanyi lagu apa."

Iman Nadhirah memeluk tubuh. Mulutnya memuncung tak puas hati. Yang lain yang langsung tidak faham maksud Najwa memandang pelik.

"Alaaa... bagi jelah! Lagu apa yang dia nak sangat nyanyi tu," kata Qaid.

Qaira menggeleng. "No! Aku dah muak dengar lagu tu dia nyanyi hari-hari waktu kuliah."

"Fine! Memang tak nak pun. Aku sebenarnya nak suruh orang lain yang nyanyi," ujar Iman Nadhirah. Matanya terarah pada Zafriel Adrian.

Lelaki itu yang sedang minum tersedak seakan tahu siapa yang dimaksudkan isterinya. Adam di sebelah menggosok belakang Zafriel Adrian. "Okey tak?"

Hazqel bertanya, "Siapa lagi yang boleh nyanyi dan main gitar?"

Semua orang memandang Iman Nadhirah. Mereka tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan gadis itu.

Zafriel Adrian menggeleng laju. "No, no! Jangan harap!"

Cef muda itu pula yang menarik perhatian mereka. Irshad memandang tidak percaya. "Kau pandai main gitar? Kau tak bagitahu aku pun?"

"Sebab kau tak pernah tanya," jawab Zafriel Adrian selamba.

"Halah, cef! Nyanyilah, cef. Bukan selalu kita orang dapat dengar suara cef," pujuk Syaddad yang pernah belajar memasak dengan Zafriel Adrian.

"Come on, Zaff. Bukan selalu." Hazqel pula bersuara.

Qaid menjerit nama Zafriel Adrian, "Zafriel! Zafriel! Zafriel!" Diikuti dengan semua orang di situ.

Zafriel Adrian mengeluh. Dia mengalah. Diambil gitar di tangan Qaid disambut dengan sorakan mereka.

Iman Nadhirah tersenyum kemenangan saat matanya bertentang dengan mata suaminya. Zafriel Adrian hanya menggeleng kecil. Menyesal dia berjanji dengan gadis itu untuk menyanyikan lagu hanya kerana gadis itu sewaktu mereka masih kecil. Dipetik tali gitar itu.

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahgia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan laguku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Terpegun makhluk-makhluk Allah di situ mendengar cef muda yang selama ini mereka kenali hebat di dapur kecuali Iman Nadhirah yang pastinya sudah tahu suara merdu milik lelaki itu.

Now I'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no...
Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

"Untunglah dapat suami suara sedap," bisik Najwa ke telinga Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah tidak berkata apa-apa. Matanya tidak lepas dari memandang Zafriel Adrian yang menyanyi.













★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Siap pun bab ni. Ingat sekejap aje menulis, makan masa dua jam juga😪 by the way, author ada good news or maybe bad news. Tak tahulah korang anggap berita baik ke tidak😂. Yang ada dalam group whatsapps tu tahulah pasal benda ni. Author nak bagitahu...

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! tinggal lagi beberapa bab nak TAMAT! 🎉🎉🎉Tak pasti berapa😅. Maybe 10 or below 20? Entahlah... tengok ajelah macam mana.

Just a hint. Munculnya Zaara, semakin dekatlah ending story ni😏😏. Lepas habiskan cerita ni, I want to focus on DDC yang juga sama menghampiri penamat😆. Atau mungkin author tamatkan DDC dulu? Who knows😏?

Lepas habis dua story ni barulah kita move ke...

"Cerita aku! Cerita aku!🙌🙌"-Fahmi

Yup. Cerita Fahmi. Maybe I'll put it in short story. Sebab rasa tak panjang mana pun cerita tu😅

Hmm... bila lagi nak update? Maybe tomorrow. In shaa Allah😉

Continue Reading

You'll Also Like

4.8K 624 10
"Saya cintakan awak sehingga nafas terakhir saya" MH370 x MH17 tragedy
6.7K 1.6K 41
( Cover book ni bestfriend suha yg buat @skrrtboom ) •Ramadhanaward- 1st place in Thriller •Imagination's Award- 3rd place in Thriller •Exclusive's...
290K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
458K 1.6K 8
Highest ranking [ 1 in #novelmelayu (3/12/19-29/1/2020)] Highest ranking [top 3 in #konflik] Highest ranking [1 in #ujian #emosi] Highest ranking [1...