Cik Troublemaker Pencuri Hati...

Par nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... Plus

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

79

3K 193 326
Par nur_minna

Zafriel Adrian memandang kosong kipas siling yang berputar sambil baring di atas katil. Dia kemudian meraup wajahnya. Wajah Iman Nadhirah yang menangis tadi asyik berlegar di fikirannya. Rasa bersalah mula menyelubungi diri.

Ah, kalau bukan sebab kau asyik fikir Nadhirah ada agenda, benda ni takkan jadi! Getus hatinya.

Terasa ingin menghentakkan kepala pada dinding. Ingin melupakan apa yang telah berlaku tadi.

Tapi, siapa lelaki tadi? Kening Zafriel Adrian berkerut seribu.

Tanpa Iman Nadhirah sedar, lelaki itu memerhatinya di sebalik tembok. Di hatinya ingin meluahkan perkataan maaf. Dia ingin menebus kesilapannya. Tetapi niatnya terbantut apabila melihat seorang lelaki sekacak Shrek si raksasa hijau tu berdiri di belakang gadis kesayangannya.

Ops, terkutuk tanpa sengaja pulak!

Pada mulanya Zafriel Adrian fikirkan lelaki itu lelaki yang mabuk tiba-tiba mahu mengacau Iman Nadhirah kerana dia melihat gadis itu ingin melarikan diri. Tapi apabila gadis itu berhenti apabila lelaki itu berkata sesuatu membuatkan hati Zafriel Adrian curiga.

Lama juga lelaki itu berkata-kata. Tetapi sebutir perkataan pun dia tak dengar kerana tembok yang menjadi tempat dia menyembunyikan diri itu agak jauh dari kedudukan mereka berdua.

Dan rasa pedih di hati kembali terasa apabila melihat Iman Nadhirah tersenyum bahagia. Adakah gadis itu sudah menemui pengganti dirinya?

Zafriel Adrian bangun dari pembaringannya. Dia meraup wajah lagi sekali. Takkanlah... Setahunya Iman Nadhirah memang susah nak rapat dengan lelaki kecuali sebab lelaki itu kawan rapat abangnya ataupun rakan sekelas.

"Aku minta maaf, Nadhirah. Aku dah buat kau menangis lagi. Aku ni memang lelaki tak guna!" Semua bantal di atas katil itu dicampak ke lantai.

Tangisan mula pecah. Sudah lapan tahun dia tidak menangis seperti ini. Zafriel Adrian merebahkan dirinya kembali. Sebelah lengan menutup wajahnya.

Andai lelaki itu mampu bahagiakan kau, aku redha melepaskan kau pergi.

__________________________

Iman Nadzir mengetuk pintu bilik adiknya. Belum sempat dia ingin mengetuk pintu, dia terdenhar suara tawa riang adiknya di dalam bilik. Telinga dirapatkan ke pintu.

"... you ni suka sangat usik I. Hahaha.."

Iman Nadzir menjauhkan telinganya. Keningnya berkerut. Dagunya digaru. Alamak, diorang berbaik balik ke? Ingatkan dah end relationship dah! Baru ingat nak buat sujud syukur. Hmm.. kena buat solat hajat lagi ni.

"Nadzir buat apa depan pintu bilik Irah tu? Mari turun makan. Ajak adik kamu sekali." Suara Puan Sri Ilyana menyentakkan Iman Nadzir.

Kus semangat! Iman Nadzir mengusap dadanya perlahan. Pintu bilik adiknya diketuk. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Iman Nadhirah yang sedang mengikat rambutnya itu dipandang. Habis dah bergayut dengan mamat berlagak tu?

"Abang dengar Irah bercakap tadi. Cakap dengan siapa?" Soal Iman Nadzir seolah-olah dia tidak menghendap perbualan telefon adiknya.

"Dengan Hilman." Jujur gadis itu menjawab. "Kita orang dah baik balik."

Iman Nadzir mengangguk perlahan. "Bila nak bawa jumpa mama dan papa?"

Iman Nadhirah terbungkam seketika. "Ermm... nantilah, Irah ajak dia. Dia tu selalu sibuk dengan kerja dia."

