DISTURBIA

By NorFarahanim

10.8K 486 126

Sebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianat... More

Sebelum segalanya bermula-part 1
sebelum segalanya bermula part 2
Sebelum segalanya bermula-part 3
sebelum segalanya bermula-part 4
sebelum segalanya bermula-part 5
Bab 7-Permulaan
BAB 8
BAB 9
Kes pertama: Bab 10
BAB 11
BAB 12: Kemenangan?
catatan penulis

sebelum segalanya bermula-part 6

254 38 10
By NorFarahanim

Pagi itu, Kay bangkit daripada tidurnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia mengambil kain tualanya dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri seterusnya bersiap-siap hendak ke sekolah. Melihat jam di tangan, dia tahu waktu itu sudah lewat. Dengan perasaan cemas dia menyarung pakaian sekolah. Dia tidak pernah selewat itu ke sekolah. Tergesa-gesa dia menuruni tangga.

"Mak, Kay pergi dulu!" dia menjerit namun tiada balasan yang diterima. Langkahnya terhenti. Lagaknya seperti menyedari sesuatu. Dia berpaling ke arah dapur. Sunyi. Kawasan ruang tamu juga sunyi. Saat itu, dia kembali berpijak kepada realiti.

Terasa lemah lututnya saat itu. Kay terjelopok di hadapan pintu. Sudah sebulan berlalu, dan hampir setiap hari dia melakukan perkara yang sama. Hatinya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa keluarganya sudah tiada. Bagaimana dia ingin teruskan hidup?

Laju cecair jernih itu mengalir di pipinya. Dia rindukan ibunya. Dia rindukan adiknya dan dia rindukan ayahnya yang dahulu. Bagaimana semuanya mampu hilang dalam satu malam sahaja? Dan ketika itu, dia baru sahaja ingin membuka peluang buat dirinya sendiri.

"Argh!" Kay menjerit sekuat hatinya. Dia tidak peduli jika ada jiran tetangga yang terganggu dengan frekuensi suaranya yang tinggi itu. Dia kini hidup sebatang kara. Tiada lagi orang yang akan memberikan kata-kata semangat kepadanya setiap kali hendak ke sekolah dan tiada lagi teman untuk membonceng basikalnya. Dia keliru. Apa yang berlaku sebenarnya? Fikirannya kembali terbang ke sehari sebelum ayahnya hilang tanpa berita.

Siapa lelaki yang selalu datang berjumpa dengan ayahnya? Dia mulai perasan akan sesuatu perkara yang dia sendiri terlepas pandang selama ini. Matanya dipejam dan tidak sampai dua saat, dia kembali mengingati wajah lelaki itu. Segalanya, termasuk perbualan mereka dan amaran terakhir ayahnya mengenai lelaki itu bagaikan terakam di mindanya.

"Kay, kamu...kamu, ayah minta tolong sangat. Jangan dekati lelaki tu. Tolonglah, ayah merayu!". Terngiang-ngiang suara ayahnya di minda.

Kay menggenggam buku limanya. Tidak syak lagi. Itulah lelaki yang telah memusnahkan hidupnya!

Pak!

Pak!

PAK!

Bunyi detakan kasut itu semakin mendekat. Kay melepaskan pegangan tangan pada kepalanya. Wajahnya diangkat. Seorang lelaki berkot hitam dan bertopi hitam serta bercermin mata hitam berdiri di sisinya. Boleh dikatakan, penampilan lelaki itu serba hitam. Gayanya seperti orang kaya. Kay langsung tidak mengenali lelaki di hadapannya. Dia bangun dari duduknya. Air matanya sudah lama kering namun, wajahnya yang sembab jelas menunjukkan bahawa dia baru sahaja lepas menangis. Lelaki itu tersenyum mesra. Kay hairan. Siapa lelaki ni?

"Selamat sejahtera. Saya Saigon, penaja kamu dari restoran de' Bucceau. Ingat saya?" Saigon menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Kay. Teragak-agak Kay menyambutnya. Oh, inikah orang yang menajanya selama ini? Dia tidak sangka penajanya akan mencarinya sampai ke sini.

