DISTURBIA

By NorFarahanim

10.8K 486 126

Sebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianat... More

Sebelum segalanya bermula-part 1
Sebelum segalanya bermula-part 3
sebelum segalanya bermula-part 4
sebelum segalanya bermula-part 5
sebelum segalanya bermula-part 6
Bab 7-Permulaan
BAB 8
BAB 9
Kes pertama: Bab 10
BAB 11
BAB 12: Kemenangan?
catatan penulis

sebelum segalanya bermula part 2

421 55 19
By NorFarahanim

Hari ini, dia duduk di perpustakaan lagi. Membaca dan terus membaca. Hampir 50 peratus buku-buku di situ sudah pun dibacanya. Jemu? Dia tidak pernah jemu membaca. Kerana dengan membaca sahajalah dia mampu buktikan kepada mereka semua bahawa kelebihan yang dimilikinya bukan sekadar kelebihan semata-mata sebaliknya untuk dimanfaatkan. Hakikatnya, dia juga bekerja keras untuk mendapatkan pengetahuan.

Bang!

 Meja kayu panjang itu ditepuk kuat, mematikan fokusnya terhadap bahan bacaan. Lantas, bukunya diletakkan di atas meja. Dia lagi!

Kay mengeluh melihat gerangan yang berada di hadapannya. Budak Shah ni lagi. Sejak hari itu, sudah tiga hari berturut-turut lelaki itu mengikutinya ponteng kelas. Tidak mengapakah? Shah bukan seperti dirinya yang mempunyai kelebihan photgrafic memory. Dia sudah tentu memerlukan tunjuk ajar daripada guru di kelas.

"Kau macam tak suka je aku datang sini?" Shah menyoal sambil tersengih seperti kerang busuk.

Kay hanya merenung tajam wajah Shah. Memang pun! Jeritnya dalam hati.

"Weh, apasal kau suka baca buku ek? Kau kan ada kelebihan yang bukan semua orang ada. Tak perlulah bekerja keras baca buku ni semua." Selamba Shah berkata. Kay memilih untuk senyap. Orang seperti Shah pasti tidak faham sekalipun dia menjelaskan segalanya.

"Hmm.. kau tak nak jawab? Ok, aku tanya soalan lain. Kenapa semua orang benci kau?" Kay mengangkat wajahnya. Serius, budak ni menjengkelkan! Lantas, dia mengambil semua buku-buku yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam beg. Dia tidak boleh terus di sini, jika tidak ketenangan yang dicipta akan musnah lebih-lebih lagi dengan kehadiran lelaki itu.

"Eh, nak pergi mana tu?" Kay membiarkan soalan Shah berlalu begitu sahaja. Annoying, he is really annoying!

Shah, terpaku di situ setelah ditinggalkan oleh Kay. Dia termenung memikirkan apa kesalahannya terhadap Kay. Namun, sikap Kay it membuatkan dirinya lebih berminat untuk mendekati lelaki itu. Dia memang lain. Tanpa membuang masa, dia turut bangun dan mengekori langkah Kay secara senyap-senyap. Pasti dia ada tempat persembunyian yang lain selain perpustakaan.

Perlahan-lahan Kay memanjat bumbung blok perpustakaan tersebut. Soal panjat-memanjat sememangnya sudah menjadi kebiasaannya. Itu ialah tempat kedua yang dia gemari selepas perpustakaan, kerana di situ dia mampu melihat semua orang di bawah. Mereka kelihatan kecil sahaja di matanya.

Dari kejauhan Shah memerhati. Oh, di sini rupanya! Dia memandang ke arah langit. Kawasan ini berhampiran dengan sebatang pokok besar jadi tidaklah terlalu panas.

Idea nakalnya mulai muncul. Dengan berhati-hati dia merangkak ke arah Kay yang sedang tekun membaca. Sambil mengira satu, dua dan tiga di dalam hatinya....

Gah!

