32

12.4K 456 51
                                    

Bangun sahaja daripada lena, aku terus membuka pintu sliding dan merenung di luar koridor untuk menikmati pandangan indah pagi ini. Di bawah pula terdapat ramai yang mandi manda di kolam renang. Aku memandan ke hadapan, melihat langit serta gunung ganang yang menghiasi anak mata.

Memandangkan jam sudahpun menunjukkan pukul 8.30 pagi, aku bersiap untuk ke bawah untuk mengambil sarapan pagiku.

Aku mengambil sepinggan nasi lemak, milo panas dan juga sekeping sandwich untuk mengisi perut. Di mindaku sudah siap mengatur aktiviti seterusnya yang perlu dilakukan hari ini. Oleh disebabkan masa terlalu lambat bagi aku, aku terpaksa sabarkan diri untuk keseorangan di sini lagi.

Oh, dan pertemuan aku dan Luthfi itu sudah pun berakhir. Luthfi sudahpun berangkat ke Kuala Lumpur pada pagi tadi. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, bertemulah aku dengannya.

Dan sebaik aku selesai bersarapan, aku terus pergi mengambil angin. Pagi itu ditambahkan dengan angin sepoi bahasa yang meniup badanku itu membuatkan aku kesejukan. Aku memandang langit, mendung. Hari nak hujan.

No wonder lah aku sangat kuat hari ini.

Beberapa minit selepas itu, satu per satu titisan air hujan yang membasahi bumi. Dengan menggunakan tangan sebagai alat untuk menghindari terkena hujan, aku berlari semula memasuki hotel.

Tak semena mena bajuku basah.

Di bilik, selepas selesai semuanya. Telefon pintarku berdering untuk diangkat. Siapa lagi kalau bukan Arash?

"Assalamualaikum princess. Dah bangun ke?"

"Waalaikummussalam Hero. Eh tak ada lah, tak bangun lagi ni. Tengah syok tidur ni," aku memerlinya. Dey, tak ada soalan lain ke nak tanya?

"Habistu siapa yang tengah cakap sekarang ni? Takkan hantu pula?"

"Hish mulut dia! Jangan cakap macam tu, takut la. Dah la duduk sorang sorang ni.." Aku memandang sekelilinh. Ugh, tiba tiba bulu roma menaik dan menegak.

"Duduk sorang sorang? Mana ibu?" Soalnya. Aku menampar kepalaku apabila aku tersedar yang aku sudahpun terlepas cakap.

Okay, aku tak sanggup nak menipu lagi. Jadi, aku akan cerita semuanya kepada Arash.

"Err, janji tak marah tau?" Takut takut aku bicara.

"Kenapa nak marah pula?"

"Janji tak marah kan? Saya takut awak marah bila saya cakap benda ni,"

"Okay okay janji."

"Sebenarnya Arash.. Saya bukan dekat rumah ibu. Saya sekarang dekat Port Dickson. Saje jalan jalan, ambil angin, lepaskan stress. Tak marah kan?" Beritahuku.

Arash terdiam selama 5 saat.

"Kenapa tak bagitahu awal awal?" Soalnya.

"Bukan tak nak bagitahu tau.. Cuma, saya perlukan masa untuk bersendirian. Tapi awak tak perlu risau, saya kat sini baik baik aje. Esok saya check out dan balik KL okay? Arash, awak tak jawab lagi soalan saya. Awak tak marah kannn?"
Aku menggigit bibirku menunggu jawapannya.

"Tak marah, cuma terasa." Jawabnya.

Oh-ow, Arash terasa hati.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now