Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

498K 25.5K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

85

3.1K 203 45
By nur_minna

Dua biji mata Zafriel Adrian meliar ke sekeliling ruang tamu itu. Rumah kondominium itu hanya dihuni Fahmi seorang tanpa peneman. Walaupun lelaki itu tinggal seorang diri, rumah itu tampak bersih dan kemas.

Fahmi keluar dari dapur. Dua tin air 100 plus diletakkan di atas meja kopi. "Nah, air. Sorry aku duk sorang, aku malas nak masak. Air pun banyak air tin je."

"Takpe. Aku minum aje."

Kening Fahmi berkerut-kerut. Air tin itu dibuka lalu diteguk sikit. "Kau ni tak kerja ke? Jam baru pukul 10 pagi. Walaupun harini Sabtu, tapi setahu aku, kau memang kerja harini kan?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Harini restoran tutup. Nak bersihkan dan susun atur balik restoran."

"Oh gitu. Kau tak join? Ni kenapa dengan beg sandang sekali kau bawak ni?" Tanya Fahmi. Jarinya menunjukkan beg sandang yang diletakkan di sebelah Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian memandang beg itu sekilas. "Aku... kena gantung kerja."

"Hah?!" Terbuntang mata Fahmi mendengar jawapan dari mulut kawan baiknya itu. "Kenapa? Macam mana boleh kena gantung?"

Zafriel Adrian menceritakan semua yang berlaku dari awal Iman Nadhirah bekerja di restoran itu. Cerita tentang apa yang berlaku sebentar tadi tidak lupa untuk dia ceritakan.

"Kau nak salahkan Iman ke sekarang ni?"

Zafriel Adrian menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Dia teguk air tin 100plus itu beberapa kali.

"Kau tak boleh salahkan dia 100%, Zafriel. Memanglah dia yang salah sebab buatkan pekerja lain terleka. Tapi kau pun ada salahnya. Patutnya kau tegur, bukannya tumpang enjoy sekali!" Tegur Fahmi.

Zafriel Adrian memilih untuk tidak membalas kata-kata kawannya itu.

"Apa yang kau dendam sangat dengan Iman? Okey, aku tahu dia yang suruh kau jauhkan diri dari dia. Tapi dia buat semua tu sebab salah faham, Zaff. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau betul-betul cintakan dia ke tidak?"

"Kau ingat aku tipu pasal hati dan perasaan aku?" Berkerut dahi Zafriel Adrian. Terasa bengang apabila Fahni mempertikaikan soal hati dan perasaannya.

"Kalau kau betul-betul cintakan dia, let her know..."

"Dia dah ada Hilman. Kau lupa ke buat-buat lupa?" Celah Zafriel Adrian.

"Ye aku tahu. Tapi kau yakin ke Hilman tu jodoh Iman? Kalau betul pun, apa salahnya kau beritahu dia? At least, tak adalah membebankan fikiran kau. Kalau dia tak balas pun, redha. Allah pasti akan temukan kau dengan jodoh kau," nasihat Fahmi.

Zafriel Adrian menunduk. Memandang permaidani. "Aku... aku takut benda tu merenggangkan hubungan kita orang. Aku takut kalau dia makin jauh dari aku."

"Kenapa kau nak takut, kalau betul-betul nakkan dia? Renggangkan hubungan? Kau lupa kau yang buat hubungan kau dengan Iman renggang? Kau sendiri cakap yang kau tak nak ada sesiapa pun dekat restoran tu tahu yang kauorang berdua dah lama kenal. And kau sendiri suruh Iman berlakon macam korang tak pernah kenal sebelum ni. Tapi ada Iman lari dari kau, berhenti kerja? Takde."

Zafriel Adrian terbungkam. Ada benarnya kata-kata Fahmi itu. Berkali-kali dia menolak kehadiran Iman Nadhirah tetapi gadis itu tidak pernah jemu mendekatinya. Dari awal perkenalan mereka lagi.

"Come onlah, Zafriel. Kau tu lelaki. Apa salahnya kau beritahu dia? Jangan ego sangat! Nanti kau sendiri yang melepas. Hilman tu setakat boyfriend aje bukan ada ikatan yang sah. Bila-bila je diorang boleh break up."

Zafriel Adrian kekal membisu. Perlu ke dia meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati?

__________________________

Zafriel Adrian memandang muka pintu Restoran Dapur Cinta Manisah. Sebelah tangannya memegang stereng kereta. Sebelah lagi melekapkan telefon pada telinga.

"Kau betul ni nak ambik Irah? Dah ambik bawa balik terus. Jangan mengada-ngada nak bawak ke tempat lain," Iman Nadzir memberi amaran di hujung talian.

"Yelah. Aku tahulah apa aku buat."

Kelihatan Iman Nadhirah keluar dati muka pintu bersama dengan beg selimpangnya.

Tanpa sedar, bibir Zafriel Adrian mengukir senyuman. Walaupun baru tiga hari dia tidak bertemu dengan gadis itu, dia sudah mula terasa rindu. Dia nekad ingain meluahkan perasaannya pada gadis itu setelah difikir masak-masak tentang kata-kata Fahmi tempoh hari.

Baru sahaja Zafriel Adrian ingin membuka pintu kereta untuk mendapatkan gadis itu, sebuah kereta Mercedez berhenti di hadapan restoran. Iman Nadhirah laju melangkah masuk ke dalam kereta.

"Helo? Zafriel? Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Tanya Iman Nadzir. Talian belum lagi ditamatkan.

"Ha, dengar. Bro, aku tak jadi ambik dia. Kawan perempuan dia dah jemput. Gerak dulu, bye!"

Iman Nadzir memandang telefonnya. Dia merengus kerana talian dimatikan Zafriel Adrian. Ish, aku belum sempat cakap, dah padam!

Zafriel Adrian memandu mengekor kereta Mercedez itu dari belakang. Niat ingin meluahkan perasaan itu mati serta-merta. Dahinya berkerut seribu. Siapa pulak yang suka-suki jemput tunang aku ni?

Hilman ke?

___________________________

Sementara itu...

"You nak ajak I pergi mana ni? I penatlah. I nak balik," marah Iman Nadhirah. Sesungguhnya dia memang penat. Buat pertama kali dia bekerja shif malam pada hari itu kerana menggantikan pekerja yang tidak hadir atas sebab tertentu.

"I tahu you penat. I nak bawak you pergi makan ni. Lepas tu kita baliklah. You macam tak suka aje I jemput you? Bukan senang I nak jemput you, harini aje I free tau?"

Iman Nadhirah mengeluh berat. "I bukan tak suka. I just letih, penat. Kalau ikutkan I nak balik, nak tidur."

"Ye, I hantar you balik lepas ni. Okay? But now, kita makan dulu."

Kereta Mercedez milik Hilman diberhentikan di hadapan sebuah restoran mewah. Hilman keluar dari kereta. Iman Nadhirah mengeluh sebelum ikut keluar dari kereta.

___________________________

Usai makan, Hilman memandu keretanya ke suatu tempat.

"You, I nak baliklah. I penat tau tak?" Rungut Iman Nadhirah.

"Kejaplah. I nak ambil fail dekat rumah I. Lepas tu, I hantarlah you balik. Lepas hantar you, I terus ke office. Senang, tak payah ulang alik," kata Hilman penuh sabar.

Iman Nadhirah merengus kuat. Dia memeluk tubuh. Pandangannya dihala pada luar tingkap.

Tak lama kemudian kereta Hilman berhenti di hadapan sebuah rumah teres. Di sebelah kiri rumah itu kelihatan kosong tidak berpenghuni. Manakala di sebelah kanan pula hutan.

Iman Nadhirah terasa seram sejuk. Hatinya tidak sedap. Dia mula rasa takut. "Err... you. Ni ke rumah you? Kenapa sunyi sangat?"

"Taklah sunyi mana. I dah tinggal berapa tahun dah. Jom?" Tali pinggang keledar dibuka. Hilman membuka pintu kereta tetapi dihalang gadis itu.

"Jom? Ke mana?" Berkerut dahi Iman Nadhirah apabila lelaki itu mengajak.

"Masuk dalam lah. Takkan you nak tunggu dalam kereta? Sunyi ni takut jadi apa-apa pulak. Lagipun kejap je. I cuma nak ambil fail yang tertinggal," pujuk Hilman.

Iman Nadhirah berasa ragu-ragu untuk turun dari kereta. Tetapi dia juga takut untuk tinggal dalam kereta. Boleh buat solat istikharah kejap tak?

"Sayang, believe me okay? Jomlah."

Tanpa Iman Nadhirah sedar, Hilman sudah berdiri di hadapannya dengan pintu terbuka. Iman Nadhirah membaca taawuz dan bismillah di dalam hati. Tidak henti-henti dia meminta perlindungan dari Yang Maha Esa.

Dia mengekor Hilman ke muka pintu. Namun belum pun separuh langkah, dia berhenti. "You, I tinggal dalam kereta ajelah." Dia ubah fikiran.

