My Lovely Crush❤

Galing kay Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... Higit pa

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 41:Satu Kebenaran

3.8K 120 0
Galing kay Kyennss

Riyan merenung ke luar tingkap biliknya, parut di pergelangan tangan kirinya masih baru. Cubaan untuk membunuh diri telah gagal apabila dia dijumpai oleh Lio dalam keadaan berlumuran darah di tandas. Mungkin kalau lambat beberapa minit lagi Riyan akan pergi selamanya, nasib baiklah Lio menghentikan pendarahannya dengan mengikat sapu tangan di pergelangan tangan Riyan.

Tengku Rizman pastinya kecewa dengan tindakan Riyan, ibu bapa mana yang tak hancur hatinya melihat anak sendiri sanggup bunuh diri demi seorang perempuan yang tak dapat dimiliknya, sedangkan hati ibu bapa sendiri tak difikirkannya. Salahkah cara dia didik Riyan selama ni? Lalaikah dia dalam mengingati Riyan akan perintah dan takdir Allah? Lupakah dia untuk mengingatkan Riyan supayan sentiasa mengingati Allah yang maha esa? Semua persoalan timbul di fikiran Tengku Rizman, rasa bersalah, sedih, kecewa semuanya bercampur baur.

Setiap kali melihat anaknya itu, Tengku Rizman terasa hendak menangis. Hendak dimarah, takut tersinggung, hendak dinasihat, tetap diulang, hendak ditegur, tidak diendahkan. Hanya Allah tempat Tengku Rizman mengadu, begitu sakit hatinya apabila terkenangkan perbuatan anaknya itu. " Kenapa Riyan buat macam tu? Kenapa Riyan lupa pesan daddy? Apa salah daddy sampai Riyan sanggup nak bunuh diri? " setiap malam soalan ini bermain di fikiran Tengku Rizman.

Riyan duduk di meja belajarnya sambil merenung gambar Tengku Amiza, terasa rindu pada ibunya kian terasa. " Mummy, Riyan dah kecewakan daddy. Riyan bunuh diri sebab tak dapat Niya. Kenapa Riyan buat macam tu? Riyan lupa diri sebab Niya. Apa Riyan nak buat supaya daddy maafkan Riyan? " air mata Riyan mengalir di pipi, dalam diam Tengku Rizman memerhatinya dari luar bilik dengan pintu yang terbuka sedikit. Pintu hati Tengku Rizman kini terbuka untuk memaafkan anaknya itu. Tengku Rizman masuk lalu mendekati anaknya, Riyan terasa kehadiran seseorang di biliknya.

" Daddy. " mata Riyan dan Tengku Rizman saling bertentangan, mereka berdua terkaku seketika. " Daddy, Riyan minta maaf. " Riyan melulu ke arah ayahnya itu, Tengku Rizman memeluk erat anak lelakinya. " Tak apalah. Daddy maafkan. " tangisan Riyan semakin kuat, rasa serba salah yang tersimpan dilepaskan melalui tangisan itu. Tengku Rizman membawa Riyan duduk di katil, dia memujuk anaknya itu. " Daddy macam mana nak lupakan dia? Riyan nak buang perasaan ni. " sebak Tengku Rizman melihat anak nya itu, pasti berat baginya untuk menanggung semua beban tersebut. Pertama kena terima ibunya sebagai seorang penjenayah, kedua kena terima Niya gadis yang dicintai itu adalah adik beradiknya.

Tengku Rizman tiba-tiba terbatuk-batuk, Riyan mengurut belakangnya. " Daddy kenapa? " soal Riyan, Tengku Rizman tersenyum. " Daddy tak sihat sikit ja. ", " Betul ni? Macam teruk ja. " Tengku Rizman terbatuk lagi. " Riyan tidurlah. Daddy nak rehat. " Tengku Rizman laju berjalan keluar dari bilik Riyan, " Kenapa tu? " Riyan memerhati langkah Tengku Rizman. Tengku Rizman masih terbatuk-batuk di dalam biliknya, " Makin terukkah? " bisik hatinya. Tiba-tiba darah bercurahan keluar dari mulut Tengku Rizman, Tengku Rizman berlari ke tandas.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Mama Izah turun dari kereta, dia menutup pintu lalu menguncinya. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat, " Puan, Puan ada tetamu tunggu di dalam. " kata Wahida pembantu mama Izah. " Tetamu? Siapa? Saya ada appointment kah hari ni? " soal mama Izah, " Tidak. Katanya dia kawan lama Puan. " jawab Wahida. " Oh. Terima kasih. Tolong bawakan 2 cawan kopi. " mama Izah membuka pintu pejabatnya, dia terkaku apabila melihat Tengku Rizman yang menunggunya di dalam.

" Azizah. " mama Izah merenung tajam mata Tengku Rizman, " Kau nak apa lagi? ". " Azizah aku datang nak minta maaf. ", " Berapa kali kau nak minta maaf? " mama Izah menuju ke mejanya. " Sampai kau maafkan aku. ", " Dan kalau aku tak maafkan? ". " Aku akan terus minta maaf. ", mama Izah tersenyum sinis. " Cubalah. Tak sia-sia kau masuk penjara. Sama macam bini kau tu. ". Tengku Rizman terdiam, mama Izah melangkah ke arahnya. " Dengar sini. Macam mana banyak sekalipun kau minta maaf. Aku takkan pernah bagi maaf aku. Sebab kau tak faham betapa sakitnya hati aku. " tegas mama Izah.

