Please Be Mine, Sayang.

By minsyubbuing

725K 23.8K 1.1K

Hati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in roma... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
39 [The.Real.One]
40
41
Special Chapter ❤
A Life Of Tears

16

13.2K 540 3
By minsyubbuing

Bunyi loceng yang bingit itu membuatku tersedar dari lena. Aku bangun dari katil dan terus ke luar untuk ke pintu. Di pintu itu, aku melihat gerangan siapakah yang datang dengan menggunakan benda yang bulat yang ada di tengah tengah pintu itu. Apa nama benda alah tu eh?

"Assalamualaikum!" Jerit sang suara garau.

Terlihat akan tubuh badan Arash bersama seorang perempuan yang lebih muda melalui benda bulat yang ada di tengah pintu itu, tanganku segera ingin membuka pintu. Namun niat itu terbatal apabila menyedari akan pakaianku ini.

"Waalaikummussalam, kejap!" Jeritku dari dalam segera masuk ke bilik.

Aku segera menggapai sweater lalu sweater itu aku zipkan di bahagian tengahnya. Untuk menutup kepala, aku mengikat rambut lalu hoodie itu aku naikkan di kepala.

Aku mengeluarkan kepalaku sedikit di celah pintu itu.

"Eh Arash..." Kataku pura pura baru tahu akan kehadirannya. Walhal aku sudahpun tahu akan kehadirannya melalui benda alah itu.

Arash hanya senyum.

Pintu grill dicapai olehku lalu grill dibuka untuk mereka masuk. Aku mempersilakan mereka masuk dengan kelam kabutnya. Terasa pelik pula apabila kita sebagai penumpang mempersilakan tuan rumah. Kan?

"Rania, kenalkan ni adik saya Bella. Bella akan temankan korang untuk buat sementara waktu ni. Tempat belajar dia pun tak jauh dari sini, so senang lah nanti.." Dia memperkenalkan adiknya kepadaku.

Aku mengangguk mendengar kata katanya.

"Hi akak! Nice to meet you.." Bella menyapaku dengan nada yang ceria lalu menyalami tanganku. Aku memandang Bella. Cantik, sama seperti abangnya. Bella juga tinggi orangnya. Memang keluarga Arash ni tinggi kah orangnya?

"Nice to meet you too, Bella.." Jawabku dengan senyuman yang tak lekang dari bibirku. Walaupun dah lenguh.

"Eh kejap ya? Saya buatkan air dulu.." Aku segera ke dapur.

"Eh tak payah tak payah.. Kami berdua baru je lepas minum tadi.. Lagipun saya dah nak balik ni," Halang Arash.

Aku kembali berpatah balik kepada mereka. Terasa betul betul janggal. Lagi lagi apabila aku berpakaian seperti ini. Bersweater dengan kain songket dari sarawak itu. Ini semua disebabkan terlalu penat, sehinggakan kain dari baju kurung pun belum dibuka.

"Baru bangun tidur eh?" Soal Arash sambil tersenyum. Bella pula sudah memasuki biliknya yang bersebelahan dengan bilik aku dan Imanina.

"Hah? Oh— haah penat sangat tadi. Ni pun terpaksa batalkan kelas tambahan dengan student.." Kataku sambil membetulkan hoodie di kepalaku.

"Oh patut la baju pun tak tukar lagi..." Katanya sambil mengangguk-angguk. Aku hanya diam membatu, malu.

"Takpe lah kalau macam tu, saya balik dulu. Malam nanti saya call," Arash bangun dari sofa.

"Hah buat apa nak call?"

"Saja nak borak borak, lepaskan rindu? Lagipun sekarang kan awak jadi girlfriend saya. So why not? Ke awak busy malam ni?"

"Oh, tak. Tak busy pun. Wait, bila masanya saya jadi girlfriend awak? Perasan betul dia ni," Jawabku.

"Suka hati la Rania.. But for me, you're my girlfriend.. Okay la, I need to go now. Take care okay? Kalau apa apa call je saya. Bella pun ada tu, nanti tanya je dia kalau perlukan apa apa okay sweetie?" Dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku yang terkejut itu terus membuat muka menyampah kepadanya. Walhal aku masih terkejut bercampur dengan gembira. Gembira? Eh?

"Bella! Abang dah nak balik ni!" Jeritnya kuat. Beberapa saat selepas itu, Bella terus keluar untuk menyalami abangnya.

"Jangan nakal nakal! Kau nakal, abang suruh buah hati abang ni report kat abang.. Jaga diri, jangan lupa solat, dengar apa akak Rania cakap.."

"Ye Bella tau la semua tu.. Abang tak payah la nak risau sangat okay? Abang tu yang patut risaukan diri abang tu.." Balas Bella.

