My Lovely Crush❤

By Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)

2.7K 116 4
By Kyennss

Niya duduk di meja solek, air mata mengalir di pipinya, fikirannya kusut memikirkan hal yang baru sahaja terjadi. Mikhail masuk ke dalam bilik, dia mendekati Niya yang sedang menangis teresak-esak itu. " Sayang. " Mikhail mengusap rambut Niya, Niya memandang Mikhail dengan air mata yang masih belum berhenti mengalir. Mikhail mengesat air mata Niya, Niya masih diam sambil anak mata memandang tepat mata Mikhail. " Sayang janganlah nangis. Nanti abang pun nangis. " Mikhail duduk melutut di hadapan Niya, dia mula memujuk isteri kesayangannya itu. " Sayang tak faham lah, kenapa mama Izah nak buang Sayang? Kenapa Ka Emma yang tahu hal ni tak bagitau? " jelas Niya.

Mikhail mengukir senyuman, Niya mengerutkan dahinya. " Kenapa senyum? " soal Niya, " Sayang, setiap orang tak lepas dari membuat kesalahan. Mungkin pada mulanya mama tak dapat terima sayang sebab ayah kandung sayang kahwin lain kan? Tapi mungkin lepas tu Allah bagi mama petunjuk, jadi mama ambil keputusan untuk dapatkan sayang balik. Ka Emma pula, mungkin sebab dia tahu hal ni akan jadi, sebab tu dia masih diam dan tunggu masa yang sesuai. " kata Mikhail. Niya memandang ke tempat lain, dia memikirkan kata-kata Mikhail. " Dah lah tu sayang, ini mungkin ujian daripada Allah untuk sayang. Allah nak uji kesabaran sayang, lagipun keluarga sayang kan dah makin baik sekarang. Sekarang ni kalau sayang marah macam ni, mungkin akan merenggangkan lagi hubungan tu semula. " tambah Mikhail.

Niya mengusap rambut Mikhail, " Mungkin Allah hantar abang untuk Sayang, untuk ubah fikiran sayang yang tak dapat nak fikir positif ni. ". " Setiap pasangan adalah untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Allah hantar sayang untuk abang ialah untuk uji abang macam mana abang pimpin keluarga abang. Abang bersyukur sangat dapat sayang. " kata Mikhail. Niya mula tersenyum, Mikhail mengukir senyuman lebar di wajahnya. " Kenapa senyum macam tu? " kata Niya, " Salah kah? ". " Salah sebab cute sangat. " Niya mencubit-cubit pipi Mikhail, " Sakitlah sayang. ". Niya tetap mencubit pipi Mikhail, " Aduh-aduh Sayang. " Niya tergelak mendengar nyanyian Mikhail yang tak berapa nak sedap tu. " Amboi, suka ya. " Niya ketawa lagi.

Tengku Rizman sedang menunaikan solat fardhu Isya' di bilik rawatan Riyan, Riyan yang sedang terlantar itu masih belum sedarkan diri. " Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. Kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Ya Allah, kau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman, kau jauhilah mereka dari azab api neraka mu ya Allah. Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku untuk tempuhi segala dugaan mu ya Allah, kesabaran dalam setiap cabaran, dan sentiasa menjadi hambamu yang soleh. Kau jauhi lah aku dari sikap takbur dan ria. Ya Allah, kau lindungi lah anakku Riyan. Kau berikan aku kesabaran dalam menjaganya ya Allah. Aku mohon padamu ya Allah, sesungguhnya kau yang maha mengetahui dan maha menguasai. Amin ya rabbal alamin. "

" Riyan. ", " Riyan. ", " Riyan. ", " Riyan. "

Riyan memandang sekelilingnya, suasana taman itu sunyi dan tiada sesiapa di sana. " Aku di mana? " Riyan mula berjalan beberapa langkah, " Riyan! " Riyan menoleh ke belakang. " Eh, mummy! " baru selangkah dia berjalan, tiba-tiba seorang anak kecil yang miripnya sewaktu kecil berlari ke arah Tengku Amiza. Tengku Amiza mendukung anak kecil itu lalu dipeluknya erat, Riyan tercengang melihat mereka berdua. " Riyan. " Riyan menoleh ke kanan, dia melihat Tengku Amiza dan Tengku Rizman sedang berjalan-jalan bersama anak kecil itu. " Riyan. " Riyan memandang ke kiri, kali ini dia melihat anak kecil itu sedang bermain chess bersama Tengku Rizman.

" Budak kecil tu, aku? " bisik hatinya, tak lama lepas itu lebih banyak lagi bayangan Tengku Amiza, Tengku Rizman dan anak kecil itu muncul. Riyan memandang ke atas langit, bayangan-bayangan itu seolah-olah ditarik naik. Air human menitis di batang hidungnya, hujan lebat mula membasahi bumi. Riyan berlari ke arah sebuah pondok, sedang dia berlari, kakinya terpijak tali kasut nya sendiri. Riyan jatuh tersembam di atas air lopak.

Tiba-tiba bayangan Tengku Amiza sedang sibuk keluar shopping, bayangan Tengku Rizman yang sedang sibuk bekerja, bayangannya yang sedang sibuk mengejar cinta Niya muncul di lopak itu. Kemudian banyak lagi yang telah menjadi punca keluarganya hancur, Riyan menangis selepas itu. Kini dia sedar yang keluarganya hancur kerana kesalahan dari mereka sendiri. " Ya Allah.. " Riyan menangis teresak-esak, dia terus menangis dan terus menangis.

" Riyan! Riyan! Doktor! Doktor! " Tengku Rizman menjerit memanggil doktor, Doktor Farish yang merawat Riyan datang dengan segera bersama beberapa orang nurse. " Dia menangis tiba-tiba, kemudian hidung nya keluar darah. Tolong selamatkan dia doktor. ", " Encik sila keluar. " seorang nurse cuba memujuknya untuk keluar dari bilik rawatan tersebut. " Tidak! Saya takkan keluar! " tegas Tengku Rizman, " Encik tolong lah berikan kami ruang. " gesa nurse itu. " No! I will stay at here! " tegas Tengku Rizman lagi, " Daddy. " Tengku Rizman memandang Riyan. Terkejut melihat anaknya yang telah mencelikkan mata itu.

" Keadaan dia masih lemah. Tolong bagi dia berehat dan jangan banyak soal. ", " Baiklah doktor. " Doktor Farish dan semua nurse itu meninggalkan Tengku Rizman dan Riyan. Tengku Rizman duduk di bangku, Riyan sedang memandang tepat ke arahnya. " Kamu akan ok sayang. Jangan risau. " Tengku Rizman mengusik rambut Riyan, " Daddy.. Niya.. " terkedu Tengku Rizman mendengarnya. " Jumpa.. Niya.. " Riyan masih belum mampu bercakap dengan lancar, " Esok kita jumpa Niya. Ni dah malam, mesti Niya dah tidur. " kata Tengku Rizman. " Janji.. " kata Riyan, Tengku Rizman tersenyum.

Riyan menutup matanya, Tengku Rizman segera mencapai hand phone nya di pocket seluar. " Assalamualaikum. Syakir boleh tolong bawa Niya jumpa riyan esok? Tolong tunaikan   janji aku pada Riyan. Riyan dah sedar ni, alhamdulillah. " Tengku Rizman menghantar mesej kepada Encik Syakir. Kemudian dia terbatuk-batuk, leher dan dadanya terasa sakit.Tengku Rizman berlari ke tandas, risau Riyan terjaga kerana bunyi bising batuknya. Tiba sahaja di tandas, batuknya masih belum berhenti, dadanya semakin sakit. Tiba-tiba darah bercurahan keluar dari mulutnya, Tengku Rizman memuntahkan semua darah nya itu di sinki. Tangan kanannya laju membuka paip, darah belum berhenti keluar dari mulutnya.

Keesokannya, pulang sahaja dari sekolah, Niya dan Mikhail datang ke hospital. Tidak juga ketinggalan kawan-kawan mereka yang lain datang untuk melawat Riyan. " Fuhh, panas! Hospital ni tak ada aircond kah? " kata Achai, " Bukan hospital ni yang tiada aircond, kau tu yang kuat berpeluh! " kata Yusry. " Shuut! Jangan bising. " sampuk Umi, Achai dan Yusry menutup mulut mereka masing-masing. Niya mengetuk pintu bilik rawatan Riyan, " Masuk! " suara Tengku Rizman kedengaran dari dalam, pintu itu dibuka oleh Niya. " Assalamualaikum. " mereka hampir serentak memberi salam, " Waalaikumsalam. " Tengku Rizman menjawab salam mereka, Riyan hanya menjawab dalam hati.

