5

18.8K 673 10
                                    

Setelah berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital dan meminta maaf kepada doktor handsome itu kerana sudah melukakan hatinya. Ya, aku sedar akan kesalahanku itu yang menuduhnya sebagai lelaki miang. Ah, nervous pula aku. Alang alang jenguk Aina, boleh la aku minta maaf kat doktor tu.

Selepas tamat sahaja sesi persekolahan dan kelas tambahan, aku terus melencong ke hospital. Biarpun badanku kini lenguh lenguh akibat separuh hari di sekolah, aku terpaksa juga ke hospital kerana ada misi yang perlu diselesaikan! Ceh, misi lah sangat.

Sampai sahaja ke wad 9 mataku tertancap pada seorang perempuan yang sedang memeriksa kaki Aina. Eh, kenapa doktor perempuan pula? Aku aturkan langkahku perlahan di katil Aina. Aku mengangguk kepala dan mengukir senyuman kepada doktor itu tanda hormat akan doktor itu.

Selepas doktor itu keluar, aku terus bertanyakan keadaannya. "Macam mana Aina? Kaki tu okay dah ke? Ke sakit lagi macam haritu?" Soalku agak bertalu talu. "Tak sakit dah cikgu, cuma rasa macam cramp sikit.. Cikgu ni, susah susah je datang.." Jawab Aina dengan sopan.

"Eh takde la, mana ada susah. Lagipun cikgu bosan kat rumah, datang sini boleh lepak dengan kamu.." Aku menghadiahkan senyuman yang ikhlas kepadanya. "Oh, lupa! Ni cikgu bawa buah epal untuk awak.. Nanti makan la ye," Plastik yang berisi buah epal itu dikeluarkan dari paper bag. Lalu diletakkan di atas meja.

"Terima kasih cikgu! Cikgu datang ni pun dah cukup buat saya rasa dihargai tau.." Aku ketawa. Ada ada sahaja Aina ni. "Aina, mana doktor lelaki yang haritu jaga awak?" Soalan itu terpancul keluar juga akhirnya. Nak ditanam dalam hati, akhirnya terluah juga. Alahai.

"Oh, Doktor Arash ditukarkan jadual. Saya rasa dia syif malam kut cikgu, sebab malam tadi saya nampak dia. Pagi tengahhari petang, saya tak nampak. Kenapa cikgu?" Soalnya hairan.

"Oh, macam tu pulak. Hm, takpe la macam tu. Takde apa pun, cikgu saja nak tanya. Ye la, pelik juga tiba tiba nampak doktor lain yang periksa awak."

Oh patut lah. Nampaknya, peluang untuk aku berjumpa dengannya amat tipis, hanya 1%! Nampak gayanya, aku harus meminta maaf tanpa berjumpa dengannya. Ah, rasa macam tak sesuai kalau hanya meminta maaf di telefon!

Setelah 1 jam berada bersama aina, akhirnya aku pulang. Seronok juga berbual bersama pelajar sendiri, boleh gosip sakan!

***

Aku membenamkan badanku di atas katil yang empuk lagi sedap ditidur itu. Jam dinding yang elok tergantung didinding itu aku kerling sekilas. Pukul 7:15 malam, aku mengeluh. Kenapa hari ini badanku terasa penat tahap gaban?

Baru sahaja mataku nak terpejam, suara Imanina sudah membatalkan perbuatan itu. Aish, kacau. Tapi bagus juga, ye lah mana elok tidur masa masa macam ni.

"Apaaa?" Jeritku dari dalam bilik. Malas mahu keluar, penat tahu?

"Tak ingat ke tugas kau hari ni? Masak!" Entah sejak bila dia masuk pun aku tak perasan. Sedar sedar kepala dia sudah tersembul di pintu aku. Nasib baik jantungku sihat walafiat tanpa sebarang penyakit, kalau tak mahunya terkejut. Mana taknya, tiba tiba ada sebuah kepala di hadapan pintu. Lampu pula tidak dibuka, hanya buka lampu tidur yang berbentuk bunga yang dilekatkan di dinding.

Aku mengeluh panjang. Dahiku ditepuk kuat. Macam mana boleh lupa? "Imanina..." Panggilku manja. Sengaja aku melunakkan suaraku itu.

"...kau take over tugas aku boleh tak? Untuk hari ni je, pleaseee. Seriously, aku betul betul penat. Segala urat sendi aku lenguh tahu tak?" Pintaku berharap. Mataku dikelipkan beberapa kali, walaupun aku tahu yang Imanina tidak akan nampak mataku yang comel itu berkelip.

"Banyak cantik muka kau? Takde takde takde, aku dah lapar gila ni. Bukan kau je yang penat okay? Aku pun penat gila plus tadi aku uruskan semua hal kat dewan sekolah tu." Aku mengangguk faham. Mulutku dicebikkan, malasnya!

"Order pizza je la ye babe? Aku pun tiba tiba rasa macam nak makan pizza. Fuhh, lagi lagi Hawaiian Chicken!!" Aku menjilat bibirku sambil membayangkan betapa enaknya pizza itu.

"Good idea!! Okay, kau call." Kata Imanina pantas masuk ke biliknya. Bergayut dengan encik boyfriend lah tu. Aku bangun dari pembaringanku lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

***

Dr. Arash's POV

Handphone ditanganku kemas dipegang olehku. Sejak berjumpa dengannya kembali, hatiku kembali dengan perasaan yang sudah lama terbuku itu. Nama Rania yang jelas terpancar pada skrin itu ditenung olehku, lama. Niatnya untuk mendail nombor itu terbantut apabila sedar akan dirinya akan menganggu Rania yang mungkin sudah lena dibuai mimpi.

Rambut diraupkan ke belakang. Biarpun sedikit kusut, tetapi masih lagi kacak seperti biasa. Kepala digelengkan beberapa kali.

Tak sangka yang dia akan berjumpa kembali dengan Rania. Aku tersenyum apabila terasa begitu bahagia kerana tidak begitu menyangka bahawa Rania kembali di dalam hatinya.

"Hesy Rania Rania Rania. Kenapa kau tak boleh nak hilang dari akal fikiran aku ni? Kau dah seksa fikiran aku sejak dulu lagi." Kataku sendirian. Aku tergelak sendiri, macam orang gila. Gambar gambar selfie sewaktu zaman persekolahannya ku tatap dengan penuh girang.

Ya, aku simpan semua gambar selfienya. Boleh dikatakan setiap hari, aku buka profile picturenya. Dan dari situ la aku save semua gambar dia. Itupun selama setahun setengah sahaja apabila aku dihantar ke asrama penuh oleh kedua ibu bapaku. Dan sejak itulah, aku kehilangan jejak dia. Sehinggalah kini— dia kembali hadir dalam hidupku.

Lagi sekali aku tersenyum kecil. Melihat semua gambarnya yang mencuit hatiku. Wajahnya, kelihatan tidak banyak berubah. Cumanya, wajah sekarang lebih matang dan lebih cantik! Err, walaupun mukanya tak begitu matang kerana sedikit baby face.

"Rania, tak penat ke kau seksa hati aku sejak dulu lagi? Sumpah aku penat. Tapi, sekarang  semangat untuk aku dapatkan cinta kau ni berkobar kobar!" Katanya sendirian lagi sambil tangannya mengusap gambar Rania.

Memang dia kelihatan seperti orang yang layak berada di tanjung rambutan, tapi apakan daya kalau dah mabuk cinta! Memang tidak dapat dielakkan lagi. Lagi lagi cinta itu lama sudah singgah di hatinya. Cinta itu singgah dihatinya selama 3 tahun dan berlalu pergi demi pelajarannya. Dan sekarang, cinta itu hadir semula. Hati yang sudah lama tidak berpenghuni itu kini kembali dengan nama penghuni yang ayu lagi jelita itu. Bukan itu sahaja, malah hatinya kini berbunga bunga seperti taman bunga.

Gambar itu dicium olehku. Tak dapat orangnya, gambar pun jadi lah! Nak cium tuannya kenalah halal dulu, barulah boleh menikmatinya dengan indah!

Aku tersenyum nakal. Entah mengapa malam ni otaknya asyik terfikir pasal Rania, walaupun ketika dia mandi. Astaghfirullahaladzim. Otak, please don't be naughty naughty.  Kesian Rania pula yang menjadi mangsa pemikirannya yang agak err— kotor itu?

*******

10 Apr
00:58
Sun

Much love,
Myra.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now