Muda Muda Dah Nak Kahwin?

By snsbhn

213K 7K 451

[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Announcement

Bab 24

3.4K 143 3
By snsbhn


Jikalau muda-muda hendak bercinta, yang kita dapat hanyalah kekecewaan. Kegembiraan yang dapat dihadapi ketika bercinta hanyalah sementara. 

Aman sedikit hidup aku sejak kebelakangan ini, kata Nora sesudah bermain di internet melalui telefon bimbit. Tetapi kata-katanya telah menimbulkan sebuah notifikasi yang tidak lain daripada si penyebab hidupnya tidak aman.

"Nora hihi"

Aduh kalau aku boleh ikat jari dia supaya dia tidak mesej aku kan bagus, ngomel Nora pada dirinya.

"Ye ada apa Hazif?"

"Saja.. Nak borak.. Dah lama tak berborak kan? Tak rindu ke?"

Syiok sendiri pulak mamat ni.

"Okey lah. Kalau nak borak pun, nak borak tentang apa?"

"Macam mana hubungan you dengan boyfriend you tu?"

Nora terdiam buat sementara. Sudah masuk sebulan Nora sudah putus dengannya. Hati Nora terasa sakit apabila terkenang tentang perkara ini. Nora pun meluangkan masa dengan perkara lain.

"You.. Nak main bowling tak?"

Aik random betul mamat ni. Tapi.. bagus juga cadangan dia. Aku pun tak adalah terfikir pasal Sya.. Ah.. tak nak lah sebut nama dia lagi. 

"Hmm.. Boleh juga.  Bila?"


Apabila mereka sudah sampai di Superbowl, Nora terasa janggal. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan keluar bersama si mamat gila ini.

Di kaunter pula, Nora ingin mengeluarkan duitnya untuk membayar selama sejam. Tetapi Hazif sebok mahu membayarkan untuknya. Mahu step gentleman, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap Nora.

Nora memang tidak begitu bagus bab bermain boling. Tetapi practice makes perfect right? Maka Nora pun bermain walaupun setiap bola yang dilemparkan akan masuk ke dalam longkang . Hazif tidak percaya akan apa yang dilihat oleh dirinya. Dia hanya mampu ketawa terbahak-bahak kerana Nora kelihatan sungguh comel dalam penglihatannya. 

"You.. you betul tak tahu macam mana nak main?"

Nora terasa malu dengan kata-kata Hazif. 

"I  bukan tak pandai main okey.. I  cuma tak pandai nak aim je"

Jawapan Nora telah membuat Hazif tersenyum sendiri.

"You nak I ajar tak?

"I tahu lah yang you ni pandai nak aim. tak perlu show off ye", Nora memberi senyuman sinis kepadanya. 

"I serius ni.."

Nora mula rasa tidak selesa. Dia pun mengambil satu bola dan mahu melontarkannya ke lorong tersebut. Tiba-tiba dia dapat rasakan seperti ada seseorang yang berdekatan dengannya.  Dia pun pusing untuk melihat siapa di belakangnya dan tidak lain daripada Hazif berada di situ.

"Apa you buat kat sini. Sekarang giliran lah.."

"I  tahu.. I datang sini nak ajar you macam mana nak aim"

Hazif mula memegang tangan Nora dan merapatkan dirinya dengan Nora. Nora terdiam buat seketika. Bola yang di tangan Nora pun dilontarkan. 

"Senang kan?"

"Ermm.. boleh lah.."

Nora pun menungggu gilirannya. Apabila gilirannya telah tiba, dia pun cuba untuk mengikut seperti yang diajar. 

"Strike!" 

Nora mula terjerit-jerit sendiri dan tanpa dia sedari dia terpeluk Hazif. Hazif mengambil peluang untuk memeluknya dengan erat. Nora terasa janggal. Dengan pantas dia menolak Hazif dan istighfar.

"Sorry tapi I nak balik dulu so... You main sendiri lah. Thanks for the treat"

Suara Hazif jelas memanggil Nora. Tetapi dengan pantas Nora beredar, tidak percaya akan kelakuannya.

Continue Reading

You'll Also Like

527K 16.3K 29
Aku Fara. Umur aku 19 tahun. Hidup aku normal macam orang lain. Tapi bila tiba-tiba sesuatu tragedi buruk terjadi, hidup aku tak terurus. Dan selepas...
339K 8.8K 26
Kalau ikut undang-undang boleh ke perkara ni terjadi?logik ke? Hazirah pelajar dan cikgu Ridwan guru! Pertemuan yang dianggap hanyalah sekadar rasa s...
12.7K 777 13
Q U R R A T U . H A U R A | MALAY FF ❞ Only me can touch you this way. ❞ bisik Jungkook di telinga Ratu. • ❞ Aku insan berdosa. Apa yang telah aku la...
531K 14K 23
" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily...