DISTURBIA

By NorFarahanim

10.8K 486 126

Sebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianat... More

Sebelum segalanya bermula-part 1
sebelum segalanya bermula part 2
Sebelum segalanya bermula-part 3
sebelum segalanya bermula-part 4
sebelum segalanya bermula-part 5
sebelum segalanya bermula-part 6
Bab 7-Permulaan
BAB 8
BAB 9
Kes pertama: Bab 10
BAB 12: Kemenangan?
catatan penulis

BAB 11

183 28 4
By NorFarahanim


Seorang lelaki muda bercermin mata dan bersut pejabat berjalan dengan tenang sambil menjinjing briefcasenya. Bangunan sederhana besar itu dilihat dengan bermacam-macam pandangan.

Hari ini cuaca agak panas sedikit berbanding semalam, telahnya. Setelah menarik nafas yang panjang dia berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut dengan penuh yakin. Seorang pelayan di kaunter pertanyaan segera menyambut kehadirannya dengan kata-kata yang lembut dan senyuman yang menawan.

"Selamat datang encik. Boleh saya bantu?" wanita itu bersuara.

Heh,menjadi betul lakonan mereka! Dia tersengih dalam diam.

Setelah menyatakan tujuan urusannya hari itu kepada wanita tersebut, dia diminta untuk tunggu di lobi terlebih dahulu. Kay mengambil tempat di sebuah sofa yang disediakan. Terdapat beberapa buah majalah dan komik di situ. Tanpa membuang masa, Kay mencapai satu majalah bisnes dan sebuah komik. Dalam diam, dia membaca komik. Orang yang melihat pasti akan menyangka yang dia sedang menelaah tentang bisnes dan syarikat pelaburan daripada majalah bisnes tersebut. Tabiat suka membacanya tak akan pernah hilang. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri buat seketika, cuba menghayati plot cerita yang diterjemahkan melalui lukisan.

Hampir 15 minit lamanya dia menunggu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an mampir dengan senyuman yang mesra sekali. Meskipun wajah Kay kelihatan seperti remaja baru cukup umur namun dia cuba mematangkan wajah. Kay menyambut senyuman tersebut dan menunduk dengan penuh hormat. Sambil menguji psikologi mangsanya kali itu, sempat lagi tanda nama wanita itu dikerling. Sekadar untuk memastikan itu ialah orang yang betul.

Amy Amalia. Hmm, boleh tahan cantik namanya tapi tak tahulah jika nama itu tetap kelihatan cantik pada seseorang yang berhati busuk.

"Hai, I'm Amy." Wanita itu tersenyum mesra sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tanpa berlengah, Kay menyambut salam wanita itu. Mereka sama-sama tersenyum.

"Encik ni ke yang telefon semalam?" Amy menyoal. Kay tersenyum dan mengangguk.

"Jadi ada apa-apa yang kami boleh bantu?" soal wanita itu lagi. Ehem,ehem. Kay membetulkan suaranya.

"Sebenarnya, saya baru sahaja dilantik menjadi CEO di syarikat ayah saya. Err, ini kad bisnes saya." Kay menghulurkan sekeping kad sebagai alat untuk memperkenalkan dirinya. Dengan sopan Amy mengambil kad tersebut. Dia melihat penuh teliti dan lama salinan kad tersebut sebelum menyimpannya di dalam poket blazernya.

"Saya bercadang untuk melabur dalam syarikat ni. Boleh terangkan sikit apa kelebihan yang syarikat ni tawarkan?" Kay menyoal sambil membetulkan cermin matanya.

"Oh, yang itu Encik Kay tak payah risau sebab syarikat yang encik pilih ni menawarkan peluang yang terbaik dalam banyak-banyak syarikat pelaburan yang lain. Sebentar ya, saya keluarkan dokumennya". Sebuah fail diletakkan di atas meja yang menjadi perantara antara mereka.

