Cik Troublemaker Pencuri Hati...

nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... Еще

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

99

2.5K 208 12
nur_minna

Encik Bakri masuk ke dapur bersama dengan isterinya. Dia mengarahkan semua pekerjanya hentikan apa jua kerja yang mereka sedang lakukan. "Saya ada pengumuman."

"Pengumuman apa bos?" Tanya seorang daripada pekerja restoran itu. Walhal mereka sudah sedia maklum tentang apa yang akan diberitahu. Pekerja shift petang turut sama menyertai ingin mendengar pengumuman dari ketua mereka.

"Saya tak pernah pun meraikan hasil usaha kamu semua walaupun ada yang dah lama kerja di sini. Saya berterima kasih kerana masih setia memberi khidmat pada restoran ni."

Masing-masing tersenyum bangga. Bukan senang nak kena puji kan? Kecuali Zafriel Adrian yang hanya mengangguk.

"Jadi saya ada trip untuk kamu semua. Bukan sahaja cawangan ini malah semua cawangan yang ada. Trip ni kita adakan di hutan, bukanlah hutan sangat pun. Saya takkan beritahu tempat lebih spesifik sebab nak beri kamu kejutan. Tapi jangan risau tak keluar dari negeri ini pun."

Alana menghela nafas lega. Kalau luar dari negeri ini, mahunya ibu dan ayahnya tidak mengizinkan dia sertai.

Razif si budak jujur dan pendiam mengangkat tangan. "Apa aktiviti yang akan kita lakukan kat sana, bos?"

"Good question. Malangnya saya tak akan beritahu secara detail. Aktivitinya amatlah menarik, saya harap semua boleh join. Branch lain tak ramai yang nak ikut. Busy lah, malaslah... so saya harap kamu semua boleh beri kerjasama.

Trip ni kita buat selama tiga hari dua malam. Tidur dekat mana? Sama ada khemah atau chalet choose either one. Pergi naik apa? Bas. Siapa yang nak naik kereta dipersilakan. Tetapi saya tetap tak akan beritahu ke mana kita pergi, so better naik bas. Bila kita nak pergi? Saya akan beritahu tarikh secepat mungkin. Ada soalan lain?"

Alana mengangkat tangan. "Boleh bawak orang lain tak? Saya ingat nak ajak Iman ikut sekali."

"Eh, bagus jugak idea kau, Lana! Aku pun dah lama tak jumpa Iman. Boleh tak bos?" Tanya Qaid.

Zafriel Adrian memberi kerlingan tajam. Terbit rasa cemburu apabila isteri menjadi topik bualan.

Encik Bakri senyum. "Saya tak berani nak kata apa pasal tu. Kalau tak ramai orang ikut, saya benarkan awak bawa famili ataupun kawan. Tapi jangan bawa mak ayah pula, takut dia orang tak larat nak lakukan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Kalau dah tak ada apa-apa soalan, boleh beri nama pada Puan Manisah selepas tamat kerja kalau nak ikut. Sekian."

Pasangan suami isteri itu terus berlalu.

"Apa? Macam tu aje?" Soal Camelia tidak puas hati. Dia ni shift petang.

"Dah tu, kau nak macam mana lagi?" Tanya Qaid.

"Semuanya dirahsiakan. Macam mana nak pergi?"

"Rahsia atau tak, aku tetap tak nak pergi."

"Hei, apa ni? Mesti ada sebab Encik Bakri tak nak beritahu kita. Apa salahnya kita join? Bukan selalu kita dapat pergi trip macam ni," ujar Zafriel Adrian cuba meredakan ketegangan di dapur itu.

"Lantaklah! Aku malas nak pergi. Lagipun bos cuma kata, harap semua dapat join, bukannya semua wajib join."

Zafriel Adrian sudah mati kata. Irshad hanya menepuk bahu lelaki itu. Dia menggeleng kemudian menyambung kerjanya yang tergendala.

____________________

Hari pertama trip

Iman Nadhirah sudah bersiap sedia dengan beg penuh dengan keperluan untuk trip yang akan disertainya. Dia sempat mengeluarkan sebuah novel Inggeris yang dibawa bersama. Qaira dan Najwa yang turut sama sertai tidak habis-habis mengambil gambar bersama dengan Alana dan Atiqa. Hazqel yang tidak ketinggalan menyibuk sama.

Jam di tangan dipandang. Iman Nadhirah menghela nafas perlahan. Bila bas nak sampai ni?

Semua orang yang menyertai trip itu menaiki sebuah bas. Sepatutnya dua buah bas, tetapi memandangkan tidak ramai yang sertai, Encik Bakri hanya menyewa sebuah bas sahaja.

Najwa menghampiri Iman Nadhirah yang sedang menelaah buku. "Babe, aku duduk dengan Qaira. Takpe ke kau duduk seorang?" soalnya. Dia, Qaira dan Hazqel sudah sedia maklum bahawa pekerja restoran itu tidak mengetahui status hubungan Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah hanya mengangguk. Memang dia tiada masalah pun nak duduk seorang. Jangan nanti tiga hari trip itu, mereka tinggalkan dia sudahlah. "Qil duduk dengan siapa?"

