Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

75

3.1K 217 41
By nur_minna

Iman Nadhirah mengekor Adam dari belakang. Berkerut-kerut dahinya melihat gaya Adam. Mamat ni memang pondan ke?

"Restoran ni ada ramai regular customer. Kalau you jadi waitress memang you kena ingat. Sebab ramai jugak regular customer yang order benda setiap kali. Nasib baik you pembantu cef! Cef Zafriel pulak tu. Untung lah!"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Apa yang untung?"

"Yelah dia tu cef paling hensem dalam ramai-rami cef yang kita orang ada. Tak kahwin lagi tu. Ada juga customer saja-saja nak jumpa dengan Cef Zafriel untuk berkenalan," cerita Adam dengan bersungguh-sungguh.

Iman Nadhirah tersengih. Macam waktu sekolah dulu lah? Zafriel... Zafriel... kau ni dari dulu memang akan menjadi perhatian perempuan. Agak-agaknya, Zakwan pun akan jadi begitukah?

"Adam!" Panggil seorang pelanggan berbangsa India.

Adam berbisik pada Iman Nadhirah, "Ha, itulah salah seorang regular customer kita orang. Mrs Devi."

Iman Nadhirha mengangguk. Dia mengekor Adam lagi ke meja Mrs Devi.

"Yes, Mrs Devi. Anything you want?"

Mrs Devi tersenyum manis. "Aik sejak bila you kerja luar ni? Bukan kerja you di dapur ke?" Soalnya dengan kenjng dijungkitkan sebelah.

"Yes, I memang kerja kat dapur pun. Tapi today, I diberi kelonggaran. I have to show this place to the newbie here," terang Adam. Tangannya menunjuk pada Iman Nadhirah. Gadis itu hanya menayangkan senyuman tunjuk mesra.

Mrs Devi terpegun sekejap. "Oh, this beautiful girl. A waitress?"

Iman Nadhirah menggeleng. "Saya pembantu cef." Terasa kembang hidungnya dipuji cantik. Eh tapi bukan aku memang cantik dari dulu ke?

Perasan!

"Oh, I thought you a new waitress here. Kenapa tak jadi model? You're beautiful, dear. Sekarang ni pun ramai model yang bertudung," ujar Mrs Devi.

Iman Nadhirah hanya senyum. Model? Uhuk! Tolonglah, nak pakai baju cantik pun bila mama dan papa paksa aje. Ni interview ni pun aku pakai baju sweatshirt dengan jeans. Kasut tak payah cakaplah, kasut sneaker Converse je yang aku selalu sarung. Mana nak pakai kasut tumit tinggi tu?

Oh... not my taste!

"Eh Mrs Devi ni, I nak tunjukkan dia tempat ni. Bukannya nak sembang dengan you tau? You nak apa ni, cepatlah cakap," Adam mengembalikan topik asal sekaligus membantu Iman Nadhirah dari pertanyaan Mrs Devi.

"Oh, I want this meal another one. Saya dah panggil waitress, tak ada pun yang datang," beritahu Mrs devi.

Mata Adam meliar ke sekeliling mencari sang pelayan. Nampak sahaja kelibat Alana yang baru lepas mengambil pesanan pelanggan, laju Adam memanggil.

Alana menoleh apabila dengar namanya dipanggil. Kelihatan Adam menunjuk Mrs Devi menandakan beliau memerlukan perkhidmatannya.

"Ha tu, Alana datang. Mintak kat dia eh, Mrs? Bye, I pergi dulu! Jom, Iman!" Adam terus menarik lengan Iman Nadhirah yang berlapik baju.

"Mrs Devi tu memang suka kacau pekerja kat sini. Tambah-tambah lagi bila pekerja dapur keluar ke depan," beritahu Adam lagi.

Iman Nadhirah hanya mendengar. Telinganya mendengar tetapi matanya meliar ke sekeliling restoran itu. "Ermm... Adam? Apa function stage tu kat situ?" Soalnya pelik melihat pentas kecil di suqtu sudut restoran itu.

"Oh, that is for the performance. Kalau ada pelanggan penting datang, kita orang akan panggil band untuk buat performance. Tapi ada juga hari-hari tertentu macam public holiday and school holiday, kita orang panggil band. Kalau hari-hari biasa ada perfomance on weekend."

Iman Nadhirah mengangguk faham. "Staf sini pernah buat performance ke?"

Adam gelak. Dia menggeleng. "Tak pernah. Kalau kita orang ada bakat pun, kita orang lebih rela bekerja overtime dari buat performance."

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "O...kay?"

_____________________________

"Hey guys! Please hentikan everythi.g yang you all buat sekarang ni. I have something to tell you!" Jerit Adam memanggil semua pekerja di dapur itu.

"Apa benda yang Adam nak? Entah apa-apa aje dia tu!"