"Ish, apa you ni? Bahayalah tinggal seorang diri kat situ. Jom, masuk!" Hilman terus menarik kuat lengan Iman Nadhirah ke pintu masuk rumah teres itu.

Iman Nadhirah meronta-ronta, "Hilman! Lepaslah tangan I. Sakitlah!"

Sehingga ke dalam rumah, Hilman melepaskan gadis itu.

Iman Nadhirah mengusap-ngusap lengannya yang terasa pedih. Kuat juga cengkaman Hilman. Dia yakin lengannya itu sudah lebam akibat cengkaman yang kuat itu.

"Jom, I tunjukkan you bilik," ajak Hilman dengan nada suara yang lembut. Seakan kejadian menarik tangan tadi tidak terjadi.

Iman Nadhirah menggeleng laju. Sejujurnya dia takut berada di dalam rumah itu. Tambah-tambah lagi apabila mereka hanya berdua-duaan.

"Jomlah!" Sekali lagi, Hilman menarik lengan gadis itu kuat hingga ke tingkat atas. Masuk sahaja master bedroom, tubuh Iman Nadhirah dicampak ke atas katil bersaiz queen itu.

Iman Nadhirah sudah pun mengalirkan air mata. Dia mengengsot ke belakang sehingga tubuhnya bersandar pada kepala katil. Rasa takut menyelubungi diri tatkala melihat Hilman mula membuka butang baju kemejanya.

"Y...you nak buat apa ni, Hilman? Kke...kenapa you kunci p...pintu? I n...nak balik!" Tergagap-gagap Iman Nadhirah bertutur.

Hilman tersenyum sinis. "Inilah yang aku mahukan sebenarnya, Iman Nadhirah. Aku tak pernah cintakan kau, aku cuma mahukan badan kau! Saat pertama kali aku melihat kau, aku tergoda." Pipi Iman Nadhirah dielus perlahan.

Iman Nadhirah menoleh ke kiri. Mengelak dari disentuh lelaki yang bukan mahramnya itu.

"Tapi, aku tahu kau bukan jenis yang rapat dengan lelaki. Jadi aku pikat hati kau sampai dapat. Bila kau asyik paksa aku jumpa dengan mak bapak kau, aku jadi bengang. Aku tak nak kahwin dengan kau pun. Taste aku pun bukan macam kau. Tapi bila kau asyik tepis setiap kali aku nak sentuh kau, buat aku rasa tercabar, jadi aku rancang strategi untuk dapatkan kau. Dan akhirnya, aku dapat pun!" Hilman merentap tudung yang menutup rambut panjang Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah hanya mampu mengalirkan air matanya. "Kau memang lelaki tak guna! Sia-sia aku jatuh cinta pada kau! Aku patut dengar cakap abang aku dari awal lagi!"

Hilman gelak. "Itulah kau, dah terlambat untuk menyesal sekarang sebab kau akan jadi milik aku!" Dia terus melompat ke atas katil.

Iman Nadhirah semakin takut. Sekali lagi nama yang sama terlintas di fikiran. Walaupun dia tahu lelaki itu tiada di situ, dia tetap menjerit kuat, "IANNNNN!!"

Pang!

Kuat Hilman menampar pipi Iman Nadhirah sehingga hujung bibir gadis itu berdarah. Hilman gelak kuat. "Kau nak panggil siapa? Kau lupa ke tempat ni tak ada orang? Hahahahaha! Buang masa aje!"

Hilman terus menindih tubuh Iman Nadhirah. Rontaan Iman Nadhirah langsung tidak dihiraukan. Disebabkan kudratnya tidak seberapa, dia cuma mampu menangis dan menjerit nama Ian dengan suara lemah.

Tiba-tiba...

Dumm!
















★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Part ni susah sikit nak buat, tu yang lambat update. Tapi terhasil juga bab ni, yeah!🙌👏👏👏

Apa comment anda untuk chapter ni? Sorry kalau tak menjadi bab ni. Author tak pandai sangat buat part-part macam ni.😅

By the way, agak-agaknya apa bunyi last sekali tu? Kilat? Guruh?😏

Ha, kalau nak tau, tunggulah next chapter😉

Happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to...CTPH
Happy birthday to you...

Yeay🎉🎉🎉🎉 genap setahun usia CTPH ni.. siapa birthday harini?   Sama ngan CTPH? Author belanja kek sekali🎂🎂 🎂

"Emoji aje😒"-fahmi

Bersyukurlah aku bagi dari takde😒😒

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 42.9K 18
📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina...
1.4M 47.2K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...
1.6M 66.4K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...