" Atau kau masih sayangkan aku? ", " Apa? " mama Izah tersentak. " Kalau aku jadi kau, aku akan maafkan ja supaya tak dikacau lagi. Tapi, kenapa kau tak maafkan aku? Sedangkan permintaan aku senang ja, maafkan aku, aku pergi. " jelas Tengku Rizman. " Kau ingat aku ni binatang? Bila kau buat salah, kau minta maaf dan paksa dia maafkan kau. Kau tak ada hati perut langsung! ", Tengku Rizman mengangguk. " Aku ada kanser paru-paru tahap akhir. ", mama Izah terkejut mendengar nya. " Aku cuma nak pergi dengan tenang. Jadi tolonglah maafkan aku. Aku tak banyak masa. " jelas Tengku Rizman.

" Kau tipu! Kau cuma nak aku maafkan kau ja. ", air mata mengalir di pipi Tengku Rizman. Mama Izah terdiam, " Kau ingat benda ni boleh dimain-mainkah? Tau tak berapa tahun aku sanggup bertahan untuk cari kau dan untuk minta maaf dari kau. Aku sanggup laporkan Amiza pada polis, sebab aku tak nak dia tahu hal ni. Jadi aku nak minta maaf dari kau, dan aku nak kau ambil anak aku. Tolong jagakan dia. Aku merayu. " kata-kata Tengku Rizman membuatkan mama Izah sebak. " Kau tolong lah jaga dia. Dia dah banyak menderita sebab kami. Dia terpaksa terima mama dia penjenayah, dia terpaksa terima Niya gadis yang dia cintai tu adik beradik dia. ".

" Anak kau suka Niya? " soal mama Izah, Tengku Rizman mengangguk. " Dia hampir bunuh diri sebab tak dapat Niya. Masa aku jumpa kau di hospital hari tu lah dia ditahan. ", " Apa yang dia buat? ". " Dia kerat nadi dia. Nasib baik kawan sekolah dia jumpa dia di tandas. " jawab Tengku Rizman. " Kenapa sampai macam tu sekali? Sepatutnya dia terima hakikat yang Niya tu isteri Mikhail. " kata mama Izah, " Dia ikut perangai mummy dia. Mummy dia pun pernah kecewa sebab ex boyfriend dia kahwin dengan kawan baik dia sendiri. Amiza pun pernah cuba bunuh diri dulu. ".

Niya meletakkan kepala nya pada meja, mood belajarnya belum ada masa ni. Mikhail pula sedang focus dengan menulis karangan bahasa inggeris yang diberikan oleh Cikgu Anne. " Abang sayang tak ada mood nak buatlah. Macam mana ni? " bisik Niya, " Jangan letak kepala di meja tu. Itu yang buat sayang jadi malas. " jawab Mikhail sambil membuat karangan. Niya mengangkat kepalanya dari meja, dia melihat Cikgu Anne yang masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menamatkan kelas Bahasa inggerisnya. " Bila lah cikgu tu nak keluar? " kata Niya.

Mikhail memandag Niya, " Kenapa tak ada mood pula? Selalunya sayang suka buat karangan. " soal Mikhail. " Abang rasa sebab apa? Mestilah sebab masih mood cuti. " jawab Niya, " Ya kah? Bukan sebab hal semalam tu kah? " kata Mikhail dalam nada mengusik. Niya menjeling Mikhail, " Janganlah cakap! Buat malu ja! " Niya membuang pandangannya ke luar tingkap. Mikhail tersenyum nakal, dia mendekatkan mukanya pada Niya.

" Nanti malam nak tak? ", terasa malu Niya dibuatnya walaupun tiada sesiapa dengar. Secara automatic Niya mencubit pinggang Mikhail. Mikhail terjatuh dari kerusi kerana terkejut. Mereka berdua jadi tumpuan rakan sekelas mereka. " Mikhail. Daniya. Kamu dua buat apa tu? " soal Cikgu Anne, " Niya cubit saya cikgu! " jawab Mikhail. " Niya. Kenapa cubit Mikhail? " soal Cikgu Anne, Niya terdiam. " Apa aku nak jawab ni? " bisik hati Niya, dia menacari-cari idea. " Internet searching. Internet searching. " Mikhail mula mengusik Niya, Niya menjeling Mikhail.

" Hei apa ni? " Cikgu Anne mula nak naik angin, pening tengok dua orang muridnya. " Macam ni... " Mikhail bangun lalu mengganding bahu Niya, " Niya malu cikgu pasal hal semalam. ", " Mikhail! " Niya menutup mulut Mikhail. Terlepas ketawa rakan sekelas mereka, Cikgu Anne pula tak jadi nak marah. Merah pipi Niya dibuatnya, dia tertunduk malu. Mikhail pula slumber ja muka dia, muka tembok betul :p

" Niya. Kenapa ni sayang? " Mikhail duduk di sisi Niya, Niya memandang ke tempat lain sambil mukanya dah masam mencuka. " Boahh, boahh. Niya marah! ", " Haha tak tahu. " Hafsirah dan Rina mula menakut-nakutkan Mikhail. Mikhail cuma tersenyum lebar, " Ala Niya tak payah nak merajuklah. Tak payahlah kau nak malu. " sampuk Fira. " Betul tu Niya, mana boleh masam-masam muka tu. Kata pengantin baru. " tambah Naim pula, Niya masih buat acuh tak acuh pada Mikhail. " Niya, dahlah. Tak payah nak merajuk lagi. ", " Kau tak kesian kat Mikhail kah? " kata Achai dan diikuti Jimi.