"Irah, abang tak suka lelaki yang suka hati kenal-kenal dengan anak dara orang tanpa meminta izin ibu dan ayahnya dulu. Irah tu ada mama dan papa lagi. Masih lagi tanggungan mereka. Berdosa membelakangi mama dan papa," nasihat Iman  Nadzir dengan tegas.

"Irah tahu abang. Tapi Hilman kata dia belum bersedia."

"Sedia atau tak, abang bagi masa sampai hujung bulan ni. Kalau Hilman tak bertindak apa-apa, abang nak Irah putuskan hubungan dengan dia. Lelaki macam tu tak serius dalam hubungan cinta. Lagi satu, jangan ingat dia dah curi hati Irah, abang boleh suka dia dengan Irah."

"Kenapa? Hilman lelaki yang baik, abang. Dia tak pernah cuba pegang Irah pun, nak menyuruh buat apa yang Irah tak suka pun tak pernah. Kenapa abang nak benci Hilman, sedangkan abang baru jumpa dia sekali?" Soal Iman Nadhirah. Tidak bersetuju kerana abangnya tidak suka dengan Hilman.

Dengan suara yang dingin, Iman Nadzir menjawab, "Because I have a bad feeling about him. Turun, makan sama-sama." Dia terus pergi dari pandangan adiknya.

Iman Nadhirah mengeluh. Abangnya memang begitu. Semua lelaki yang rapat dengannya, dia tak suka. Hanya Zafriel Adrian sajalah yang abangnya suka. Kalau auka sangat, pi kahwin dengan dialah!

Kalaulah abangnya tahu apa yang berlaku tadi, pasti lelaki itu akan membenci Zafriel Adrian.

_____________________________

Iman Nadzir menyisip air milo ais yang dipesannya di kedai mamak itu. "Ada apa kau ajak aku jumpa malam-malam ni?" Soalnya.

Fahmi memusing-musingkan penyedut minuman di dalam gelas itu. "Tunggu kejap. Zafriel tak sampai lagi."

Iman Nadzir mengerutkan keming. "Zafriel pun ada sama?"

Baru sahaja Fahmi ingin mengiyakan, Zafriel Adrian datang ke meja yang mereka duduki dengan wajah tak bermaya. Dia menarik kerusi di antara dua orang kawannya lalu duduk. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.

"Order?"

Zafriel Adrian menggeleng.

"Apahal mata kau sembab?" Soal Iman Nadzir pelik. Macam baru lepas menangis aje mamat ni?

Zafriel Adrian menggeleng entah untuk apa. "Baru bangun tidur tadi." Dia pura-pura menguap menunjukkan penipuannya benar-benar belaka.

"Kau tidur? Pukul berapa tadi? Sekarang dah pukul 9 malam." Fhmi sempat mengerling jam di tangan.

"Lepas makan tadi aku tertidur. Lepas tu, dapat call dari kau ajak datang sini," terang lelkai itu.

Fahmi dan Iman Nadzir berpandangan seketika. Mereka memberi pandangan tidak percaya dengan penjelasan Zafriel Adrian.

"Fine. Kau tak nak beritahu Nadzir pasal pagi tadi?" Soal Fahmi.

Iman Nadzir menjungkitkan kening sebelah kanan. Zafriel Adrian memejamkan matanya. "Kau bagitahulah sendiri."

Fahmi mengeluh. Sengaja betul mamat ni! Dia pun mula menceritakan semua yang diceritakan Zafriel Adrian pada Iman Nadzir.

"Astaghfirullah... Zaff, kan aku dah beritahu, adik aku tak ada apa-apa agenda. Yang kau sampai tuduh dia letak racun dalam makanan tu kenapa? Aku tahulah kau kecewa sebab Iman tinggalkan kau tapi janganlah sampai tuduh dia macam tu!" Marah Iman Nadzir. Dalam marah, dia bertutur dengan lembut seperti Hajah Aminah memarahi anak-anaknya.

"Aku tahu, aku salah. Memang aku nak minta maaf tapi..."

"Tapi apa?"

Zafriel Adrian tidak menjawab. Keningnya berkerut. Wajah Iman Nadzir dipandang. "Dia dah ada pengganti aku kan?" Soalnya dengan suara menahan sebak.

