29

13K 490 27
                                    

Seminggu berlalu dengan pantasnya. Dan hari ini selepas sahaja waktu sekolah habis, aku bergegas ke hospital untuk melawat rakanku yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya. Aku memanggilnya dengan nama Kak Arissa disebabkan usianya yang lebih tua 2 tahun dari aku.

Ya, kami bekerja di sekolah yang sama. Kak Arissa lah yang banyak membantu aku ketika aku baru mula mengajar di sini. Macam macam dia berikan nasihat kepada aku untuk menjadi guru yang cemerlang.

Oleh itu, aku berasa teruja untuk melihat anak sulungnya! Aku memandu kereta dengan berhati hati menuju ke hospital dimana Kak Arissa ditahan. Selepas membeli beberapa buah buahan sebagai buah tangan, aku kembali memandu.

"Kak Arissa!!" Jeritku perlahan sambil kedua dua tanganku mendepa ke arahnyasetelah membuka pintu wadnya. Teruja benar aku tatkala melihat Kak Arissa bersama seorang bayi itu. Kelihatan Kak Arissa juga teruja untuk bertemu denganku.

"Kak Arissa, macam mana, semuanya okay kan?" Tanyaku sambil menggenggam tangannya. Buah itu aku letakkan di atas meja yang terletak di sebelah Kak Arissa.

"Alhamdulillah, semuanya okay dan selamat. Rania ni susah susah aje belikan buah untuk akak.. Dah banyak buah dah ni, nanti tak terhabis pula." Katanya sambil ketawa.

"Ala mana ada susah kak.. Kak Arissa dah ada nama ke untuk baby?" Tanyaku. Aku melihat tubuh kecil yang sedang menyusu itu. Nampaknya, Kak Arissa melahirkan seorang baby boy kerana di katil bayi (?) itu tertulisnya 'I'm a boy!'.

"Belum lagi la Rania.. Zaman sekarang ni banyak sangat la pilihan nama yang cantik cantik. Sampai akak dengan suami pun tak tahu nak pilih yang mana satu.." Jawabnya.

Aku ketawa perlahan. Woah, pilih nama untuk baby pun susah ya?

"Oh macam tu ya kak.. Kalau macam tu, semoga berjaya meletakkan nama untuk anak akak ya! Eh, cakap pasal suami akak, mana suami Kak Arissa eh?" Aku memerhati di sesekeliling, kot kot la suami Kak Arissa berada di dalam tandas.

"Suami akak kena kerja hari ni. Tapi kejap lagi dia datang lah sini melawat akak.. Lagipun petang ni akak dah boleh balik rumah dah.."

Aku mengangguk faham.

"Rania tak teringin ke nak ada baby?" Tanyanya tiba tiba.

"Eh mestilah teringin kak!! Siapa je yang tak sukakan budak kan.."

"Ha kalau nak, pergi kahwin cepat cepat! Boleh dapat baby macam akak ni. Uish, baju baju baby sekarang ni memang cantik sangat sangat! Boleh rambang mata. Lagi lagi gaun baby girl, merata jual!" Katanya dengan semangat. Kata kata itu membuatkan aku malu. Entah, aku sendiri tak tahu kenapa jadi malu.

Aku melihat jam di pergelangan tangan kiriku. Rasanya sudah lama aku berada di sini.

"Kak, Rania balik dulu la ye? Dah lama sangat ni Rania ganggu akak dengan baby nak rehat. Nanti free Rania pergi rumah akak pula ya?" Aku mempamitkan diri.

"Eh tak ada lah, tak ganggu pun. Akak lagi suka Rania kat sini, at least tak ada lah bosan sangat.. Tapi takpelah, Rania pun mesti penat kan baru lepas balik kerja.."

***

Selepas keluar dari wad Kak Arissa, tiba tiba aku rasa macam perlu ke tandas. Lalu, aku membawa kakiku menuju ke tandas yang berada di tingkat 2 ini. Takkan nak patah balik ke wad Kak Arissa pula kan?

Aku menuju masuk ke dalam lif dengan jalan mata menunduk ke bawah. Bukan malas untuk turun tangga okay, cuma nak menggunakan perkhidmatan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak hospital. Lebih mudah dan cepat.

"Rania?" Panggil seseorang itu dengan nada yang terkejut.

Aku mengangkat muka. Baru aku perasan bahawa aku kini hanya berduaan bersama seorang lelaki di dalam lif. Dan aku menoleh ke arah si pemanggil itu dengan perlahan lahan atau dengan bahasa englishnya slow motion. Takut juga suara itu adalah suara hantu. Pengaruh filem seram banyak sangat ni.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now