Cik Troublemaker Pencuri Hati...

Por nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... Más

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

64

3.6K 198 16
Por nur_minna

"Ahoyy!"

Apa sesat lanun pulak kat sini? Iman Nadhirah menggaru kepala mendengar suara itu. Tidak lama kemudian muncul kanak-kanak lelaki berpakaian seperti Jack Sparrow dalam cerita lanun yang entah apa tajuknya, dia sendiri pun tidak ingat.

Iman Nadzir mengeluarkan pedang mainannya dari dalam sarung yang tergantung di tepi tubuh. "Kau takkan dapat harta karun itu. Semua harta itu milik aku seorang. Hoho!" Ujarnya dalam suara garau yang dibuat-buat.

Kemudian muncul pula seorang kanak-kanak lelaki berpakaian tradisional melayu, bersama dengan tengkolok (betul eh namanya?) di kepala. Dia menghunus keris mainan ke arah Iman Nadzir. "Hamba tak mahukan harta. Bukan bawak dalam kubur pun. Hamba cuma mahu..."

Iman Nadhirah yang terpinga-pinga di atas katil itu dipandang. Zafriel Adrian menyambung kata-katanya, "menyelamatkan puteri raja yang telah tuan hamba culik bagi santapan buaya!"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Buaya? Dalam cerita peter pan tu ke? Kenapa tiba-tiba ada laksamana hang tuah pulak ni? Bertubi-tubi soalan berlegar di minda. Sungguh dia keliru dengan situasi yang dihadapinya kini.

"Hai, laksamana hang tuah! Kau akan dapat dia tapi, langkah mayat aku dulu! Hiyarhh!" Dia menghunus pedang mainan ke arah Zafriel Adrian. Mereka pun berlawan pedang dengan penuh gaya. Lagak mereka seakan-akan Kapten Hook berlawan dengan Peter Pan di atas kapal.

"Hei, hei! Apa ni? Irah tak faham." Luah anak kecil itu. Malangnya, tiada siapapun mendengar luahan hatinya.

"Hiyarh! Matilah kau hang tuah! Keris taming sari pun sudah hilang entah ke mana. Macam mana kau mahu menyelamatkan sang puteri?" Soal Iman Nadzir. Kakinya berada di atas dada Zafriel Adrian yang rebah.

Zafriel Adrian menoleh ke kanan. Dia termengah-mengah. Dia terlihat pedang lightsaber yang terdampar di bawah katil. Tanpa melengahkan masa, dia menarik kedua-dua belah kaki Iman Nadzir.

Iman Nadzir terjatuh.

Iman Nadhirah terkejut. "Abang? Ian?" Panggilnya.

Tiba-tiba keluar mereka berdua. Seorang memakai baju jubah hitam bersama dengan topeng menyerupai Darth Vader dan seorang lagi memakai baju T dan seluar yang sama warna. Hitam. Di tangan mereka terdapat pedang lightsaber berwarna merah dan hijau.

"Aku ayah kau! Kau sanggup nak bunuh aku?" Tanya Iman Nadzir. Suaranya kedengaran agak lain disebabkan topeng muka yang dipakainya.

"Tak! Aku tak sanggup. Tapi demi keadilan, dan keamanan. Kerana terpaksa aku relakan tanganku mencincang tubuhmu!" Jawab Zafriel Adrian dengan suara penuh drama.

Tiba-tiba... "Nadzir, Zafriel! Apa yang kamu berdua buat? Berselerak habis bilik Irah." Tegur Puan Sri Ilyana. Kedua-dua tangannya menyekak pinggang.

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir yang sudah menanggalkan topengnya hanya menayangkan gigi susu yang kecil dan comel itu.

Puan Sri Ilyana menggeleng kecil. Dia kemudiannya beredar.

"Kenapa?" Tanya Iman Nadhirah.

