Ramona Di Maran

By zhafrannamadiberi

24.9K 1.3K 286

Khairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik... More

PROLOG
II
III
IV
V
VI
VII
VIII
IX
X
XI
XII
XIII
XIV
XV
XVI
XVII
XVIII
XIX
XX
XXI
XXII
XXIII
XXIV
XXV
XXVI
XXVII
XXVIII
XXIX
XXX
XXXI
XXXII
XXXIII
XXXIV
XXXV
XXXVI (Ending)

I

1.8K 57 11
By zhafrannamadiberi

Khairan Si Penganggur.

Pintu bilik ditarik dari dalam. Khairan keluar dengan badannya yang masih lembap. Rambut basah disikat pakai jari takut ditegur ibunya Sabilah kerana rambut dibiar panjang tak terurus. Dia tak mahu rambutnya digunting semasa tengah tidur. Ayahnya Pak Husin rileks saja sebab masa muda pun dia serupa Tony Iommi.

" Masyallah. Macam negara luar dah kita ni", Kata Pak Husin sambil menaikkan volume TV.

Ayah dan ibu Khairan menonton berita 1:30pm selepas siap makan tengah hari tadi.

Khairan yang menuju biliknya berhenti sebentar memandangkan mak ayah dia ralit betul dengan berita tengah hari. Selalunya berita tengah hari tak penting selagi berita itu tidak ke berita jam 8 malam nanti.

"Mangsa dipercayai mangsa pembunuhan yang terancang dan ternyata berkait dengan kronologi kematian anak perempuan kepada Datuk Ibrahim."

" Macam movie dah ". Getus hati Khairan.

Khairan masuk dalam bilik dan menutup pintu. Dia kena bersiap sekarang. Sidek berhenti dari bekerja di panggung wayang GSC di Kuantan dan sekarang dia akan banyak masa melepak dengan Khairan. Rodongnya dari kecik lagi.

Tapi, yang membuat Khairan tak sabar ialah cenderahati yang akan diberi Sidek. Dia lama dah mengidam cenderahati itu. Dekat sini takda susah nak cari. Nak ke Kuantan pula malas. Lebih baik dia kirim kepada Sidek dan tunggu saja Sidek pulang ke Maran.

Khairan menyarung baju Fila selepas mengenakan deodorant. Hari ini shortpant kargo menjadi pilihan. Bukan hari ni saja. Hari-hari dia dengan shortpant kargo. Selesa. Poket banyak.

Khairan dah bersedia. Dia ambil kunci motor wave 100 yang tergantung di paku dinding dan membuka pintu bilik.

Sidek Budak Punk.

Khairan menongkat motorsikalnya. Motorsikal ni memang dijaga baik. Hadiah pemberian Mak Sabilah dan Pak Husin tanda sayangnya mereka pada anaknya yang masih tak bekerja walaupun umur sudah 22.

Kemudian dia berjalan beberapa langkah menuju ke pintu rumah Sidek. Dia sengaja membuat tapak kakinya berbunyi bising supaya terus didengari Sidek dari dalam. Nak bagi salam ni Khairan malu sikit. Padahal itu sudah menjadi kewajipan bila memanggil orang yang berada di dalam rumah.

Masalah malu bagi salam ini memang semasa kecil lagi. Khairan macam biasa keluar selepas asar berjalan ke rumah kawan. Sampai saja, dia mengetuk-ngetuk handel basikal dengan harapan kawannya keluar. Namun tak berjaya. Khairan pulang ke rumah semula setelah mendengar azan maghrib.

Tak mahu perkara yang sama terjadi, Khairan pun mengalah. Dia memberi salam juga setelah isyaratnya tak berkesan.

" Assalamualaikum woi! ", Nada Khairan sederhana. Tidak kuat dan juga tidak perlahan. Tepat dengan jiwa rock dalam diri Khairan Haziq bin Husin.

" Waalaikumussalam ", Sidek membuka pintu setelah salam diberi dua kali. Rokok john putihnya dikemam di mulut. Rambutnya pacak-pacak hitam pekat. Badannya lagi kurus daripada Khairan.

