Cik Troublemaker Pencuri Hati...

By nur_minna

497K 25.4K 4K

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perh... More

PERHATIAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59 [real]
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111

49

3.6K 197 22
By nur_minna

Iman Nadhirah dan Darmia berjalan beriringan keluar dari dewan sekolah. Mereka berbual kosong bercerita tentang perkara yang terjasi di sekolah.

Tiba-tiba tubuh Darmia dirempuh seseorang dengan kuat. Darmia jatuh terduduk. Bahunya yang terasa sakit dipegang.

Iman Nadhirah laju mendapatkan kawannya itu. Orang yang merempuh Darmia tadi dipandang. Gadis itu berjalan menonong seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Woi, perempuan! Kau apahal main langgar kawan aku ni? Ingat bumper car ke? Kalau tak sengaja tu mintak maaflah at least! Cikgu tadika dulu tak ajar ke?" Marah Iman Nadhirah. Sengaja dia menggunakan cikgu tadika. Ingin saja menyebut mak bapak tapi bila difikirkan kembali. Tak elok libatkan keluarga.

Darmia cuba menenangkan kawannya yang baran itu. "Weh, Iman. Dahlah. Aku okey je. Dia tak sengaja kut tu. Biarkanlah dia."

Iman Nadhirah merengus tidak puas hati. "Aku takkan lepaskan dia. Kalau betul tak sengaja, mintak maaflah. Bukan susah mana pun. Perempuan macam tu perlu diajar! Woi perempuan!"

Gadis itu perlahan-lahan memusingkan kepala menghadap Iman Nadhirah. "Ops! Tak sengajalah. Kesian dia terjatuh ya? Nak lagi ke?" Soalnya. Dia tersenyum sinis

Iman Nadhirah terkejut melihat wajah itu. Darmia menggoncang lengan kawannya. Dia cuba menghalang gadis itu dari mencari gaduh. "Weh, dahlah! Tak payahlah buat kecoh sini."

Iman Nadhirah merentap lengannya yang dipegang Darmia. "Kau kata apa tadi? Tak sengaja?!" Jerkahnya.

Gadis itu hanya menjungkitkan kening sebelah tanpa menunjukkan sedikit pun rasa takut. Tetapi lebih kepada mencabar.

Iman Nadhirah menyinsing T-shirt PJ sekolahnya ke bawah siku. "Berani kau cabar aku? Siap kau!"

Bukk!

Satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri gadis itu. Dia memegang tempat tumbukan itu. Bukan setakat pipi kiri, matanya turut lebam akibat tumbukan itu. Dia memandang Iman Nadhirah tajam. Di kepalanya seakan ada asap menunjukkan dia sedang marah.

Lantas tudung Iman Nadhirah ditarik.

_____________

Zafriel Adrian memegang yalu beg yang disandang di bahu kanan. Dia, Iman Nadzir dan Fahmi berjalan ke tempat letak motosikal. "Kau orang balik terus?" Soalnya.

Iman Nadzir dan Fahmi mengangguk. "Penatlah bro! Aku ingat balik ni nak terus tidur aje," cadang Iman Nadzir.

Fahmi senyum segaris. "Tidur, tidur juga. Homework jangan pulak lupa!" Pesannya.

Belakang leher Iman Nadzir garu. Dia tersenyum kelat. Alahai, homework pulak! Malasnya nak buat! Getus hatinya. "Aisy, kau ni Mi, janganlah ingatkan. Baru nak menikmati tidur yang lena."

Zafriel Adrian dan Fahmi hanya gelak.

Iman Nadzir mengambil helmet yang di simpan di tempat duduk. Baru ingin dipakai pada kepala, seorang pelajar lelaki tingkatan 2 berlari lintang-pukang menghampiri mereka.

"Abang Nadzir! Abang Nadzir!"

Mereka bertiga memandang pelajar itu dengan wajah penuh kerutan. Pelajar itu termengah-mengah. "Adik abang, dia... dia..."

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir berpandangan. Adik?

"Kenapa dengan Iman?" Tanya Fahmi.

"Dia gaduh dengan budak sekolah lain dekat depan dewan!" beritahu budak itu laju.

Zafriel Adrian  memandang Fahmi memberi isyarat supaya ikut sekali. Mereka bergegas ke dewan. Belum beberapa langkah dibuka, Zafriel Adrian menoleh ke belakang kerana terasa seperti ada yang tidak kena.

Rupa-rupanya Iman Nadzir masih terpaku dengan helmet di tangan.

"Woi, Nadzir! Adik kau tengah gaduh tu!" Jerit Zafriel Adrian.

Bagaikan baru tersedar dari mimpi, Iman Nadzir meletakkan kembali helmet di atas seat motornya. Dia laju mengikut kawan-kawannya ke tempat adiknya.

________________

"Argh! Oi, tak mainlah tarik tudung! Kau tak pernah tengok tudung ke sampai tarik-tarik ni?!" Soal Iman Nadhirah. Dia memegang kepalanya kuat. Tidak mahu tudung terlepas dari kepala. Aurat woi!

Darmia yang memerhati sedari tadi cuba meleraikan pergaduhan mereka. "Eh eh, dahlah tu! Janganlah gaduh. Hal kecik aje."

Namun, malang nasib gadis itu kerana tubuhnya ditolak oleh gadia yang merempuhnya tadi. Sekali lagi Darmia jatuh terduduk. Tiba-tiba ada teguran daripada seorang pelajar lelaki, "okey tak?"

Darmia mendongak ingin melihat pemilik suara itu. Zafriel! Zafriel Adrian dan kawan-kawannya telah pun tiba tetapi langsung tidak disedari dua orang gadis yang sedang menjalankan program WWE itu. Ceit, WWE lah sangat!

Iman Nadhirah menjerit, "Woi, dahlah! Nak kasi tudung aku koyak ke? Tahulah kau jealous dengan tudung ni. Tapi kalau nak mintaklah mak bapak kau beli. Berlambak kat pasaraya tu. Pilih je jenama!" Sempat lagi minah ni merepek.

"Berapa lama dah dia orang gaduh ni?" Tanya Fahmi.

Darmia, Iman Nadzir dan Zafriel Adrian memberi jelingan kepada lelaki itu. "Sempat pulak kan nak tengok jam kira masa?" Perli Darmia.

Fahmi hanya tersengih.

"Takkan nak tengok je Nadzir. Tudung dia bpleh koyak bila-bila masa aje." Zafriel Adrian bersuara.

Iman Nadzir memandang Darmia. "Qasha, tolong saya."

Darmia tercengang. Kenapa dia? Dia ingin bertanya tetapi bila difikirkan kembali hanya dia saja perempuan yang boleh tolong, dia turutkan saja.

Iman Nadzir berdiri di hadapan Iman Nadhirah. Darmia pula di belakang gadis yang merempuhnya tadi. Dengan serentak mereka menarik kedua-dua gadis itu menjauhi antara satu sama lain.

"Punyalah lama orang kena tarik tudung baru nak tolong?" Rungut Iman Nadhirah sambil membetulkan tudungnya yang sudah ke belakang akibat adegan tarik tudung tadi.

Iman Nadzir menjegilkan mata pada adiknya. Banyak songeh pulak minah ni. "Kira baiklah abang tolong!"

Gadis itu pula terkejut melihat muka Iman Nadzir yang bengis. "Apa pandang I macam tu? Minah tu yang tumbuk I dulu."

Semua orang di situ terkejut mendengar perkataan I yang keluar dari mulut gadis itu kecuali Iman Nadhirah dan abangnya.

Iman Nadhirah membidas, "Hello, tolong sikit! Kau yang tak mintak maaf. Ingat Mia tu bumper car kau boleh langgar sesuka hati. Ni lagi satu, kalau nak sangat tudung, pi beli lah. Tak mahal mana pun!"

Darmia, Fahmi dan Zafriel Adrian memutarkan bebola mata ke atas.

Iman Nadzir masih dengan muka bengisnya. "Kau tak payah nak temberang aku lah, Nia. Aku kenal kau bukan semalam. Aku tau adik aku takkan tumbuk muka kau sesuka hati kalau tidak kerana mulut sampah kau tu!"

Terbeliak mata mereka mendengar perkataan mulut sampah itu. Darmia mengerutkan kening. Nia? Ex girlfriend Nadzir kan?