"Wargh!" Kay terjerit. Kakinya tergelincir. Sangkanya dia akan jatuh namun Shah pantas memaut tubuh Kay daripada tergelincir ke bawah. Masing-masing menahan debaran apabila menghadapi situasi yang mencemaskan tadi. Shah mula rasa bersalah namun dia tetap tersengih seolah-olah apa yang dibuatnya terhadap Kay langsung tidak salah. Kay menjeling tajam ke arah Shah. Dia lagi?

Yang paling dia tidak puas hati adalah apabila Shah mula gelakkan dirinya. Dia mendengus kecil lalu meneruskan pembacaannya.

"Pandai kau pilih tempat. Aku suka!" Shah melabuhkan duduknya di sisi Kay. Dia asyik memandang suasana sekolahnya. Kebetulan angin mula bertiup lembut mengelus kolar baju mereka berdua. Rambut Kay yang sedikit panjang terbuai-buai mengikut arah angin yang bertiup. Shah memuji kekacakan Kay di dalam hati.

'Tak ada siapa minta pendapat kau pun la!', marah kay dalam hati.

"Kay, kau tahu tak, aku tak benci kau." Kay masih lagi membaca. Shah meneruskan kata-katanya.

"Huh, kau mesti tak pernah ambil tahu pasal isu semasa kat sekolah ni kan? Kau tahu tak siapa pelajar nombor dua selepas kau?" Shah menyoal. Seperti biasa, Kay tidak menjawab.

"Hmm, orang itu ialah aku, Kay. Haha, mesti kau tak pernah tahu pun." Shah menggosok-gosok belakang kepalanya. Kay masih senyap namun mindanya mulai fokus terhadap kata-kata Shah. Lelaki itu sebenarnya asyik mendengar setiap bait bicara Shah meskipun dari segi luarannya dia seperti langsung tidak menunjukkan minat.

"Kay, aku faham perasaan kau bila orang mula pulaukan kau atas alasan yang langsung tak masuk akal. Aku faham. Tapi Kay, kau tak boleh macam ni. Mereka mungkin pulaukan kau tapi, kau sendiri yang buat masalah ni makin teruk." Ujar Shah. Kay berpaling melihat sisi wajah lelaki itu.

"Apa maksud kau?" mendatar suaranya bertanya. Shah tersenyum. Dia tahu, Kay sedang mendengar.

"Kau sendiri yang asingkan diri kau daripada mereka. Kalau kau tak asingkan diri kau daripada mereka sekurang-kurangnya kau boleh buktikan apa yang mereka katakan itu tak benar. Dah lama aku perhatikan kau. Kau berjaya bukan atas sekadar kelebihan itu semata-mata. Kau juga membaca dan mengulang kaji seperti mereka. Nasihat aku, kalau kau nak kurangkan kebencian mereka terhadap kau, kau manfaatkan kelebihan kau untuk semua orang." Menyirap darah Kay mendengar bicara panjang Shah.

"Macam mana? Macam mana.." dia berbisik kepada dirinya sendiri. Dia menunduk melihat bumbung merah bata itu.

"Shah, kau tak faham perasaan aku. Kau ingat semua tu senang? Semua tu mungkin senang dari fikiran logik tapi kalau kau hadapinya sendiri pasti kau akan faham." Giliran Shah pula yang terdiam saat Kay mula membuka mulutnya. Kay mengangkat jari telunjuknya lantas ditunjukkan ke arah pelajar-pelajar yang tekun belajar di dalam kelas.

"Kau tengok tu. Apa yang mereka sedang lakukan? Baca buku? Studi? Hafal? Mereka tak boleh jadi seperti aku, jadi mereka bekerja keras, tak ubah seperti robot! Langsung tak ada masa untuk berkongsi cerita atau buat aktiviti bersama-sama. Perjalanan hidup mereka sama setiap hari. Datang ke sekolah, belajar kemudian jawab peperiksaan." Kay berhenti untuk menarik nafasnya.