" Woi, gila ke hisap rokok dalam rumah. Ayah kau tak marah ke? ", Khairan pelik. Sidek dulu kantoi merokok teruk dilibas tiub tayar basikal oleh Pakcik Baba. Inikan pula menghisap rokok dalam rumah.

" Mak dengan ayah gua kan pergi umrah ", Sidek menghembus asap ke tepi. Menghormati Khairan yang tak hisap rokok.

" Aah, aku lupalah. Shaera?", Khairan bertanya tentang adik bongsu Sidek, berumur 7 tahun.

" Ada, tu tengah tengok ulangan Motif Viral ", Sidek menjuir bibir ke dalam rumah.

" Ouh, kau berhenti sebab kena jaga adik kau la ye? ", tanya Khairan lagi. Sesekali tu dia menjeling kerusi di beranda.

" Aah ", Sidek mengetis habuk rokok ke bawah.

" Ehh, jom ah sini ", Sidek mengajak Khairan ke beranda.

Khairan mengekor dari belakang dan berpuas hati. Mana best berborak sambil berdiri.

Khairan melabuhkan punggung ke kerusi yang menghadap jalan kecil ke kubur. Manakala, Sidek pula di kerusi hadapan Khairan.

" Habis dah tak kerja ni kau buat apa je? ", Khairan memulakan perbualan semula.

" Jaga adik gua jela. Hantar dia ke sekolah. Petang sikit ambil dia pulak. Lepastu, masak. Bagi makan nasik ", terang Sidek panjang lebar mengenai kewajipan seorang abang kepada adik perempuan yang sekarang darjah satu.

" Bengoh? Pergi umrah jugak ke? ", Khairan bertanyakan adik kedua Sidek. Seorang lelaki berumur 19 tahun selang dua tahun dengan usia abangnya. Bengoh adalah nama timangan untuk anak kedua. Nama timangan ini selalu diguna oleh rakyat di Negeri Pahang.

" Dia kerja kat kedai dekat tasik sana ", jawab Sidek satu demi satu soalan. Dia dah rasa macam disiasat polis. Payah juga jiwa punk seperti Sidek ni nak bertenang. Tapi dia cuba. Dia taknak beranda rumahnya dicemari darah.

" Sid, kau cakap ada something nak bagi aku? ", Khairan terus dengan tujuan dia ke mari.

" Haa, aku lupa. Kau tunggu kejap! ", Sidek bangkit dari kerusi dan kembali ke dalam rumah. Dia meninggalkan Khairan yang tersenyum menanti hadiah pemberian Sidek dari Kuantan.

Tak lama kemudian, Sidek keluar. Genggamannya penuh dengan barang. Dia bawa menghampiri Khairan.

" Apa ni, Sid? "

" Yang kau mintak tu la "

Sidek terus meletak peralatan haram untuk menangkap ikan ke atas meja. Bateri kereta dan dua batang rod.

Sidek senyum memerhati Khairan yang macam blur.

" Kau nak aku jadi Ironman ke? ", Kata Khairan sambil membelek cenderahatinya

Kena Pau dengan Ramdan.

Habibi membawa motor menuju ke kedai runcit yang berhampiran untuk membeli minuman 100plus seperti yang disuruh Sidek melalui aplikasi Whatsapp tadi. Asalnya malas nak layan mungkin Sidek bergurau. Tapi tengok pada gambar yang dikirim terpampang muka Khairan, Habibi percaya yang Sidek betul ada di Maran sekarang.

" Woi! Woi! Berhenti! ", Ramdan menahan Habibi di tengah jalan.

" Aduh.. ", Habibi mengeluh setelah mengenalpasti orang di tengah jalan itu ialah Ramdan, si penghisap gam tegar.

" Hantar aku balik rumah jap! ", kata Ramdan tanpa menghiraukan nadanya yang menganggu orang-orang di sekeliling. Dia terus membonceng motor Habibi tanpa disuruh.

Habibi memulakan perjalanannya menuju ke Kampung Paya Cedong, bersebelahan dengan kampung Habibi iaitu Kampung Cedong 1. Jadi, Habibi tidak terlalu merungut untuk menghantar Ramdan walaupun tak rela.

