DISTURBIA

By NorFarahanim

10.8K 486 126

Sebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianat... More

Sebelum segalanya bermula-part 1
sebelum segalanya bermula part 2
Sebelum segalanya bermula-part 3
sebelum segalanya bermula-part 4
sebelum segalanya bermula-part 5
sebelum segalanya bermula-part 6
Bab 7-Permulaan
BAB 8
BAB 9
Kes pertama: Bab 10
BAB 11
catatan penulis

BAB 12: Kemenangan?

190 33 18
By NorFarahanim


"Pakcik, tolonglah fikir sekali lagi. Jangan sesekali buat keputusan yang terburu-buru. Seira tak nak Pakcik jadi penjenayah!" Seira cuba menghalang pergerakan bapa saudaranya daripada keluar rumah. Namun lelaki itu langsung tidak menghiraukan rayuan anak saudaranya malah terus berlalu.

"Pakcik!" tempik gadis itu. Encik Musa berpaling sambil menghela nafas berat.

"Seira, terima kasih sebab risaukan Pakcik tapi ini demi menegakkan keadilan Seira. Bukan ke kamu sendiri yang cakap kita mesti tegakkan keadilan. Sebab tu kamu nak jadi pendakwa raya bukan?" Seira terdiam. Wajahnya masih lembab dengan air mata.

'Tapi ini bukan caranya!' Getus hati gadis itu.

"Jadi, kamu janganlah halang Pakcik. Pakcik harap apabila kamu jadi pendakwa raya kelak, jangan biarkan penjenayah macam ni berkeliaran lagi. Tegakkan keadilan! Seperti kamu cuba tegakkan sekarang. Maaf Seira, kamu jangan risau sebab Pakcik yakin Kay berada di pihak yang benar." Selesai menghabiskan kata-katanya, dia terus berlalu meninggalkan Seira yang terpaku mendengar kata-kata bapa saudaranya itu. Kakinya mula terketar-ketar kerana menahan sebak yang amat sangat. Akhirnya dia rebah terlutut di lantai simen itu.

'Kay, tolong. Tolong sedarkan Pakcik aku!'

Entah mengapa dia kini mengharapkan Kay pula yang akan menyedarkan bapa saudaranya sedangkan lelaki itu yang mendorong bapa saudaranya untuk bersubahat. Dia hanya mampu menangis teresak-esak di situ. Memorinya mengimbau kembali saat bagaimana ayahnya meninggalkan dia dan ibunya terkapai-kapai tanpa tempat untuk bergantung. Dia sudah lama terseksa. Buku lima digenggam erat. Sampai sekarang ayahnya masih lagi menghilang tanpa berita.

***

Wanita yang bernama Amy itu tersenyum menampakkan sedikit garis-garis halus pada wajahnya yang kian menginjak usia. Sambil mengerling jam di tangan dia berjalan mundar-mandir dia hadapan staf-stafnya.

Tidak lama lagi Bob akan menelefon dan memberitahunya bahawa terdapat RM 300 ribu di dalam akaun simpanan miliknya. Walaupun hatinya tidak terlalu yakin namun mahu tak mahu dia terpaksa percaya kerana dia sudah kehilangan RM 150 ribunya secara tunai sebentar tadi.

Baru lima minit tadi Kay datang untuk mengambil wangnya sebanyak RM 150 ribu secara tunai. Pada mulanya dia berasa agak berat hati juga untuk mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM 150 ribu hasil daripada penyelewengannya selama ini, namun kata Kay, walaupun syarikatnya tidak mendapat wang untung sebanyak RM750 ribu seperti yang dijanjikan dalam tempoh yang terdekat, biarlah syarikat mereka mendapat RM 150 ribu iaitu separuh daripada wang yang dilaburkan terlebih dahulu atas alasan wang yang mereka laburkan terlalu banyak, jadi RM 150 ribu sudah cukup untuk meyakinkan mereka bagi meneruskan pelaburan ini.

Amy terpaksa bersetuju biarpun hatinya berasa agak berat. Apalah yang hendak dirisaukan sangat kalau setakat rugi RM 150 ribu. Lagipun selepas ini dia akan mendapat jumlah wang yang lebih banyak iaitu RM 300 ribu. Keyakinannya turut bertambah apabila ketika Kay masih lagi di pejabatnya untuk berbincang, Bob menelefon dan memberitahu bahawa dia telah menerima cek daripada seorang lelaki yang bernama Saigon. Kalau dia tak silap lelaki itulah yang dimaksudkan sebagai setiausaha Kay. Setelah itu, barulah dia bersetuju dan membiarkan sahaja Kay meminta diri dengan hati yang riang.