"Encik, kalau nak melabur, ada syaratnya". Kay menjongketkan keningnya. Amy yang melihat wajah terkejut Kay segera menjelaskan. Menurut wanita itu, wang yang ditetapkan untuk setiap pelabur melabur ialah sekurang-kurangnya RM 10 ribu dan pelabur dijamin akan mendapat pulangan lima kali ganda daripada keuntungan yang dilaburkan dalam masa sebulan. Segala bukti dan statistik keuntungan yang pernah dicapai oleh syarikat itu dipamerkan. Padahal semua itu hanyalah maklumat palsu yang digunakan untuk memperdaya mangsa. Kononnya, syarikat tersebut merupakan syarikat yang stabil dari segi ekonominya.

Kay hanya mengangguk-angguk mendengar bicara wanita itu yang boleh dikatakan agak baik. Sesiapa pun boleh terpedaya dengan wanita ini.

"Jadi, berapa yang encik nak laburkan?" soalan yang sudah lama dinanti-nantikan akhirnya keluar juga. Lelaki itu tersenyum mendengar soalan Amy. Dia menghirup kopi yang disediakan oleh pihak syarikat untuknya. Amy turut berbuat perkara yang sama.

"RM 300 ribu." Tersembur air yang sedang diminum oleh wanita itu sehingga terkena baju yang dipakai oleh Kay.

Berulang-ulang kali Amy meminta maaf atas perkara tersebut. Kay tidak kisah akan perkara tersebut tetapi kini jeratnya baru sahaja hendak dipasang dan wanita itu kelihatan begitu terkejut sekali mendengar jumlah wang yang agak banyak daripada bibirnya.

"RM 300 ribu? Bo, boleh saya tengok buku bank encik?" Amy menyoal. Hatinya mula teruja tetapi dalam masa yang sama dia mula curiga dengan lelaki dihadapannya. Lelaki ini kelihatan kurang matang dalam bisnes. Kenapa pula nak laburkan wang yang begitu banyak?

"Err, perlu ke?" soal Kay naif. Dia mula menunjukkan wajah yang gelisah. Amy menjeling lelaki itu tajam. Kenapa susah sangat ke hah?

"Sebenarnya encik, belum pernah ada yang hendak melaburkan wang sebegini banyak ke dalam syarikat kami tetapi inilah kali pertama. Jadi kami memerlukan bukti yang sahih agar tidak mudah tertipu. Lagipun sekarang ni banyak penyeleweng bukan?" Kay tersenyum dalam hati. Memang perempuan ni bukan calang-calang orang. Sungguh berhati-hati.

"Oh, begitu. Kalau puan nak, saya boleh je bagi." Kay mengeluarkan buku akaun bank palsunya. Dia sudah mengarahkan Saigon supaya meminjamkan 50 ribu ringgit kepadanya. Dengan tenang, buku akaun bank tersebut dihulurkan kepada wanita tersebut. Dengan wajah yang menjengkelkan, Amy mengambil buku tersebut. Setelah menyemak dengan teliti dia segera meminta izin untuk membuat pengesahan terlebih dahulu. Kay hanya mengangguk.

"Err puan?" Amy berpaling.

"Boleh saya minta air milo pula?" Kay menyoal selamba. Amy tersenyum mendengar permintaan daripada Kay. Dia mengarahkan seorang tea lady untuk membuatkan minuman yang lain untuk Kay. Setelah itu, tanpa berlengah lagi, Amy segera menuju ke arah pembantunya, Bob yang berbadan gemuk dan bersut pejabat hitam itu.

"Bob, kau tolong pergi photostate buku bank ni. Lepas tu cuba kau cek sama ada buku bank ini betul-betul wujud ke tak!" Amy berbisik dengan suara yang tertekan-tekan.

"Kenapa pulak ni bos?" Bob menyoal.

"Kau nampak tak budak yang duduk kat situ. Dia klien kita yang amat berharga tau, tapi sebelum sesuatu terjadi baik aku periksa dahulu takut budak tu menipu ke. Kang rugi tak pasal-pasal pula. Buang masa aku je" Amy menjelaskan hal yang sebenarnya. Bob mengangguk-angguk tanda perlahan. Selasai membuat salinan terhadap buku akaun bank tersebut, Amy segera kembali ke tempat Kay yang sedang khusyuk membaca komik lawak kampus yang terdapat di situ. Dia tergelak-gelak kecil apabila terbaca satu babak yang agak lucu dalam komik tersebut.