Iman Nadzir tersentak. "Ermm... mana kau tahu?"

Zafriel Adrian mengeluh berat. Maknanya betullah lelaki itu memang pengganti Iman Nadhirah. "Aku nampak seorang lelaki dekati dia tadi sebelum kau sampai untuk hantar Nadhirah balik..." dia pun menceritakan apa yang dia lihat petang tadi.

Iman Nadzir merengus. "Ish, mana dia tahu adik aku kerja situ? Patutlah balik tu aku tengok Iman happy semacam. Tadi pun aku ada dengar diorang bergayut kat telefon. Aku ingat dia orang dah putus."

"Uncle dengan aunty tahu ke pasal tu?"

Iman Nadzir menggeleng. "Tak. Mamat tu nama Hilman. Aku dah bagi warning pada adik aku suruh bawak jumpa mama dan papa. Kalau tak, aku suruh diorang putus. Tapi adik aku marah aku balik. Aku bengang sebab aku tak rasa mamat tu serius dengan adik aku. Kau tahu tak dia pernah tuduh adik aku curang? Dengan aku pulak tu!"

Fahmi dan Zafriel Adrian terbuntang mata.

"Pasai pa pulak mamat tu kata lagu tu?" Keluar dah loghat utara si Fahmi ni!

"Semalam, aku dengan adik aku minum kat kafe. Dia nampak. Dia tak kenal aku, terus tuduh macam-macam. Bila dengar adik aku bagitahu yang aku ni abang dia terus terdiam," cerita Iman Nadzir.

"Itulah aku ingat diorang putus, sebab adik aku nampak marah sangat time tu."

Fahmi menggeleng kecil. "Kau memnag tak suka mamat tu?"

"Gila kau nak suka? Lelaki macam tu tak layak dibuat suamilah! Nak jumpa mak ayah aku pun tak nak. Lagipun, aku... rasa tak sedap hatilah pasal dia sejak dari aku jumpa dia semalam. Rasa macam... dia ada niat tak baik kat adik aku," luah Iman Nadzir.

"Perasaan kau aje kut. Kau patut buka hati kau terima lelaki yang kenal dengan adik kau. Mana tahu Hilman tu baik. Beri peluang pada dia. Kau kena ingat sebab mamat tu, Nadhirah gembira," nasihat Zafriel Adrian tanpa sedar mengundang rasa sakit di hati. Namun, ditahan sahaja.

Kedua-dua orang kawannya memandang tidak percaya akan kata-kata Zafriel Adrian.

"Nanti, hujung minggu aku jumpa dengan uncle dan aunty," beritahu Zafriel Adrian.

"Nak buat apa?" Tanya Fahmi sebelum sempat Iman Nadzir bertanya.

"Nak putuskan pertunangan aku dan Nadhirah."







★✩✩★✩✩★✩✩★✩✩★

Tau korang bengang. Sabar... sabar. Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan..

"Huhhhh... bos, apa ni😭😭?"-Adam

"Itulah, saya tak setuju ayat last Zafriel tu!😤"-Atiqa

Eh minah ni pun ada?

"Entah! Saya bantah 100%, author😬😬!"-Qaid

"Hoi hoi, melebih-lebih pulak. Siapa head chef? Aku kan... Itu keputusan aku. Lantak akulah!"-Zafriel Adrian

"Apa ni?😭😭😭😭"-Darmia

"Aku baru nak shipkan korang😭"-Fahmi

"Aku tahu apa nak buat! 🙋Kita culik Hilman, bawa dia ke tengah laut, campak dia masuk laut biar lemas!😏😏"-Adam

"Wow, cadangan bagus!👍"-Atiqa

"Aku join!🙋"-Fahmi

"Aku pun!😂"-Qaid

Wah, dia orang dah siap buat plan tu..

"Author selamatkan saya!😨 *lari dikejar geng-geng Adam*"-Hilman

*ambik popcorn+duduk atas kerusi urut+ tengok wayang live*-Author

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

2.4M 9.9K 7
[Book 1] Lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak. "Hey, do you miss me sayang?" Suara itu.... Perlahan-lahan...
645K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
153K 9.9K 32
Adam Hirdy | Azalea
932K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...