MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.4K 879 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29

EPILOG

122 24 11
By yoshihoshiss

Woojin membuka matanya lantas dia memandang sekeliling. Dia.. dimana?

Ingatan terakhirnya dia berada dizaman papa dan mamanya muda. Selepas itu, dia terus hilang bersama Atsuko. Kini dia tidak tahu dirinya berada dimana.

Pemandangan asing, dia seperti berada didalam pejabat.

Satu tanda nama besar tertera diatas meja itu segera digapai Woojin. Sebelum dia berkerut.

CEO WOOJIN.

Woojin berkerut, dia bingkas bangun dan cuba mencari apa apa pantulan bagi melihat wajahnya sebelum matanya menangkap satu cermin besar didalam pejabat itu. Matanya melotot lantas bibirnya terbungkam.

Misai... janggut... dan tubuhnya lebih tinggi.

Woojin bukan lagi si 17 tahun. Tidak! Tidak!!

Mengapa jadi macam ni? Woojin menggeleng kepalanya berkali, pantas dia menapak keluar sebelum seorang wanita dimeja hadapan bilik Woojin memandangnya.

" Ya boss? Ada apa apa nak saya bantu? "

" Kak, saya ni siapa? " soal Woojin. Dan gadis itu berkerut.

" Kak? Ehem, bo—boss kan boss kami. " terangnya. Woojin berdecih dan menggeleng. Bukan itu jawapan yang dia mahu.

" Akak, sekarang tahun berapa ya? Woojin nak tahu. " pintanya. Gadis itu berkerut lebih seribu. Rasa pelik melihat bossnya sebegini.

" Sekarang tahun 2065 boss.. "

" HAH?! "

Woojin melotot. Dia tergamam, bibirnya bergetar. Aku sepatutnya balik ke tahun 2042. Dan sekarang ni tahun 2065? Gila!

Aku dah 40 tahun?!

Patutlah berjambang bagai. Aku dah tua!

Oh shit! Aku kena cari mama papa. Mesti dorang tahu segalanya dan bagaimana aku boleh ada disini. Atsuko juga..

Mana Atsuko?

Woojin memandang gadis yang masih tertanya melihat keadaannya sebelum dia berdehem.

" Ehem, saya ni CEO kat sini ke? "

" Ya Tuan Woojin lah CEO kami semua. "

" Jadi siapa mama papa saya? "

" Hah? "

Okay dah Woojin kau dah terlampau bercakap ni. Woojin pantas meminta izin mahu beredar. Dia kena cari Atsuko!

Woojin juga perlu mencari Angeline dan Junkyu! Dia kena cari mama dan papa.

Baru sahaja mahu menapak keluar, Woojin terpaku melihat suasana Seoul kini. Sungguh maju!

Sialan! Kenapa aku kena campak jauh sangat? Sejujurnya fikiran Woojin masih berada di umur 17 tahun, mengapa Tuhan meletakkannya ditubuh 40 tahun?

Woojin yang masih keliru itu berdiri ditengah kawasan orang berjalan. Ada beberapa orang menunduk dan memanggilnya boss. Sungguh janggal.

Tap!

" Opocot! " terkejut pantas Woojin menjauh. Sebelum wajah seorang wanita tua yang menepuknya itu tersenyum kearahnya.

" Lah dah pandai terkejut ya anak mama? "

Mama....

Woojin terbungkam. Air matanya mengalir laju saat menatap wajah wanita pertengahan abad dihadapannya ini. Tersenyum manis meskipun wajah sudah dimamah usia. Kedutan di wajah tidak sedikit pun mencacatkan wajahnya.

Senyuman Angeline.

Mamanya.

"Mama! " pantas Woojin memeluk erat tubuh ibunya. Syukurlah ibunya masih hidup dan bukan didalam penjara. Tidak dapat dibayangkan hidupnya jika takdir tidak berubah.

" Hey anak mama kenapa nangis? "

" Woojin rindu mama. " tangisnya. Pelukan dieratkan. Dia tidak kisah jika semua orang memandangnya pelik, dia sangat merindui mamanya.

" Alooo baru pagi tadi kan kita breakfast sama sama. Aish anak mama ni! Kerja dah habis ke? " soal Angeline. Woojin mengelap air matanya sebelum dia menggeleng halus.

" Harini Woojin cuti. Woojin nak spend time dengan mama. "

" Bagus anak mama. Memandangkan Woojin cuti, mama nak bawa Woojin jumpe ayah Woojin. Dia rindu sangat kat anak dia. Boleh ke Woojin jumpa dia? Kalau Woojin taknak, mama faham tau. "

Jumpa Junkyu? Mengapa pula dia tidak mahu? Mestilah dia mahu melihat bagaimana wajah si ayahnya kini.