"Kalau tak dapat keputusan terbaik, dia orang tertekan. Kau nak tahu lagi? Kerja keras untuk dapat nombor satu! Kononnya tidak berputus asa walaupun mereka tahu, aku lagi sekali akan pegang kedudukan tu. Aku tidak kisah jika itu yang mereka ingin capai tetapi apa? Mereka tahu mereka tak mampu lalu memilih jalan mudah iaitu pulaukan aku. Apa, mereka fikir dengan mengganggu emosi aku, aku akan mengalah? Itu sebabnya aku memilih jalan yang sama mereka mahukan iaitu pengasingan. Mungkin cara ini lebih baik untuk mereka. Jadi kau tak boleh kata aku yang menyebabkan masalah ni semakin teruk. Kau tahu tak apa akan jadi kalau aku tak buat macam ni?" Shah memandang Kay yang serius ketika itu. Dia dapat lihat betapa marahnya Kay saat meluahkan apa yang terbuku dari hatinya. Dalam hati dia mengiyakan kata-kata Kay.

"Ap..apa yang akan jadi?" Shah memberanikan dirinya untuk bertanya.

"Aku akan jadi GILA!!!" Kay bertempik di hadapan wajah Shah. Shah meneguk air liurnya. Pertama kali dia melihat Kay seperti itu. Angin bertiup sekali lagi seolah-olah hendak meredakan kemarahan Kay. Lelaki itu berdiri membiarkan baju sekolahnya yang tidak berbutang turut berkibas mengikut arah angin bertiup.

Cuaca tiba-tiba bertukar mendung. Tanpa sebarang amaran, setitis demis setitis cecair daripada langit itu jatuh. Semakin lama semakin lebat. Mereka masih di situ. Shah tergamam melihat keadaan Kay yang basah lencun disirami air hujan. Tidak terkecuali juga dirinya. Kelihatan nafas Kay tercungap-cungap. Masih menahan marah. Dalam kebasahan itu, air matanya turut mengalir deras membiarkan komunikasi tanpa suara antara mereka.

Shah bangkit. Dia pantas memaut lengan Kay untuk turun daripada bumbung tersebut. Kay hanya menurut sahaja. Sesampainya mereka di tempat teduh, Kay segera merentap tangannya daripada pegangan Shah. Dia terus berlalu ke arah basikalnya. Shah hanya memerhati Kay mengayuh keluar basikalnya daripada perkarangan sekolah. Cukuplah untuk hari ini. Dia sangka dia faham perasaan Kay namun, hakikatnya dia hanya membuat lelaki itu lebih marah.

Dia melihat jam di tangan. Masih ada dua jam sebelum waktu persekolahan tamat. Malas untuk masuk kelas, dia menuju ke perpusatakaan. Dengan mengambil tempat yang selalu menjadi tempat Kay bersembunyi, dia akhirnya terlelap di situ.

'Kay, kau sebenarnya tak faham apa yang aku maksudkan. Aku sendiri pun rasa akademik bukanlah segala-galanya.'

Fikirannya melayang kembali ketika keputusan ujian baru-baru ini diumumkan. Terketar-ketar dia membawa pulang slip keputusan ujian tersebut. Ayahnya, Doktor Shamsul merupakan pengarah hospital swasta yang terkenal dan mewah di tempat itu. Sikap ayahnya yang tegas pasti tidak akan sesekali berlepas tangan apabila dia ataupun kakaknya tidak mampu menjadi yang terbaik di sekolah.

PANG!!!

Kedengaran di sebalik pintu bunyi tamparan yang deras sekali. Turut serta jeritan kecil yang terluah daripada kakaknya, Shakira.

"Ayah, ampun ayah. Shakira minta maaf sebab tak dapat nombor satu ayah." Shakira melutut di kaki ayahnya. Terkejut Shah yang memerhatikan situasi tersebut dari sebalik pintu. Tanpa belas kasihan, Doktor Syamsul menolak tubuh Shakira sehingga terjatuh ke lantai. Shah segera menerjah masuk ke dalam bilik ayahnya apabila melihat kakaknya diperlakukan sedemikian rupa.