Aku hanya melihat telatah dua beradik ini sampai ke penghujungnya. Lalu, aku menghantar Arash sampai ke pintu

"Bella, bukan akak sorang tau yang tumpang rumah ni, ada kawan akak sorang lagi tu.." Jelasku kepadanya.

"Bella tahu akak, abang dah bagitau awal awal.. Kalau tak silap, nama kawan akak tu akak Iman—" melihat dia yang sedang mengingati nama Imanina, aku terus menolongnya untuk menjawab.

"Akak Imanina. Nama kawan akak tu akak Imanina." Aku ketawa kecil.

"Hah akak Imanina! Lupa pula.." Dia tersengih terhadapku.

"Bella ni umur berapa?" Kami berdua duduk di sofa. Televisyen yang terbuka itu dibiarkan begitu sahaja.

"Sweet 19! Beza 5 tahun dengan abang.." Jawabnya. Setelah  agak lama berborak, aku meminta diri untuk membersihkan diri. Syukur, Bella ni peramah, periang dan tak kekok bersama orang. Jadi, takde la aku ni macam kekok sangat bila duduk bersamanya nanti. Melihat perwatakan Bella ini, aku dapat rasa yang Bella ni mudah buat kawan. So aku dan Imanina akan bertambah seorang lagi kawan! Walaupun berbeza umur..

"Bella, akak nak mandi ni. Dari balik sekolah lagi ni akak tak mandi. Nanti kita sambung lagi eh? Nanti bila akak Imanina sedar, akak kenalkan dia kat Bella ye?" Kataku mengundur diri untuk ke bilik.

"Oh okay akak. Bella pun nak masuk bilik ni, nak rehatkan diri kejap. Oh ya, nasib baik tak lupa!  kejap tau akak, Bella nak bagi something.." Katanya lalu berlari masuk ke bilik.

Keluar semula ke ruang tamu, ditangannya memegang sebuah teddy bear yang berwarna putih. Teddy bear itu pula memegang satu fabrik yang berbentuk hati berwarna merah jambu. Entah betul entah tidak tekaan aku itu, aku hanya melihatnya dari jauh sewaktu Bella menuju ke arahku.

"Nah akak! Abang suruh Bella kirim bear ni bagi akak.." Teddy bear itu dihulur kepadaku. Aku teragak agak nak ambil ataupun tidak.

"Comelnya..." Aku menyambut teddy bear itu.

"Mestilah, abang yang pilih memang comel lah! Abang memang pandai memilih tau, macam dia pilih akak.."

Aku tersipu malu.

"Eh apa Bella cakap ni? Akak dengan abang Bella tu kawan je la, tak lebih dari itu pun.. Akak dengan abang Bella pun baru je kenal, tak sampai 5 bulan pun.." Terangku kepadanya.

"Mungkin akak anggap abang tu sebagai kawan je, tapi percayalah, dia betul betul sukakan akak. Dia sendiri bagitau Bella pasal ni tau. Bukan main happy lagi dia cerita pasal ni dekat Bella.."

Kata kataku tersekat di kerongkong tekakku mendengar setiap bait kata yang dikeluarkan Bella. Nampaknya, Arash betul betul ikhlas sukakan aku. Aku jadi makin tak sabar untuk mendengar apa yang tergendala diantara aku dengan Arash sewaktu di McDonald hari itu.

"Okay lah akak, Bella masuk dulu ye?" Katanya sebelum kembali ke biliknya. Aku mengangguk dan masuk ke bilik. Oh, baru aku perasan hang di sebalik fabrik berbentuk hati itu, ada coklat di dalamnya!  Teddy bear itu aku letak di meja di sebelah katil. Aku perlu membersihkan diri dahulu sebelum mencium bear dan memakan coklat itu.

*******

Assalamualaikum! 😉

Untuk chapter ni agak pendek berbanding dengan chapter yang sebelumnya. Ni je yang sempat myra type T.T hari ni busy sikit, kena kejar masa nak keluar. Ni pun baru dapat on wattpad, tadi ada hal dengan kawan. Mula mula siapkan some works, last last diaorang ajak lepak dalam bilik.

Nanti esok Myra update lagi. Tapi jangan tunggu please, takut tak dapat nak tunaikan je. Tapi insyaAllah myra akan update kalau ada masa okay! 😉

Jangan lupa komen, vote! Thank you

Much love,
Myra.

4 Jun
18:03
Sat

Continue Reading

You'll Also Like

78.2K 2.7K 68
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
200K 6.7K 23
Adreane Shofeyaa seorang wanita kacukan Auckland yang mempunyai wajah yang rupawan seiring dengan personalitinya. Malangnya Ad sering dihina dan diej...
1.3M 41.2K 38
[#Wattys2016] "Pulp!" Seseorang menutup mulut Raisha sehingga dia pengsan "Kau nak apa ha?" Soal Raisha yang masih diikat pada kerusi "Aku nak kau ka...
27.8K 1.4K 30
Hi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family...