" Sini! Sini! Sini! ", Ramdan seperti kera kena belacan mengarah Habibi untuk berhenti.

Habibi memijak brek. Di betul-betul berada di kawasan rumah Ramdan. Sebaik saja Habibi berdehem dua kali, Ramdan turun dari motor.

" Kau ada seringgit? ", minta Ramdan.

" Takda duit la, Ramdan ", Jawab Habibi.

" Takkan takda langsung ", Ramdan garu-garu kepala.

Habibi mengawal percakapannya takut terlepas cakap yang dia hanya ada RM50 sekeping dalam dompet. Dah ramai orang gagal bahagian ini. Umpan Ramdan selalu mengena bila orang mengelak dari memberi duit kepada dia. Secara automatik orang itu akan berkata bahawa dia hanya mempunyai duit yang lebih besar dari jumlah yang diminta Ramdan. Ramdan terus bertindak. Dia mengacu pisau kecil yang selalu dibawanya kemana saja.

" 50sen ada? 50sen? ", Ramdan masih meminta.

" Err jap aku cek ", Habibi menyeluk poket kanan seluarnya. Masa ni dia berdoa di dalam hati.

" Nah "

" Haa, oke beres! ", Ramdan pun masuk ke rumah.

Prinsip Ramdan senang. Tak dapat seringgit, seposen pun boleh. Duit yang diminta itu dia kumpul untuk misinya memiliki satu tin gam.

Di kedai runcit Pak Jabar.

Pak Jabar sedang menyapu sampah di kawasan sekitar kedai. Kemudian, dia membetulkan cermin tingkap yang tersenget sejak minggu lepas lagi. Nak harapkan anaknya, bumi dah kiamat pun belum tentu keluar rumah walaupun kedai runcit Pak Jabar hanya di depan rumah.

" Assalamualaikum, Pak Jabar", Habibi memberi salam.

" Waalaikumussalam Ya Habibi"

" Aduh, Pak Jabar ni suka ngat bergurau ", Habibi senyum sinis. Dia melangkah masuk ke kedai runcit dan terus menuju ke peti sejuk.

" Air satu, Pak Jabar ", Habibi letak 100 plus kecik di kaunter. Dia mengeluarkan sekeping RM50 dari dompet kulit bersedia untuk membayar.

" RM2.50 ", kata Pak Jabar sambil berjalan menuju kaunter.

Selepas selesai membeli pesanan Sidek, Habibi kembali ke motorsikal. Baru sahaja melangkah keluar dari kedai runcit Pak Jabar, Habibi berselisih dengan Demila, anak dara Mak Siti. Kecantikan Demila tiada tandingan sampaikan Mak Siti sendiri tak percaya Demila itu anak kelahirannya. Anak matanya coklat seakan ada darah kacukan itu membuat Habibi berasa bertuah selisih dengan Demila di kedai Pak Jabar hari ini.

" Assalamualaikum Pak Jabar. Ais batu ada? ", pinta Demila. Langsung tak terjejas sopan santunnya apabila berkata-kata.

" Ada Demila. Nanti Pak Jabar ambilkan ", Pak Jabar menarik plastik sederhana dan menuju ke peti simpan ais. Sementara itu, Habibi masih lagi berada diluar kedai runcit. Melihat lenggok Demila yang lemah lembut. Peluang yang ada, Habibi perlu pakai dengan cemerlang. Jarang lelaki dapat tenung lama anak dara Mak Siti ini.

" Pak Jabar, nak yang sejuk ya?", pinta Demila.

Habibi pun ketawa besar sambung menuju ke motor.

Continue Reading

You'll Also Like

168K 3.8K 43
Merupakan sekuel kedua dari Budak Ladang. Syafiq yang dinaikkan pangkat, terpaksa meninggalkan Ladang Cekah dan membawa Hendri tinggal bersamanya di...
26.9K 1.2K 33
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
4.6K 70 10
kisah dimana Aqil yang sudah lama meminati abang nya sendiri tanpa pengetahuan nya abang nya jugak menyukai nya namun abang nya telah merogol Aqil ap...