[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투...

By sugarybin-

2.5K 205 16

+ Kalau ditanya siapa Oppa paling hot sekat sini mesti ramai yang akan jawab, Exo-k. Yelah, sebab Exo-k kan... More

Watak
Chapter 1: Pulang ke Seoul
Chapter 3: Bakat Dahyun
Chapter 4: Baekhyun suka..!
Chapter 5: Acara Berenang [Suho]
Chapter 6: Basketball Match
Chapter 7: Ex?
Chapter 8: The Truth
Chapter 9: Gosip
FOR SPM CANDIDATES
Chapter 10: Sasaeng
Chapter 11: Lab Partner
Chapter 12: Accident
Chapter 13: "Saya Terima."
Chapter 14; Kisah Lama
Chapter 15; Rahsia Pecah

Chapter 2: Pelajar Baru

172 14 1
By sugarybin-

Dahyun melilau di kawasan sekolah tersebut. Matanya liar mencari di mana pejabat sekolah.

Alah! Besar lah pulak sekolah ni. Menyesal tak mintak tolong oppa.

Baru sahaja Dahyun ingin mendail nombor Jungkook tetapi tanpa disedari dia terlanggar bahu seorang gadis sehingga membuatkan iPhone nya jatuh. Mata Dahyun membulat.

Segera dia menunduk mencapai iPhone nya. Nafas lega dilepaskan.

Bersyukur pada tuhan, nasib skrin tak pecah.

"Maafkan saya. Saya jalan laju sangat tadi sampai tak sedar awak dekat depan." Gadis itu memohon maaf sambil menundukkan tubuhnya.

"Ehh, tak apa. Saya okey je ni." Dahyun memegang bahu gadis itu agar dia berdiri tegak semula. Daripada segi pemakaian, mungkin gadis itu turut merupakan pelajar sekolah Hanlim.

"Awak pelajar baru?" Gadis itu menyoal.

Dahyun mengangguk. "Boleh tak awak tolong tunjukkan pejabat sekolah? Dari tadi saya cari tapi tak jumpa." Dahyun terus meminta pertolongan daripada gadis itu.

"Ini bangunan kelas. Sebab tulah awak tak jumpa." Ketawa kecil terlepas daripada gadis itu. "Jom saya bawakan awak ke bangunan pentadbiran." Ajak gadis itu.

Dia menarik lengan Dahyun agar turut mengikuti langkahnya. Apabila mereka sudah sampai di destinasi, Dahyun mengucapkan terima kasih kerana membantunya.

Daripada pejabat, Dahyun pergi ke bilik guru pula untuk berjumpa dengan guru kelasnya. Kali ni, nasib baiklah staff pejabat tolong tunjukkan jalan. Kemudian barulah dia dapat masuk ke kelas barunya.

---

"Omoo!!! Hensem lah oppa!"

"Wah!! Harini diaorang nampak berbeza!"

Suara pelajar perempuan memecahkan kesunyian sekolah Hanlim apabila Exo-k memasuki kawasan kelas. Suara semua macam bunyi siren. Serius bising!

Tapi perkara ini perkara biasa dan Exo juga mengabaikannya. Tanpa menghiraukan pelajar perempuan, mereka terus berjalan masuk ke kelas.

"Penat lah aku setiap hari macam ni. Merosakkan pagi aku yang indah je." Sehun yang merupakan salah satu member Exo-k merungut. Dia mengambil tempat duduknya di belakang sekali barisan ketiga. Kai turut melabuhkan punggungnya di sebelah Sehun.

"Apa boleh buat. Muka aku kacak sangat ni. Haishh." Chanyeol memegang wajahnya sambil tersenyum riang. Dia turut duduk di tempatnya di barisan tengah nombor 2.

"Oppa!!" Jeritan seorang gadis telah membuatkan ahli Exo-k menundukkan kepala mereka. Mata mereka dipejamkan dan dahi mereka berkerut.

Ah sudah! Perempuan sihir dah datang!

Goo Hara berlari dengan gedik je arah Kai sambil bibirnya sedang elok tersenyum manja. Hara pergi ke meja Sehun dan menolak kaki Sehun dengan kakinya. Sebagai tanda agar Sehun bangun dari tempat duduknya.

Sehun membulatkan matanya kerana tidak percaya yang dirinya sedang dihalau dari tempat duduknya sendiri.

"Ish, tak guna betul lah perempuan ni." Perlahan Sehun mengutuk Hara sambil berjalan lemah menuju ke tempat duduk Seulgi yang berada di depannya.

"Oppa, harini saya ada buat bekal untuk oppa. Guess what? Saya buatkan makanan kegemaran oppa. Bibimbap!" Dengan ceria Hara mengeluarkan bekas makanan dari beg plastik.