" Kamu semua dari sekolah kah ni? " soal Tengku Rizman, " Ya. Kami direct ja terus pergi hospital tadi. " jawab Niya. " Oh, kamu berbual lah dulu. Pak cik nak pergi kantin, ada apa-apa nak pesan? " soal Tengku Rizman, mereka semua menggelengkan kepala. " Hmm, ya lah. Kalau ada apa-apa cepat-cepat panggil doktor. " kata Tengku Rizman, " Ok. " jawab mereka serentak. Tengku Rizman meninggalkan mereka semua bersama Riyan, Riyan memandang mereka seorang demi seorang. " Yo, what's up man? How are you? " Achai memecah kesunyian, Riyan tersenyum. " Hoi mamat cina, tak payah trip orang puteh erk! " kata Naim, " E'eh, sakit pula kau! Jangan kau sibuk hal orang sana! " kata Achai.

Naim dan Achai mula bertekak, " Yo, Shut up!!! " kata Li Lien dan Fira serentak. Mereka berdua berhenti bertekak sambil tersenyum kambing, " Uuu~ kena marah dengan girlfriend. " kata Jimi. " Hei kau diam, kau aku tumbuk, berterabur gigi. " ugut Naim, " Bluuerrk, tak takut. " Jimi menjelirkan lidahnya. " Wei, dah lah. Hormat Riyan ni. Dia tengah sakit ni. " sampuk Mikhail, mereka semua mula mendiamkan diri. " So, kau macam mana sekarang? " kata Mikhail, " Aku Ok lah. Tak sakit pun. " kata Riyan. " Tu tak sakit? Kena tembak tu. Dekat jantung lagi. " sampuk Hafsirah, " Itu sebelum pembedahan lah sakit. Sekarang tak lah, cuma badan aku ja lemah sikit. Tak dapat bangun. " jelas Riyan.

" Polis belum dapat tangkapkah lelaki tu? " soal Naim, " Belum. Buat masa ni dorang masih mengesan dari CCTV. Alamat dia dah dijumpai tapi kata kawan dia, dia dah pindah ke kampung. Bila dicari ke kampung, dia tak ada. " jawab Mikhail. Mereka mengangguk tanda faham, " Aku harap orang tu dapat di tangkap. Apa salah Niya sampai nak tembak Niya? " sampuk Hafsirah. " A'ah, tak takut dosakah nak bunuh orang? Hish! " kata Rina pula, " Sabarlah, insyaallah orang tu akan ditangkap secepatnya. " kata Niya. " Niya. " Riyan memanggil Niya dengan nada yang say, Niya memandang Riyan. Terasa cemburu pula Mikhail melihat pandangan Niya.

Luqman memandu keretanya ke tempat kerja. Tiba-tiba, handphone nya berbunyi, dia melihat skrin handphone nya itu. Satu nombor yang tidak dikenali menghubunginya. " Hello? ", " Datang ke rumah di taman perumahan Amsara. Cari nombor rumah 102 lorong 4, ia sebuah rumah kosong. ". " Arrr.. sorry siapa ni? " soal Luqman, " Jangan tanya atau Emma mati. ". Luqman terkejut mendengarnya, " Abang Luqman tolong Emma! Tolong! " suara teriakan Emma bertambah membuat Luqman cemas. Luqman segera membuat pusingan U dan menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Tamat Bab 42:Nombor Misteri
#IamSabahan

Pendek sangat kan? Sorry sebab sekarang hand phone saya ada masalah tak tahu kenapa tak dapat hidup langsung. Sekarang ni saya guna tab mama saya. Tak bolehlah nak pinjam hari-hari sebab.. honestly keluarga saya tak tahu pun saya menulis di wattpad ni. Saya download ni pun senyap2 ja. He he he.. so, bab seterusnya mungkin akan bersambung bila handphone saya dah OK.. doa kan yerr... Amin.. that's all :)

Continue Reading

You'll Also Like

27.6K 822 13
Aralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
51.1K 1.5K 21
[COMPLETE] Adakah Maisarah selamanya akan menderita? 🐼 My very first novel. Omg!? 🥳😱 🐼 Cliche, cringe are all in one package 😂🤣 🐼 Read at you...