"Itulah... entah-entah dia nak promote jamu kat kita lagi tak?"

"Ish, aku dah cakap aku tak nak! Sibuk betul dia ni nak menjual benda-benda merepek tu. Pamogalah, Qu puteh, Manja Kasehlah... ish macam-macam!"

"Hey hey, I heard that okay?" Sampuk Adam. Sesuka hati aje mengata kita! Geram aje...

"Since you're here now, I want to introdush you to..."

"Introduce lah!" Seorang pekerja lelaki menyampuk.

"Adam, tak payahlah speaking. Aku tak paham satu haprak pun!" Atiqa membantah.

Adam merengus. "Fine! Fine! Aku nak kenalkan kau orang dengan our newbie!"

Iman Nadhirah yang berdiri di sebelah Adam mengerling sekilas. Boleh pun cakap aku. Ingatkan nak I you aje! Tapi akunya still disebut dengan penuh lembut.

Adam menyiku Iman Nadhirah meminta untuk memperkenalkan dirinya. "Hai, aku Iman. Iman Nadhirah, pembantu cef."

"Hai, saya Alana, waitress here." Alana menghulurkan tangan untuk bersalam.

"The youngest worker," beritahu Adam.

"Atau Iman yang lebih muda?"

"I'm twenties," jawab Iman Nadhirah. Tidak beritahu umur sebenar. Cukuplah si Zafriel Adrian dan Encik Bakri sahaja yang mengetahui umur sebenarnya.

"Oh, Alana still the youngest. By the way, I'm Irshad. A chef," Irshad memberitahu namanya.

Iman Nadhirah senyum. Dalam masa yang sama terpukau melihat kekacakan lelaki itu. Muka dia ala-ala Shawn Mendes kacukan Melayu.

Eh?

Iman Nadhirah segera menyedarkan diri. Jangan, Iman! Kau tu dah ada Hilman. Teruk nanti kalau dia tahu kau terpesona dengan orang lain!

"Aku Atiqa. Panggil Atiq. Pelayan jugak."

Iman Nadhirah memandang Atiqa atas bawah. Bawah atas. Dia ni lelaki ke perempuan? Rambut pendek macam lelaki. Muka jambu macam perempuan. Suara macho macam lelaki. Tubuh badan macam perempuan. Tapi gaya dia macam lelaki.

Eh, berapa banyak macam daaa!

"Err... Atiqa?"

Semua orang di situ kecuali Atiqa dan Iman Nadhirah tertawa. Apa yang lucu pun Iman Nadhirah tidak pasti. Dia baru saaja masuk uji bakat Lawak Solo ke apa ni? Tapi Lawak Solo bukan baru aje habis ke?

"Dah agak kau mesti confuse punya. Atiq ni perempuan tapi acah-acah tom..." serentak Qaid disiku kuat oleh Atiqa.

"Dia ni spesis Adam jugak. Adam ni kira okeylah lembut aje. Penampilan tak ubah lagi macam perempuan. Tak pernah pakai dress lagi. Si Atiq ni lagi teruk." Irshad memberitahu. Nasib baik dia berdiri jauh dari Atiqa. Atiqa hanya mampu memberi renungan setajam pisau yang baru diasah saja.

"Hei, I tak lembutlah. Dah lumrah I jadi macam ni." Celah Adam.

Iman Nadhirah sengih. Pelik-pelik betul pekerja Restoran Dapur Cinta Manisah ini!

Tawa pekerja restoran itu mati apabila pintu belakang dikuak dari luar. Kelihatan Zafriel Adrian baru masuk dengan wajah suram. Lelaki itu yang menjadi perhatian mata-mata di situ.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Dah kenapa diorang pandang aku macam mayat hidup aje?

"Kau tak balik lagi, Zaff?" Soal Irshad.

"Belum. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Eh, kau dah kenal dengan..." belum pun sempat Irshad menghabiskan ayatnya, Zafriel Adrian terus berlalu ke bilik loker simpanan pekerja.

"Dia dah kenal dah, Irshad. Iman ni, his assistant," terang Adam.

Serentak Zafriel Adrian keluar dari bilik loker itu. Sut cef tidak lagi tersarung di tubuh. Sekali lagi dia menjadi perhatian.

"Cepat gila dia tukar!" Bisik Qaid.

"Nadhirah, ikut aku!" Lantas Zafriel Adrian menarik lengan Iman Nadhirah keluar dari dapur.

Tanpa sedar kata-kata dan tindakan cef muda itu menimbulkan tanda tanya dan rasa curiga para pekerja.

"Nadhirah?"

___________________________

Iman Nadhirah separuh hati merelakan diri diheret Zafriel Adrian keluar dari restoran. Sebenarnya dia juga berasa gembira kerana nama Nadhirah masih dipanggil lelaki itu. Walaupun dia sendiri tak pernah faham kenapa namanya dipanggil Nadhirah.