" Wei lek korang. Apa kata kita tinggalkan dorang berdua ja. Kita blah dulu! " kata Li Lien, " Hmm. Oklah. Jom! " mereka semua berpindah ke meja di dalam kantin. Kini cuma tinggal Niya dan Mikhail ja di pondok belakang kantin. Keadaan masih senyap, Niya masih tidak mahu memandang Mikhail.

Tak lama kemudian, Niya terasa Mikhail merangkulnya, Mikhail meletakkan kepalanya di bahu Niya. " Sayang marah abangkah? " soal Mikhail, Niya meleraikan tangan Mikhail. Akhirnya Niya memandang Mikhail. " Tak adalah. " jawab Niya, " Kalau tak ada kenapa muka masam? " soal Mikhail. " Tak ada. " Niya menggeleng-gelengkan kepalanya, " Tipulah. " Mikhail memuncungkan bibir nya. " Manada. " Niya merenung mata Mikhail, " Sayang tak sayang abang kah? ". " Mestilah sayang. Kenapa tanya macam tu? ", " Habis tu kenapa nak berahsia? ". " Sayang tak suka abang buat macam tu ja. Buat malu ja lah. " jelas Niya, " Ok  abang minta maaf. Abang janji tak buat macam tu lagi. " dahi mereka saling bertemu, mata mereka masih bertentangan.

" Betul ni? Abang tak tipu? " soal Niya, " Betul. Tapi sayang janji jangan cubit di pinggang buat terkejut ja. " kata Mikhail. " Jadi kalau bukan di pinggang, di mana? " soal Niya, " Tak nak cubit, nak.. " Mikhail memuncungkan bibirnya. " Bukan kat sinilah. " Niya mencubit hidung Mikhail. Mikhail hanya tersenyum, " Sakit lah. ". " Biar. Biar sampai merah. " Niya terus mencubit. " Bagi hingus nanti baru tau. " kata Mikhail, " Tak nak. " Niya berhenti mencubit.

Jura mengusung begnya ke dalam kereta, ibu bapanya sudah berada di dalam kereta Inova milik keluarga mereka itu. Jura memandang rumah yang menjadi tempatnya berteduh dari hujan dan panas, dan di rumah itu jugalah dia membesar selama ini. " Jura! " Jura terkejut melihat Azlin yang berlari ke arahnya, kemudian dia memeluk Jura. Jura meleraikan pelukan itu, " Hoi betulkah kau nak pindah? " soal Azlin. Jura tersenyum lalu mengangguk, " Kau nak pergi mana? Kenapa kau nak tinggalkan aku? ".

" Aku pindah ke London. Bapa aku ada urusan kerja di sana. " kata Jura, Azlin hanya diam. " Kenapa kau menangis ni? " soal Jura, " Kau pindah sebab Mikhail juga kah? " soal Azlin. " Hmm. Salah satu sebabnya. Biarlah aku cari suami orang puteh. Hehe. " jawab Jura. " Jura! " Azlin memeluk Jura lagi, " Jangan lah nangis. Kita tetap akan contact, walaupun di negara yang berbeza. Teknologi sekarang canggih lah. " kata Jura. " Kejap. Kau nak pergi terus kah? Kau tak nak jumpa dorang yang lain? " soal Azlin bertubi-tubi. " Sebenarnya aku nak. Tapi aku tak nak niat aku terbatal sebab tengok tangisan dorang. Tengok tangisan kau ja dah buat aku sedih. Kalau dorang lagi mungkin banjir sekolah tu. " jawab Jura.

" Jumpa lah kejap. Dorang mesti marah kalau kau pergi macam tu ja. " kata Azlin, " Aku akan hantar chat di group nanti. Jangan risau. ". " Kau pergi bila? " soal Azlin, " Petang nanti. Tapi tengahari ni bapa aku ada urusan lagi sebab tu jalan awal. " jawab Jura. " Mari biar aku bawa kau. Aku akan pastikan kau sampai airport nanti. " kata Azlin, " Tak. Janganlah! " Jura berundur selangkah. " Jura. " Azlin terpaku di tempatnya, Jura semakin berundur. " Bye. " Jura terus berlari masuk ke dalam keretanya, " Jura! " teriak Azlin. Jura tidak mengendahkannya. Kereta Inova itu berjalan menuju ke lebuh raya, " Aku takkan benarkan kau pergi sebelum jumpa dorang! " Azlin segera mendapatkan keretanya. Lalu dia menuju ke satu tempat.

Mama Izah terasa debarannya, dia menggenggam tangannya menahan amarah ketika bertemu Tengku Amiza. Ketika ini mereka hanya diam, keadaan terasa agak tegang. " Kenapa kau buat macam tu? " mama Izah memecahkan kesunyian, Tengku Amiza memandang mama Izah. " Kenapa kau perangkap Rizman? Kenapa kau buat semua tu? ". " Aku minta maaf. " tersentak mama Izah, tidak sangka kata maaf akan keluar dari mulut insan di hadapannya ini. " Aku terlampau perlukan duit masa tu. Along tu kata kalau aku ikut cakap dia, aku akan dapat duit aku. " kata Tengku Amiza.