Najwa memuncung sedikit ke arah Hazqel yang sedang berbual dengan salah seorang pekerja restoran di situ. "Tu dah dapat member baru dah."

Iman Nadhirah mengangguk perlahan.

"Tak nak duduk dengan encik hubby ke?" Najwa sudah senyum meleret.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Eh, kau ni,  kan aku dah bagitau pasal tu?"

Najwa sengih. "Tau. Saja je."

Iman Nadhirah menggeleng kecil. Tak lama kemudian, datang Encik Bakri dan isterinya. "Okay semua! Bas dah sampai. Bolehlah awak semua letak beg dulu. Yang lelaki tolong perempuan simpan beg."

Qaira mencuit bahu Iman Nadhirah yang hendak berjalan ke bas. "Babe, dari tadi aku perhati minah tu. Tak habis-habis nak menyendeng dekat si Zafriel tu." Jarinya menunjuk pada satu arah.

Iman Nadhirah dan Najwa memandang arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang gadis sebaya mereka bertiga cuba berbual dengan Zafriel Adrian.

"Aku rasa Zafriel tak dengar sepatah pun perempuan tu cakap. Kau tak nampak earphone yang dia pakai tu?" Najwa bersuara.

Qaira gelak spontan. "Kesian... tulah, ada hati lagi nak kacau husband orang."

Iman Nadhirah yang tadi terasa api cemburu makin marak terus terpadam mendengar kata-kata Najwa. Dia tersenyum lucu.

Selesai meletakkan beg, Iman Nadhirah mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk Qaira dan Najwa. Earphone dibawa keluar dari beg sandang yang dibawa naik ke dalam bas. Disumbat earphone pada telinga. Lagu Taylor Swift dipasang. Buku novel Inggeris tadi dibaca semula. Langsung tidak mempedulikan orang  di sekeliling.

Baru beberapa helai Iman Nadhirah telaah, seseorang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Dia mengerling sekilas. Keningnya berkerut. Zafriel?

"Kau buat apa kat sini?" Bisik Iman Nadhirah.

"Duduk, main phone, dengar lagu," jawab lelaki itu selamba. Pandangannya tidak beralih dari telefon pintarnya.

Iman Nadhirah memandang lelaki itu tidak puas hati. "Kau duduk macam ni, tak ke orang lain curiga?"

"Lantak dioranglah nak kata apa. Asalkan tak buat kacau life orang."

"Kenapa kau tak duduk dengan Irshad?"

"Irshad duduk dengan Qaid," jawab Zafriel Adrian ringkas.

"Perempuan tadi tu?" Soal Iman Nadhirah. Matanya terus beralih ke luar tingkap.

Zafriel Adrian senyum. Dia menoleh memandang isterinya. "Kau jealous?"

Iman Nadhirah tidak menjawab.

"Jangan risaulah. Aku tak layan dia pun. Dia cakap tadi pun, aku tak dengar sepatah pun. Malas nak dengar dia bebel entah apa-apa, baik aku dengar lagu," terang Zafriel Adrian. Sekaligus memujuk pujaan hatinya.

Iman Nadhirah menahan senyuman. Rasa lega kerana apa yang diperkatakan Najwa tadi benar. "Dahlah, jangan kacau aku. Aku nak tidur." Dia terus melentokkan kepala pada tingkap.

Zafriel Adrian menjungkitkan sebelah keningnya. Aik? Tidur terus? Lelaki itu menggeleng kecil. Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar jeans. Buku novel yang ada di atas riba Iman Nadhirah dipandang. Kemudian diambilnya. Dia menelaah buku itu bagi menghilangkan kebosanan yang melanda.







★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Yeay, dapat jugak 1000. Kacau betul kakak aku ni. Orang menulis tinggal sikit aje pun, dah bising-bising😒

And yeay dah start trip diorang🙆. Kalau rajin, esok aku sambung  update, okay? Klu chapter sebelum ni tu bukan untuk chapter ni lah. Ingatkan dapat masuk chapter ni, rupanya tak. 😞 so tunggu ajelah chapter-chapter seterusnya, okay?

Perempuan yang kacau Zafriel tu bukan watak jahat macam Zaara tu ya? Dia just muncul waktu trip ni aje. Don't worry. Kalau dia muncul di lain hari pun Zafriel tetap akan setia.

"Geli pulak tekak aku!😕"-Fahmi

"Buweekkk! Nak muntah!"-Iman Nadzir

"Eh eh, dengki cakaplah!"-Zafriel Adrian

By the way, nak promote story
Everytime With You by miijaaa
Cerita dia nampak baru lagi. Author pun belum try baca. So, korang cuba-cubalah baca. Mana tau best ke?😚

Продолжить чтение

Вам также понравится

MR PIRATE نور ذاليك

Любовные романы

3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
27.6K 822 13
Aralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata...
TUANKU DAEEN MATEEN (COMPLETED) poppy's

Любовные романы

648K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
CINTA GADIS LATTE || ✓ Aikahluv

Любовные романы

13.3K 1K 46
Nurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuan...