38

13.5K 444 20
                                    

Hari yang ditunggu tunggu oleh Imanina dan Asyraf telah pun tiba. Ya, hari ini adalah hari berlangsungnya akad nikah dua sejoli iaitu Imanina dan juga Asyraf. Dari semalam lagi, aku sudahpun berada di rumah orang tua Imanina untuk menolongnya.

Jadi malam itu, aku tidur bersamanya di biliknya. Buat malam terakhir itu, macam macam yang aku dan Imanina cerita dan borakkan.  Dan malam itu juga aku berasa amat sedih kerana aku bakal kehilangan seorang sahabat yang memahami. Ah, maaf berdrama pula.

"Cantiknya kau.." Ujarku lalu melabuhkan punggungku ke atas katil miliknya. Imanina yang sedang dihias oleh jurusolek itu aku tatap dengan penuh gembira. Aku juga tumpang senang akan perkahwinannya itu.

Dan selepas ini, aku tidak lagi tinggal bersamanya. Tapi kata pemilik rumah itu, rumah itu akan ditambah penyewanya lagi. Katanya lagi, penyewa baharu yang bakal tinggal serumah denganku itu dua orang. Dan aku berharap, perangainya eloklah.

"Kau nampak macam sedih aje Rania? Alaaa jangan lah sedih sedih sebab kita nak berpisah. Tu la kau, aku suruh kahwin awal awal tak nak. Tengok, kau dah kesunyian." Bebelnya sambil memerhati pantulan wajahnya yang berseri seri itu di hadapan cermin.

"Siapa cakap aku sedih? Aku tak sedih lah, malah aku gembira gila tau tak? Tak ada lah aku kena dengar suara kau yang memeritkan telinga tu." Gurauku. Bukan selalu dapat bergurau macam ni. Lepasni, tak ada dah gurau senda kasar macam ni.
"Okay kalau macam tu aku tak nak cakap dengan kau dah." Katanya lalu tangannya disilangkan di dada.

***

Majlis berlangsung dengan jayanya. Kini masa untuk kedua dua pasangan itu untuk menjamu selera. Sementara mereka berdua makan, aku masuk ke dalam rumah Imanina sebentar untuk menghilangkan lelah.

Hilangkan lelah setelah dari tadi berdiri disebelah pengantin. Dan yang paling memeranjatkan aku apabila Arash juga datang. Ya, dia menjadi pengapit untuk Asyraf.

Aku fikir dia tidak akan datang kerana katanya dia tak dapat hadir disebabkan ada appointment dengan doctor.Boleh pula dia buat don't know aje bila nampak aku yang terkejut melihatnya tadi.

Setelah beberapa minit berehat di bilik untuk menyejukkan badan, aku keluar semula untuk mengisi perut yang sudah pun kebuluran.

Aku mengambil tempat dimana tiada siapa yang mendudukinya. Nak makan di dalam, segan pula kerana ramai makcik makcik serta saudara maranya.

Baru beberapa suap, kelihatan seseorang lelaki datang kepadaku lalu meletakkan dua gelas air. Apabila aku memandang ke atas, rupanya orang itu adalah Arash. Dia senyum melihat aku lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Hi awek. Seorang aje ke?" Sapanya persis lelaki lelaki miang yang selalu ada tepi jalan tu.

"Tak lah, mana ada seorang. Ramai lagi ni, awak tak nampak ke?" Perliku seraya menjeling ke arahnya. Bukan apa, actually aku merajuk dengannya sebab dia tipu aku. Punya lah aku sedih sebab tak ada kawan nak ajak borak selepas majlis berlangsung, tup tup dia ada.

Buat penat aje aku bersedih semalam.

"Oh haah lah, saya kan ada! So awak tak keseorangan lah. By the way princess, hari ni awak stay sini lagi atau terus balik?" Soalnya sambil meneguk air oren itu.

"Saya balik, esok kan ada reunion tu. Arash kejap ye, nak basuh tangan." Jawabku lalu bangun untuk membuang segala sisa makanan dan membasuh tanganku.

"Nah, minum air." Katanya apabila setelah aku kembali ke tempat makan itu. Oh, rupanya air itu memang disediakan untuk aku.

"Thanks." Jawabku sepatah lalu meneguk air itu.

"YEss!! Mission completed!! Congratulation sayang sebab awak dah indirect kiss saya. I'm happy now. Nak kiss direct kena tunggu lepas kahwin okay?" Katanya lalu melompat lompat kegirangan.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now