Mama Izah diam seketika, " Untuk apa duit tu? " soal mama Izah. " Aku kena tipu oleh ex boyfriend aku. Dia perangkap aku dan ugut untuk jual video kami terlanjur kalau aku tak bayar 10 ribu pada dia. " jawab Tengku Amiza. " Kenapa mesti suami aku yang kau nak masa tu! Kenapa?! " mama Izah mula meninggikan suaranya, " Sebab dia anak Tengku. Dia banyak duit, aku tamakkan duit masa tu. Kalau diikutkan aku takkan ganggu dia, tapi aku tamakkan duit dia. " jelas Tengku Amiza. " Kau memang tak ada hati perut. Kau binatang! ", Tengku Amiza terus menangis. " Aku minta maaf. Aku minta maaf. ".

" Kau tau tak macam mana perasaan aku masa tu. Aku cuma rasa nak bunuh kau. Bunuh. Bunuh. Cuma itu aku fikirkan, sampailah aku tau aku mengandung. Masa aku mengndung, barulah aku dapat semangat untuk teruskan hidup. Kalau tidak, aku mungkin dah jadi hantu, dan hantui kau sekarang. " kata mama Izah. " Kau lahirkan Niya bukan? " soal Tengku Amiza, " Ya. Aku takkan lepaskan dia lagi. Aku akan jaga dia. " jawab mama Izah. " Boleh tak aku buat satu permintaan? " soal Tengku Amiza, mama Izah merenung tajam mata Tengku Amiza.

" Aku nak jumpa Niya. " terbeliak mata mama Izah, " Untuk apa? " soal mama Izah. " Aku nak minta maaf. Aku nak minta maaf untuk semua nya. " jawab Tengku Amiza. " Tidak. Aku takkan bagi kau jumpa Niya. " mama Izah berdiri, " Kenapa? " soal Tengku Amiza. Mama Izah mula gelisah, " Jangan cakap kau tak bagitau kebenarannya. ". " Aku nak balik. " mama Izah laju meninggalkan tempat itu, Tengku Amiza memerhati langkah mama Izah. " Azizah jadi kau belum bagitaukah? " bisik hatinya.

" Dah siap? ", Niya mengangguk, dia menggalas begnya di belakang. " Jom! " Mikhail dan Niya berjalan beriringan hingga keluar kelas. " Abang nak ikut tangga perempuan. " kata Mikhail, " Kenapa? " soal Niya. " Kalau sayang ikut tangga lelaki nanti ramai yang ambil kesempatan nak tengok isteri abang ni. " jawab Mikhail. " Tapi kalau abang ikut tangga perempuan nanti dorang ambil kesempatan nak tengok muka abang. " kata Niya, " Tak suka kah? " soal Mikhail. Niya menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Hei apa ni mesyuarat pun tengah jalan. " kata Achai, " Achai kau jangan kacau suami isteri tu jom. " Jimi menarik tangan Achai. Achai menepis tangan Jimi, " Kejaplah! ". " Mikh, petang ni kau turunkan? " soal Achai, " A'ah, kau turunkan? " sampuk Yusry, mereka mula berkumpul di hadapan kelas 5 Ino. Mikhail berfikir sejenak lalu memandang Niya, Niya tersentak. " Pergi lah. Tak apa sayang bagi. " kata Niya, " Sayang jangan nakal tau. " kata Mikhail. " Ya lah. ", " Janji? ", " Janji ". Mikhail mencubit hidung Niya, Niya membalasnya.

" Ehem, ehem! Tak payah nak sweet sangat k. " sampuk Zaid, " Eleh Zaid tau lah kau tak ada girlfriend. " usik Naim. " Amboi, kau pernahkah dengan Fira macam tu? Pernah? " soal Zaid, " Diam! " Naim menumbuk belakang Zaid. " Ehem. Ni apa ni? Macam ada nama aku lagi diseru. " tiba-tiba Fira datang dari arah belakang, " Aik, ada connection kah Fira? " soal Achai, " Wi-Fi dia kuat bah. " kata Jimi. " Kurang asam! ", " Tambah asam! " sampuk Naim. Mereka semua ketawa berdekah-dekah, naik geram Fira dibuatnya.

" Hoi! " Hafsirah dan Rina berlari ke arah mereka, " Kenapa kamu ni? " soal Fira. " Jura... " mereka berdua tercungap-cungap, " Jura nak pindah ke London tapi tak bagitau kita. " kata Hafsirah. " Ha? Mana boleh macam tu. Kenapa tiba-tiba? " kata Yusry, " Sebab tu lah. Aku pun tak tau kenapa. " kata Hafsirah. " Yang pasti kita mesti halang dia. Azlin ada di bawah. " sampuk Rina, " Yup. Jom! " mereka mula berlari turun. Niya masih terkaku, " Sayang kenapa ni? " soal Mikhail. Niya tersentak, dia memandang Mikhail. " Jomlah. " Mikhail menarik tangan Niya, mereka menggunakan tangga lelaki memandang ia lebih dekat.

Jura berjalan-jalan di sekitar lapangan terbang sementara menunggu waktu penerbangannya, pelancong dari luar negeri dan dari luar negara, semuanya banyak terkumpul di lapangan terbang ini. Ada juga yang datang untuk menjemput keluarga atau kawan-kawan mereka, tak terkecuali beberapa orang pekerja yang kelihatan lalu lalang di kawasan itu. Jura terpandang kedai Dunkin Donats yang dikunjungi beberapa orang remaja perempuan sepertinya. Sayu terasa apabila teringat geng gegirls nya itu.

" Jura! " Jura menoleh ke belakang, terkejut dia melihat Niya, Mikhail dan mereka yang lain, Azlin juga ada bersama mereka. Jura cuba melarikan diri, " Kau nak pergi mana? " Niya menarik tangannya. Mereka saling berpandangan, " Betulkah kau nak pergi? " sampuk Mikhail. " Sorry. Aku tak bagitau pun pasal ni. " kata Jura sayu, " Kau tak fikir pasal perasaan kami kah? Sanggupnya kau! " marah Rina. " Kau patut bagitau kami pasal ni. Mana boleh kau rahsiakan pasal ni. " tambah Hafsirah, " Sorry. Aku tak sanggup nak cakap. " Jura mula menangis, Niya memujuknya. " Dah lah. Tak payah marah dia lagi. " kata Niya, " Sekurang-kurangnya Jura tinggalkan apa-apa pesanan lah. Jangan tak bagitau langsung. " sampuk Umi.
Bertambah takut Jura dibuatnya, bukan sahaja Rina dan Hafsirah, Umi yang tenang tu pun marahkannya. " Sorry lah. " makin berjatuhan air mata Jura dibuatnya, " Dah lah. Tak payah lah marah Jura lagi. " sampuk Niya. Mikhail dan yang lain memerhati dari jauh, terasa bingung dan sedih melihat gegirls. " Confuse aku. Kenapa si Jura tu nak pindah, tapi tak bagitau dulu? " kata Yusry, " Entah, tiba-tiba ja dia nak pindah. London pula tu! " tambah Achai. " Mesti dia ada sebab sendiri selain daripada ikut ayah dia. Sebelum ni ayah dan Mak dia pindah ke Los Angeles tak pula dia ikut kan? " teka Jimi, mereka menganggukkan kepala kecuali Mikhail. Dia tahu dirinya menjadi salah satu sebab Jura pindah, serba salah dan bingung bila difikirkannya.

" Hafsirah. Rina. Umi. " panggil Jura perlahan, mereka bertiga hanya diam dan memandang Jura. Fira dan Azlin saling berpandangan, kesian rasanya tengok Jura dimarah, Niya hanya diam dan duduk di sisi Jura. Li Lien dan Elly hanya berdiri di sisi Rina sambil menjadi pendengar setia. Jura menarik tangan mereka bertiga, " Sorry. Kalau selama ni aku banyak buat salah. Aku tau aku banyak sakitkan hati kamu semua. Tujuh tahun kita berkawan, dan tujuh tahun tu juga aku happy dengan kamu semua... " rasa nak menangis mereka semua dibuatnya. " Tapi aku kena tinggalkan kamu hari ni. Tapi aku janji takkan lupakan kamu semua. Sebab kamu banyak ajar aku tentang kawan, setia dan kebahagiaan. Terima kasih untuk semua tu. "

Mereka semua terus memeluk Jura, air mata mula berjatuhan di wajah mereka semua. Mereka juga menjadi tumpuan orang ramai yang lalu lalang di situ, tapi mereka tak peduli. Mereka terus menangis dan memeluk Jura. " Haihh.. Drama lah pula. " kata Achai, " Biasalah. Perempuan. " kata Zaid. " Eleh macam kau tak pernah menangis. " sampuk Naim, " Lek lah Naim. Aku tau lah Fira ada. Hahaha. " Zaid mengganding bahu Naim. " Bukan sebab Fira lah. " kata Naim, " Habis tu? " soal Jimi. Naim memandang Mikhail, terhambur semua ketawa mereka. Tapi Mikhail hanya diam dan memerhati gegirls tu.

" Boahh. Mikhail marah! " kata Yusry cuba menakut-nakutkan Naim, " Ceh. " Naim mendekati Mikhail dengan lagak sombongnya. " Mikh, apasal? " soal Naim, " Tak ada apalah! " Mikhail mengorak langkah ke kawasan luar. " Apa kes tu? " soal Achai, Naim mengangkat kedua-dua bahunya.

Kini hanya tinggal Niya dan Jura, mereka yang lain semua ke tandas untuk mencuci muka. " Jura. " panggil Niya, Jura memandangnya sambil mengukir satu senyuman manis. " Kau pindah bukan sebab urusan kerja ayah kau ja kan? " teka Niya, riak wajah Jura mula berubah, dahinya mula berkerut memandang Niya. " Sebab Mikhail juga kan? " teka Niya, Jura mengeluh, dia tersenyum kembali. " Tak payah lah risau, aku dah lepaskan perasaan aku. " kata Jura, " Tak senang. Aku tau kau jenis yang setia pada perasaan kau. " tegas Niya. " Niya. Dah lah tu. Tak payah fikir lagi. Demi kau aku sanggup biar kau bahagia dengan dia. Mungkin bukan jodoh aku. Aku tak nak rosakkan masjid yang dah dibina oleh orang. Aku boleh cari yang lebih baik. "