"Kakak!" Shah menerpa ke arah Shakira. Ayahnya hanya mendengus kasar. Wajah anak lelakinya ditenung dengan pandangan yang tajam. Tangannya dihulur ke muka Shah. Wajah anak lelaki itu diangkat. Terketar-ketar dia menghulur slip keputusan ujiannya yang sudah renyuk dalam genggaman. Serta-merta slip tersebut dirampas. Hampir terbeliak mata Doktor Syamsul melihat keputusan tersebut.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipinya. Hampir tersungkur Shah dibuatnya. Terasa ada cecair hangat mengalir keluar dari hidungnya. Tanpa berkata apa-apa lagi, Doktor Syamsul segera melangkah keluar dari bilik tersebut. Sungguh dia kecewa dengan pencapaian Shah. Tidak semena-mena Shah turut menangis disitu. Dia dipeluk erat oleh Shakira.

Tubuhnya seperti dicuit-cuit seseorang. Dia mengangkat kepalanya sambil menggenyeh-genyeh matanya yang mengantuk. Bayangan seorang lelaki yang cukup dikenalinya sedang memandangnya serius.

"Balik." Ujar Kay, lalu terus melangkah. Shah terkedu. Dia melihat lengan bajunya yang basah. Ini... dia kembali memandang Kay yang semakin menjauh. Senyuman kecil terukir di bibir.

Terasa seperti segar kembali. Dia bangkit dan mengejar Kay lalu memaut bahu lelaki itu. Dengan kasar, Kay menepisnya namun Shah mengerti itu memang sikap Kay. Mereka berjalan seiringan dan mengayuh basikal pulang bersama.

'Shah, jangan ingat aku kesian' getus hati Kay.

Bukannya dia tidak nampak dan dengar sendiri yang Shah menangis sewaktu tidur di perpustakaan. Dia tidak tahu mengapa namun pasti Shah mempunyai rahsianya yang tersendiri. Sewaktu mereka berpisah di satu persimpangan, Shah mengatakan sesuatu kepadanya. Cukup untuk dia berfikir dua kali.

"Kay, aku tak kisah kalau kau tak kasihan dekat aku sebab aku cuma harap ada seseorang boleh faham apa yang aku juga rasa. Kay, jangan asingkan diri lagi. Kalau ada masalah bagi tahu sahaja aku. Macam apa yang kau buat hari ini" terpampang Kay mendengarnya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia asyik memikirkan kata-kata Shah sebentar tadi. Tiba-tiba pandangannya tertancap kepada seorang lelaki yang berpakai pejabat. Ini, lelaki yang berbual dengan ayah aku semalam, getus hatinya. Dia ingat benar wajah lelaki itu. Lelaki itu seperti sedang menunggu seseorang. Siapa? Ayahnya? Dia menghentikan basikalnya di hadapan lelaki itu.

Namun, belum sempat dia membuka mulut, lelaki itu terlebih dahulu menegurnya.

"Budak, boleh panggil ayah kau kejap? Aku nak jumpa dia."

" Er, boleh saya tahu, encik ada urusan apa.."

"Budak, panggil ayah kau sekarang!" tegas dia bersuara. Angkuh sekali lagaknya. Kay mendengus kasar lalu turun daripada basikalnya dan berdiri secara berhadapan dengan lelaki tersebut. Mata mereka bertentang antara satu sama lain dengan satu jelingan tajam yang sukar untuk ditafsirkan.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" bisik Kay kasar dengan suara yang terketar-ketar. Cuba untuk memberanikan diri.



Continue Reading

You'll Also Like

HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.4K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
1.5M 81K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] ❝𝙃𝙚'𝙨 𝙢𝙮 𝙆𝙞𝙣𝙜.❞ Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
611K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
10.1K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...