Kedua-dua orang kanak-kanak lelaki itu memandang gadis kecil kesayangan mereka. "Maaf, Irah. Kita orang bersihkan bilik ni nanti. Irah kan demam? Abang saja buat drama dengan Zafriel supaya Irah ceria. Semuanya idea Zafriel," terang Iman Nadzir

Iman Nadhirah yang terkebil-kebil memandang abangnya berpaling memandang Zafriel Adrian. Zafriel Adrian mengangguk. Kepalanya menunduk. Terasa bimbang seandainya gadis kecil itu marah dan tidak mahu berkawan dengannya lagi.

Iman Nadhirah mengulum senyuman lebar. Dia meluru ke arah Zafriel Adrian lalu dipeluknya tap rasa segan silu. "Terima kasih, Ian," bisiknya lembut.

Wajah Zafriel Adrian merona merah dipeluk gadis kesayangannya.

"Alaaa... Zafriel aje? Abang?" Tanya Iman Nadzir yang memerhati. Iman Nadhirah meleraikan pelukan. Dia memeluk abangnya pula.

"Terima kasih abang. Irah dah rasa sihat sekarang."

Zafriel Adrian tersenyum manis. Lega juga kerana melihat gadis kecil itu sudah pun sihat seperti sediakala.

_________

"Adik..."

Bayangan masa silam terus pudar mendengar panggilan nama itu. Iman Nadhirah menoleh ke arah suara itu. Iman Nadzir datang dengan senyuman. Di tangannya terdapat bekalan makanan.

"Ni, abang ada bawakan fettucini carbonara. Abang masak sebelum datang tadi. Adik nak?" Soalnya.

Iman Nadhirah mengangguk. "Abang tak terkejut, adik dah sedar?"

Iman Nadzir menggelengkan kepala. "Zafriel dah telefon abang malam tadi, bagitau pasal adik. Dia beritahu yang adik kata, adik masuk hospital sebab terlanggar tiang waktu main roller-blade."

Iman Nadhirah mengangguk. "Haah. Tapi, Zafriel kata itu bukan puncanya. Apa sebabnya bang?" Soalnya ingin tahu.

Iman Nadzir tidak terus menjawab. Dia membuka penutup bekal makanan itu. Dihulurkannya pada Iman Nadhirah bersama sudu dan garfu. "Zafriel mana?" Iman Nadzir sengaja mengubah topik. Biarlah adiknya tertanya-tanya. Dia takut perkara itu mengeruhkan hubungan baik adiknya bersama dengan kawan baik sejak kecilnya itu.

"Dia pergi surau. Mama tak datang?"

"Kejap lagi mama dengan papa datanglah."

_______________

Iman Nadhirah meletakkan beg di atas kerusinya sebelum melabuhkan punggung. "Eh, Iman! Kau dah sihat?" Soal Darmia prihatin.

Iman Nadhirah mengangguk.

"Kau ni betul ke dah sihat? Tak bercakap pun... ke kau dah lupa aku? Wei, jangan lupa aku. Aku ni kawan baik kau dari form one. Wei..." lirih Darmia berkata-kata. Terasa sayu hatinya mendapat tahu kawan baiknya sudah melupakan dirinya disebabkan kemalangan kecil yang berlaku.

Iman Nadhirah spontan gelak. "Kau dah kenapa, Mia? Aku tak amnesia lah. Merepek lah kau ni. Kalau aku amnesia, tak adanya aku nak duduk sebelah kau. Mestilah aku tercari tempat duduk aku."

Darmia menggaru kepala. Eh, ya tak ya juga. "Dah tu, kau angguk aje tak bercakap. Mana lah aku tak fikir kau amnesia? Dengan balutan kepala kau ni tak bukak lagi." Disentuhnya balutan pada kepala Iman Nadhirah.

Dahi Iman Nadhirah berkerut. "Ouch, sakitlah!" Dia mengaduh sakit. Diusapnya kepala perlahan.

Darmia tersengih. "Hehe... sorry babe."