"Sa..saya Kay. Err..." Kay tidak tahu hendak menjelaskan keadaan dirinya saat itu. Dia masih belum bersedia dengan kehadiran tetamu buat masa ini, namun lelaki itu tetap dilayannya dengan sopan.

"Err, silalah masuk." Kay menjemput lelaki itu. Saigon mengangkat tangannya memberi isyarat 'tidak mengapa'.

"Urusan kita sebentar sahaja. Kay, saya dengar, sudah sebulan kamu tidak ke sekolah." Kay tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata lelaki itu. Dia faham, sebagai seorang penaja, pasti dia mengambil berat akan kualiti orang yang dibiayai itu agar dapat menjamin keuntungan di masa hadapan.

"Saya...uh, saya...tuan tahu? Saya minta maaf..." itu sahaja yang mampu diucapkannya. Kay tunduk. Dia tidak mampu bertentang mata dengan Saigon.

"Kenapa? Sedih sangat ke keluarga kamu mati sampai kamu tak pergi ke sekolah langsung?" Kay terkejut mendengar soalan yang agak sensitif dari mulut Saigon. Dia kembali mengepal penumbuknya kerana menahan perasaan geram. Sabar, sabar.

"Saya tak bersedia untuk ke sekolah lagi sekarang tuan. Kehilangan keluarga saya dalam sekelip mata tak mungkin dapat saya lupakan buat selamanya. Saya, mungkin terpaksa tolak tajaan tuan jika ini tidak menggembirakan hati tuan." Kay menahan getar dalam suaranya.

"Hmm...tidak mengapa. Ambil masa kamu. Saya tahu, kamu boleh lakukan yang terbaik walaupun tak masuk kelas. Sebab itulah kamu digelar The Unfair Genius bukan?" Saigon tersenyum. Kay mulai serba salah. Dia sebenarnya tidak suka dirinya digelar dengan gelaran sebegitu.

"Sebenarnya saya datang ke mari ada hajat." Ujar Saigon. Dia mengeluarkan sebatang rokok elektronik dan menghidupkannya. Tubuhnya disandar di dinding garaj sambil mengahadap ke kawasan halaman. Beberapa orang pengawal peribadinya setia menunggu di pintu kereta.

"Memandangkan kamu sudah tiada sesiapa atau dalam kata erti kata lain, kamu tiada penjaga untuk menjaga kamu, saya akan ambil kamu sebagai anak angkat. Bagaimana? Setuju?" sambung Saigon. Dia menghisap rokok elektroniknya. Kay termenung panjang mendengar hasrat Saigon.

"Boleh beri saya sedikit masa? Dalam dua hari?" Kay bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Saigon mengangguk.

"Boleh. Nah, ini kad saya. Bila kamu dah buat keputusan, hubungi saya atau datang je ke restoran ni." Saigon menghulur kad bisnesnya kepada Kay. Dia mula mengorak langkah meninggalkan kawasan rumah Kay sebelum masuk ke dalam perut kereta lalu kenderaan mewah itu berlalu pergi. Kay menatap kad tersebut lama. Ada sesuatu yang mencurigakan. Dia teringat kata-kata Saigon sebentar tadi.

"Kenapa? Sedih sangat ke keluarga kamu mati....".

Saigon, ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuannya. Kay menatap lama kad bisnes itu. Otaknya ligat mengatur rancangan.

***

Bangunan restoran itu ditatap dengan perasaan kagum. Ternyata, lelaki yang menajanya selama ini benar-benar kaya! Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam restoran itu meskipun di pintu hadapan tertera papan tanda 'close'. Hari ini, dia datang ke restoran itu untuk bertemu sendiri dengan Saigon dan memberikan jawapannya terhadap tawaran Saigon semalam. Dia datang awal sehari dari tarikh perjanjian. Ada sesuatu yang perlu pastikan. Hatinya mengharap jangkaannya selama ini salah.

Dia menyelinap ke dalam kawasan dapur. Tiada sesiapa di sini, getus hatinya. Tiba-tiba, kedengaran seperti ada suara yang semakin mendekat. Kay menyorok di sebalik langsir hitam di situ.