Iman. Nadhirah.

Nama Iman lagi pendek kut!

"Kau nak apa tarik aku ni? Kalau nak hantar aku balik, cakap sajalah."

Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah yang masih pelik kerana ditarik secara tiba-tiba. "Hantar kau balik? Tak ada maknanya. Kau tak nampak helmet yang aku usung dari tadi ni? Aku naik motorlah! Takkan nak bonceng kau pulak? Agak-agaklah pun."

Iman Nadhirah memandang helmet full-face yang diangkut Zafriel Adrian sedari tadi. Eh? Asal aku tak perasan pun helmet tu tadi? Kepala yang tidak gatal digaru.

"Kau buat apa kat sini?"

"Toreh getah," jawab Iman Nadhirah. Sarkastik. Dia yang tarik aku ke sini lagi mahu tanya. Bengong!

Zafriel Adrian mencerlung matanya mendengar jawapan gadis itu. "Aku tanya betul-betul ni, jawablah betul-betul! Kau buat apa kat restoran ni?" Getusnya geram.

Oh, dia maksudkan kat restoran ke... "Cari kerjalah apa lagi. Eh, sekarang ni dah tak cari! Dah dapat pun kan?"

"Apa motif kau mintak kerja kat sini?" Soal Zafriel Adrian ingin mengetahui perancangan gadis itu. Pasti Iman Nadzir yang beritahu gadis itu dimana dia bekerja. Tapi apa pula motif gadis itu? Ingin memohon maaf? Atau memang netul dia hilang ingatan?

Jari telunjuk tangan kanan dinaikkan. "One reason. Experience. Cari pengalaman bekerja," beritahu Iman Nadhirah dengan jujur.

"Liar! Aku tahu kau mesti ada agenda sendiri kan? Setahu kau restoran ni tak bukak iklan jawatan kosong pun. Mesti kau merayu-rayu dekat Encik Bakri supaya bersubahat dengan kau betul tak?"

Iman Nadhirah mengerutkan kening.  Agenda? Subahat? Seriously? "Merepeklah kau ni. Mana kau belajar cakap merepek ni?"

"Kau."

Iman Nadhirah terbungkam. Ya tak ya juga. Dia kan kaki merepek dulu?

"Apa-apa pun agenda kau, aku takkan berdiam diri. Kau tunggu ajelah. Aku akan buat kau terseksa bekerja kat sini," Zafriel Adrian memberi amaran. Helmet tadi disarungkan ke kepala. Dia memanjat naik motor Ninjanya. Selepas menghidupkan enjin, motor Ninja itu laju meninggalkan tempat itu.

Iman Nadhirah menelan liur yang terasa pahit macam ubat. "Uuu... takutnya," ujarnya meniru gaya Gopal dalam cerita kartun Boboiboy. Entah episod yang mana. Dia sendiri tak ingat.









★✩✩★✩✩★✩✩★✩✩★✩✩★

Makin banyak pulak bintang ni😂👆
Hmm... Iman Nadhirah ada agenda? Ya ke? Agak-agak betul ke apa yanh Zafriel sangkakan tu?

"Mana ada!"-Iman Nadhirah

"Adalah tu"-Zafriel Adrian

"Agenda untuk meraih hati Zafriel kembali💕💕"-Fahmi

"Eh dia ni😑"-Zafriel&Iman Nadhirah

"Hahahaha... betul apa?"-Fahmi

"I sokong!🙌"-Adam

"Tetibe aje mamat lembut ni?😒" -Fahmi

"Ish, janganlah kecam I! I ni walaupun lembut, jiwa kental okey?💪"-Adam

Actually lelaki lembut;Adam ni inspirasi dari novel Islamik Membakar Syurga Meruyung Neraka karya Hana Ilhami. Sebab cerita tu ada cerita pasal gay, lelaki lembut, dan macam-macam lagi. Bestlah, tapi kena tanggung risiko pening dan confuse😂😂😂

Oh hampir terlupa. Ada orang ni mintak promote cerita dialah, disebabkan author ni baik hati, author promotelah😂

Boss Jadi Suami?! By Nursyuhadah25

Author tak pernah baca lagi ceritanya. Tapi kau orang trylah baca. Mana tahu lagi best dari CTPH ke? 😏 Ecewah...😂😂






Continue Reading

You'll Also Like

158K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea
16.5K 1.7K 28
Sambungan cerita Crushku, Ketua Pengawas. Forever After.. Yeah.. Ingat lagi macam mana Riyana dengan Izwan jumpa dulu? Diorang kahwin and bahagia, ri...
458K 1.6K 8
Highest ranking [ 1 in #novelmelayu (3/12/19-29/1/2020)] Highest ranking [top 3 in #konflik] Highest ranking [1 in #ujian #emosi] Highest ranking [1...
8.1K 1.7K 33
'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik...