Encik Boss #Wattys2016 ✔

Von Iamsyakiraa

1.8M 44.9K 648

Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan... Mehr

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
Bukan Update
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 27
Sorry
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
STORY BARU
BAB 33
BAB 34
BAB 35 : Melissa
BAB 36
BAB 37
Bab 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42 : END

BAB 5

49K 1.3K 34
Von Iamsyakiraa

Datin Aida memandang Airul yang kelihatan sedang tekun menonton television. Perlahan-lahan Datin Aida mendekati anak terunanya itu. Airul mendongak ke atas melihat ibunya yang berdiri di sebelahnya.

"Airul, mama nak tanya something boleh?" Airul menjongketkan keningnya.

"Tanyalah ma. Apa dia?" Datin Aida senyum.

"Azwina tu girlfriend Airul ke?" Tersedak Airul dibuatnya. Pantas jarinya mengesat air matanya yang keluar akibat tersedak.

"Girlfriend?! No lah. Just my new staf. NewPA." Ujarnya perlahan. Datin Aida tersenyum lagi.

"Azwina tu single?" Soalnya lagi. Airul hanya menganggukkan kepalanya laju.

"Why ma?" Makin lebar senyuman Datin Aida.

"Mama berkenanlah dengan Azwina. Hormat orang tua, sopan, cantik, tutup aurat dan yang penting dia suka sangat senyum dengan mama. Siap nampak lesung pipit lagi tu. Haha." Datin Aida ketawa kecil. Airul melopong. Betul juga tu. Sesuai jadi calon isteri aku. Ececeh.

"Kenapa ma? Nak jadikan madu mama ke?" Datin Aida menampar kuat lengan Airul. Ketawa besar Airul dibuatnya.

"Apa pula macam tu? Tak ada eh. Mama lebih berminat dia jadi menantu mama." Sengaja Datin Aida menjeling lembut Airul yang memandangnya tajam.

"Apa mama ni? Ish, dah datang dah mengarut mama tu." Airul mencebik. Datin Aida senyum saja.

"Tak apa. Nanti mama nak jumpa Azwina lagi. Bagitau kat Azwina esok teman mama lunch." Airul memandang pelik Datin Aida.

"Ish, kamu ni. Mama saja je nak ajak dia lunch! Bukan mama ada buat apa-apa pun kat dia." Airul mengangguk laju. Telefon bimbitnya diambil lalu jarinya laju menekan setiap huruf.

"Kat mana ma? Tapi jangan lewat sangat tau. Airul pun perlukan Azwina tu. Dia kan PA Airul." Jelasnya.

"Kat cafe dengan dengan office kamu je. Kat Aroma Cafe."

"Okay. Airul dah bagitau Azwina."

"Eh, awalnya kamu bagitau. Mama ingat kamu nak bagitau esok kat office kamu." Airul tersengih.

"Dahlah ma. Airul naik atas. Nak tidur. Goodnight, ma. Wish goodnigt to ayah juga. Assalamualaikum." Tangan mamanya dikucup lalu naik ke tingkat atas.

******

"Assalamualaikum Datin." Dikucup lembut tangan Datin Aida.

"Waalaikumussalam, Azwina. Sinilah duduk sebelah mama. Satu lagi, mama tak nak Azwina panggil mama ni Datin Aida. Panggil mama je." Azwina tersenyum tawar. Tiba-tiba teringatkan arwah ibunya.

"Azwina kenapa ni? Mama ada salah cakap ke?" Soal Datin Aida bila melihat raut wajah Azwina berubah.

"Taklah Datin.. Eh, mama. Saya cuma teringatkan arwah ibu Wina." Balasnya. Tidak mahu Datin Aida terasa bersalah. Datin Aida mengangguk perlahan. Tangannya laju saja memeluk tubuh Azwina.

"Maafkan mama ye. Tak apa. Azwina anggap je mama ni ibu Azwina." Azwina mengangguk. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Sungguh dia rindukan arwah ibunya. Dia mengeratkan lagi pelukan Datin Aida.

"Ehem! Apasal kau senyum sorang sorang ni? Dah tak betul ke otak kau tu?" Azwina mendongak. Aku tak betul? Ish, nasiblah kau boss aku.