Dania memeluk tubuhnya. Dia masih tidak mahu mengalah. "You masih percayakan adik you ni? I bukan sengaja pun langgar kawan dia. Kawan dia tak kecoh pun, dia yang melebih-lebih. One more, apa hubungan you dengan minah ni?" Ditunding jari telunjuk ke arah Darmia.

Iman Nadhirah memandang Darmia. Memberi isyarat mata seakan bertanya, kau ada hubungan dengan abang aku ke?

Laju Darmia menggelengkan kepala.

Iman Nadzir mengerutkan dahi. Dia yang pelik mendengar persoalan itu, "Apa kau merepek ni, Nia? Aku dengan Qasha takde apa-apalah. Kalau ada sekalipun, takde kena mengena dengan kau pun kan?"

"Of course ada. I'm your girlfriend!"

"Bluekkk!" Seseorang membuat bunyi muntah. Semua menoleh. Iman Nadhirah membuat gaya nak muntah.

Mereka.mengerutkan dahi. Iman Nadhirah yang pelik. "Apa? Jijik lah dengar ayat tu. Eh, bukan kau ke yang putus dengan abang aku? Perempuan tak sedar diri! Mana pergi jantan hari tu? Ke kau dah dapat anak ayam baru?" Sindiran demi sindiran meluncur keluar dari mulut. Dah lama ditahan perasaan sakit hati melihat abangnya bersedih.

Dania membulatkan mata. Dia menahan rasa marah. Habis plannya hancur disebabkan gadis itu.

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah memandang Dania. Ceh, player rupanya!

Fahmi terbatuk sambil berkata perlahan tapi mampu didengari gadis itu, "Perempuan murah!"

Iman Nadzir menggeleng kecil. "Dahlah, Nia. Aku dah katakan hari tu, jangan ganggu hidup aku. Yang paling penting, jangan kacau adik aku."

Dania menggeleng. "Dah bertahun benda tu, Nadzir. You masih backup budak hingusan tu."

Iman Nadhirah menjegilkan matanya. Amboi, budak hingusan kau panggil aku? I'm fifteen okey? "Yelah... aku budak hingusan. Tapi kau ingat sikit, budak hingusan nilah yang huat mata kau lebam tu!"

Dania memandang tempat. Alahai, lupa pulak lebam kat mata!

"Dahlah Nia. Kau tak tau malu ke buat macam ni? Aku dah malas layan perempuan macam kau. Such a desperate! Perempuan macam kau ni membuang masa aku aje. Lagi kau kacau adik aku, teruk akibatnya." Iman Nadzir memberi amaran sebelum berlalu dari situ.

Fahmi dan Zafriel Adrian mengekor Iman Nadzir. Darmia pula berjalan ke pondok menunggu untuk menanti ayahnya. Iman Nadhirah menjelir lidah pada gadis itu. "Desperate!" Ejeknya.

"Adik, balik!" Panggil Iman Nadzir. Dia menyekak pinggang melihat adiknya mengejek bekas teman wanitanya itu.

Laju Iman Nadhirah menapak meninggalkan tempat itu.

Dania hanya memandang menahan rasa geram di hati.


✩✩✩✩✩

Ambik kau panjang aku buat kali ni. Tetiba idea keluar  macam air terjun mengalir. Haha... sorry kalau tak menarik part gaduh itu. Aku tak nak buat teruk sangat cause perempuan kut yang gaduh. Hehe...

Oh ya, PMHSD dah update bab 1. Jemputlah baca ya😃

Aku minta maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu update story ni walaupun aku baru je update pagi tadi. Serious talk, tolong jangan paksa aku update sebab pt3 dah habis. Pt3 dah habis tapi doesn't mean aku takde keje lain nak buat. And aku harap kau orang faham bukan senang nak menulis novel. Kena tunggu idea datang, mood datang. Baru menjadi ceritanya. So, please don't force me. Unless dah berminggu aku tak menulis.

Continue Reading

You'll Also Like

309K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
13.3K 1K 46
Nurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuan...
2.4M 9.9K 7
[Book 1] Lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak. "Hey, do you miss me sayang?" Suara itu.... Perlahan-lahan...
671K 33.1K 70
Zafran Aidil seorang penulis yang tidak terlalu serious dan tidak suka dengan populariti. walaupun dia seorang penulis, tetapi tidak ramai yang menge...