[C] Never Ever + YoonMin +

Oleh sosej_pink

71.6K 8.1K 1.3K

Dia dingin . Dia acah swag . Dia kuat membebel . Dia macam orang tua . Paling penting dia kuat carut . Tapi... Lebih Banyak

+ 01
+ 02
+ 04
+ 05
+ 06
+ 07
+ 08
+ 09
+ 10
+ 11
+ 12
+ 13
+ 14
+ 15
+ 16
+ 17
+ 18
+ 19
+ 20
+ 21
+ 22
+ 23
+ 24
+ 25
+ 26
+ 27
+ 28
+ 29
+ 30

+ 03

3.1K 331 45
Oleh sosej_pink

"Ni rumah aku. Kau boleh duduk kat sini ".

Ujar Yoongi kepada jimin. Jimin terpegun dengan dekorasi di dalam rumah yoongi. Bukan luaran sahaja yang cantik malahan dalamannya pun cantik. Jimin tidak menyangka yang Yoongi ni pandai jaga rumah.

" cantik rumah kau. Kau tinggal sorang ke? Dan kau tak kesah ke kalau stranger duduk kat rumah kau? Yela kau tak kenal aku lagi ".

" banyak tanya ah kau. Aku kata duduk sini so kau kena duduk sini. Kau patut berterima kasih tau".

Yoongi menghempas punggungnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu tu.

" oh okay. Terima kasih . Umur kau berapa? Nampak kau lagi tua daripada aku" .

Soal jimin yang masih lagi berdiri. Yoongi tak jemput duduk pun!

" hoi duduklah dulu. Buat macam rumah kau. Umur aku 23 tahun. Kau? ".

Jimin pun duduk di atas sofa bersama yoongi. Selesa. Kat rumah dia mana ada sofa empuk macam ni. Tidur pun atas tikar. Ni kalau dia dapat tidur atas sofa ni memang dia takkan bangun untuk sehari.

" kau hyung la ni kiranya hurm. Aku 17 tahun ".

Yoongi mengangguk. Kemudian dia berdiri pula.

" kau mesti letih kan? Jom aku tunjukkan bilik untuk kau ".

Yoongi membawa jimin ke sebuah bilik. Pintu bilik itu dibuka dan sekali lagi dia tergamam.

" masuklah. Ni bilik mendiang adik aku. Jaga baik²! Jangan rosakkan pape kat dalam bilik ni ".

Yoongi memberi amaran kepada jimin. Jimin hanya mengangguk. Di kepala jimin sekarang hanyalah adakah ini mimpi?

" kau tukar la baju dulu.  Kau boleh ambik mana² baju dalam almari tu ".

Jimin masih lagi dengan pakaiannya yang koyak tadi. Yoongi membawa jimin menuju ke almari pakaian mendiang adiknya. Pintu almari dibuka dan kelihatan banyak baju yang tersusun rapi.

" hyung tak kesah ke? ".

Yoongi menjadi sebak seketika. Sudah sekian lama dia tidak mendengar perkataan itu.

" takpe. Dah pilih cepat . Aku nak tido ".

Segera jimin mengambil sehelai baju dari dalam almari itu. Bajunya yang dipakai sekarang dibuka di hadapan Yoongi sebab yoongi taknak keluar.-.

" eh badan kau luka! Kejap aku ambikkan peti kecemasan ".

Terkejut yoongi apabila dia melihat badan Jimin yang dipenuhi kesan² akibat dipukul dan dilibas (?) dengan tali pinggang .

" tak payah la. Sikit je ni ".

Jimin menghalang. Dia taknak susahkan yoongi.

" takpe lah. Tunggu sini kejap ".

Yoongi pun pergi mengambil peti kecemasan itu dan datang kembali kepada jimin.

" duduk. Biar aku sapu ubat ni ".

Arah Yoongi. Wajahnya bertukar serious. Jimin pun segera duduk di birai katil dan membiarkan yoongi menyapu ubat di badannya. Sesekali jimin cuba menahan sakit.

" thanks hyung ".

" ok done. Kau tido la ".

Ucap yoongi sebelum dia mengemas kembali ubat ubatan tadi ke dalam peti kecemasan itu.

Yoongi keluar daripada bilik itu. Jimin pula membaringkan badannya secara mengiring.

" ahh empuknya. Terima kasih hyung " .

-------

"Hey dude bangun duhhhhh" .

Pintu bilik jimin diketuk untuk kali ke 41 . Namun masih tiada sahutan. Lena sangat tidur mentang² atas katil empuk.

" Park jimin!! " .

Yoongi sudah tidak tahan. Dia harus membangunkan Jimin segera kerana dia sudah lewat untuk ke tempat kerjanya.

Jimin di dalam bilik tersedar. Tiba² dia rasa takut. Dia fikir bahawa itu ayahnya.

" eo aku kan kat rumah yoongi hyung. Mana ada appa kat sini" .

Jimin tersenyum sebelum kakinya menghayun ke arah pintu bilik. Lega hatinya apabila melihat wajah Yoongi. Bukan wajah bengis yang dia selalu lihat selama ini.

" ingatkan tak reti nak bangun dah. Kau mandi and then makan kat bawah. Aku dah buat sarapan. Jangan keluar rumah sebelum aku balik. Jangan buka pintu rumah kalau ada orang yang kau tak kenal datang. Aku nak pergi kerja. Petang nanti aku balik. Kalau kau lapar tengah hari nanti, kau call aku dan aku akan order makanan untuk kau ".

Panjang lebar yoongi bertutur.

" call? Macam mana? Aku mana ada telefon ".

------------

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

401K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
106K 5.6K 48
[completed] Jeon Jungkook, seorang bekas pembunuh kejam yg telah membunuh jutaan orang tidak kira yg tua atau muda. Walaupun baru berumur 18, dia sud...
44.6K 3.3K 45
Kisah ini merupakan seorang park jimin dn min yonggi kena kahwin paksa atas permintaan omma dn appa mereka, yonggi mula jatuh cinta kepada jimin apab...
209K 12.8K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022