Kring! Kring!

Telefonnya mula berbunyi. Dengan teruja ganggang telefon diangkat dan panggilan itu segera disambut.

"Hello! Bob, macam mana? Kita kaya kan? Yeay!" dia menjerit dengan penuh teruja di corong telefon. Namun, Bob senyap tanpa sambutan. Hanya keluhan yang kedengaran.

"Hello? Bob? Hei, macam mana?"

"Bos, aku rasa ragu-ragulah. Se..sebenarnya.." Amy mula mengerutkan dahinya. Apa pula yang tak kena ni?

"Kenapa ni? Bob cuba cakap betul-betul sikit." Marah Amy.

"Se...sebenarnya aku dah pergi periksa cek tu kat bank tadi dan aku cuba keluarkan duit tu cuma pihak bank cakap mereka tak boleh keluarkan duit tu selagi tak tunggu dua hari.. Maksudnya kita cuma boleh ambil duit tu lusa. Jadi macam mana nak pastikan duit tu betul-betul ada?" ujar Bob panjang. Terlopong Amy yang mendengarnya.

"Apa?! Mana boleh macam tu! Bob, kau balik sekarang!" tup. Ganggang telefon itu dihempas kasar. Cis, macam mana semua ni boleh berlaku! Kay tak cakap pun yang duit tu hanya boleh dikeluarkan selepas dua hari daripada tarikh cek tu. Argh! Tak guna! Aku dah kena tipu! Dia segera mencari telefon bimbitnya. Nombor telefon bimbit Kay didail. Sambil menunggu panggilannya disambung dia tidak putus-putus berdoa agar peluangnya untuk mendapatkan wang itu masih ada. Tidak sangka, penjenayah sepertinya masih lagi ingat tuhan!

"Maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Thank..." terlepas telefon bimbit itu daripada tangannya. Cis, tak guna! Segera dia mengarahkan staf-stafnya supaya cuba untuk mendail nombor telefon bimbit Kay.

"Dah tak guna kau buat begitu Amy." Tegur satu suara garau. Inspektor Ahmad beserta polis-polis lain tiba-tiba menyerbu masuk. Inspektor itu berjalan tenang ke arah Amy yang masih lagi terkejut apabila melihat sekumpulan polis masuk menyerbu syarikatnya. Dia hanya terpaku melihat staf-stafnya digari. Ada yang cuba untuk melarikan diri namun usaha mereka tidak berjaya.

Dengan wajah yang angkuh, Amy bercekak pinggang sambil berhadapan dengan Inspektor Ahmad. Dia yakin, tiada bukti untuk polis itu menangkapnya.

"Hei, kenapa kau orang pecah masuk ke syarikat kami? Macam mana boleh ada waran tangkap untuk syarikat ni?" Inspektor Ahmad tersenyum mendengar soalan daripada wanita itu.

"Heh, Puan Amy Amalia, anda ditahan kerana melakukan jenayah penyelewengan. Sila ikut kami ke balai untuk soal siasat." Lelaki itu menayang-nayangkan garinya di hadapan wanita itu. Baru sahaja dia hendak menggari tangan Amy, wanita itu segera menepisnya. Dia berjalan ke arah tingkap sambil mengesat air matanya.

"Kay! Kau tak guna! Bagi balik duit aku!!!" Amy menjerit ke tingkap itu lalu rebah terduduk.

Rasa macam tidak percaya pula. Dalam masa dua hari, dia berjaya ditipu untuk memberikan kesemua wang hasil titik peluhnya selama ini dan dalam masa dua hari, ada waran tangkap untuknya setelah hampir setahun setengah dia mula mewujudkan syarikat ini. Semuanya kerana Kay. Budak mentah itu.

Inspektor Ahmad segera menggari tangan wanita itu. Wanita itu hanya membiarkan. Dia sudah hilang semangat untuk melawan. Hidupnya telah musnah. Mulai saat itu dendamnya mula membara terhadap lelaki itu. Kau tengoklah nanti, Kay! Hatinya mula melafazkan dendam.

Sambil melihat wanita itu bersama staf-stafnya dimasukkan ke lori polis, Inspektor Ahmad mengeluh kecil. Lagi sekali Kay. Lagi sekali dia kalah dengan Kay. Dia tidak tahu sama ada semua ini berpunca kerananya atau Kay sendiri. Meskipun dia simpati terhadap nasib Kay dan keluarganya enam tahun yang lalu namun itu tidak bermakna dia akan menyokong jenayah Kay.