"Tuan, saya rasa kita tak patut bagi maklumat tentang keluarga Khalid kepada Mickel," ujar seorang wanita berpakaian pelayan restoran sambil mengiringi seorang lelaki. Lelaki itu tertawa besar mendengar kata-kata gadis itu.

"Serina, kau siapa nak arahkan aku apa yang aku patut buat? Buat sahaja kerja kau!" suara lelaki itu amat dikenalinya. Itu adalah Saigon! Siapa Khalid yang mereka maksudkan? Kay meneguk air liurnya. Jantungnya mula berdegup kencang. Telinganya dipasang bagi mencuri-curi dengar apa yang akan diperbualkan oleh mereka.

"Maaf, tuan. Tapi saya rasa semua ini salah kita. Saya tak sangka dengan memberi maklumat itu kepada Mickel, akan membawa kepada kemusnahan sebuah keluarga! Tuan Saigon, kita turut bersalah dalam hal ini!" Serina meluahkan pendapatnya. Dia sedikit emosional. Saigon berpaling dan memegang bahu gadis itu.

"Serina, sejak bila kita salah? Kau sebenarnya nak cakap aku je yang salah bukan? Huh, Khalid tu yang bodoh. Kena tipu sikit terus buat keputusan tak masuk akal macam tu. Anak je genius tapi ayahnya, otak macam ayam!" kutuk Saigon. Dia mengambil botol minuman kerasnya namun Serina segera merampas botol tersebut.

"Tuan, tuan tak boleh minum...." Saigon tergelak kecil. Dia membiarkan sahaja Serina mengambil botol tersebut.

"Kerja aku, jual maklumat dan aku tak akan sewenang-wenangnya bagi maklumat yang berharga kecuali dengan harga yang lumayan. Kau ingat berapa tahun aku kumpul maklumat keluarga Khalid? Lapan tahun kau tahu tak? Lapan tahun, Daichi pula dengan mudahnya membantu si Mickel tu . Mickel memang bijak. Tak salah aku berniaga dengan dia. Huh, tak sangka penyelewengan itu adalah jenayah pertamanya. Khalid, dia hanya bernasib malang, hmm, aku simpati." Kay mengepal buku limanya. Dia terlihat pisau yang tersusun di dapur, lalu tanpa berfikir panjang dia mengambil sebilah pisau dari situ.

"Saigon! Kau memang tak guna!" Kay meluru dari arah dapur sambil menghunus pisau itu. Saigon berpaling. Terkejut dia melihat kehadiran Kay di situ. Namun, Serina lebih pantas bertindak. Dia menendang tubuh Kay dari sisi dan menolak tubuh lelaki itu ke lantai. Lengannya dipulas ke belakang. Kay tertiarap di lantai. Pisau yang dipegangnya terlepas daripada tangan.

"Argh! Lepaskan aku. Biar aku bunuh dia, biar aku bunuh dia!" Kay menjerit bagaikan orang histeria. Kay meronta-ronta meminta supaya dia dilepaskan. Cis, tidak sangka, dia ditikam dari belakang oleh Saigon! Lelaki itu hanya berpura-pura baik di hadapannya!

"Siapa kau!" Serina menyoal kasar. Pegangan terhadap lengan Kay dikemaskan. Kay menyeringai menahan kesakitan apabila tangannya dipulas begitu. Dia tersilap langkah. Gadis itu sungguh mahir dalam seni bela diri.

"Serina, lepaskan dia." Saigon memberikan arahan. Kelihatan wajahnya yang terkilan dengan tindakan Kay. Serina hairan dengan arahan itu namun perintah Saigon tetap dituruti. Perlahan-lahan dia melepaskan Kay.

"Kay, kenapa kau nak bunuh aku?" tiada lagi bahasa formal yang digunakan antara mereka. Saigon menunduk dan duduk di hadapan Kay. Serta-merta, remaja lelaki itu bangkit dan mencekak kolar bajunya. Kay tekad kali ini. Walau apa pun yang berlaku, dia akan bunuh lelaki tua itu. Dendamnya akan terbalas.

Bang!