Kehadiran Amy yang sudah lama disedari tidak dihiraukan. Hakikatnya, perkara yang paling lucu adalah kerana wanita itu sudah pun masuk ke dalam perangkap yang dipasang. Bodoh, memang bodoh!

Wanita itu tersenyum di sisinya. Sibuk membayangkan keuntungan yang bakal diperolehinya nanti.

***

Inspektor Ahmad masih tekun merujuk fail-fail kes di atas mejanya. Menurut rakan sekerjanya, ada kes penipuan yang sama berulang dan laporan yang terbaru ialah semalam. Dia yakin Kay tidak akan berdiam diri kerana lelaki itu turut mengejar penjenayah yang sama. Dia tidak akan sesekali membiarkan Kay menang. Maruahnya sedang dipertaruhkan sekarang. Setelah membuat sedikit penyiasatan, dia berjaya menjejaki alamat baru syarikat penyelewengan itu.

Sudah semalaman dia berjaga di dalam pejabatnya dan sekarang hari sudah siang. Dia tidak boleh membuang masa lagi. Kot yang berwarna coklat dicapai. Sekadar bersiap-siap ringkas, dia mula mengorak langkahnya.

Bangunan yang sederhana gah itu dilihat untuk dinilai dari sudut luarannya terlebih dahulu. Oh, jadi inilah bangunan yang penipu tu cuba manipulasikan sekarang? Langkahnya mula diorak ke dalam. Tanpa mendapatkan khidmat pelayan di kaunter pertanyaan, dia terus menuju ke arah lif. Selok-belok bangunan itu seolah-olah sudah dihafalnya. Dia cuma perlu berlagak yakin sahaja.

Baru sahaja hendak menekan butang lif tiba-tiba sahaja pintu lif itu terbuka. Kelihatan seorang lelaki yang sedang-sedang sahaja ketinggiannya, berdiri keseorangan di dalam lif tersebut. Tanpa mencurigai apa-apa dia mempersilakan sahaja lelaki itu keluar dahulu.

Kay meneguk air liurnya. Rasanya penyamarannya kali ini agak kukuh. Ceit, cepat betul polis tu jumpa tempat ni! Sambil menunduk dia berjalan melepasi tubuh Inspektor Ahmad namun sesuatu yang tidak disangka-sangkanya berlaku. Lengannya tiba-tiba sahaja dicengkam oleh polis tersebut sekali gus mematikan langkahnya yang tergesa-gesa. Dengan tenang dia berpaling. Adakah polis ini sudah tahu aku siapa? Wajah Inspektor Ahmad direnung penuh tajam tanpa berkata apa-apa begitu juga polis tersebut.

Inspektor Ahmad menatap lama wajah dihadapannya itu. Wajah itu amat biasa sekali pada pandangannya.

"Err, kita pernah jumpa ke?" Inspektor Ahmad menyoal. Hati Kay mula beransur lega.

"Tak. Kita tak mungkin pernah jumpa. Kenapa encik ada kenal seseorang seperti saya ke?" Kay membalasnya dengan baik. Senyuman palsu dihadiahkan. Nampaknya penyamaran ringkasnya itu cukup berkesan!

"Oh, macam tu ya?" dia melepaskan cengkaman tangannya pada lengan Kay. Lelaki berkaca mata itu hanya tersenyum mesra sambil menggosok-gosok lengan bajunya.

"Apa yang encik buat kat sini?" sekali lagi polis itu menyoal. Sikapnya yang mudah tertanya-tanya tidak pernah sesekali hilang. Kay mengeluh dalam hati apabila mendengar soalan daripada polis tersebut. Ish, serabut betullah polis poyo ni. Dia berpura-pura mengerling ke arah jam di tangannya.

"Maaf ya encik, saya ada hal ni. Saya minta diri dulu." Baru sahaja Kay hendak mengorak langkah sekali lagi Inspektor Ahmad memanggilnya. Kali ini dia menayangkan kad pengenalannya sebagai seorang polis pula. Kay terkejut dengan tindakan lelaki ini. Cis...

