Sera mendecit sambil menggeleng panjang. "Besar kecil besar kecil aje aku tengok kau ni. Kau yang duduk sebelah aku tadi, kan?" Saja dia berbasa-basi kerana tidak tahu bagaimana hendak memulakan topik. Takkan nak bercakap pasal cuaca hari ni pula?
Mereka tersengih lucu mendengar ayat Sera.
"Hadi Akmal Lee. Panggil Hadi aje, itu nama glamor aku," balas Hadi dengan nada bangga.
Dahi Sera mula berkerut. "Kau bangang ke tak faham soalan? Aku tak tanya nama kaulah. Lagipun tak ada maknanya kalau aku tahu nama kau. Tak penting kot."
"Auch!" Hadi memegang dadanya. Kawan-kawannya mula ber'ooh' di belakang. "Kau akan tahu betapa pentingnya nama aku tak lama lagi. Dah semester akhir pun kau masih tak kenal aku ke? Malangnya nasib." Dia mendekatkan jarak di antara mereka berdua. Kepalanya lalu ditundukkan untuk menatap anak mata coklat kepekatan milik Sera. "Tak ada orang yang berani cari pasal dengan Hadi. Sebab tu aku nak kau ingat nama aku betul-betul."
Nada dingin Hadi menyebabkan Sera menapak ke belakang. Cologne maskulin dengan wangian pine wood Hadi itulah yang menggugat keimanannya sepanjang kuliah tadi. Dadanya berdebar apabila berhadapan situasi mencemaskan seperti ini. "Er, hai Hadi. Nice to meet you?" balasnya dengan nada sarkastik.
Hujung bibir Hadi terjongket sedikit. "Well, Cik ... siapa nama kau?"
"None of your business," balas Sera dengan nada mendatar. Dia tidak bodoh hendak mendedahkan namanya kepada samseng jalanan. Mahunya dia dicop musuh nanti.
"Cik 'none of your business', Mini Cooper ni kau punya kan? Kau nampak tak baju aku ni? Ingat tak apa yang kau dah buat pagi tadi?" Hadi angkat kening.
"Ha ha ...." Sera ketawa mentah. Matanya melingas ke kiri dan kanan mencari ruang untuk melarikan diri kalau-kalau mereka hendak menamatkan riwayatnya di sana. Apabila menyedari dia tidak dapat berbuat apa-apa, mulalah mulutnya merepek. "Aku tak tahu itu korang. Tapi aku rasa korang ni memang padanlah kena air lopak. Perangai pun sebiji macam air lopak. Kotor dan susah nak ditanggalkan." Cepat-cepat dia menekup mulutnya sebelum menggumam, "Oops, excuse my mouth."
"Guys." Tangan Hadi mengisyaratkan kawan-kawannya. Riak wajahnya kelihatan tidak mesra langsung. Kila pantas melangkah ke sisinya. Diikuti Hani, Joe dan Naufal. "Jom, kita buat makeover sikit," kata Hadi dengan nakal.
Tanpa membuang masa, mereka membuka penutup milkshake mereka.
"Korang nak buat apa ni?" Sera mula cuak. Tanpa izin, lengannya ditarik oleh Hadi untuk menjauhi keretanya.
Splash! Kila menyimbah milkshake berperisa strawberi ke atas kereta Sera. Sera ternganga. Matanya terjegil melihat babak simbah-menyimbah yang berlaku di hadapan matanya. Keretanya langsung tidak bersalah sehingga harus diperlakukan sebegitu rupa. Pemandunya yang bersalah. Tapi aku pun tak nak kena simbah milkshake! jerit hatinya. Lidahnya kelu melihat huru-hara yang dilakukan mereka.
"Wah! Seronok gila dapat balas dendam macam ni." Kila melompat kegirangan.
"Dah lama tak buat prank macam ni! Nasib baik milkshake ni bukan cat." Joe mengekek. Tangannya memegang bekas besar yang telah kosong.
"Kita gertak aje kot. Lain kali kalau you masih tak serik, mungkin upgrade sikit jadi cat," ugut Hani lalu melirik ke arah Naufal yang dalam diam turut menumpahkan milkshake ke atas bumbung kereta tanpa rasa bersalah. Maka, bumbung kereta pun dibanjiri milkshake.
"Dan sebagai highlight." Joe menghamburkan keropok kentang yang sedang dimakannya ke bumbung kereta. Kila dan Hani menuruti perlakuannya sambil tergelak kesukaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cik Serai Halia | Wattys2017
Romance" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam kegelapan dan sering membuat keputusan untuk lari. Lari menjadi mustahil baginya apabila identiti diri sebagai anak bongsu pemilik perniagaan t...
