Special Chapter ❤

23.1K 696 100
                                    

Tanpa restu kedua dua ibu dan bapa kami, tidak mungkinlah aku dan Arash kini berada di atas pelamin yang cukup indah ini. Dengan hanya senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, itu membuatkan lagi pelamin ini bertambah indah dan cantik.

Bersyukur sekali kerana cinta dan hubungan aku bersama Arash dipermudahkanNya. Gaun pengantin yang berwarna gold itu cantik terletak di badanku. Ini merupakan pilihan Arash. Apa apa pun yang Arash pilih, memang sangat cantik untuk aku.

Di atas pelamin itu, Arash meraih tanganku lalu menguntumkan senyum. Ya Allah, gembiranya dia.. Aku juga turut tersenyum tatkala melihat senyuman bahagianya itu.

Dan yang paling tidak disangka sangkakan adalah apabila aku mengetahui teman lelaki Bella. Teman lelakinya adalah lelaki yang pernah aku jumpa ketika berada di Port Dickson, iaitu Jeremy.

Ah, kecilnya dunia!

"Rania!!" Dari jauh aku sudah nampak Imanina yang sangat sangat berubah. Dari tubuhnya yang kecil molek, dah sekarang tubuhnya sudah bertukar menjadi gempal. Perutnya semakin memboyot dan membesar.

"Imanina... Berapa bulan dah kau pregnant?" Tanyaku sebaik sahaja selepas berpelukan. Semejak Imanina berkahwin, aku dan Imanina jarang bertemu kerana dia terpaksa mengikut Asyraf berpindah ke Selangor. Oleh disebabkan jarak di sekolah yang Imanina mengajar jauh dari rumahnya, maka dia bertukar sahaja sekolah di Selangor.

"Dah 9 bulan! Aku tengah tunggu masa aje ni," jawabnya sambil mengusap lembut perutnya itu. Aww Imanina sangat comel bila pakai pregnant dress.

"Bila due date kau?"

"Next week! Rania, kau semakin berseri seri ya hari ni? Seri pengantin kau ni lain dari yang lain. Tengok gaun dia, warna gold lagi!" Puji Imanina. Mulutnya masih banyak walaupun sudah berbadan dua.

"Mana Asyraf?" Soalku. Dari tadi, tidak nampak pula kelibat Asyraf.

"Dengan suami kau lah.. Kau ni, macam tak kenal diaorang? Eh tapi kan, aku still tak percaya yang kau akhirnya dah kahwin dengan Arash. Ianya bagaikan satu mimpi bagi aku." Katanya sambil ketawa. Aku pun, aku masih lagi tidak percaya bahawa aku sudah sah menjadi suri hati kepada Arash.

"Sedarlah Imanina. Kau bukan dalam mimpi, malah kau di dunia realiti."

Sedang aku dan Imanina berbual bual, ada suatu tangan yang melingkar di pinggangku. Tak lain dan tak bukan, ia adalah Arash. Aku memandang ke atas sedikit memandangkan Arash memang terlalu tinggi untuk aku.

"Kenapa tak ajak Imanina makan sayang?" Soal Arash. Tangannya masih lagi erat memeluk pinggangku.

"Macam mana nak makannya? Dari tadi tak habis habis berbual.." Sampuk Asyraf yang tiba tiba sahaja muncul. Kedua dua belah tangannya pula sudah ada dua pinggan nasi untuk dia dan Imanina.

"Ayang duduk dulu, abang nak ambil air sekejap. Rash, aku makan dulu ya? Kesian Imanina tak makan dari pagi tadi lagi.." Asyraf memimpin Imanina menuju ke meja makan. Allah, Asyraf sangat caring pada Imanina. Tengok cara dia pegang Imanina pun aku boleh tahu.

"Sweetnya.." Gumamku perlahan tanpa sedar.

"Sayang, nak suruh abang buat macam tu ke nanti?" Arash mencuit pipiku.

"Tak apa, nanti bila sayang pregnant, abang buat lagi sweet dari Asyraf okay?" Tanpa menunggu balasanku, dia membalas. Auch, malu pula kita.

"Sayang, nak tahu sesuatu tak?"

"Apa?"

"You're the only girl I love now... but in 1/2 years, I'll love another girl." Jawabnya.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now