Tak lama kemudian, semakin ramai pelajar 3 Teratai masuk ke kelas itu. Ada juga desas-desus bisikan kedengaran. Mungkin sedang bergosip. Ada yang mata memandang Iman Nadhirah, tertanya-tanya kehadirannya di sini. Ada juga yang terkejut melihat Iman Nadhirah sehingga ada rasa ingin bergerak mendekati bertanya perihal insiden yabg berlaku.

Namun, kesemua itu berjaya dihentikan oleh Cikgu Qalesya. Nama kedengaran lembut dan sopan saja. Tapi bila move sikit ke perangai dia. Mashaa Allah! Garang, tegas, begitu teguh pendirian. Al-maklumlah, bertugas di bawah unit disiplin.

Iman Nadhirah malas mahu mempedulikan rakan-rakan sekelasnya. Dia mengeluarkan alat tulis dan buku Bahasa Inggeris dari dalam begnya. Darmia pula sudah tidak bertanya lagi hal Iman Nadhirah masuk hospital itu.

✩✩✩✩✩

Ahoyy! 😂 tetibe. Sebenarnya aku nak tulis notes aje tadi untuk korang, tak nak mengupdate. Tapi tiba-tiba idea melimpah ruah keluar sebaik sahaj menaip perkataan 'ahoyy'. Magik kan?😂

Okey, nak teruskan ke dengan apa yang aku nak bagitahu korang ni?

"Teruskan, teruskan,"- Zafriel Adrian dengan gaya tangannya sekali. Faham-faham jelah. Kalau tak faham, buat-buat faham😂😂

Sebenarnya, aku nak menulis dari hari balik dari kampung lagi. Tapi idea tak mahu keluar, 😭😭dia menyorok di sebalik perkataan ahoyy tu.😹😹

"Ahoyy!"-iman nadzir

"Senyaplah, bos nak cakap tu!"-zafriel adrian

"🙊"-iman nadzir

So, baru kejap tadi, aku nak tulis note mintak kebenaran cuti tanpa gaji menanti debaran gegar vaganza. Eh apa tetiba gegar vaganza keluar pulak ni?

"*nyanyi lagu Gegar Vaganza*🎤🎤"-Iman nadhirah

Eiy, gegar vaganza dah habis dah pun! Ish, kena luku jugak kepala dia ni! 😒 Okey, aku nak minta cuti menulis sebab tengah menanti hari pernikahan Zafriel dan Iman. Eh eh tersasul pulak!🙈🙊

"Aisy, sabar je ni.😒"-zafriel adrian

"Apa ni? Bocorkan rahsia?😱"-iman nadhirah

Haisy, tersasul sikit pun nak marah.😒 Tengok dah terbanyak dah notes kat bawah ni. Heisy! Empat hari, ke tiga hari? Ah apa-apa jelah. Menanti keputusan exam mahu keluar. 📝 Makin dekat hari, makin kureng idea. Dia nak bagi kita betul-betul feel kot mood berdebar ni😂😂

Okey, tu jelah kot.

"Punyalah panjang berjela, ini aje?😑"- Adik beradik iman

Dah tu, korang yang sebok kacau aku nak bercakap, mana tak berjela? Dah-dah, tutup tirai tu sekarang! Pementasan teater sudah pun tamat!

*tirai ditutup*

Seguir leyendo

También te gustarán

458K 1.6K 8
Highest ranking [ 1 in #novelmelayu (3/12/19-29/1/2020)] Highest ranking [top 3 in #konflik] Highest ranking [1 in #ujian #emosi] Highest ranking [1...
16.5K 1.7K 28
Sambungan cerita Crushku, Ketua Pengawas. Forever After.. Yeah.. Ingat lagi macam mana Riyana dengan Izwan jumpa dulu? Diorang kahwin and bahagia, ri...
18K 1K 28
"If the world sees me as the bad guy. Let them. Either if they see me as a hero, saviour or even a jerk. I don't give a damn. Heck, I would even be...
644K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...