Kring! Kring!

Panggilan itu segera disambut setelah melihat nombor yang tidak dikenali menghubunginya.

"Hello?" hanya terdengar tawa yang berdekah-dekah dari pihak sana. Wajahnya dikerutkan.

"Woi, poyo! Satu kosong. Haha!" panggilan itu segera dimatikan. Berubah terus wajah Inspektor Ahmad. Tak guna kau, Kay! Selepas ini aku takkan benarkan kau menang lagi!

Sementara itu Kay yang baru sahaja menutup telefonnya tersengih. Tawanya sudah berhenti. Tak lucu pun, getus hatinya. Kad sim dicabut dari telefon bimbit lalu dipatahkan. Gula-gula getah yang dikunyahnya dikeluarkan lalu digunakan untuk membalut serpihan kad sim tersebut lalu dicampak ke tanah. Malah, telefon bimbit tadi dicampakkan ke dalam air sungai yang jernih. Matanya memerhati gajet itu tenggelam perlahan ke dasar sungai.

Bibirnya mengukir senyuman. Semua bukti dan dokumen yang berkaitan dihapuskan dengan teliti sekali. Penat berdiri, dia duduk bercangkung di atas batu yang terletak di kawasan air terjun itu. Wang sebanyak RM 150 ribu itu baginya tidak banyak pun. Wang itu diikat dengan begitu rapi sekali. Tanpa riak dan perasaan, wang itu ditimbang-timbang dengan tangan.

"Wow, berat!" beg itu dipeluk erat agar tidak terjatuh ke dalam air. Jam di tangan dilihat sepintas lalu. Dia bangkit sambil meregang-regangkan tubuhnya. Baju yang digunakan untuk menyamar sudah disalin kepada pakaian kasualnya iaitu t-shirt fit hitam dan jaket labuh hitam. Pakaian hitam seolah-olah sudah menjadi identitinya. Wang yang berada di dalam briefcase itu dipindahkan ke dalam beg galas jenama Nike miliknya. Setelah dizip kemas, beg itu digalas santai seolah-olah isi kandungannya tidak begitu berharga. Sekarang, dia harus segera menuju ke rumah Encik Musa.

Sesampainya di rumah lelaki itu, kelihatan Haikal sedang termenung di sisi basikalnya. Senyumannya tiba-tiba terukir melihat kanak-kanak itu. Segera langkahnya mara ke arah Haikal.

"Hai!" Kay duduk bercangkung di hadapan kanak-kanak tersebut. Terkejut Haikal melihat 'pencuri lolipopnya' itu.

"Kay..." Haikal bersuara.

"Kenapa ni?" Haikal senyap mendengar pertanyaan lelaki asing itu. Kay memandang ke arah basikal kanak-kanak tersebut. Oh, dia faham kenapa.

"Meh, abang betulkan...."

"Jangan! Haikal nak tunggu ayah yang betulkan! Tapi,.." suara Haikal turun kembali. Kay sabar menanti kata-kata daripada mulut kanak-kanak itu.

"Sebenarnya..."

Seira yang baru sahaja keluar untuk menyidai pakaian terlihat sepupunya sedang berbual-bual dengan Kay. Baru sahaja dia hendak menegur, dia terdengar perbualan antara Kay dengan Haikal. Gadis itu segera bersembunyi di sebalik semak untuk mengintai mereka. Rasanya, Kay tidak akan mengapa-apakan sepupunya.

"Sebenarnya, ayah ialah mekanik terbaik buat Haikal! Hanya dia yang boleh baiki basikal Haikal. Abang Kay tak payah susah-susah nak tolong baikikan." Tegas sekali suara kanak-kanak lelaki itu. Senyumannya terukir.

Entah mengapa, dia mula rasa berang terhadap Encik Musa. Tahulah nak duit, tapi janganlah sampai keluarga terabai. Kepala Haikal digosok-gosok dengan penuh kasih sayang. Seira yang melihat terpegun sebentar. Benarkah ini Kay? Kay langsung tidak kelihatan seperti penjenayah. Dia seperti seorang yang sangat penyayang..

Tiba-tiba Encik Musa keluar daripada rumahnya. Apabila terlihat kelibat Kay di hadapan rumahnya, langkahnya segera dilajukan. Dia mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lelaki muda itu kerana membantunya menegakkan keadilan.

"Kay!" lelaki itu segera berpaling saat mendengar namanya disebut. Oh, Encik Musa!

Kay bangun sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek jaketnya. Wajahnya langsung tidak ceria seperti yang ditunjukkan kepada Haikal sebentar tadi. Langsung tidak menghormati Encik Musa yang jauh lebih tua daripadanya.

"Kay terima kasih!" baru sahaja tangannya hendak dihulurkan kepada Kay, lelaki itu terlebih dahulu mencampakkan seberkas wang yang bernilai 50 ribu ringgit. Serta merta Encik Musa menyambutnya. Wajahnya masih lagi terkejut. Apa...

"Tu duit kau yang kau kena tipu tu dengan untung yang sepatutnya jadi milik kau. Okay. Kerja aku selesai, bye..." Kay segera berpaling untuk berlalu.

"Kay, tunggu!" Encik Musa segera berjalan mendekati Kay dengan wajah yang gembira.

"Apa hah orang tua...?" dengan malas Kay bersuara. Seira yang sedang memerhati di belakang mula mengetap bibirnya menahan geram. Tangannnya dikepal. Kenapa dia ni biadap sangat?

'Ish, geram betul aku! Tadi bukan main ikhlas punya muka. Dasar penipu!'

Encik Musa meneguk air liur mendengar suara serius Kay.

"Errr..."

"Haha, Err Kay sebelum kau pergi, cakaplah macam mana aku boleh balas jasa kau?" Kay tersengih sinis. Balas jasa? Dia menjeling ke arah Haikal yang sedang memerhatikan mereka berdua di samping basikalnya.

"Boleh, macam ni..." dush! Satu penumbuk dihadiahkan kepada Encik Musa. Terhuyung-hayang tubuh lelaki itu apabila menerima daya impuls yang begitu kuat. Mujurlah tubuhnya sempat disambut oleh Seira.

"Kay, awak ni dah gila ke main pukul-pukul orang?!" Seira mula bersuara. Dia tidak faham langsung dengan lelaki dihadapannya itu. Kay mengerling sekilas gadis di sisinya itu. Dia mencebik dan membuat keputusan untuk mengabaikan gadis kepoh itu.

"Heh, kau tanya aku nak balas jasa macam mana kan? Well, tu dah cukup untuk balas jasa kau." Encik Musa mengangkat kepalanya. Dia perlukan penjelasan.

"Kay, kenapa? Apa salah aku?" soal lelaki itu dengan nada suara yang terketar-ketar.

"Kau tak perlu tanya kesalahan kau apa tapi kau kena ingat, ramai orang lagi susah daripada kau jadi, kenapa tak guna nikmat yang kau dapat ni sebaik-baiknya? Ada keluarga abaikan, ada nyawa nak bunuh diri! So, sedarlah sendiri". Kay mula mengorak langkahnya namun jaketnya seperti ditarik-tarik sahaja. Dia segera berpaling.

Kelihatan Haikal yang sudah teresak-esak menumbuk-numbuk paha Kay sekuat hatinya. Semua yang ada di situ terdiam. Kedengaran cuma suara serak kanak-kanak itu berkata, "Abang Kay jahat, abang Kay jahat!"

"Woi budak, aku memang jahat. Kau baru sedar ke? Tapi ingat, bapak kau ni lagi jahat sebab buat kau macam tu!"

Tumbukan kanak-kanak itu semakin kuat.

"Ayah tak jahat, ayah tak jahat!" dia menjerit-jerit sambil menangis. Setelah itu kanak-kanak itu terduduk sambil meneruskan tangisannya. Puan Salmi segera menerpa ke arah anak lelakinya itu lalu tubuh anaknya dipeluk erat. Encik Musa yang melihat turut mengalirkan air mata begitu juga dengan Seira. Rasanya lelaki itu sudah mengerti apa kesilapannya. Memang patut pun dia dipukul oleh Kay.

"Kau tengok? Pada mata seorang anak, ayahnya selalu betul. Guna peluang ni dan jangan buat benda bodoh lagi!" Kay terus berlalu tanpa sepatah kata lagi. Seira hanya melihat. Kay, kenapa perangai kau ni selalu berubah-ubah hah?

Tanpa sesiapa sedari, Kay hanya mampu menahan senak yang membuku dalam dadanya. Hakikatnya ada rahsia yang dia pendamkan. Air mata, jangan sesekali kau turun, ugut Kay pada dirinya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

879K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

729K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.4K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...