GILA

By Melyn_Aristokra

97.3K 6.1K 355

"Aku nak anak aku balik! Aku nak anak aku!". Peristiwa hitam yang menimpa Hospital Lembah Klang ini pernah me... More

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
DUA BELAS
TIGA BELAS
EMPAT BELAS
LIMA BELAS
ENAM BELAS
TUJUH BELAS
LAPAN BELAS
SEMBILAN BELAS
Special Part
Special Part 2

TUJUH

4.1K 292 19
By Melyn_Aristokra

Kita orang naik kereta ayah May masa balik.Biasalah,orang kaya bawa kereta besar tapi yang guna sorang.Baik kita orang tumpang.

"Hai uncle!Ni hao ma!"kataku.
Kelihatan ayah May tersenyum lebar.

May duduk sebelah ayah dia manakala seat kedua pula dimiliki oleh Fiz dan Umairah. Tidak lain dan tidak bukan dua orang lelaki bujang iaitu aku dengan Nazri terpaksa duduk seat ketiga.

"Semua okey?"tanya ayah May.

"OK!"jerit kita orang semua.

Ayah May mula memandu.May dan ayahnya berbual tentang sesuatu dalam bahasa Cina.Dah kita orang tak faham,kita orang diam jelah.

"Uncle,boleh nanti May dengan kita orang pergi Alor Setar esok?"soalku selaku wakil mereka.

"Uncle okey je tapi kamu tanyalah dulu mak bapak dulu. Siapa yang hantar?"soal ayah May.

"Girlfriend abang Fiz,"Nazri menyampuk.

"Excuse me..she's ex girlfriend," kata Fiz berlagak.

"So what?"Nazri acah-acah cakap Inggeris.

"Rumah Nazri dengan Firas dekat kan?"soal ayah May lagi.

"Ya sebab tulah kita orang ni member!"kata kita orang dengan hidung kembang.

"Rumah aku bukan satu taman dengan korang jugak ke?"tanya Umairah.

"Aha..so?"soalku.

"Aku ni kira member korang la?" soalnya dengan wajah yang naif.

"No..no..no,kau cuma jiran,"kata Nazri.Kita orang tepuk sebelah tangan.

"Lelaki memang tak habis-habis fikir pasal member,"kata Fiz.Aku rasa tercabar.

"At least kita orang tak fikir pasal benda remeh macam mekap,baju and all girl stuff,"aku balas.

"Dah namapun girl stuff, memanglah hari-hari kita orang fikir,"jawab Umairah dengan nada lembut.

"Tak boleh ke fikir pasal benda yang lebih baik dari tu macam duit ke?"soal Nazri.Kita orang tepuk tangan.

"Duit?Lelaki kan boros.Manalah fikir pasal duit.Lagipun orang yang gila duit ni nak tau kena panggil apa?Materiallistik."May pula masuk gelanggang.Kata- katanya buat kita orang yang lelaki ni terasa.

"Tapi duit ni jugak yang bagi kamu makan dan minum.Girl stuff yang kamu cakap tu.Duit jugak tu."Ayah May beri sokongan untuk team lelaki.

"Ayah?!Kenapa sokong diorang?" tanya May.

"Walaupun ayah ni ayah kamu tapi..ayah tetap lelaki.Betul tak?" soalnya.

"Yeah,that's right!"kata aku dan Nazri.

"Tapi girl stuff apalah mahalnya nak dibandingkan dengan barang-barang yang low class tu? Barang murah,kualiti rendah," cabar Fiz.

"Bagi contoh,"aku cabarnya.Dia bukannya tahu apa-apa pasal boy stuff.

"Boxer,spander,singlet and gym session?"

Oh my God!Nazri pun terkejut.

"Abis tu..perempuan yang beli..," tiba-tiba kata-kataku berhenti.

"HAHH?!!"teriak Umairah sekuat-kuatnya.Matanya tidak berbiji, Fiz cuba menenangkan dia.Ayah May segera berhentikan di tepi jalan.

"Kau okey?"tanya Fiz.

Kali ini aku tahu Umairah tak main-main.

"Aku tak boleh baca minda dia!" kata May.

"Dia kena rasuk!Kawal badan dia!"arahku.

Fiz menggunakan kuasa telekinesisnya untuk mengawal pergerakan Umairah.

"Aku nak keluarkan hantu dari badan dia!Hati-hati semua!" kataku.Aku keluarkan botol air dari beg yang aku bawa.Aku renjiskan sedikit air pada wajahnya dan baca ayat Kursi.

"Keluarlah kau dari tubuh dia!" kataku dengan lantang.Umairah cuba melepaskan diri dari kereta namun dikawal oleh minda Fiz.

"Kau jangan cari aku!"suara Umairah yang berbunyi keanak-anakan berubah menjadi suara orang tua.Kami semua terkejut.

"Kau siapa?"soalku.

Belum pun hantu yang rasuk badan Umairah jawab,dia dah larikan diri.Umairah kembali normal dan pengsan.

"Aku dapat rasakan sesuatu,"kata Nazri pula,menekan kepalanya.

"Apesal?"soal Fiz.

"Aku rasa..kita tak patut teruskan siasatan ni!"ujar Nazri.

"Kenapa?"soal May pula.

"Aku dapat bayangan yang pelik apabila kita cakap pasal Mak Tiha sejak kita ada kem lagi."

"Apa bayangannya?"soalku.Dia mendiamkan diri seketika.

"Terlalu dahsyat.Aku tak dapat nak beritahu.Aku pun takut dengan apa yang aku nampak."

Aku pandang May.Dia angguk dan fokus terhadap wajah Nazri.

(Ada gambaran Mak Tiha memegang pisau..anak di atas lantai..pisau tu dijampi..bomoh muncul..darah..tangisan bayi.. mayat seorang lelaki..kelibat seorang perempuan muda..jin.. wajah hantu yang sangat teruk).

May tergamam.

"May?"soalku.

"Are you okay?"ayahnya bertanya.

"Mungkin betul apa Nazri cakap. Kita tak patut siasat benda ni lagi."

Aku rasa hairan.Apa yang dia baca dalam fikiran Nazri?

"Apa yang kau nampak?"

"Nampak?May,kau baca fikiran aku?!"jerit Nazri.

"Aku nampak mayat..dan ada perempuan entah dari mana datang dan pisau yang ada ukiran tu..dengan bomoh."

"Aku rasa tak sedap hatilah pasal trip nak ke rumah akak Juwita tu,"kata Nazri.

Aku dan Fiz saling berpandangan.

"Kau nak teruskan ke?Aku bukan tak nak buat tapi aku risaukan Umairah dan Nazri.Umairah dah kena rasuk dan Nazri terima ramalan pelik.Tahu tak,ramalan Nazri tak pernah salah."

"Aku tahu tapi..selagi kita tak siasat,kita takkan dapat cari pembunuh Mak Tiha."

Fiz masih dengan keputusannya untuk meneruskan siasatan.

Hari ni Umairah.Esok,lusa? Gerak hati Nazri tak pernah salah.Kalau betul-betul ada benda jahat jadi kat kita orang macam mana?

"Kenapa tak bagi je polis uruskan?"soalku.

"Kenapa mesti bahayakan kita orang yang muda ni?"soal Nazri pula.

"Kalau kau sayang nyawa,baik kau jangan buat."

"Aku tak kira.Polis tak ada kebolehan macam kita.Diorang takkan dapat selesaikan kes ni tanpa kuasa kita."

"Aku ikut May."

"May,I guess you better don't," kata ayah May dengan risau.

"Dad,Fiz's sister will be with us."

"Uncle benarkan kamu teruskan tapi jangan cari bahaya.Pastikan ada orang dewasa teman kamu. Bila berhadapan dengan benda-benda mistik tu,pastikan kamu kuatkan iman dan teguh pegangan agama,"pesan ayah May.

"Baik uncle!"kata Fiz.

"Selagi kita bersama,nothing will stop us,"ujar May.

"Kita teruskanlah.."ujarku.

"Yess!"kata dua gadis itu.

"Apa jadi?"Umairah mulai sedar.

"Umairah!"jerit Fiz.

"Kau kena rasuk tadi.Kau okey?" soal Nazri.Prihatin sangat!

"Wan kata aku kena rasuk dengan Mak Tiha."

What the..

Kita orang terdiam seketika.Mak Tiha dah tahu kita orang nak siasat tentang dia.

Tapi kenapa dia kata jangan siasat?

Kita orang siasat untuk cari pembunuhnya.

Salahkah apa yang kita orang buat ni?

"Uncle hantar kamu semua,ya. Esok kalau pergi,jaga diri.May kata kamu sleepover 2 hari 1 malam.Ya ke?"soal ayah May.

"Yes!"kataku dan Nazri serentak.

"Korang dua macam kembarlah!" kata Fiz.

Aku tak kisah tentang apa dia cakap.Anyway,we are going to Kedah!Hooray!

Continue Reading

You'll Also Like

97K 6.4K 25
Dunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup...
498K 39.6K 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan t...
71.9K 4.5K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
609K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...