Kai masih leka mendengar lagu menggunakan earphonenya sambil bersandar pada kerusi. Matanya dipejamkan. Tangan disilangkan pada dada dan baju kemeja putihnya dilipat hingga je paras siku. Kot sekolah entah hilang ke mana.

Member Exo-k yang lain masih seronok melihat drama yang sedang berlaku secara langsung di depan mata mereka. Bukan apa, tapi mereka seronok tengok layanan Kai yang cool pada Hara. Padan muka! Siapa suruh kau menggatal dengan lelaki lain, sekarang Kai dah tak layan kau.

"Oppa, aaaaaa." Hara menghulurkan bibimbap tersebut ke mulut Kai.

"Yahh, daripada kau bazirkan makanan kau dekat dia, baik kau bagi dekat aku je." Baekhyun tersengih. Dia bangun dan pergi ke arah Hara lalu mengambil bibimbap yang sepatutnya disuapkan ke dalam mulut Kai.

Member Exo-k ketawa kuat melihat Baekhyun yang sesuka hati merampas makanan orang serta wajah Hara yang sudah bertukar kelat.

"Ishh, kau pergi jauh lah!" Hara menjerit marah ke arah Baekhyun yang selamba sahaja menjelirkan lidah ke arahnya.

Kai membuka matanya. Senyuman sinis terbit di bibirnya apabila melihat Hara yang sudah berlalu pergi sambil menghentakkan kakinya. Ingat comel ke?

"Kenyanglah kau kan. Setiap pagi curi makanan orang." Kai bersuara juga akhirnya. Sejujurnya dia memang berterima kasih dengan membernya kerana sudi menelan makanan Hara. Kalau boleh, Kai memang tak mahu bercakap dengan Hara sebab malas nak melayan perangai gedik dia tu.

"Demi kau, aku sanggup telan." Baekhyun mengetap mulutnya, menunjukkan wajahnya yang berazam. Bahu Kai ditepuk perlahan.

"Cakap jelah kau telan sebab kau tengah lapar." Kata-kata DO membuatkan Chanyeol ketawa kuat. Hmm, kalau si happy virus sudah ketawa, mesti susah dia nak berhenti. Pengakhirannya, member Exo-k juga turut ketawa. Termasuk Kai. Ya, cuma dengan membernya sahaja dia akan ketawa dan bercakap.

---

"Selamat Pagi, seonsaengnim." Pelajar memberikan salam kepada guru kelas mereka yang masuk ke kelas. Hm, pelik sebab sekarang bukannya masa untuk fizik. Ke Cikgu Hyejin ada pengumuman?

"Okey, semua boleh duduk." Arah Cikgu Hyejin sambil memukul rotannya pada meja.

Suasana kelas bertukar riuh apabila ternampak seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas. Pelajar itu hanya menunduk. Mungkin malu?

"Hari ni kita ada pelajar baru. Nama dia Jeon Dahyun. Saya harap kamu akan membantu dia kalau dia perlukan bantuan." Penerangan Cikgu Hyejin cukup ringkas dan padat. Dia berjalan ke arah Dahyun.

"Awak boleh duduk dekat tempat kosong tu, sebelah Seulgi." Cikgu Hyejin bercakap perlahan kepada Dahyun sambil tangannya menunjuk ke arah Seulgi.

Dahyun mengangguk. Dia melangkah ke arah Seulgi yang sedang melambainya.

Eh? Macam pernah jumpa.

"Awak ingat saya? Saya lah yang tolong awak pagi tadi." Seulgi memulajan bicara.

"Aaaa." Dahyun akhirnya ingat. Dia tersenyum manis. "Terima kasih lagi sekali sebab tolong saya." Ucap Dahyun lagi tanpa jemu.

"Hal kecik je. Lepasni, kita rehat sama-sama ye." Ajak Seulgi.

Dahyun mengangguk.

Baik betul lah dia walaupun muka macam cool je. Nasib baiklah ada jugak yang nak tegur aku. hmm

Sedang Dahyun fokus pada pembelajaran, dia terasa seperti kerusinya disepak oleh seseorang. Macam orang belakang je yang sepak. Pada mulanya Dahyun tidak menghiraukan, tetapi sepakan itu masih berterusan.

Dahyun memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia memandang seorang lelaki yang sedang memandangnya sambil menyilangkan tangan.

"Boleh berhenti sepak kerusi saya tak? Saya tak boleh nak fokus." Pinta Dahyun dengan suara yang mendatar. Wajahnya tidak menunjukkan reaksi apa-apa, dan pandangannya kosong. Walaupun muka kosong tapi dalam hati Dahyun sudah pun maki-maki laki ni!

"Aku tak sepak pun kerusi kau." Balasnya selamba tapi kaki masih menyepak kerusi Dahyun.

Sehun memandang Kai pelik. Tidak pernah lagi dia lihat Kai mengganggu pelajar perempuan. Selalunya Kai suka buli pelajar lelaki ja. Hari ni angin Kai berubah ke apa? Or malam tadi ada hantu masuk dalam badan dia?

"Kenapa Dahyun?" Seulgi menyoal. Dia memandang Dahyun yang seperti geram dengan sesuatu.

"Mamat belakang ni asyik sepak kerusi saya. Ada masalah kesihatan ke kaki asyik bergerak je?" Dengan geram Dahyun menjawab.

Seulgi memberikan renungan yang tajam pada Kai. Kemudian dia seperti hendak mengangkat tangannya dan melapor pada cikgu.

Kai menggulingkan matanya. "Arasseo. Aku tak kacau dah." Kai mengalah. Tapi dia sempat memberikan sepakan yang terakhir sebelum dia kembali fokus pada kelas.

Tanpa disedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikan mereka dari tadi. Hara mula berasa tidak senang dengan kehadiran Dahyun. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang akan menganggu hubungannya dengan Kai.

---

"Awak pandai menyanyi tak?" Seulgi menyoal sambil mulut sibuk mengunyah jajangmyoon. Sesekali matanya melihat ke arah Dahyun yang sekadar makan roti. Hanya roti? Kenyang ke?

"Hmm, tak adalah pandai sangat. Sama taraf ja dengan suara katak." Dahyun berkata sambil ketawa. Begitu juga dengan Seulgi. Seulgi sedaya upaya hendak menahan ketawa kerana mulutnya penuh dengan jajangmyoon, dan kalau dia ketawa, maka berlakulah letupan yang menggerunkan. Heh!

"Eyy, yeke ni? Kalau awak pandai menari atau menyanyi, awak join lah kelab menari atau kelab vokal." Balas Seulgi setelah makanan di dalam mulutnya selamat ditelan.

Dahyun mengangkat sebelah keningnya.

Wow, hebat! Tapi tak pernah-pernah lagi aku menari atau menyanyi depan orang ramai.

"Saya ahli kelab vokal. Sekarang ni, ahli utama kelab vokal ada 4 orang je." Tanpa dipinta, Seulgi memberi penerangan. Dahyun mendengar dengan penuh minat.

"Siapa dia ahli kelab vokal?" Tanya Dahyun. Dia menongkat dagunya sambil memandang Seulgi yang masih belum habis makan. Hm, monster jugak dia ni.

"Saya, Park Jimin dari kelas 5-A, Jeon Jungkook dan teman wanita dia, Jisoo. Jungkook tu ketua pengawas sekolah ni, dah suara dia memang terbaik." Seulgi menunjukkan tanda bagus menggunakan kedua-dua belah tangannya. Kalau boleh, sekali dengan kaki dia nak tunjuk jugak.

Dahyun terdiam sekejap apabila nama abangnya disebut.

Okey, aku kena belagak macam aku tak kenal Jungkook oppa. Chill ok chill

"Tak lama lagi akan ada pertandingan menari dan vokal. Sekolah kita selalu menang. Tapi tahun ni tak tahulah." Sambung Seulgi lagi sambil mengangkat kedua bahunya.

Kedua mereka senyap kerana masing-masing tengah sibuk mengisi perut apabila tiba-tiba suasana di kantin bertukar riuh. Dahyun dan Seulgi terkejut. Semua pelajar yang ada di kantin menuju ke suatu sudut di kantin.

"Kenapa tu?" Dahyun memandang Seulgi dengan wajahnya yang bingung. Mereka turut bangun meninggalkan makanan berharga mereka dan turut menyertai sekumpulan pelajar.

"Kau tak ada mata ke nak jalan bagi lurus? Ataupun kau nak aku tolong luruskan kaki kau, hah?" Kelihatan Kai sedang memarahi seorang pelajar lelaki yang sedang melutut di atas lantai.

Dahyun terkejut dengan kelakuan Kai. Tiada seorang pun yang berani menghalang Kai daripada terus membuli pelajar tersebut. Termasuklah member Exo-k!

"Dah lah tu Kai. Dia tak sengaja." Baekhyun menahan Kai dengan memegang dadanya daripada mendekati pelajar itu. Kalau tidak ditahan, memang naya lah budak tu dikerjakan oleh Kai!

"Jom kita blah." Sehun cuba menarik tangan Kai pergi dari situ. Namun, dengan pantas Kai menepis.

Dahyun cuba memikirkan apa yang sedang berlaku. Apabila dia meneliti tubuh Kai, dia ternampak bajunya basah seperti terkena tumpahan air kopi, mungkin? Dan sebab itu lah Kai marah? 

Semua pelajar menjerit tanda terkejut apabila wajah pelajar itu ditampar berkali-kali sehingga membuatkan bibirnya berdarah.

"Saya minta maaf. Saya be..betul-betul tak sengaja." Tanpa memandang mata Kai, pelajar itu meminta maaf. Suaranya terketar kerana ketakutan. Pelajar itu langsung tidak punya keberanian untuk membela diri sendiri daripada terus diperlakukan seperti itu!

"Ni tak boleh jadi ni." Cakap Dahyun perlahan. Cukup untuk membuatkan Seulgi mendengarnya. Tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi padanya, Dahyun berjalan pantas mendekati dua orang lelaki itu. Tubuh Kai ditolak kasar agar menjauhi mereka.

"Yah!! Jeon Dahyun." Seulgi menjerit memanggil Dahyun agar kembali ke sini semula. Namun usahanya sia-sia. 

Dahyun memegang lengan pelajar itu dan membantunya berdiri semula. Langsung tidak dihiraukan pandangan pelajar lain terhadapnya. Ada yang berbisik-bisik, dan yang sama waktu dengannya.

"Awak jangan sibuk dengan urusan saya. Awak tak akan tahu apa yang akan menimpa awak nanti." Pelajar itu menolak Dahyun namun Dahyun berdegil.

"Awak sanggup ke hidup dalam sekolah ni dengan adanya pembuli tak guna ni menganggu hidup awak?" Dahyun menyoal. Cukup dia tidak suka apabila melihat orang lain ditindas dengan mudah!

Kai menggenggam erat penumbuknya. Tidak pernah sekali pun, berlaku dalam hidupnya, seorang perempuan menganggu aktivitinya membuli pelajar. Lebih-lebih lagi pelajar baru. Memang tak sayang nyawa.

"Kau jangan  masuk campur urusan aku dengan dia. Sementara aku masih baik, bagus kau pergi dari sini sekarang." Kai menolak kasar Dahyun tanpa menghiraukan jantinanya. Lelaki ke perempuan ke, tapi kalau dah buat Kai panas, jangan haraplah dapat belas kasihan.

Dahyun menepis tangan Kai. Tertampal senyuman sinis di wajahnya. "Dalam hidup, aku paling benci kalau ada orang kena tindas depan aku. Kau ni manusia tapi sayang tak ada belas kasihan dalam diri kau." Kata-kata Dahyun yang berani membuatkan suasana menjadi semakin kecoh.

"Takkan kita nak tengok je?" Sehun menyoal dengan wajah bingung. 

"Kalau kita masuk campur, sampai bila benda ni takkan settle." DO membalas. Bukannya mereka tidak punya keberanian tetapi mereka cukup kenal dengan Kai.

Kai terkaku sebentar. Tidak percaya dengan yang budak baru ni baru cakapkan. Perasaan marah sudah menguasai dirinya, lalu tangannya diangkat untuk menampar perempuan itu sebelum seseorang menahan tangannya.

Jeon Jungkook, ketua pengawas sekolah a.k.a abang Dahyun sedang memegang erat pergelangan tangan Kai dengan pandangan matanya yang tajam.

"Semua pelajar bersurai sekarang!" Suara tegasnya memenuhi ruang kantin dan cukup untuk membuatkan pelajar berlari anak masuk ke kelas. "When I said everyone, that's mean, EVERYONE." Jungkook memandang Kai dan pelajar itu silih berganti. 

Pelajar itu bingkas berdiri lalu berlari masuk ke kelasnya. "Jangan sebab kau ketua pengawas, aku takut dengan kau. Ingat. Omma aku pengetua sekolah ni." Ugut Kai sebelum berlalu pergi.

"Jeon Dahyun, tunggu!" Jungkook menahan Dahyun. "Apa tadi ni? Dahyun sedar tak apa yang Dahyun dah buat?" Soal Jungkook. Dia mememegang bahu adiknya dan matanya tepat memandang Dahyun.

Dahyun menunduk. Tidak berani nak melihat wajah abangnya yang sudah pun bertukar menjadi singa.

Matilah akuu. Hmm, harap-harap hayat aku masih panjang.

"Mianhae oppa. Tapi boleh tak marah lepasni. Orang tengok lah. Dahyun taknak orang tahu apa hubungan oppa dengan Dahyun. Please oppa?" Dahyun merayu.

Jungkook melepaskan keluhan yang berat. "Balik rumah nanti jangan berani nak lari. Pergi masuk kelas cepat."

---

Okey ke tidak ni guyssss? Jawab lerr. Jangan buat author rasa alone )':

Eishh, gedikss

hhaha.

Continue Reading

You'll Also Like

300K 670 9
Kisah perhubungan antara menantu, mertua & jirannya.
35.4K 2.1K 56
"Kau lebih dari sekadar adik, Hannie." -LMH-
190K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
292K 15K 48
( ssars love written series 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022