" Thanks Jura. Aku doakan kau dapat yang lebih baik. ", " Thank you. Doakan aku dapat yang macam Taeyang. " kata Jura. Mereka berdua ketawa kecil, " Kalau nak yang macam Taeyang, pergi Korea bukan London! ", " Kalau macam tu, nak yang macam Justin Bieber. ". " Yang tu pergi Kannada! ", mereka berdua ketawa lagi. Nampaknya hubungan mereka bertambah baik dan rapat. " Eh, amboi cerita apa ni? " tiba-tiba Fira dan yang lain-lain datang ke arah mereka. " Cerita pasal kau. " kata Niya, " Aku? " Fira kebingungan melihat Jura dan Niya. " Pasal kau tambah gemuk! " kata Jura, " Ha! Gemuk! Manada! Eee! " Jura dan Niya mentertawakan Fira, mereka yang lain juga turut ketawa walaupun tak tau ceritanya.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Niya duduk di atas sofa, jauh dia termenung memandang dinding yang berwarna ungu itu. Jam menunjukkan pukul 9 malam, suasana agak sunyi di rumah Encik Syakir kerana cuma tinggal Emma, Niya dan Mikhail yang belum tidur. Niya terasa pinggangnya dicucuk seseorang, dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa. Niya menoleh ke depan semula, * kiss * Mikhail mencium pipi kanan Niya. Terkejut Niya dibuatnya, " Eee, nanti Ka Emma nampaklah! " Niya mncubit hidung Mikhail. " Biarlah, biar Ka Emma jealous. " Mikhail membetulkan duduknya.
" Jahatnya perangai. " kata Niya, " Tapi itu yang sayang suka kan? " teka Mikhail. " Entah. " Niya melentokkan kepalanya di bahu Mikhail, Mikhail memandang Niya. " Tak nak mengaku yerr. " Mikhail tersenyum jahat, Niya menggelengkan kepalanya. " Ok. " Mikhail menolak badan Niya hingga jatuh ke sofa, Mikhail merenung mata Niya. " Dulu sayang menangis bila abang buat macam ni. " kata Mikhail, " Itu dulu. ". Wajah Mikhail semakin rapat... Makin rapat... Rapat lagi.. " Aaarggh!! " Niya menolak badan mikhail, Niya bangun dari baringnya. Mereka memandang ke arah tangga, " Sorry! Sorry! Sorry! " Emma berlari naik ke tingkat atas sambil menutup matanya dengan kedua-dua tapak tangan.

Niya dan Mikhail membetulkan kedudukan mereka, rasa malu pula nak pandang antara satu sama lain. " Falling in love~ Falling in love~ " hand phone Niya berbunyi menandakan ada mesej masuk, Mikhail laju mencapu hand phone Niya yang berada di atas meja. " Siapa tu? " soal Niya, wajah Mikhail tiba-tiba berubah. " Riyan nak jumpa. Dia ada di luar. " kata Mikhail sambil memandang Niya. Niya mula menunjukkan wajah berangnya, Mikhail menggenggan tangan Niya.

Riyan mundar mandir di hadapan pintu pagar rumah Encik Syakir, pintu rumah terbuka, Riyan memandang nya dengan harapan Niya akan datang menjumpainya. Ada dengar bunyi kaca pecah? Hancur harapan Riyan, rupanya Mikhail yang keluar. Lain yang diketuk, lain yang keluar. Mikhail membuka kunci pintu pagar, Riyan melangkah masuk ke perkarangan rumah Encik Syakir. " Apa kau nak? Niya dah tidur. " soal Mikhail, " Bro, aku ada hal nak cakap, tolong lah bagi aku jumpa Niya. " kata Riyan. " Tengku Ariyan Rizky. Bini aku sudah tidur. Tak faham bahasa melayu? " Riyan menundukkan wajah nya.

" Bro, please. Aku nak jumpa Niya. " gesa Riyan, " Aku kata tak boleh. Tak boleh! " tegas Riyan. Riyan menumbuk pipi kanan Mikhail, " Riyan! " tiba-tiba suara Niya kedengaran. Niya berlari mendapatkan Mikhail, Riyan terkedu. Niya menjeling Riyan, " Niya. " panggilan Riyan tidak dihiraukan Niya. Niya dan Mikhail terus berjalan masuk ke dalam rumah. Riyan mengikuti mereka dari belakang, Riyan menarik tombol pintu rumah itu. " Riyan lepas lah! " tengking Niya, " Niya aku ada hal nak cakap. Please. " rayu Riyan.

Tiba-tiba Riyan ditolak masuk ke dalam rumah oleh seseorang, Niya tertolak ke belakang, Riyan jatuh ke lantai bersama-sama Mikhail. " Abang Aznil! " teriak Niya, di tangan Aznil terdapat sepucuk pistol. Dia mengacukan pistol itu ke arah Niya, Niya tersandar pada dinding. Mikhail segera berdiri lalu menolak Aznil ke tepi. Satu tembakan dilepaskan oleh Aznil, " Niya! " teriak Mikhail. " Niya? Bukan Emma? " bisik hati Aznil, dia melepaskan pistol di tangannya lalu berlari keluar.

Mikhail mendekati Niya, Niya terduduk dan tersandar pada dinding. Semua orang di dalam rumah itu terkejut mendengar das tembakan tadi. Apa yang lebih mengejutkan, mereka melihat Riyan yang terbaring di atas lantai dan berlumuran darah. Niya mula terasa takut, seluruh tubuhnya menggeletar. Fikirannya celaru, macam-macam terlintas di fikiran Niya.

Tengku Rizman duduk di tempat menunggu, perasaannya tidak tenteram. Dia cuba beristighfar beberapa kali untuk menenangkan fikirannya, " Ya Allah selamatkanlah anakku. " bisik hati Tengku Rizman. Riyan sedang menjalankan pembedahan di dalam bilik pembedahan, sudah hampir setengah jam dia berada di dalam bilik itu. Mikhail sedang cuba menenangkan Niya, " Dia kena tembak sebab nak selamatkan aku. Ya Allah, kau selamatkanlah Riyan. " bisik hati Niya. Manakala perasaan Emma sedang risau bercampur marah dan geram, dia sedang cuba untuk menghubungi Aznil. Jarinya sudah penat menekan screen yang tertera nama Aznil, semua panggilannya tidak dijawab.

