Cik Serai Halia | Wattys2017

By ItsNitaSophian

41.5K 2K 220

" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam keg... More

CIK SERAI HALIA 💌
PROLOG
1: Lopak
2: Milkshake
3: Nama
4: Air
5: Berita
6: Ais
7: Kaunter
8: Lif
9: Gosip
10: Lakonan
11: Famili
12: Bicara
13: Janji
14: Klise
15: Berontak
16: Silam
17: Anak
19: Tembung
20: Sebab
21: Konspirasi
22: Interogasi
23: Pecah
24: Cemburu
25: Cuba
Dapatkan E-book Cik Serai Halia

18: Siapa

1.6K 87 1
By ItsNitaSophian

Air muka Rosa serta-merta berubah tatkala Sera menyoal soalan yang pendek tetapi memerlukan penjelasan panjang itu. "Apa kau cakap ni Sera?" soalnya sedikit terpempan. "Aku dah beritahu kau jawapannya dulu, takkan kau dah lupa?"

Sera mengeluh panjang. Puas sudah dia menanti seseorang untuk membuka mulut. Kali ini biarlah dia sendiri yang mencari jawapannya. "Rosalinda ... umur aku dah nak masuk 25 tahun. Jawapan tu dah tak masuk dalam akal aku. Kau tak perlu jaga perasaan aku. Apalah sangat kalau aku dapat tahu aku ni anak luar nikah. Tak pun anak yang kena pungut di tepi jalan. Aku cuma nakkan kebenaran. Kau nak ke aku mati tanpa tahu aku berbintikan siapa?" Kalau sudah terdesak, alasan mati pun dia sanggup gunakan.

"Ya ALLAH, Sera. Ini bukan hal remeh-temeh. Aku tak tahu kalau aku patut beritahu kau benda ni." Rosa menekup wajahnya.

Sera menggenggam tangan Rosa. "Beritahu aku perkara sebenar, Rosa. Kau tak kesiankan aku ke? Identiti aku sendiri pun masih kabur, ahli keluarga aku pun aku tak habis kenal lagi. Sekurang-kurangnya beritahu makna di sebalik nama aku tu. Kalau kau takut papa dapat tahu hal ni ... sumpah, aku takkan beritahu mereka."

Rosa menarik nafasnya seraya berkata dalam nada perlahan, "Aku sebenarnya tak tahu siapa kau yang sebenarnya."

Sera membisu beberapa saat. "Kau buat lawak ke? Sampai bila kau nak tipu aku?"

"Aku tak tipulah." Rosa menggenggam tangan Sera.

"Yalah tu." Sera melepaskan genggaman Rosa. Lalu kembali baring dengan perasaan hampa. "Cakap ajelah kau takut dengan papa dan mama."

Rosa turut baring di sisi Sera. "Aku seriuslah. Aku betul-betul tak tahu kau siapa. Tapi aku pun agak kau ni anak luar nikah." Siling yang dihiasi cahaya kejinggaan lilin ditenungnya. Fikirannya mengimbau semula memori lalu. "Aku baru berumur enam tahun waktu aku jumpa kau buat kali pertama. Waktu tu Malaysia gempar dengan berita kematian arwah datuk kita, pemilik Alroze Empire waktu tu."

"Rahman kan nama arwah datuk kita?" soal Sera untuk kepastian.

Rosa tepuk dahi. "Mulai sekarang, kau perlu ambil tahu pasal Alroze Empire. Mama dan papa dah tak kawal kau macam dulu lagi. Jadi, kau dah bebas untuk ambil tahu sejarah keluarga kau sendiri."

Sera angkat bahu. "Aku tahu. Dah jadi tabiat aku kot untuk tak menyibuk tentang Alroze Empire. Tapi semalam sempat juga aku baca sikit-sikit."

"Kalau kau sempat baca, kau mesti ingat dengan nama Rahman dan Rahima. Anak kembar pengasas Alroze Empire, moyang kita Ali dan Rosie."

"Itu aku ingat. Aku tahu Rahima tu ibu kepada Uncle Qazar dan Uncle Razaq. Lepas tu bila nak baca pasal arwah Rahman telefon aku matilah pula. Jadi aku anggap arwah Rahman tu arwah datuk kitalah?"

Rosa angguk. "Rahima pula kita panggil Nek Ima. Dia masih hidup lagi. Arwah Rahman pula kita panggil arwah Tok Man. Arwah Tok Man tu ayah kepada papa. Papa tu anak tunggal."

Sera bingkas bangun dari pembaringannya. Jarinya dipetik lalu memandang serius pada dinding bilik. "Kau nampak tak apa aku nampak?"

"Erm, kau nampak apa? Hantu ke?" bisik Rosa menyebabkan Sera menghadiahkan cubitan kecil ke pahanya. "Aw! Sakitlah!"

"Lain kali otak tu jangan ditinggal-tinggalkan," marah Sera kepada Rosa yang menayang muncung sedepa. "Kau tak perasan lagi ke corak tu?"

Rosa geleng kepala dengan dramatik.

Sera mengeluh dengan sikap kebudak-budakan kakaknya. "Arwah Tok Man tu anak sulung ke?"

"Aku tak ingat rekod kelahiran arwah Tok Man dengan Nek Ima. Tapi ramai yang kata arwah Tok Man yang lebih tua. Kenapa tanya?" tanya Rosa yang masih merajuk.

"Nampak tak corak tu? Arwah Tok Man anak sulung, papa pun anak sulung."

"Aku pun anak sulung!" pintas Rosa. "Kau memang bijak Sera. Sekarang barulah aku faham kenapa aku kena panggil pewaris tunggal selama ni."

"Kau biar betul tak tahu? Mustahil kau tak perasan benda jelas macam tu." Sera kerut kening.

Rosa menyandar pada kepala katil. "Maksud aku, selama ni orang tak ambil pusing pun dengan panggilan tu. Dari kecil lagi, aku dah dipanggil pewaris tunggal. Papa kata, supaya orang tahu aku yang bakal warisi empayar ni bila dia dah bersara atau dah tak ada nanti. Taklah janggal sangat bila tiba-tiba aku jadi pemilik Alroze Empire."

"Maksudnya, sejak dulu lagi memang Alroze Empire akan diturunkan kepada anak sulung saja kan?"

"Macam tu lah agaknya. Perniagaan kita ni bukannya listed. Bermaksud pemilikannya adalah tunggal pada dasarnya. Kita tak kongsi syer dengan mana-mana individu. Kalau projek perkongsian dengan syarikat lain, itu cerita lainlah. Pasal anak sulung yang akan jadi pewaris ni pula ...," Rosa mengelus perutnya. "Rasanya tak ada masalah kot. Walaupun anak sulung saja yang mewarisi Alroze Empire, ahli keluarga lain pun hidup senang-lenang juga. Masing-masing dapat kerja dalam Alroze Empire. Dah mencukupi pun kekayaan yang diberi."

Sera mengelus dagunya. Dia sendiri tidak tahu banyak tentang selok-belok keusahawanan. Bukan kepakarannya kerana dia belajar cabang kewangan saja. Tapi kalau hanya anak sulung saja yang menjadi pewaris, hal ini kelihatan tidak adil bagi ahli keluarga yang lain. Dia tidak kisah sekiranya tidak menjadi pewaris. Apa yang ingin dilakukannya hanyalah mempertahankan empayar keluarganya selama mana dia mampu. "Benda ni macam terlalu tradisional lah. Mesti ada kaitan dengan wasiat yang diturunkan arwah Tok Man. Cara macam ni lah yang selalu memecah-belahkan keluarga orang-orang kaya di Barat gara-gara iri dan haloba nak jadi lebih berkuasa."

"Aku pernah terbaca artikel dari satu blog ni pasal sejarah pewarisan Alroze Empire dulu. BusinessSecrets.com macam tu lah nama blognya. Tapi rasanya artikel tu dah kena padam sebab langgar privasi Alroze Empire. Penulis dia mempersoalkan pewarisan Alroze Empire yang masih kuno. Sebab ada seorang saja pemilik mutlak dan ahli keluarga lain hanya jadi pembantu. Sepatutnya kita dah lama perlukan Ahli Lembaga Pengarah. Tapi entahlah ...," balas Rosa bersahaja.

Rosa menyambung lagi, "Aku tak kisah sebenarnya kalau aku jadi pewaris ke tak. Tak penting sangat. Apa yang penting, aku akan jaga Alroze Empire sampai aku mati. Usaha nenek moyang kita jangan sampai tergadai disebabkan kelalaian kita sendiri. Harap-harap ahli keluarga kita yang lain okey aje dengan cara pemilikan Alroze Empire ni. Kalau tiba-tiba tak okey, mungkin kita kena buat Ahli Lembaga Pengarahlah. Adil sikit kot."

Sera juga berharap yang sama. Terhurailah sudah persoalannya kepada Subra semalam. "Rasanya tak perlu kot aku jumpa Uncle Subra selepas ni," gumamnya.

"Siapa?"

"Uncle Subra," balasnya yang menyangka Rosa kenal dengan Subra.

"Subra? Subra mana lagi ni?" tanya Rosa sebelum dia menghumban sebiji bantal tepat mengenai muka Sera. "Sugar daddy kau ke?! Kau jangan nak menggatal Sera. Aku tak ajar kau jadi macam tu!"

Sera humban semula bantal ke muka Rosa. "Ish perempuan ni! Tak faham aku. Asyik nak memandai aje," rungutnya walaupun terasa pelik mengapa Rosa tidak mengenali Subra.

"Habis tu, siapa Subra?"

"Tak penting pun kalau kau tahu kalau kau tak kenal," jawab Sera. Lebih baik dia merahsiakan tentang pertemuannya dengan Subra. Siapa tahu dia tidak sepatutnya kenal dengan Subra, habis dia dibalun oleh orang tuanya nanti.

"Fine," balas Rosa seraya memandang jam tangannya. "Alamak, aku dah lewat ni! Aku ada brunch meeting hari ni. Kau okey ke kalau aku tinggalkan kau sendiri-sendiri ni?" soalnya yang tergesa-gesa menuruni katil.

"Umur aku berapa Rosa?"

Rosa layang anak mata ke atas. "Bye, jumpa malam nanti!"

Sera teringat semula topik mereka di awal perbualan. "Rosa! Kau tak beritahu lagi cerita aku waktu aku masih kecil dulu."

Rosa tepuk dahi. "Kau kaji dulu pasal keluarga Alroze Empire. Senang sikit aku nak cerita malam nanti, okey?" Pintu ditutup usai bicaranya.

Sera hempap tubuhnya ke katil. Otak bertambah-tambah sarat dengan informasi yang baru diterima. Kenapa Rosa tidak mengenali Subra? Walhal Rosa sepatutnya kenal Subra. "Argh!" jeritnya dengan geram. Sebiji bantal dihumban ke dinding. Baru semalaman tinggal di rumah itu, seksanya sudah terasa. Lantas dia mengambil keputusan untuk kembali ke apartmennya. Langkah dihala menuju ke bilik almarinya.

Pintu diketuk sekali lagi dan wajah Arsha pula yang terjengul di muka pintu. "Hai, Cik Serai Halia!"

"Hai, Arsha!" Sera meneruskan niatnya yang terbantut tadi. Pintu bilik almari dibuka luas. "Ada apa-apa ke datang sini?"

"Tak ada apa sebenarnya," kata Arsha sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Wajahnya seiras dengan Miranda Kerr. "Cik nak keluar ke?"

"Ya, saya nak balik ke apartmen saya. Tapi sebelum tu saya nak pergi jalan-jalan ambil angin sekejap. Awak nak ikut ke? Kalau nak, jomlah. Nanti saya hantar awak balik ke sini."

Arsha melabuhkan punggung di atas katil. Kakinya yang panjang disilangkan. "Er ... boleh aje. Saya pun sebenarnya cuti hari ni. Saja datang nak berborak dengan cik."

"Okey, cantik! Sekejap ya, saya bersiap dulu."

***

Cik Serai Halia telah diterbitkan dalam bentuk e-book. Sekiranya berminat untuk mendapatkan e-book, sila komen atau hantarkan mesej kepada penulis di ruangan mesej.

Continue Reading

You'll Also Like

808K 32.7K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.2K 72 18
"perasan bagus lah you",laung Sofeana iris "Eeee you,geli aku dengan i and you.woiii minah bandar suka hati aku lah perasan bagus apa ke.susah hidup...
155K 7K 28
Kenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam...
110K 6.9K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...