Pasti berkedut wajah Junkyu.

" Boleh! Woojin pun rindu papa. "

Angeline tersenyum tipis dan mengusap lembut pipi anaknya. Kali ini, Angeline yang memandu. Dia ingin membawa Woojin berjumpa ayahnya.

Dan Woojin berkerut. Ke mana Angeline membawanya ini?

Ke... penjara?

" Kenapa kita kat penjara mama? "

" Kita nak jumpa papa Woojin lah. "

Junkyu masuk penjara? What? Sejak bila? Apa takdir yang berubah?

Oh mungkin Angeline tidak masuk penjara... Maka Junkyu yang kena?

Woojin terdiam. Sungguh dia tidak sangka takdir akan berubah sebegitu. Dia kaku lantas Angeline menarik tangan anaknya.

" Mama taknak Woojin maki atau marah papa okay? Dia masih papa kandung Woojin. Layan dia dengan baik okay sayang? Demi mama. "

Dan Woojin membenci Junkyu? Sejak bila? Woojin tergamam dalam fakta itu. Jauh sekali dia mahu membenci papanya kerana selama ini papalah yang menjaganya.

Angeline membawa anak bujangnya masuk, sebelum menghampiri kaunter pegawai polis. Mereka berdua dipersilakan masuk. Dan setiap langkah yang diatur Woojin diiringi dengan rasa gentar.

Dia tidak sanggup melihat Junkyu berada didalam penjara.

Sungguh tak sanggup.

Sebelum dia menduduki punggungnya didepan satu dinding kaca, ditemani Angeline disisi. Pintu dikuak perlahan lantas satu tubuh yang digari oleh pegawai polis menghampirinya.

Mata Woojin membulat. Bibirnya bergetar.

" Ha—Haruto? "

" Mama taknak Woojin marah papa lagi ya? Cakap yang baik ya sayang? " pujuk Angeline setelah mendapati raut wajah Woojin berubah. Namun lain bagi Woojin.

Dia terkejut kerana fakta yang ayahnya bukan Kim Junkyu.

Melainkan Watanabe Haruto.

" Hi anak papa. " Haruto bersuara. Wajahnya penuh dengan kedutan, wajah kacak yang pernah menjadi kegilaan ramai itu hilang kerana dimamah usia. Namun masih tidak dapat menghilangkan raut wajah kacak itu.

Haruto masih kacak meskipun dia sudah tua.

" Pa—papa? " getar Woojin. Haruto tersenyum pahit.

" Maafkan papa ya sebab buat Woojin macam ni. Maafkan papa... " Haruto menangis. Woojin masih tergamam.

Takdir apa yang Tuhan cuba mainkan?

" Mama... "

" Ya sayang? "

" Papa Woojin ni Haruto ke? "

Angeline menahan sebak sebelum dia angguk. Woojin menggeleng dan air matanya mengalir laju.

" Bukan Kim Junkyu? "

" Tak, Woojin. Mama dan papa Woojin ialah Kim Hana dan Watanabe Haruto. " jelas mama. Woojin masih terdiam mendengar fakta ini.

" Papa bersyukur Woojin rela nak cakap dengan papa harini. Biasanya Woojin maki papa, marah papa. Terima kasih sebab sudi cakap dengan papa yang hina ni. " tangis Haruto. Woojin berdehem dan memandang Haruto.

Matanya bergetar masih terkejut. Namun dia juga kasihan melihat Haruto begini.

" Mana Kim Hana? " soal Woojin. Haruto mengemam bibirnya lantas menggeleng.

" Pa—papa yang bunuh dia. Lepas dia lahirkan kamu, papa yang bunuh dia... "

Woojin mengepal tangannya. Memandang Haruto dengan perasaan benci.

" Kau bunuh mak aku? Apa hak kau? "

" Woojin. " mama cuba menenangkan namun Woojin mengabaikannya.

" Tempat kau layak dalam neraka la Haruto. Walau seribu kemaafan kau bagi, tetap tak boleh kembalikan orang yang lahirkan aku. " cemuh Woojin. Haruto menunduk, merasa dirinya berdosa kini.

" Papa— "

" Mama, mana Kim Junkyu? Kenapa dia tak ada kat sini? Woojin nak jumpa dia. "

————————

Woojin jatuh terduduk sebelum dipaut Angeline. Matanya mengalirkan air mata yang hebat. Tubuhnya kaku, kakinya bergetar.

Gila ni semua gila!