Satu das tembakan tepat mengenai betis kiri Kay. Kay terjelopok di lantai sambil memegang betisnya. Wajah Saigon dijeling sambil menahan kesakitan akibat ditembak. Di belakangnya, Serina sudah terketar-ketar memegang pistolnya. Dia segera menyimpan kembali pistol tersebut ke dalam apronnya.

"Uhuk! Uhuk!" Saigon terbatuk-batuk kecil sambil menggosok tengkuknya yang perit dicekik oleh Kay. Dia duduk bercangkung di hadapan Kay yang terduduk lemah sambil mengeleng perlahan.

"Saigon, kau tak akan terlepas!"ujar Kay dengan suara yang tertekan-tekan. Darahnya membuak-buak mengalir di lantai.

"Kalau kau bunuh aku sekarang, apa yang kau dapat? Ibu dan adik kau tak akan hidup balik. Ayah kau pun tetap akan gila. Keluarga kau dah musnah" Ujar Saigon serius. Dia merenung mata Kay dalam-dalam.

"Itu lebih baik daripada biarkan kau hidup senang setelah apa yang kau buat dekat keluarga aku! Puih!" Kay meludah ke sisi. Giginya diketap. Ternyata begini sakitnya apabila ditembak.

"Kay, kau masih muda. Tak perlulah kau musnahkan masa hadapan kau. Ayah kau tu yang bodoh. Mudah sangat kena tipu dengan penjenayah penyelewengan. Aku cuma jual maklumat tentang keluarga kau. Itu aja" Saigon tersenyum sinis. Dia tahu, Kay menganggapnya bersubahat namun dia teruja melihat wajah Kay yang sarat dengan dendam saat ini.

Kay terdiam. Masa depan? 'Aku tak fikir langsung tentang semua tu selepas tragedi berdarah malam tu. Aku dah tak kisah tentang masa depan aku.'

Tiba-tiba, gambaran suasana malam itu kembali menjengah. Memorinya yang begitu kuat tidak akan dapat melupakan situasi ngeri itu. Keadaan ibunya yang terbaring kaku dan tidak bernyawa terbayang-bayang di fikirannya. Dia masih ingat bau hanyir darah mereka.

Dia juga ingat, adiknya yang menjerit menyuruhnya lari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semua yang berkaitan dengan peristiwa gelap itu, dia tidak mampu lupakan, malah, mungkin buat selama-lamanya dia akan dibayangi okeh tragedi berdarah itu.

Nafasnya turun naik menahan pilu di hati. Wajah Saigon yang tersenyum sinis di hadapannya dijeling penuh dendam.

"Aku bunuh kau! Aku aku bunuh kau!" Kay kembali menjerit seperti orang histeria.

"Hei, hei, relaks. Kau boleh bunuh aku tapi sekarang bukan masanya lagi. Kau..." Saigon menumbuk perlahan dada Kay.

"Kau lemah dan tak cukup kuat untuk lawan aku. Kau akan boleh bunuh aku Kay, bila sampai masanya. Dan, sebagai ganti dendam kau yang tertangguh, aku akan bantu kau cari orang yang menyebabkan ayah kau gila. Kau mesti dah dengar tadi kan?" Kay terdiam mendengar kata-kata Kay. Ketika itu dia terasa benci terhadap dirinya sendiri. Aku, tak cukup kuat?

"Ma..macam mana?" Kay menyoal.

"Senang sahaja. Berniaga dengan aku. Beli maklumat dengan aku. Selebihnya, itu adalah urusan kau." Saigon bangun dan meninggalkan Kay di situ. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Serina lalu masuk ke dalam bilik rahsianya.

"Kay, biar saya hantar awak balik. Sebelum tu, kita kena ubatkan luka ni." Ujar Serina. Kay terdiam. Dia membiarkan gadis yang kelihatan sebayanya itu merawat lukanya. Air matanya yang mengalir dikesat perlahan dengan lengan baju. Sebagai langkah pertama untuk menjadi lebih kuat, dia harus berhenti menangis.

Dan, dari situlah, segalanya bermula.


Continue Reading

You'll Also Like

365K 14K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
19.8K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
13.6K 417 58
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...