"Saja je nak senyum. Tak boleh ke?" Terbeliak mata Airul. Eh, dah pandai menjawab dah minah ni.

"Gila!" Azwina tersengih sendiri. Matanya masih melihat Airul masuk ke biliknya.

Diana memandang Rizki begitu juga sebaliknya. Tidak lama lepas tu mereka ketawa serentak.

"Weh, Riz! Dah macho kau sekarang eh? Lama tak dengan cerita kau sejak kita habis SPM dulu. Kau pergi mana doh hilang macamtu je?" Tanya Diana. Matanya masih memandang wajah tampan Rizki. Rizki pula sudah kembang kempis hidungnya dipuji sebegitu.

"Macho ke? Alamak aih, baguslah kalau kau nampak kemachoan aku." Guraunya. Diana mencebik. Cis, perasan dah.

"Aku sambung study kat London. Sorrylah tak bagitau kat korang. Selang dua hari lepas habis SPM tu aku dah fly kat London. Tinggal kat sana dengan uncle Adam. So aku sekali sambung study kat sana. Ni pun aku balik Malaysia sebab daddy aku suruh ganti tempat dia kat Rayq Holding." Terangnya panjang lebar. Diana hanya mengangguk macam burung belatuk.

"Wait! So, kau CEO lah ni kan?" Teruja dia bertanya. Anggukan diterima membuatkan dia tersengih.

"Jom lunch? Kau belanja aku. Kau kan CEO. Haha." Rizki ketawa.

"Oh, patutlah kau teruja semacam dapat tau aku CEO. Rupanya nak ..."

"Eh, dah dah. Aku dah lapar gila ni. Dah berdisko dah perut aku ni dari tadi." Sengaja Diana memotong ayat Rizki.

Azwina mengeliat kecil selepas bangun dari tidurnya. Telefon Sony dicapai. Aik ada mesej. Dari siapa pula ni?

From : Mr. Boss

Wei, Azwina Sofea. Esok pagi tepat jam 11 pagi aku ambik kau. Kau send alamat rumah kau. Nanti aku jemput..

Azwina mengeluh perlahan. Kenapa pula ni? Jarinya pantas membalas pesanan itu.

To : Mr. Boss

Waalaikumussalam. Ada apa pula ni boss? Hari ni kan hari sabtu. Orang nak rehatlah.

Butang send ditekan.

TRETT ! Uish lajunya balas.

From : Mr. Boss

Eh. Sempat perli aku! Kau tak payah nak banyak tanya lah minah senget. Kau cepat siap. Jam 11 aku jemput kau. Jangan lupa alamat rumah kau bagi kat aku.

Uish, minah senget?! Aku yang cantik cun melecun ni dia panggil minah senget?! OMG!

To : Mr. Boss

Minah senget?! I think boss kot yang senget. Asal tak cari je kat Resume saya? Kan kat sana dah lengkap dengan alamat rumah sekali? Sah! Encik Airul yang senget.Not me. Bahaha.

Azwina ketawa sendiri. Ketukan pintu menghentikan tawanya. Perlahan-lahan diabangun lalu membuka pintu biliknya. Azwina memandang pelik Diana yang terjenguk-jenguk melihat biliknya.

"Kau dah kenapa, Dian? Asal kau terjenguk-jenguk macam tu?" Akhirnya terluah juga soalannya.

"Eh, aku yang patut tanya kau. Kau okay tak ni?" Pelik. Kenapa pulalah kawan dia sorang ni ketawa sendiri.

"Aku okay je lah. Kau ni buat suspen aku je lah."

"Tak adalah. Tadi aku dengar kau ketawa macam apa entah. Sebab tu aku naik atas ni. Takut kau kena sampuk ke apa ke." Terbeliak mata Azwina. Tangannya mencubit pinggang Diana. Diana terjerit kecil.

"Kau ni! Ish, dahlah. Aku nak bersiap jap." Baru saja Azwina mahu menutup pintu lengannya ditahan oleh Diana.

"Kau nak bersiap nak pergi mana?" Tanya Diana.

"Encik Airul nak datang jemput aku." Tersenyum sinis Diana memandangnya. Aduh, kenapa pula minah ni pandang aku macam tu?!

"Dating eh? Sejak bila?" Azwina berpeluk tubuh.

"Jangan fikir bukan-bukan eh? Sejak bila apa bendanya? Mungkin ada kerja kot. Tu yang dia nak bawa aku sekali. Eh, dahlah. Kalau cakap dengan kau satuhari tak siap. Shuhhh shuhhh!" Terangnya. Tangannya menolak kawannya itu keluar dari biliknya. Diana terkekek-kekek ketawa.

*******

TUT ! TUT ! Bunyi hon kereta kedengaran diluar rumah sewa Azwina dan Diana. Azwina terkedek-kedek memakai kasutnya.

"Kau ni kan memang lembab kan?!" Marah Airul. Matanya tidak memandang Azwina yang duduk disebelahnya. Azwina mencebik.

"Tu pun nak marah. Tak sporting lansung!" Gumamnya perlahan.

"Apa kau cakap?" Azwina menggeleng laju.

"Kita nak kemana ni?" Airul menoleh memandang Azwina. Hm, cantik.

"Pegi rumah akulah." Azwina cuak. Ah sudah. Mamat ni nak buat apa bawa aku pegi rumah dia? Bermacam-macam andaian yang dia fikirkan.

"Ops, sorry. I mean, my parents house." Airul perbetulkan ayatnya bila melihat Azwina yang tidak senang duduk. Takut sangat.

"My mom ajak kau makan tengahari sama-sama. Kau tak payah nak fikir bukan-bukan. Kau bukan taste aku. Sorry and please jangan perasan." Azwina menunduk. Malu dibuatnya sebab Airul mengetahui apa yang sedang dia fikirkan. Mukanya mula memerah. Hm, malunya aku!

Setelah mereka sampai ke perkarangan rumah keluarga Airul, segera Azwina membuka pintu kereta. Matanya membulat melihat banglo keluarga Airul. Mak aih, besar gila rumah ni. Dah macam istana pula. Kagum Azwina.

"Weh, minah. Tak payah nak sakai sangatlah. Jom masuk rumah." Azwina mencebik sebelum mengikut langkah Airul.

"Assalamualaikum." Salam diucapkan bila melangkah masuk ke dalam rumah. Airul memandangnya sekilas. Sopan gila.

"Waalaikumussalam. Wah, Azwina dah sampaipun." Salam dijawab oleh Datin Aida. Pantas tangan Azwina menyalami Datin Aida sebelum melagakan pipinya.

"Alhamdulillah. Sampai juga Azwina ke sini. Mama rindu nak jumpa Azwina." Jelasnya. Senyuman Azwina mula mekar.

"Abang, kenalkan ni Azwina. Azwina Sofea. Azwina, ni ayah Airul, Dato' Kamal. Panggil ayah je." Ayah Airul mengangguk perlahan begitu juga Azwina. Terasa kekok pula rasanya.

"Jom Azwina. Kita makan lunch sama-sama eh. Sorrylah ganggu Wina waktu cuti macam ni." Azwina senyum. Bahu Datin Aida dipeluk sayang.

"Tak ganggu pun, ma. Sedapnya bau. Mama yang masak eh?" Datin Aida mengangguk. Airul yang memandang kemesraan mereka turut tersenyum. Bahagia pula rasanya.

Okay kali ni aku buat panjang sikit. Eh yeke panjang ? 😂 Thanks yang sudi baca ceritayang tak seberapa nak best ni huhu. Nantikan bab seterusnya ya. Mulai minggu depan aku dah tak dapat nak update selalu. Sebab dah start sekolah. Slow updatelah jawabnya. Tapi don't worry. I'll try to do the best lagi 😁😁 InsyaAllah 😍

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
182K 5.7K 21
Auni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersah...
142K 4.9K 15
Dhuha Sophea, tak pernah langsung terlintas dihati untuk mengahwini mana-mana lelaki buat masa ini. Tapi disebabkan umur yang makin meningkat dan Dhi...