Ibu bapa Mikhail dan Luqman baru sahaja tiba, Mikhail dan Niya bersalaman dengan mereka, Luqman berdiri di sisi Emma. " Apa jadi? " soal Luqman, " Abang kenal Aznil kan? Dia datang pergi rumah lepas tu tiba-tiba ja nak tembak Niya. Tapi Riyan, anak Tengku Rizman, kawan dorang ni yang lindungi Niya. " jawab Emma panjang lebar. " Jadi Riyan macam mana? " soal Luqman lagi, " Tak tau. Dia kena bedah. Peluang hidup 50-50 sebab tembakan hampir kena di jantung. "  jelas Emma. Luqman memandang Tengku Rizman, " Sudah report polis? ". Emma mengangguk, tiba-tiba Emma seperti teringat sesuatu.

" Abang. " Luqman memandang Emma semula, Emma hanya diam sambil memandang dinding, seperti ada sesuatu yang dia ketahui. " Mama Mira menagantuklah. " adu Mira kepada mama Izah, " Hish Mira ni! Tu lah sebok sangat nak ikut. Abang dah cakap tadi kan tinggal ja dengan abang Zack. Tengok sekarang! " marah Adam. " Mama abang jahat! " Mira mula merengek, " Adam sudah. " mama Izah memeluk anak manja itu. Adam memasamkan wajahnya, Mira mencebik, dia melelapkan matanya. Niya hanya memerhati kelakuan adik-adiknya itu, " Sayang kenapa ni? " suara Mikhail menyentaknya.

Doktor Farish keluar daripada bilik pembedahan, begitu juga beberapa orang nurse yang dari tadi asyik keluar masuk. Tengku Rizman segera mendapatkan Doktor Farish, " Doktor macam mana keadaan anak saya? " soal Tengku Rizman dengan perasaan yang mahukan jawapan segera. " Keadaan dia masih kritikal. Buat masa ni dia masih belum sedar, jadi kami akan tahan dia dan perhatikan dia dari semasa ke semasa. " jelas Doktor Farish. " Tolong selamatkan dia doktor! Tolong saya merayu sangat-sangat! He's only my son! Please! " rayu Tengku Rizman, " Ok. I will try my best. " Doktor Farish menyambung kerja nya. Tengku Rizman duduk kembali, Encik Syakir cuba menenangkan Tengku Rizman.

Niya memandang Mikhail, " Dia mesti selamatkan? ". " Insyaallah sayang. Kalau Allah izinkan mesti Riyan selamat.  " kata Mikhail, Niya melentokkan kepalanya di bahu Mikhail. " Tapi kenapa abang Aznil tu nak tembak sayang? ", Mikhail memandang Niya. " Sayang kenalkah lelaki tu? " soal Mikhail, " Mestilah. Dia kawan tempat kerja Ka Emma. " jawab Niya. Mikhail hanya diam dan memikirkan sesuatu.

Tengku Rizman masuk ke dalam bilik rawatan Riyan, sebak hatinya melihat anak lelakinya itu yang terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Mama Izah dan Encik Syakir juga masuk ke dalam, terasa sedih mereka melihat Tengku Rizman yang sedang merenung Riyan.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

" Aduh Emma, apa ni? " Omar mengurut bahunya yang dipukul oleh Emma, Khairul pula dah tercengang melihat wajah bengis Emma. " Mana Aznil?! " kata Emma dengan nada yang sedikit tinggi, " Mana kami tau, kami bukan Aznil. " kata Khairul. " Tipu! Kamu kan kawan Aznil. Mesti kamu tau mana dia! " tegas Emma, " Eee! Aznil dah berhenti kerja lah! " sampuk Omar. " Berhenti? Kenapa dia berhenti? " soal Emma, " Entah, dia tiba-tiba ja berhenti. " jawab Omar. " Dia tinggal dengan siapa? " soal Emma lagi, " Dengan.. " mulut Khairul ditekup oleh Omar, " Entah. " Khairul memandang Omar pelik.

" Kenapa kau tutup mulut Khairul? " Omar memandang Khairul, " Nafas dia kan bau. Mana dia berus gigi pagi tadi. Lepas tu dia merokok lagi tadi, kau kan tak suka orang merokok ". Terbeliak mata Khairul memandang Omar, Emma berundur selangkah demi selangkah. Setelah bayang Emma hilang, Khairul menepis tangan Omar. " Aduh, sakit lah Khai. " kata Omar, " Kenapa kau tipu Emma? Sedangkan kau yang tinggal dengan Aznil kan? Kenapa kau tipu? " soal Khairul. " Mana aku tau. Aznil yang suruh aku tipu Emma. Aku ikut ja. " jawab Omar. " Aznil suruh? Kenapa? " soal Khairul lagi, " Entah. Aku pun tak tau. Dia bagi aku semua gaji dia, lepas tu dia minta aku pistol. " jawab Omar. " Pistol? Dia buat apa dengan pistol tu? ", Omar mengangkat kedua-dua bahunya.

Khairul berfikir sejenak, Omar cuba mengorak langkah, tiba-tiba bahu nya seperti di tarik seseorang. Dia menoleh ke belakang, terkejut Omar melihat wajah bengis Khairul. " Jadi kenapa kau cakap dengan Emma yang aku tak berus gigi lepas tu meroko? Kau bukan tinggal satu rumah dengan aku, dan aku bukan perokoklah! " Khairul menolak Omar ke dinding. " Woo, lek bro! Kite gurau je. " Omar tersenyum kambing. " Oh, gurau, aku tumbuk beterabur gigi kau! ", " Aaargghh! ". " Saat aku kenali dia~ Hati ini selalu gundah~ " mereka berdua menoleh ke kanan.

Seorang perempuan yang rambutnya lurus dan panjang hingga paras dada serta hiasan cekak kepala warna hitam dengan corak hati dan baju kemeja warna pink disarungkan pada badan, manakala jeans putih disarungkan pada kaki. Wajah yang seakan-akan Cha Cha Maembong itu sudah boleh membuatkan jantung Khairul dan Omar berdegup pantas. " Cantik kan? " Khairul memandang Omar, Omar menganggukkan kepala nya. " Dia nak beli kain di kedai kita kah? " kata Omar, Khairul mengangguk. " Dia customer aku! Customer aku! " mereka berdua berlari ke arah wanita itu, kedua-duanya berebut nak wanita itu jadi customer mereka.

Hafizah duduk di sisi Emma yang jauh termenung di hand phone nya, " Hei adik manis, termenung apa tu? " Emma tersentak. Hand phone nya terus direbut oleh Niya yang entah datang dari mana, tiba-tiba ja ada, " Ha! Gambar abang Luqman! ". " Aeee! Rindu abang Luqman kah? " usik Hafizah, " Ish tak adalah! " Emma cuba merebut hand phone nya semula. Tapi Niya berdegil, dia mengangkat tangan nya lebih tinggi lagi, Hafizah menarik kedua-dua tangan Emma. " Eee! Apa kamu dua ni. ", Niya terus melihat gambar-gambar Luqman yang tersimpan di hand phone Emma.

Hinggalah..

" Azizah adikku, apa khabarmu di sana? Abang harap kau dalam keadaan sihat sejahtera. Azizah.. Melalui surat ini, abang ingin menyatakan bahawa abang telah meletakkan anakmu, Daniya di hadapan rumah sahabatmu Arifah. Abang telah mengetahui bahawa Arifah keguguran anak ketiganya, oleh itu abang hantarkan Daniya sebagai pengganti. Azizah, di saat kau membaca surat ini, mungkin abang telah pergi buat selamanya. Abang meminta agar kau menjaga Daniya, dan beritahu hal ini kepada Syakir. Kau jagalah anakmu, kerana itu merupakan tanggungjawab mu. Lindungi dia dan jangan pernah kau lukai hatinya. Ingatlah pesanan abang ini Azizah.
Yang Benar: Arfan "

Niya berlari menuju ke dapur, " Hei Niya! Nak pergi mana? " Emma dan Hafizah mengejar Niya. Di dapur, Mikhail sedang belajar memasak ayam masak kicap daripada mama Izah, Niya meluru ke arah mama Izah, dia menunjukkan gambar tersebut. Mama Izah membaca setiap baris ayat di gambar tersebut, begitu juga Mikhail yang berada di sisinya. " Betulkah? " kata Niya, " Niya biar mama jelaskan sayang. " Niya berundur satu langkah. " Jadi betullah Niya ni anak mama? Anak kandung mama. " tambah Niya lagi.

" Niya. " mama Izah menggenggam kedua-dua tangan Niya, Niya segera menepis. Air mata mula bertakung di birai matanya, " Mama tipu! Kenapa mama buang Niya? Kenapa mama buang lepas tu mama ambil balik? Kenapa? " kata Niya dengan nada sedikit tinggi. Emma dan Hafizah terdiam, begitu juga Adam, Lina dan Zakaria yang baru mendengar ayat yang keluar dari mulut Niya. " Niya dengar dulu cakap mama. Masa tu ayah Niya kahwin lain, mama pula kena kahwin dengan orang lain. Mama tak dapat besarkan Niya seorang diri. Jadi abang mama, pak cik Niya, tinggalkan Niya pada papa dan mama Arifah. ".

" Jadi siapa ayah Niya? " mama Izah terdiam, " Teng.. Teng.. Riz.. Ma.. " mama Izah tidak menghabiskan ayatnya. " Tengku Rizman. " kata Niya, mama Izah terdiam. Perlahan-lahan mama Izah mengangguk, berjatuhan air mata Niya di pipi. " Jadi ini kah yang Riyan nak cakap? " kata Niya, mama Izah memeluk Niya. " Maafkan mama. ", Niya meleraikan pelukan mama Izah. " Kenapa mama buat Niya macam barang? Buat Niya macam anak pungut lepas tu mama dapatkan balik. Apa motif mama? Niya barangkah? ", " Tak. Tak. Bukan macam tu. " kata mama Izah.

Niya berlari naik ke biliknya, mama Izah terketar-ketar, dia memandang Mikhail. " Mikhail tolong mama. Bagitau Niya bukan macam tu niat mama. Tolong mama Mikhail. " rayu mama Izah, " Izah. " suara Encik Syakir kedengaran. Mama Izah meluru ke arah Encik Syakir, Mikhail berfikir sejenak, dia berlari naik mengejar Niya.

Tamat Bab 41:Satu Kebenaran

#IamSabahan
#SelamatHariRaya:)

-No Idea lah.. Sorry kalau tak best T_T

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

29.4K 1.5K 24
𝓽𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺
27.6K 822 13
Aralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
868K 49.7K 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang canti...