7

17K 682 4
                                    

Aku mulakan hariku seperti biasa. Senyumanku diperlebarkan kepada setiap orang yang muncul di depan mataku. Perkara 3 hari lepas aku lupakan dengan begitu mudahnya.

Aku memasuki bilik guru dengan senyuman yang masih belum kupadam.

"Amboi cikgu Rania kita ni, senyum sampai ke telinga. Happy sangat ni.." Sapa Cikgu Akmal yang duduk berhadapan mejaku.

"Eh takde lah Akmal, biasa je. Lagipun senyum kan satu sedekah. Sedekah ni la yang paling mudah dilakukan selain daripada dapat menyerikan raut wajah kita. So why not kita senyum selalu?" Aku membalas kata kata Cikgu Akmal itu tadi.

"Oh, ingatkan apa la yang seronok sangat sampai melebar senyum tu.. Eh Rania, awak kenal ke dengan doktor yang hari tu datang sekolah kita tu?" Soalnya membangkit hal beberapa hari lepas.

"Doktor? Oh! Doktor yang buat kempen Talasemia itu ke?" Soalannya berbalas balik dengan soalan yang kuberikan. Akmal hanya mengangguk tanpa bersuara.

"Kenal tu memang lah kenal. Itu pun kenal masa saya bawa pelajar saya ke hospital tempat dia bertugas.. Kenapa ya?" Jawabku jujur tanpa ada sebarang penipuan.

Akmal mengeluh lega. Entah apa yang membuatkan dia lega.

"Oh, that's mean dia bukan boyfriend awak lah kan?" Soalan pelik ini diajukan kepadaku. Membulat mataku mendengar soalan merapunya itu.

"No, saya baru je kot kenal dia. Kenapa awak tanya macam tu?" Soalku acuh tak acuh. Perasaan kurang selesa kini menyelubungi diriku.

"Takde lah, saya fikir yang awak dengan doktor tu dah kenal lama. Sebab saya ada perasan jugak yang awak terkial kial cari doktor tu. Dan secara tak sengajanya, saya nampak awak berborak dengan dia. Macam serius je situasi tu.."

Aku seperti kehilangan kata kata. Dia dah salah faham ni nampaknya.

"Oh yang tu. Saya cari dia bersebab and bukan sengaja cari dia. Lagipun ada salah faham antara saya dengan doktor tu. Tu yang saya kena cari dia masa tu. Semua persoalan awak saya dah jawab kan?"

Dia mengangguk faham.

"Saya ada chance tak?" Soalnya dengan nada berbisik.

"Chance apa pula ni?" Aku sudah mula mengerutkan dahi.

"Untuk berada di hati awak?" Suaranya serius. Sangat serius. Sepanjang aku berada di sini, inilah kali pertama aku melihat mukanya yang begitu serius seperti ini.

Tersentak hatiku.

"Err— awak merepek apa ni cikgu?"

"Saya tak merepek lah Rania.."

Serba salah pula aku jadinya. Aku mengangkat punggung dari kerusi dan ingin meminta diri untuk kembali ke kelas. Sebenarnya mahu lari Dari soalan merapunya itu.

"Eh nak pergi kelas dah ke? By the way cikgu, nanti breakfast sama sama nak tak?" Tanya dia. Hisy, ni yang aku malas nak berhadapan dengan dia ni. Ada saja permintaannya yang membuatkanku kurang senang.

"Saya ada class ni, dah lambat. Saya pergi dulu ye? Err sorry, saya puasa hari ni. Ajak orang lain la, ramai lagi rasanya cikgu yang ada kat sekolah ni." Aku meminta diri untuk ke kelas disertakan satu pembohongan. Kalau boleh, memang aku langsung tak nak jumpa cikgu tu.

"Oh puasa ke? Sorry sorry. Nanti next time saya ajak lagi.." Katanya. Aku hanya mengangguk kecil dan terus beredar. Kalau nak diikutkan hati ini, mahu sahaja aku terus beredar dan buat buat seperti tidak mendengar percakapannya itu, tapi nanti apa pula katanya..

Memandangkan hari ini kelasku tidak banyak, maka aku bercadang untuk ke library sekolah untuk merehatkan minda dengan membaca novel di situ. Memang sejak dulu, kalau ada masa yang lapang, aku bersama rakan rakanku akan ke library selepas tamat waktu persekolahan untuk meminjam novel. Malah, aku pernah mencuba untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now