"Tolong bagi kerjasama...."

"Encik, saya ada kecemasan ni. Well, kalau encik nak tahu sangat saya cuma datang sini untuk melabur. Tu pun nak tahu ke? Maaf, saya dah lewat..." Kay segera memotong bicara Inspektor Ahmad lalu berlalu dari situ meninggalkan Inspektor Ahmad terkulat-kulat di situ.

"Sah, ini memang syarikat tu!" berdasarkan kata-kata lelaki yang dia baru kenali sebentar tadi, dia sudah boleh mengagak bagaimana syarikat itu menjalankan jenayahnya. Namun begitu,lelaki tadi mengingatkannya kepada seseorang.

Kay. Dia mirip sekali Kay tetapi agak sukar untuk dia percaya itu Kay. Tak mungkin Kay begitu matang. Lagipun dia tak kenal aku tadi. Kalau tak dah lama dia cabut lari. Inspektor itu cuba untuk bersangka baik. Untuk hari ini, cukuplah itu sebagai maklumat.

Sementara itu, di tingkat atas, Amy sedang meraikan kejayaan yang belum pasti bersama pekerja-pekerjanya yang sama-sama bersubahat dengannya.

"Yahoo! Dah lama aku tak merasa untuk memegang duit yang begitu banyak. Bob, kita kaya BOB! Huhu!"

Yeah!" Wanita itu melompat-lompat teruja sambil menari-nari kegembiraan.

Bob yang melihat turut sama terasa ingin menari. Pekerja-pekerja lain hanya tersenyum melihat karenah bos mereka. Hakikatnya mereka turut gembira apabila bos mereka Amy berjaya menipu lebih banyak wang kerana ini bermakna, wang komisen mereka turut meningkat.

"Bos, haha. Bos tak rasa pelik ke dengan syarat yang dia tetapkan?" Bob mula mengajukan soalannya sambil duduk di sisi Amy yang keletihan kerana melompat-lompat kegembiraan sebentar tadi. Amy berpaling pantas ke arah Bob yang masih setia menunggu jawapan.

Wanita itu tiba-tiba sahaja mengukir senyumannya. Senyuman itu menandakan dia ada perancangannya yang tersendiri.

"Bob, siapa tak pelik bila dia menetapkan syarat untuk mengambil keuntungan lima kali gandanya secara tunai. Siapa yang tak pelik?" Amy berjalan-jalan perlahan di hadapan meja kerjanya. Bob yang duduk hanya mendengar jawapan itu dengan anggukan kecil. Jadi, apa yang membuatkan Amy begitu yakin yang mereka akan menang?

"Aku ada rancanganlah macam mana nak kelentong budak mentah tu." Kata-kata Amy tersebut menghilangkan perasaan risau yang baru hendak bercambah dalam diri Bob.

Amy turut akui yang dari awal lagi dia sudah pelik dengan tingkah laku Kay. Lelaki itu seolah sedang berpura-pura hendak berurusan dengannya. Wajah keanak-anakan Kay langsung tidak meyakinkannya untuk percaya 100% terhadap lelaki itu. Kay juga tidak terkejut langsung apabila dia meminta buku bank. Semuanya seolah-olah terlalu sempurna. Seperti ada niat lain. Huh, kalau iya pun, dia tidak akan menurut kehendak lelaki itu. Esok mereka akan berjumpa lagi. Masa itu, dia akan tentukan sama ada dia harus percaya ataupun tidak terhadap lelaki tersebut.

Padahal, wanita itu langsung tidak sedar. Semua ini sememangnya sudah dirancang oleh Kay dengan penuh teliti. Dia sebenarnya sedang berhadapan dengan seorang lagenda penyeleweng yang muncul sejak enam tahun yang lalu. Hakikatnya, Kay akan menang!

Continue Reading

You'll Also Like

Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

778K 32.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
365K 14K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
8K 451 31
Black Mamba The Last Mission: Failed! Tanpa sebuah memori kisah ini tidak akan bermula... Menyedari akan rahsia tentang kematian kedua orang tuanya m...
13.6K 417 58
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...