Tak! Ni semua tipu kan?! Woojin mengetuk kepalanya berulang kali! Apa semua ni?!

" Mama! Papa tak mati kan?! "

" Anak mama sayang... Papa Junkyu dah 10 tahun tinggalkan kita semua... "

Hati Woojin retak. Sungguh aturan Tuhan apa dia mahu tetapkan ini?

Junkyu sudah mati? Papanya sudah mati?

" Mama tipu kan! Ma, bawak Woojin jumpa papa! Woojin nak jumpa papa! "

Angeline menggeleng kecil bersama air mata yang membasahi pipi. Anaknya kelihatan sangat sedih.

" Papa dah lama tinggalkan kita semua, Woojin. Papa dan ikut adik. "

" Adik? "

Angeline tersenyum pahit sebelum jarinya ditundingkan kepada satu lagi makam disebelah Junkyu. Makam?

Ini makam...

Atsuko?

" Adik? Atsuko? "

" Mama sayang Woojin macam anak mama sendiri sayang. Mama yang jaga Woojin sejak Woojin kecil. Mama yang susukan Woojin, mama yang besarkan Woojin bersama papa Junkyu. Tapi kami tak pernah besarkan Woojin jadi biadap okay sayang? Jangan pernah kurang ajar dengan papa Haruto. Walau apa pun dia masih orang tua Woojin. "

" Ma... boleh mama ceritakan apa sebenarnya yang terjadi? Woojin... pening. "

Angeline tersenyum tipis. Bahu anaknya dipaut erat.

" Hana lah mama kandung Woojin. Kim Hana. Dia mati selepas lahirkan Woojin, mama lah yang bantu mama Woojin lahirkan Woojin. Tapi Woojin jangan hukum papa terlalu lama sebab dia bunuh mama. Tu urusan Haruto dan Tuhan ya nak? Kita tak layak menghukum. "

Woojin masih mengalirkan air matanya. Nafasnya berderu laju.

" Hana minta mama jaga Woojin macam anak sendiri. Dan mama serta papa Kyu lah yang jaga Woojin. Macam anak lelaki kami sendiri. Masa tu mama tengah mengandungkan adik Woojin, Kim Atsuko. Tapi Tuhan lagi sayangkan dia. Mama jatuh dan adik gagal diselamatkan. Rahim mama juga dibuang, sebabkan mama tak boleh dapat anak dah. Tapi mama ada Woojin kan? "

Woojin angguk lantas tubuh Angeline dipeluk kuat. Sangat erat seperti tidak mahu dilepaskan.

" Walau apa pun, Woojin tetap Watanabe Woojin. Orang yang dipenjarakan tu tetap ayah kandung Woojin. Dan Woojin berjaya kini berkat doa Haruto, orang tua Woojin sendiri. Papa Kyu dan mama cuma ditugaskan menjaga, namun kasih sayang kami tak setimpal dengan kasih sayang Haruto. "

" Jadi mama mohon Woojin maafkan lah papa Haruto ya? Maafkan dia, dan murnikan hati Woojin. Haruto memang salah, tapi Woojin takkan nak jadi jahat juga dengan membenci ayah Woojin? "

Tersedar. Kali ini dia sedar punca dia berada disini. Mengapa dia bukan anak Junkyu dan Angeline. Kerana Tuhan mahukan dia sedar.

Betapa pentingnya menghargai orang tua.

Ya betul Haruto tu memang jahat. Tapi itu urusannya dengan Tuhan. Dan Woojin disini sebagai anak, haruslah sentiasa berbakti dengan ayahnya. Kerana walau apa pun, Haruto itu ayahnya.

Haruto itu darah dagingnya yang masih hidup.

" Mama... "

" Ya sayang? "

Woojin mengemam bibirnya lantas nafas ditarik. Senyuman dilorekkan memandang wajah mama angkatnya yang masih cantik meski dimamah usia.

Angeline dan Junkyu sudah buat yang terbaik membesarkannya. Kini tugas dia sebagai seorang anak untuk berbakti.

" Boleh ke esok mama teman Woojin jumpa papa Haruto? "

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

18.9K 3K 38
SIRI ISLAMIC FANFIC โ€ข Sequel from Imam Mudaku Romantik โ€ข "Masa silam merupakan perkara yang paling menyakitkan." Ranking : 13102021 - # 1st islamic ...
26.3K 3K 35
" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon me...
2.8K 353 30
it's all about him start : 200621 end : 100623
24K 4.6K 43
[Completed] Dia orang paling annoying yang pernah aku jumpa dalam hidup ni. Tapi tanpa aku sedar, aku tersuka dia. Apa aku nak buat? ยฉ Park Jihoon...